Paling seronok bila bercuti dengan anak-anak aku tidak perlu bersilat di dapur. Pilihan pertama anak-anak mestilah yang ada ayam. Mohon maaf paparan sekadar ingatan buat kami sekeluarga saja.
Nasi+chicken black pepper+mashed potato... ini mama dan adik kongsi. Adik berkali-kali mengatakan yang dia tidak lapar dan tidak mahu makan. Sebenarnya kami sudah tersilap sebab membeli novel dulu sebelum makan itulah yang menjadikan adik lebih suka novel dia dari makan. Mama suap juga sebab bimbang nanti dalam kereta dia minta makan.
Muffin... Semua tak begitu gemar dengan muffin ini. Bungkus bawa masuk kereta. Anak-anak kurang gemar yang manis-manis.
Sandwich... papa makan sandwich ini. Ada tiga semuanya, satu sudah masuk perut.
Sandwich... papa makan sandwich ini. Ada tiga semuanya, satu sudah masuk perut.
Anak... Dua dari tiga anak yang aku miliki. Nurienne balik kali ini muka dihisai banyak jerawat. Yasmien pula sibuk berenang di resort muka sudah jadi gelap. Bila buka tudung dia nampak dua tone warna muka yang terdedah dan yang tertutup dengan tudung.
Nikmat.... semua makan tidak toleh lagi, tapi mama kena sabar sikit sebab sambil suap adik yang khusyuk bila dapat buku baru. Masa membaca lupa makan tapi bila letih membaca dia akan minta makan. Sebab itu kena suap/kadang macam paksa juga.
Segelas ... ini air Kak Nurienne punya tapi selalu mereka sengaja order lain-lain kemudian kongsi merasa setiap dari gelas yang ada.
Mocca ... Kak Yasmien punya juga dikongsi sama
Selesai... habis makan jenguk luar ada funfair. Ketiganya sudah sepakat mahu ke sana.
Selesai... habis makan jenguk luar ada funfair. Ketiganya sudah sepakat mahu ke sana.
Harta aku suami-isteri... ketiga-tiganya berposing di depan restaurant sebelum keluar sementara menanti papa membuat bayaran kerana line untuk card kurang baik malam itu.
Malam... kami tinggalkan tempat ini menuju ke funfair yang ada di luar bangunan.
~~ Penat tapi seronok bila melihat anak-anak dapat berkumpul sama~~
~~ Penat tapi seronok bila melihat anak-anak dapat berkumpul sama~~
67 comments:
seronok kan kak time2 blh rehat dr msk2 kt umah...
lama tak mkn kenny roges nih... nyum2
dh bsr dh ek anak dara akak tu,msti bestkan kak
alahai kusyuk tul adik baca novel sampai lupe mkn
SALAM,
CHICKEN BLACK PEPPER KAT KENNEY NI SEDAP! HARGANYA JE YG TAK BERAPA SEDAP !
amboi2 p funfair pulak pasni noo..sakan depa noo..kenyang perut suka hati..
Syukur...alhamdulillah..menikmati masa qualiti bersama anak2 menmbahkan kemesraan dan keceriaan.
aktiviti perlu teruskan...
adik...ucu nak kongsi la..mama suap ucu jugak boleh??hihi
sedapnyerrrrrrrrrrr...
last mkn beberapa bln lalu..
huhu.. tringin lak nk mkn..
anak2 harta kita dunia n akhirat kan kak... :)
mmg seronok bila tgk anak2 hepi...anak2 lia ni dah asyik mengeluh ajak b'jalan tp baba x balik lg mmg x ke mana lah jawabnya....
Sedapnya...
Seronoknya...
:D
wah... saya sungguh terpesona melihat makanan yang enak dan tiga anak gadis yg manis tu
kakzakie ada tiga dara rupanya... ye ... anak2lah harta yang tak ternilai harganya, kebanggaan kita kan
Nur dan suami suka juga makan di restoran ni. Kalau berkumpul ramai2 anak beranak tentu seronokkan.. lagilah kalau ke funfair.
sedapnya makanan....nak cuba juga kalau macam nie...
Dah lama kakcik tak makan di KR. Nanti bila2 nak ajak suami pergi juga. (Tapiiii.. suami kakcik tu perut Melayu, itu yang menurun kat BS!) :)
kami pernah cuba kenny rogers sekali..tapi ayamnya masin bukan main..sedangkan kat iklan kata kurang garam..sejak tu macam serik nak makan..kami lebih suka nando's.. tapi mungkin lain cawangan lain agaknya..
betul kata luahfikiran tu..
harganya tu yang langsung tak sedap heh3...
bahagia rasa bila meihat anak semakin membesarkan kak... Semoga mereka menjadi anak yg solehah... errmmm sedapnya salad!
saya suka muffin dia.. walaupun manis tapi sedap.. ;)
tak pnah masuk keni rojes, tapi dulu member keja kat situ slalu gak bawak balik ayam panggang
salam kak
winduuunyaaa , banyak entry yg saya tertinggal nie ..
sedappp nyaaa makan kenny .. saya x pernah makan layie .. bile nak makan punn x tahu .. huhuh
sya dah lama tak masuk restoren tu,
dekat banting ni mana ada pun ;p
KR ni makin lama makin kecik saiz hidangannya....
Kak sy masih belum biasakan diri ambil gambar satu persatu mcm ni utk masuk dalam blog masih lagi ada perasaan segan takut di salah anggap oleh org lain.... nmpaknya kalau nak jadi blogger terbaik mcm akk kena gak biasakan diri buat mcm akk ni kan?
Kenny rogest dah lama mengidam nak mkn dgn ank2 tapi sampai ari ni masih belum ada kesempatan lagi.
sedapnya kak..ni kat plaza kotaraya yea? dahlah tak bfast lagi ni..
meriahnyer, saya dah lama x makan2 di luar.
saya pun suka mkn KRR..tp harganya buleh tahanla kak...
SALAM...1st time datang cni...sedapnya salad tu...^^,
jemput ke blog saya
Anak akak seme pompuan eh? Hiks~
Sy klu g KR, mst pilih Mac n Cheese! Wajib! Hiks~
bagus adik ni..minat membaca...
KR boleh masuk sekali setahun je sb mahal..hehe...
betul2 ulat buku adik ni kan
suami ema tak suka makan ayam..tak pernahlah nak rasa makan sebegini kak
assalamualaikum akak.
alamak akak ni. ni sume feveret ni. nyumnyum. lama dah tak ke situ..
bercuti dengan anak2 akak tak bersilat di dapur. tapi sebaliknya pulak dengan my mum. anak2 balik bercuti, macam2 pula adik2 order nak makan. ehee
tang makanan tu memang terlio la kakZakie hehhe..seronok kan klo keluar makan2 luar..kita leh rehat sket hehehe,,,
Assalamulaikum kak zakie,
sedapnya, dah lama cik ina tak makan kat kenny rogers,anak-anak suka makan kat sini.manjalah adik ni, untung dapat mama yang baik hati nak suapkan.
lapar tgk makanan kat atas tuh..heheh..cuti..jln2 cri mkn ye kak
dah lamer tak makan kat kenny rogers ni...muffin dier memang terbaik...wah sangat sedap mashed pototo terliur ni...
Lapar sgttt la pulak bila baca N3 ni...3 puteri ..sama nisbah yg saya miliki....kita akan menanti anak lelaki menantu pula yer Kakzakie....InsyaAllah...
erkkss..terliur sudah!
nampak gayanye kena mkn jugak kenny roger roaster ni hujung minggu ni sbb ada kupon tak tertebus lagi..ekspired 31/10 ni..haishhh
Kakzakie..
kakak..semuanya sedap2....rugi adik tak nak makan, kalau Aunty Azi makan tu, mesti habis semuanya...lagi buncitlah perut ni...he..he..
seronokkan kakak bila dapat jalan2 dengan family yg tersayang...
lame x g makan KR....mklum ler..bile nk bwk ramai2 ...pk 2 x ...pstu x jd..keh..keh..keh....
syok tgk org jer....keh..keh.keh.........
KR masa anak dara selalu datang sini, dulu harga ok lagi, sekarang almaklumlah..tp KR memang sedap dan menyelerakan..
saya pulak kalau gi KR sukakan muffin dia...
sedapnya...lama sy tahan diri dari tak singgah ke restoran ni..huhuhu..
kalau sy....sy suka ambil side dishes macaroni& cheese + sweet corn... :)
Sedapnya.. harganya tak berapa nak sedap ha ha.. kalau ke situ kena pastikan semua ahli keluarga ada sekali.. taklah ralat.. betul tak?
kak.....!! terliur efa tgk gambar2 tuu semua....bestnyee...!! hehe :D
mmg best bila dpt mkn sama-sama ngn keluarga tercinta kan :)
ati ni sangatlah suka dgn KR
tapi tak leh nak makan selalukan
ehem...tak mampu :)
wah menariknya.. lama kak x ke sana....
@ norhidana: Kakak cuti masak banyak hari bila anak-anak bercuti Dana.
@ Luahfikiran: Alahai Dato' sebulan pun tak sekali kan.:)
@ ainhany: Sementara cuti sekolah nie ain. Kalau tak mana ada masa nak kumpul. Kakak dan dok asrama.
@ LYAfrina: Kakak kalau makan luar biasanya ikut selera anak Lya.
@ Mamamya: Kalau nak keluar tak ada babanya mesti payah kalau masih kecik macam Lia nie.
@ ckLah: Sementara cuti cikgu...
@ ibuintan: Inilah harta kakak ibuintan. Ingat nak tambah tapi tak dapat-dapat. Hahaha.....
@ Nur-nba: Makan selalu pun tak elok juga kan Nur.
@ Kancil 8349: Cubalah sesekali tak salah cikgu
@ Kakcik: Tapi nasi pun ada juga. Kakak macam BS jugalah Kakcik, macam tak kenyang kalau tak ada nasi:)
@ Rai: Kakak pernah makan KR di Batu Pahat Mall tawar sangat, tapi di sini ok - ikut tekak keluarga kakaklah.
@ Queenie: Kakak tak tanya pulak Q kena berapa RM. Papa mereka yg bayar
@ Queen Teratai: Makin besar ni kena macam kawan dan ada kala lebih kuat kena cengkam takut dgn keadaan sekitar QT.
@ aizamia3: Oh ye ke... Kakak bawa balik tak tahu siapa makan
@ cemomoi: Wah dapat free ye:)
@ ieda: Ieda baru balik honeymoon dgn family. Lepas ni bolehlah bawa Zahrein tu makan sini
@ kasihibu: Bila jenjalan jumpa masuklah Sya...
@ Daddy Ziyyad: Tengaok tempat jugalah doc. Kalau diJB nie memang kecik, tapi kalau di Batu Pahat ok lagi tapi rasa pulak tak kena dgn tekak kakak
Sedapnyer....
@ CT Norarizah: Kakak punya style kalau anak tak minta tak pergi CT.
@ missbby: Ala huda kat BP Mall kan ada, tapi di sana tawar sungguh-sungguh sebagaimana iklan. Ini bukan di kotaraya huda
@ Mak Su: Kakak kalau cuti sekolah manjang makan luar Mak Su sebab kalau hari sekolah langsung tak boleh
@ amirah: Jujur kakak tak tahu pun berapa kosnya sebab hubby yg bayar
@ Cikgu Ma: Terima kasih sudi ke sini. Kakak dah kesana dah. Moga berpanjangan
@ Fara: Banyak menu pilihan kan. Tapi kakak ulang benda sama Fara kalau masuk sini
@ aanie: Tak bagus juga aanie sebab dia minat novel buku pelajaran huh... liat sungguh kena pantau
@ redza: Ulat buku novel redz. Kalau buku pelajaran nak kena suruh
@ MamaEma: Oh ye ke. Macam hubby kakak juga tapi dek kerana anak-anak pergi juga
@ sar: mak sar lain anak balik tak sama dgn kakak. Selera anak-anak yg selalu dok rumah masa hari sekolah. So cuti je mulalah makan luar memanjang
rasa bahagia bila semuanya meluangkan masa santai bersama2...hepi family. Tahniah.
@ Norhafiza: Itulah nikmat yg paling kakak suka No. Dapat rehat
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam CIk Ina. Kakak pun ikut selera anak sebenarnya cik ina. Adik tu kadang kakak paksa makan sebab konon tak nak tapi bila semua org dah siap makan nanti dia lapar
@ Tiramisu Fatiema: Sebab kalau sekolah tak adalah nak keluar
@ (Lizz) Mummycute: Suka muffin dia ye. Anak kakak bungkus bawa masuk kereta
@ Eye_nee: Harap dapatlah peluang itu Eye_nee
@ Mrs Eady: Ahalai kesian pulak
@ makdara TERdiva: Hm... dah ada kupon free tu gunalah dik
@ azi: Adik tu memang macm tu azi. Tapi kalau dia nak masa tu jugalah dia nak (macam beli buku yg dia baca tu)
@ Hantu Kak Limah: Sesekali tak apalah HKL
@ Qhaifa Nur: Kesian juga anak-anak nak makan
@ wahida: Terbalik dgn anak-anak kakak Muffin dia tak gemar sangat
@ nabila_2908: Kakak macaroni cheese pun suka juga ZN. Tapi mlm tu sebab berjalan lapar kakak ambil nasi
@ che mid: Sesekali tak apalah CM
@ Efa Nur: Ajaklah mama-papa makan Efa.
@ Ati Masrif: Kakak jenis tak memilih Ati. Ikut je selera anak
@ Dalila Hamid: Pergilah Lila. Sesekali ubah selera:)
sy sgt tertarik dgn salad tu.. haha.. dhla tgh lapaq ni.. haish~~
Mmg seronok skali skala cuti Masak kak, semua mknan tu terbaeekkk!!! Hihi
lapar skali lagi tgk pic mknn.. hhhuuu... sedapnya..:P
menyelerakan, lebih menyelerakan bila dpt mkn dengan family.
tengok gambar terus melelh liur..seronk dapat gembirakan hati anak2 kan kak..suri hari ni tak larat pun anak ajak mandi pantai..pergi gak lah...
tengok gambar terus melelh liur..seronk dapat gembirakan hati anak2 kan kak..suri hari ni tak larat pun anak ajak mandi pantai..pergi gak lah...
Kak, sepanjang hidup ni sekali baru fida dapat rasa makan kenny rogers ni, tu pun pasai team lead nak belanja hari tu...
rasa macam jakun2 sket.. hahaha
ooo .. besar2 dah anak2 dara akak ...best la..
Saya kadang kalau cuti makan luar jugak...
thanx kak follow saya...tak jumpa butang follow, x dapat follow akk...
kak, berapa harga set makanan ni?macam nak try jerr... ^^,
kakzakie..bila anak2 ada semua dirumah..selera pun bertambah..
"yg sama antara ank2 akk ngan ank2 saya ms mkn kt luar...order air lain2 sbb nnti leh share2 rasa..bestkan...mak ayah pun sama naik ngan ank2 nak rasa juga.."
@ Solihin Zubir: Creamy salad tu dik. Anak kakak memang suka
@ ajumohit: bila lagi cuti masak Aju kalau bukan masa cuti-cuti :)
@ mama maman: Biasa jelah Yana. Kakak pun maskan nasi
@ bobiedanbad: Sesekali kumpul semua seronok yg lebih
@ Suri Solehah: Mereka masa cuti sekolah inilah kalau boleh macam-macam nak di rancang suri.
@ Afida Anuar: Bila berdua/ada teman lain Fida. Kalau sendiri memang malas nak pergi
@ halila Ibrahim: Sulung dah 15 tahun, kedua 12 dan yg last 8. Tapi no. 2 tu besar sikit saiz sebab itu sembunyi balik pokok:)
@ Cikgu Ma: Eh betul ke cikgu? Kakak punya ada appeared pulak dan hari ini dah 3 new follower. Tak apa lain kali ye... Harga kakak tak pernah ambil tahu cikgu.
@ Acik erna: Betullah acik.
@ Pia: Mereka dah besar dan selalu bila tengok menu mulalah berbincang. Kami mama/papa ikut aje..
Eija n Mr hubby mmg sgt la suka makan Kenny Rogers ni..:))
dulu pernah keja dekat kenny... dah puas dah makan... kadang tu sampai dah muak... sekarg ni dah mula terasa nak makan semula... menu pun dah banyak berubah...
aduhaiii
lame bebeno dh x gi kenny rogers
hehehe
sedaaapnyeee la
aduhai
lapo dah mimi..hehehee
mmg btui ckp Dato' LF; mknn ae sodap tp mahei+ servis dier kt tompek den neh lombab bebenau! kitorg pon dh lama x mkn. mmg besh spend time together2 mcm neh.
lamanya munna tak makan kat KR....
ieja br jer cadang nak g KR ni..x sempat lg..seronok kan kak dpt kumpul sama2 mcm ni..
Post a Comment