Wednesday, October 12, 2011

Bulan demi bulan....

Perasaan belas dan prihatin ada kalanya memakan diri sendiri. Itulah yang terjadi pada kami bulan demi bulan. Mahu meminta atau menagih hutang bila dalam masa sama ada perasaan belas bersarang di hati pastinya ia sukar untuk diselesaikan. Dari beberapa orang yang menyewa rumah kami ada seorang penyewa yang menghadapi masalah kewangan. Selalu membayar secara beransur seperti membayar hutang cara zaman dahulu. Pada tahun ini saja aku rasa adalah dia membayar sekadar dua atau tiga kali. Lainnya masih tertunggak. Tambahan pula sejak April 2011, isterinya baru melahirkan anak. Bekerja sebagai penjual roti, isteri pula tidak bekerja, mempunyai seorang anak, bekerja sampingan sebagai DJ karaoke, bayaran sewa sebanyak RM380/- sebulan mungkin menjadi beban baginya. Harga sewa sebenarnya telah kami turunkan dari harga asal RM400/- semenjak dia mendapat zuriat.

Telah lama aku berbincang dengan hubby bagaimana cara berhemah untuk meminta tunggakan tersebut. Kami bercadang mahu dia cuba berikhtiar mencari rumah kos rendah yang sewanya mungkin lebih murah dan tidak membebankan dari terus dibebani hutang. Tambahan pula mereka baru berumahtangga dan hanya mempunyai seorang anak yang masih kecil tidak perlu rumah tiga bilik buat masa ini. Habis berbincang tiba-tiba hubby boleh berkata "Kalau dia saudara kita tergamak tak kita nak kata macam itu?". Kami jadi serba-salah. Hingga kini belum ada penyelesaiannya. Kami tunggu dan lihat saja.

Setiap awal bulan aku perhatikan penyewa aku ini pasti cuba mengelak dari bertembung muka dengan kami sedangkan hubby selalu menasihati jangan malu kerana semua orang ada masalah masing-masing, kalau ada duit bayarlah sedikit demi sedikit - buat masa ini kami masih tidak kisah lagi, akan datang tidak tahu bagaimana.


~~ Aku pun ada penyewa yang terlalu berdisiplin. Setiap satu haribulan mesti dia akan datang tidak kira hujan-ribut. Seandainya kami tiada di rumah dia akan menelefon. Penyewa ini pula membuat kami segan.~~


82 comments:

bujal X said...

makcik carikan la kerjA part time untuk bini dia.suruh kemas rumah orang hujung minggu ke~~

Unknown said...

btl kak setiap org pasti ada masalah masing2 tp sbgi empunya diri dia sendiri s'pttnya mencari jalan utk menyelesaikan masalah yg ada.....bukan melarikan diri..

Hudalatip said...

erm kakak, cuba tanya dulu, yelah mungkin dia memang nak bayar tapi kemampuan dia terhad atau ada masalah lain..

Sharifah Nadzarah said...

byaknya rumah akak...kat mane tu...
tapikan kak..kalau area tmpt sy rumah kos rendah pun sewanya rm400 keatas.kalau rumah 3 bilik rm600 keatas...
kiranya akak dah bagi murah giler la sewanya tu..kalau sy pun nak duk camtu...hihihi..

mama ju said...

Aslkm

Apa kabo?
Heem,mak saya dah 2 penyewa berperangai mcm tu..akhirnya terkeluar ayat.keluarlah anak saya nak duduk...setahun byr 2,3 kali .Memang mcm menagih hutang!

Unknown said...

erm.. kasihan mmg kasihan.. tp sepatutnya si penyewa pun kenalah ukur baju dibadan sendiri.. jgn kerana masalah yg mereka hadapi org lain mendapat kesukaran dan masalah sama...

~izan~ said...

serba salah kan kak..kalau izan kat tmpt akak mesti sama jugak rasa mcm tu..tp kita pun nak hak kita cuma cara terbaik tu kena fikirkan...

semoga ada penyelesaian terbaik nanti...

Acik Erna said...

kakzakie..memang ada macam2..dulu acik ada jugak sewakan rumah..sebab kami dok kuaters..ada yang lari malam sebab tak bayar sewa..akhirnya rumah tu acik jual..dan yang satu lagi..duduk sendiri..

Unknown said...

penyewa tu tak patut melarikan diri begitu kan kak..

baik bersemuka, sangat bertuah dapat tuan rumah seperti akak dan suami, dan dia sepatutnya bersyukur.

Moga ada jalan penyelesaian yang terbaik nanti...

faraherda.razalan said...

Dia malu kak. Maklum, sewa bertunggak. Harap, rezeki mereka bertambah murah dgn kehadiran anak.

Walau mcm ne pun, isteri sepatutnya bekerja utk membantu suami dlm menanggung beban.

Dulu, ada kenalan hidupnya susah. Isteri tak bekerja. Kami antara yg rapat, sering meminjamkannya duit. Byr tak byr terpulang. Ada rezeki lebih, byr. Tp kini, isterinya sudah bekerja. Alhamdulillah. Rezeki mrk bertambah-tambah murah.

kurus said...

aduh kak susahnya situasi akak bagi saya .. huhuh kita sedar akan kesusahan dia .. tp dlm masa yg sama dia juga harus sedar yg kita juga mengalami masalah yg sama bila mana duit itu kita perlu utk jelaskan apa2 yg patut di bahagian kita
harap dia akan paham dan ambil pendekatan utk mencari rumah sewa yg lebih murah
kita memang kesian kan kak
tapi org nie kena bawa berbincang kak
kena cakap .. kalau x cakap mgkin dia tidak sedar @ lupa
insyaallah kalau kita dipihak yg benar ..:)

amirah said...

payah jugak kalau macam tu kan kak...serba salah kita dibuatnya..ermm...tapi bagus juga cadangan tu..carikan rumah yg lebih kecil sesuai dengan bilangan keluarga dia buat sementara ni..bukan apa, kita pun nak tolong dia..

Anonymous said...

dia bayar ansur2 buleh dikira baik lg kak....
mak sy ada rumah sewa..ada sorg tu 2,3 bulan xbayar akhirnya cabut lari tengah malam

terpatrisinarabadi said...

serba salah kan..tapi penyewa ni mmg bermacam ragam..tapi dia masih bertuah dpt tuan punyer rumah yg prihatin & bertolak ansur...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,


cik ina pun dah terkena pasal rumah sewa arwah ayah, siap lari lagi ngan bil letrik yang tertunggak beratus ringgit, susah ,nak jual sayang plak. kalau nak dibiarkan kosong takut plak ada yang masuk. peningkan kak zakie, lagi kalau orang kita. tak ukur baju kat badan sendiri.

Cik Ecah said...

umah sewa akak kat maner....
murahnyer....ok la tu harganya....


masalah mcm ni blh menyebabkan kte serba salah kan....
huhu...

Eye_nee said...

Saya Yg ada sebuah rumah sewa ni pon pening apatah pula kakzakie yg memiliki lebih dari sebuah...

Kayu Manis said...

anggap je ini ujian..msti ada hikmah di sebaliknya..

Unknown said...

atau pun akak cuba carikan dia rumah sewa yg agak murah sikit utk diorg. maybe dgn cara ni je la kot sikit sebanyak boleh membantu

Unknown said...

takpe kak, tolong menolong ni amalan yg mulia, mugkin masa tu dia susah, masa ni kita senang. tapi tak tau pula nanti satu masa kita susah, dia pula yg tolong kita balik,,,

JunAina said...

setiap orang mempunyai masalah tersendiri. bukankah membayar sewa itu satu tanggungjawab dan tiada alasan untuk mengelaknya.

semakin ditangguh semakin banyak hutangnya sedangkan yang sedikit tak mampu di bayar apakan pula yang dah terkumpul menjadi banyak...

mungkin perlu berterus terang, bagi masa supaya dia mencari rumah lain yang mampu di bayar. bukan menghalau tetapi sebagai tuan rumah kita juga ada tanggungjawab yang perlu dilangsai...

matahati-aishahazhar said...

saya pun sama jugak macam kakzakie. Sampai satu tahap saya pernah cakap dengan peminjam anggaplah duit yang saya bagi tu sebagai blanja untuk anak2 dia. Tapi tu adik-badik sayalah. Kalau org lain saya tak tahu macam mana..

Sebab sikap saya ni lebih malu dari peminjam. Bila saya minta balik duit yg dipinjam, perasaan saya mcm rasa saya pula yang meminjam darinya .

bidadarindu said...

Kalau takut penyewa kecik hati bila cakap,jangan cakap ngan dorang...tulis surat...kadang2 ayat lebih tajam dari lidah...sekadar pendapat...

p/s : kita x tahu apa pulak akan jadi pada kita pada masa depan...kalau x pada kita pun,pada anak cucu kita...

chichi said...

ye la..kalau saya pon rasa serbasalah..tapi nak buat mcm mana..nnt makin naik lemak..kita yg susah...

s a r said...

assalamualaikum akak

kata2 suami akak tu kan...

~aduh! semoga keberkatan dan rezeki akak dimurahkan lagi. inshaAllah.

Maya Mayana said...

kesian jugak kan? mesti serba salah..cdgn bujal tu yana pun setuju juga..hmmm

PinKy MoMMa said...

kak zakie..dulu sy pn ada masalah dengan penyewa..slalu missing in action..kita pun faham kalau dia ada masalah..tapi bila dia suka menipu..suami cakap lain..isteri cakap lain..dan slama stahun memberi peluang..kami terus notis dia..bukan tak berhati perut tapi dah terlalu lama tempoh memberi peluang..bayangkan setahun..

dan alhamdulillah..penyewa skrg sgt baik hati..kami rasa slesa mcm dah kenal lama ;)

sahromnasrudin said...

ermmmm...selalu terjadi pd jiran sy sehingga ketahap jumpe kat pasar tak dipandang pun mukanya huhuhhhh

Kakzakie Purvit said...

@ bujal x: Makcik pun tak tahulah bujal kalau isteri dia jenis boleh kerja ke tidak.


@ Mamamya: Tak tahulah Lia dia bulan ni langsung tak jumpa lagi


@ missbby: Hubby kakak dah tanya tapi selalu dia katakan akan cuba bayar ansur-ansur


@ Sharifah Nadzarah: Kat senai juga SN. Rumah tiga bilik. Masa mula masuk dia baru kahwin masa tu tapi sekarang makin susah nampak gayanya


@ Mama Ju: Wa'alaikumsalam Kak Ju. Itulah masalahnya tak tahu dah nak cakap macam mana nak suruh dia keluar


@ Queen Teratai: Itulah masalahnya QT. Kalau dtg ruamhnya selalu suami tak ada, isteri basi alasan tak tahu


@ izan: Kakak harap akhir bulan ini hubby kakak ada kekuatan utk bercakap dgn dia utk cari penyelesaian terbaik


@ Acik Erna: Dulu yg rumah di Kluang (low cost) banyak kali kakak hadapi macam itu. Tapi akhirnya sekarang bila ada cikgu yg duduk elok dah..


@ Yus: Sebenarnya kami serba-salah Yus. Yg tak baiknya buat dosa kakak dgn hubby asyik dok cakap tentang dia pulak..

SuriHanna said...

banyak orang banyak ragam...mungkin juga dia mmg bermasalah.. tapi ada juga jenis orang yg mmg suka tangguh tangguh nak bayar sewa umah....
Hanna belum pernah facing masalah cenggini..rumah ada satu jer.. tu pun duduk sendiri...

Azian Elias said...

MASYALLAH..murninya hati kakzakie.

semoga ini menjadi saham di sana nanti.. tiap org punya pandangan berbeza dgn sikap kakzakie ini..

Kakzakie Purvit said...

@ Fara: Kakak pun tak faham isteri masih muda benar (lingkungan awal 20an) boleh duduk rumah jaga anak yg masih baby.


@ ieda: Itulah kakak cadang nak suruh dia cari rumah yg termampu olehnya kami bagi masa tapi tak terluah lagi


@ amirah: Tengoklah bila ada kekuatan hubby kakak akan cakap juga nanti


@ redza: Dahsyat kan redz. Nak cari macam mana kalau dah lari


@ ikatankasihku: Kakak bukan apa D sebab kesian dia ada baby.


@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Kalau tahu dari awal kita suruh dia bayar deposit tinggi-tinggi ye Cik Ina.


@ Cik Ecah: Dekat Senai. Sini kan kawasan industri ramai yg nak menyewa. Tapi sayangnya tak sangka jadi macam ini


@ Eye_nee: Kita mahu jadikan asset tapi jadi masalah pulak ye eye_nee


@ cinnamon.com: Sedar ini ujian tapi setiap bulan tetap berharap dapat hak kita tapi hampa


@ asfaliza: Kakak tak ada rumah kecik lagi. Inilah yg paling kecik. Kalau nak cari kenalah dia cari sendiri sebab takut yg kita cari dia tak suka kan...


@ Santri TPINI: Santri cakap macam hubby kakak je...


@ JunAina: Kena ambil masa sikitlah Aina. Hubby kakak tengah fikir sampai sekarang macam mana yg terbaik

Kakzakie Purvit said...

@ Ratu Kebaya: Kami tak kata bagi free lagi tau RK. Kami masih menanti walau dia bayar secara ansur


@ bidadaririndu: Kami dah buat cara itu (tapi sms) tapi dia tetap membisu juga


@ chichi: Itulah chichi, kakak dah kata pada hubby akhir bulan ini kena jumpa juga


@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Mudah-mudahan tapi bila hati kita pun macam tak ikhlas pun tak guna juga sar.


@ Maya Mayana: Tak bernai kakak nak suruh isterinya bekerja. Mereka kenalah fikir sendiri


@ Pinky Momma: Kakak harap dia dapatlah pindah rumah baru. Yg tak dapat bayar kalau ada duit boleh ansur.


@ sahromnasrudin: Penyewa kakak nie susah nak jumpa suaminya tapi isterinya (sebeb di rumah) semua jawab tak tahu


@ SuriHanna: Ingatkan ini salah satu side income tapi ada yg tak boleh haraplah Hanna. Nasib satu nie aje...

Kakzakie Purvit said...

@ Yan: Entahlah Yan... kalau ada kekuatan hubby akan jumpa juga dan cari jalan terbaik. Kesiannya sebab dia ada satu baby..

Rina Rahamat said...

emm..kalau dah mcm ni mmg serba-salah dibuatnya kan kak..

nk bagi muka takut dia naik lemak pula..nk berkeras mcm x smpi hati..


akak berdoa sajalah moga allah lembutkan hatinya utk bayar tunggakan tu..


semoga kebaikan kakak Allah balas dgn cara lain kemudian hari..

emarieys said...

ema tak pernah hadapi situasi begini..ALhamdulillah orang yang sewa rumah abang akan bayar setiap bulan kadang2 terlewat hanya dua atau tiga hari.

sepatutnya, suami dia cari alternatif lain utk membantu kewangan..kasi wife kerja di rumah seperti jaga anak ke?

Sarah Syazwani said...

sy pun ada juga penyewa mcm tu..tp bila kami buat site visit..tibe2 elok jek dia byr full..hehe

zue said...

alhamdulillah penyewa rumah sy cantik bayarnya..dia sorg IT dgn 4 anak yg sulung dah bekerja. adatlah bayor trtangguh tapi bln seterusnya penyewa akan bayar double dan sy memahami keadaannya.

::NureeN:: said...

mmm... mak nureen sama kes ngan akak, cuma beza sikit.. penyewa umah mak tue lambat bayo bkn sbb x mampu tp ntah la.. walhal sewa rm150 ja.. sbb area kedah kan x mahal mana tp umah bkn umah kos rendah tau.. tp ntah la.. klau umah tu dok area kl mau 6 7 ratus tu bln2 sewanya.. pelik la.. skrg ni mak mmg x thn sgt dh abah nureen ja dok berthn lg.. katanya bila wife abg nureen dh dpt tukaq dr jb ke kdh baru abah akan kuaq notis utk depa pindah.. mmmm

munna said...

mmg serba salah klu mcm tu kak... tapi sebagai penyewa kenalah ada tanggungjawab utk bayar sewa ... munna sebagai penyewa klu lambat je hantar duit sewa rumah mmg serba salah rasanya kak

Kakzakie Purvit said...

@ Rina Avail: Sampai bila nak bertahan pun tak tahu lagi rina


@ MamaEma: Kalau kawasan Senai tu Ema ramai yg nak minta tolong jaga anak sebab kaw. industri tapi tak tahulah...


@ Sarah Syazwani: Masalah kakak kalau ke rumahnya suami selalu tak ada yg ada isterinya yg serba tak tahu


@ zue: Kalau macam itu hati kita pun senang kan zue


@ Nureen: Kakak pun ingat kalau anak saudara kakak yg cikgu nak pindah mengajar di JB nak suruh dia sja duduk. Boleh jadi alasan. Tapi bila entah

Kakzakie Purvit said...

@ munna: Kakak kalau setakat sebulan tertangguh tak kisahlah munna. Ini berbulan-bulan dah munna..

noor said...

klau boleh slesaikanlah masalah dulu dr cabut lari...buat org mrh ajer..

dwatyKNY said...

memang susah nak tagih hutang kan??? walaupun kita sebenarnya berhak...

SITI NOARIZAH ARIS said...

Manusia ni berbagai ragam...dulu penyewa rmh abah sy selalu gelat byr w/pun sewa sgt murah dgn alasan gaji kecil tapi suami isteri bekerja dan anak seorang sedangkan abah sy ada 7 anak mak tak kerja dan kami masih kecil & bersekolah waktu tu.... tak bayar sewa satu hal dia lari pulak tanpa pengetahuan kami tanpa membayar duit sewa yg tertunggak lebih teruk rumah kami dirosakkan.

Siapa yg patut di kasihankan penyewa atau tuan rumah yg ada ramai anak ni ??

Zaitun said...

Ada penyewa membuat kita malu tapi ada setengahnya buat kita marah.Pernah terjadi pada kak Zai,beli perabut mampu penuh satu rumah.

IMANSHAH said...

saya pun jenis susah nak mintak hutang

No Lan said...

mmm pendapat peribadi No sebagai owner la kak..kita kena tegas juga dalam hal ni..sampai bila kita nak tanggung utang,,.rumah tu kite tetap bayo bulan2 kan..penyewa tu klo dh xde duit kena la cari rumah yg lebih murah kosnya..dua-dua kena faham hal ni xkira dia tu sedara kita ke tak..kita pun nak makan juga kak..Alhamdulillah, penyewa rumah No skang berdisplin juga orangnya..cuma yg dlu je tertunggak-tunggak akhirnya lari mcm tu je huhuhu...

PCL said...

salam kak zakie, berdoa untuk dia beroleh rezeki lebih dan permudah utk mereka membayar hutang semoga silturrahim akan sentiasa terhubung. terima kasih singgah komen, anda di bloglist terkini sy.

Kakzakie Purvit said...

@ noor: Kalau cabut lari nak buat macam mana itulah risiko tuan rumah


@ dwaty: Inilah yg dikatakan serba-salah dwaty


@ CT Norarizah: Rumah tu kami dah tak berhutang lagi dgn bank. Tapi ialah kami harap sebagai side income. Tunggulah akhir bulan ini macam mana CT


@ Zaitun: Benar Kak Zai. Risiko ada rumah sewa beginilah


@ Imanshah: Oh ye cikgu.

@ Norhafiza: Macam-macam ragam kena hadapailah dah lumrahnya begitu

Kakzakie Purvit said...

@ PCL n mmD: Mohon begitulah kalau dia murah rezeki kakak pun tumpang senang juga kan. Terima kasih dah masuk list..

Aien Not Alien said...

serba salah sebab dalam nak bertegas tu masih ada timbang rasa lagi melihatkan keadaan penyewa...

apa yang berlaku ada sebabnya...dengan akak mungkin boleh sikit lebih kurang...kalau dengan orang lain, ntah2 kena halau terus, duduk merata... siapa tahukan... hmmmm...

-Sara- said...

ermm betollah kak, bila dh cam gitu serba salah dah nak cakap camane kan..

mama maman aka yana said...

Masalah rumah sewa nih mmg selalu terjadi..

1- tuan rumah sewa kami, wlpun satu hari lewat, dah call tanya bila nak byr sewa?? mmg menyakitkan hati.. takpe kami byr, bkn xnak byr.. tak smpt nak bank-in je, skrg kami guna maybank2u.. senang kami byr on-time je.. hhhiii

2- rumah mak mentua sewakan kat org, lalu lalang ari2 depan rumah tp dah 3bln tak byr2, tak ckp sepatah pun sebab tak byr.. mak mentua sy malu nak minta, diam je.. bkn hanya duit sewa, duit api air pun tak byr.. kami suruh ckp pasal takut tiba2 diorg lari malam2.. camtu pun ada kan.. laki bini keja.. cikgu.. xkan xde duit kot, blm lg ada anak.. bkn mahal pun.. rm400 je..

Sabar sungguh kan..

ucubakery said...

ucu pulak geram dgn penyewa rumah kami..macam2 yg rosak..tp alhamdulilah bayaran ok..

K.zakie,
berlebihkurang kena berpada-pada...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kakzakie..saya sewakan pada budak2 bujang jerrr..dulu pernah sewakan pada yg family tapi selalu bayar lambat...at last 2 bulan x bayar dia pergi macam tue jerrr...

ieja amieja said...

murahnyer hati kak zakie..dah la bg murah tertunggak lg..
sume org ada masalah masing2, tp kan lbh baik dibawa berunding dr asyik melarikan diri..semoga bertambah rezki akk nnt..

Unknown said...

pado yg berhutang tp buat dunno jer...ini x patut...kalo terus terang citer masalah kira ok lg...

Hairun Azmi said...

Serba salah juga yer...

Fenomena "Halo Bulan"
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

al-lavendari said...

Kalau dia benar-benar susah, eloklah ditolong. Pasti Allah akan membalasnya. Yakinlah.

Agaknya kita sekepala .. kelmarin pun saya buat entri tentang hutang.

nadbaptist said...

salam kakzakie,

apabila hati kita dalam keadaan serbasalah eloklah kita solat istikharah..moga Allah permudahkan urusan kakzakie dan suami

pena rozie said...

Mcm2 hal kan. Kat opis PR pulak kite dah tolong bg duit srh byr sewa. Tp x byr pulak.

pena rozie said...

Mcm2 hal kan. Kat opis PR pulak kite dah tolong bg duit srh byr sewa. Tp x byr pulak.

ckLah @xiiinam said...

Banyaknya premis kakZakie ni...Alhamdulillah.


Semoga dimudahkan urusan dengan penyewa yang bermasalah itu...

Kancil 8349 said...

mungkin dia malu...mungkin dia rasa telah susahkan orang lain dan tidak tahu nak jawab apa...apapun, susah kalau mereka tidak berusaha sendiri...walaupun setiap diantara kita ada masalah masing2 tapi jangan susahkan orang lain...apapun Kancil belum pernah menghadapi situasi ini...harap tidak tersinggung

eelobor said...

entri ini benar2 membuat saya terharu & rasa bersyukur sangat2 kerana saya masih dalam kategori yang berkemampuan walaupun tidak semewah seperti orang lain.

ibuintan said...

kakzakie... elok juga minta selalu, jangan biarkan hutang sewanya tertunggak dengan banyak


lagi banyak nanti lagi susah dia nak jelaskan

Solihin Zubir said...

kalau sy pun rsa segan bila kita x mampu nk bayar..
padahal kita nak sgt bayar, tp keadaan tak mengizinkan..
smoga Allah meringankan beban penyewa itu supaya dipermudahkan urusan dia membayar hutang...

ILA HonEyBuNNy said...

susah juga kalau dapat penyewa begini....mingkin dia benar2 tidak ada duit...apa pun..akak kena tegas juga dan cuba tanya apa masalah dia sekeluarga...sampai berbulan xbayar..

aby said...

salam k zakie ..

klu mendatangkan masaalah kpd kewangan kita , beramal jariah pun bagus juga ..
tp action pun kene ambil juga ..
kena sedarkan dia,
nak selesa kena berkorban ..
kena hidup berbajet ..

Kak Aya said...

hmm faham masalah kak zakie dan masalah penyewa tu.

dulu masa saya mula-mula kawin, dan start menyewa sendiri bersama suami, kami mohon untuk bayar ansur-ansur untuk deposit sb tak cukup duit maklumlah baru lepas kawin...biasanya kena byr deposit dulu baru masuk tp kami masuk dulu baru ansur2 bayar deposit..lepas settle deposit kami pastikan bayar sewa on time tiap bln...

Cikli said...

kak.. ada rumah kosong lagi tak? saya perlukan tuan tanah yang baik macam kakak dan abang

Kakzakie Purvit said...

@ Aein: Kalau dia tak ada baby kakak tak kisah sangat Aein.


@ Sara: Sebab dah selalu cakap itu yg rasa macam serba tak kena


@ mama maman: Macam-macam kes kalau rumah sewa ini kan


@ Ucu Faridah: Kita tuan rumah kena berani tanggung risiko Ucu


@ Be Simple Beb: Kakak pun pernah kena juga. Masa bila dia keluar kita pun tak tahu


@ ieja amieja: Bukan masalah murah hati ieja tapi nak menagih selalu rasa kesian sebab dia ada baby


@ Papa Mifz: Kakak rasa masalah kewangan biasalah org malu nak cerita kan


@ Miecyber: Dapat rasakan macam itulah kakak


@ al-lavendari: Kalau lihat van roti dia pun dah kesian tuan.

Oh ye ke? Kakak tak perasan pulak:)


@ anitaare: Wa'alaikumslam anita. Insya-Allah cadangan yg baik

Kakzakie Purvit said...

@ pena rozie: Oh ye.. kakak ada baca N3 PR tu.


@ ckLah: Bukan banyak cikgu tapi sebab kakak kerja swasta tak ada pencen macam cikgu, so ini kami jadikan asset


@ kancil 8349: Itulah dik... kadang kita pun tak tahu kita akan menghadapi penyewa begini. Masa mula nak sewa lembut gigi dari lidah


@ eelobor: Benar ee. Kalau kita ada rumah sendiri tidaklah kita menghadapi masalah seperti penyewa kakak ini.


@ ibuintan: Susah juga cikgu. Hubby kakak segan sebab yg ada selalu isterinya saja. Suaminya tengah malam baru balik


@ Solihin Zubir: Itulah agaknya apa yg dirasa oleh penyewa kakak sebab itu selalu tak ada di rumah


@ Ila Honeybunny: Ila tak rasa sebenarnya bila tengok baby dia kami tak sampai hati


@ aby: Wa'alaikumsalam aby. Rumah kakak semuanya dah tak ada hutang memang tapi ia sebagai lebihan utk lebih selesa buat kami. Sebab itu hubby kadang lembut hati apa lagi tengok keadaan isteri & baby dia, alahai serba-salah kami dibuatnya


@ Kak Aya: Pasangan ini dulu masa mula masuk dalam 6 bulan pertama saja ok. Lepas itu terus bermasalah. Kakak rasa dia banyak berhutang membeli kelengkapan rumah seperti karaoke, perabut dsb


@ Cikli: Heee.... perli kakak pulak dah Cikli ye. Kalau Cikli ada di tempat kami tahulah macam mana serba-salahnya kami

Ati Masrif said...

salam kak zakie,

kasihan juga buat mereka yang baru
nak belajar hidup berkeluarga sendiri
tapi bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'

harap suaminya tu sedar dan berusaha
cari rumah lain yg mereka mampu bayar

Kakzakie Purvit said...

@ Ati Masrif: Wa'alaikumsalam Ati. Itulah yg menjadi masalah Ati bila kakak rasa pun mereka ini kurang arif dlm mengendalikan kewangan sebab itu semakin sempit jadinya

halila Ibrahim said...

ermm .. susah jugak kan kak .. tp saya kalau nk minta balik duit org hutang saya saya segan la.. sebab kadang2 kesian ..
tp kadang2 kita kena tegas la.. nanti naik lemak plak...

semoga kesabaran kak n kira kak membantu la depa .. Allah akan bg ganjaran terbaik utk akak sekeluarga...

Kakzakie Purvit said...

@ halila Ibrahim: Mungkin cara hidup kita yg membuat kita begini ye halila. Memberi tak malu tapi nak meminta malu...

nabilah_2908 said...

tu la kan..tersepi kt tengah2...

moga kesabaran akak & suami akak terbalas... :)

Afzainizam said...

EEEMMM aku pernah mengalami situasi yang sama.... orang tak mau bayar duit kereta kat kami...

buat dah buat dahhh tapi... dia berdolak dalih... tak kisah lahh kalau seberapa yang mampu dia nak bayar tapi cakap lah...

yang jahatnuya dia jaja cerita pulak benda tak baik tentang kami...

Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta

Kakzakie Purvit said...

@ nabila_2908: Kakak harap kalau tak mampu bayar pun tak apa asal dia nak keluar saja


@ Afzainizam: Ini lagi dahsyat zam. Dah tak nak bayar kata tak bagus pulak ye. Hmmm....Allah melihat zam. Sabarlah kita ye

aizamia3 said...

bersyukur dapat tuan rumah yang baik hati dan boleh bertolak ansur tapi janganlah penyewa ambil kesempatan..

rasanya elok akak sentiasa pantau bayaran sewa dari dia sebab dari dibiarkan tertunggak nanti yang susah dia jugak..

kesian tu memanglah kesian tapi dia pun kenalah faham.. dah adat menyewa kenalah buat seperti menyewa..