Friday, October 14, 2011

Dari Sibu

Adik menanti papa yang pergi untuk AGM di Sibu Ahad lepas. Tengah malam baru tiba di Lapangan terbang Senai. Pergi satu beg balik pun satu beg juga tidak macam selalu beg papa bertambah bila balik. Melihat dari jadual baru kami tahu jadual padat untuk mesyuarat suntuk tiga hari. Mesyuarat yang sepatutnya berakhir jam 4:30 petang selalu berlanjutan hingga 5:30 petang. Malam pula banyak kedai yang telah tutup, tidak macam di Kucing malam pun banyak lagi shopping kompleks yang dibuka sama macam di Johor Bahru.

Lepas ... Diluar dugaan 12 kg daging rusa ini lepas juga tidak macam selalu Air Asia tidak benarkan membawa daging. Papa adik ada ayat dibaca. Ada dalam suroh Yaasiin. Rezeki untuk diberikan kepada staff-staffnya. Kami ambil 3kg saja

Fridge Magnet.... biasalah kalau kemana-mana ini seolah-olah yang paling mudah untuk mendapatkannya

Koleksi.... ini juga kena beli sebab sudah menjadi koleksi keluarga untuk digantung dalam almari.

Bukan telur burung.... papa adik tidak tahu nama buah ini tapi ramai yang pergi mesyuarat tersebut membeli. Papa adik yang teruja pun turut membeli. Yang di dalam bakul ini agak kuning-kehijauan sedikit kulitnya - membeli 2 kilo

Buah yang sama..... yang ini berwarna coklat gelap, pun dibeli 2 kilo. Harga sama masih RM10/- sekilo. Kulitnya terlalu keras. kalau guna gigi palsu kena berhati-hati takut kulit tak pecah gigi yang patah.

Kenyal..... inilah dia isi buah tersebut. Manis dan seakan-akan buah mata kucing atau rambutan.

Biji.... aku cuba tanam mana tahu boleh tumbuh aku boleh business buah ini (betul tau aku semai hendak lihat boleh cambah atau tidak). Pokok pun tidak tahu macam mana bentuknya. Aku membayangkan macam pokok kedondong sebab saiz dia macam buah kedondong

Kulit.... macam cengkerang kelihatannya.



~~ Ada juga lain-lain hubby beli untuk anak-anak. T-shirt anak-anak dan kain songket sarawak, ikan masin dan lain-lain buat staffnya pun ada dibeli. Namun yang terkesan buah yang aku paparkan sebenarnya tidak pernah kami temui seumur hidup, baru kali ini dipertemukan. Maha kaya Allah buah sekeras ini pun boleh dimakan dan sedap rasanya.~~

89 comments:

Kakcik Seroja said...

Banyaknya beli daging rusa. Boleh masuk dalam kargo ya? Kakzakie nak buat rendang ke? :)

MOKCIK AZWA said...

AAsia memang kenkadang pelik2..hari tu azwa pernah kena, dia tak bagi masuk ikan masin dalam kargo..adakah.. tapi kalau MAS ok jerr..apapun boleh masuk kargo kecuali bahan letupan..janji balut elok2..

buah apa tu ya..azwa pun tak pernah nampak jugak..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, tak pernah jumpa buah ni, harap2 semaian hidup..

bujal X said...

hati2 makan daging rusa~kolestrol tinggi~he~~

Anonymous said...

buah apa ye...xpernah tgk pon

che mid said...

Salam kakzakie tak tanya ke apa nama buah tu..

Rina Rahamat said...

sy pon x penah lihat buah tu..nnt kalau sudah tumbuh bagi sy sikit boleh hehe..

Hudalatip said...

first time nengok buah tu kak...

hani apandi said...

kakzakie, buah tu sedap! org cakap tu buah laici org msia :P hani pun 1st time makan masa raya lepas, kulit dia kena ketok dulu ngan anak lesung baru dpt isi haha

Ungu Violet said...

buah tu mmg xpenah tengok pong..hihi

suka ikan terubuk masin...goreng buh cili ngan bawang..yummy..:)

terpatrisinarabadi said...

buah tu macam telor kan kak..tak penah tgk sebelum ni..

Unknown said...

banyaknya buah tgn... sure anak2 suka termasuklah akak skalikan? hehehe tp buah tu mmg x pernah jumpa..

kasihibu said...

macam macam hasil tangkapan tu
kalau enpakwe sya
dah banyak tempat dia pergi, kalau dia nak membeli buah tangan boleh pulak bertanya dulu, hendak ke tidak
isshh tak romantika diamor betul, tak suprise kata orang ;p

kalau sya g memana beli saja, balik baru tunjuk/ bagitahu
tp enpakwe sya memang tak pandai membeli
nasib baik bini dia ni dah faham.

kasihibu said...

macam macam hasil tangkapan tu
kalau enpakwe sya
dah banyak tempat dia pergi, kalau dia nak membeli buah tangan boleh pulak bertanya dulu, hendak ke tidak
isshh tak romantika diamor betul, tak suprise kata orang ;p

kalau sya g memana beli saja, balik baru tunjuk/ bagitahu
tp enpakwe sya memang tak pandai membeli
nasib baik bini dia ni dah faham.

kasihibu said...

macam macam hasil tangkapan tu
kalau enpakwe sya
dah banyak tempat dia pergi, kalau dia nak membeli buah tangan boleh pulak bertanya dulu, hendak ke tidak
isshh tak romantika diamor betul, tak suprise kata orang ;p

kalau sya g memana beli saja, balik baru tunjuk/ bagitahu
tp enpakwe sya memang tak pandai membeli
nasib baik bini dia ni dah faham.

amirah said...

tak pernah tengok jugak buah tu kak..nampak mcm sedap jugak..abis tu kopek guna apa ye?

faraherda.razalan said...

Kak,

Daging rusa kat Sarawak mmg murah eh kak? Wow, buah tu mcm teringin je nak rasa. Unik betul rupanya.

JunAina said...

sarawk termasuk dalam edisi percutian keluarga tahun depan. nanti nak carilah buah ni, nampak macam best je...

Ya ALiya said...

bestnyer...macam2 ada kan.....buah tu mmg lain dr yg lain,dalam banyak2 tu ya mmg suka Fridge magnet...

Kakzakie Purvit said...

@ Kakcik: Kakak ambil 3kg saja. Lain bagi staff hubby. Dah masak sikit.


@ Mokcik Azwa: Ikan masin semua lepas tapi daging selalu AA tak bagikan so entah macam mana kali ini dapat pulak:)


@ Marina Monroe: Itulah ya dok ramai-ramai semuanya membeli. Kakak dah semai pun bijinya


@ bujal X: A'ah tapi sedap makan ajelah dik. Makcik dah makan pun hihi...


@ redza: Itulah redz. boleh abang tak bertanya pun pada si penjual


@ Che Mid: Hubby kakak tu bukan nak tanya dia rasa sedap dia pun beli aje:)


@ Rina Avail: Kakak baru semai Rina. Harap tumbuhlah. Kalau besar pokoknya kakak bawa balik kg.


@ missbby: Samalah kakak pun


@ hani apandi: Oh ye ke hani. Padanlah biji dia betul-betul sama macam biji buah laici.

WuMing said...

Sedap ker daging rusa ni?

Banyak juga buah tangan.. Best laa Sibu nii

miloaiskurangmanis said...

tak penah tengok buah camtu...
dan sudah semestinya iols tak tau apa nama buah tu!
hiks

emarieys said...

sedap ke kak daging rusa tu?

Kakzakie Purvit said...

@ Ungu Violet: Ada juga beli sebab hubby bagi pada staff dia


@ ikatankasihku: A'ah saiz dia macam telur ayam kampung


@ Queen Teratai: Sebenarnya tak banyak mana QT. Sebab masa terhad dan tak banyak shopping complex di Sibu. Macam ampung sikit. Bawah hotel pun tak banyak berjual


@ Kasihibu: Kakak tak kisah Sya. Sebab dia pergi sepenuhnya utk meeting sebenarnya kalau ada sehari cuti masa itu rasanya bolehlah singgah tempat lain


@ amirah: Kakak pepah je dgn gigi mira. Eh... kakak tak guna gigi palsu tak apa hihi..


@ Fara: Kakak tak tanya pulak berapa haraganya. Tapi sebab di JB susah nak dapat daging rusa. Dulu kakak beli masa ke Pahang


@ JunAina: Masa ke Kucing tak adalah Aina. Tapi di Sibu sebab agak kampung baru ada


@ Ya Alya: Kena bagi-bagi pada staff hubby. Dia kena jaga anak-buah dia yg bantu kerjanya setiap hari.

Kakzakie Purvit said...

@ WuMing: Daging rusa texture dia soft berbanding daging lembu. Ala... burger rusa kan banyak tempat kita nie


@ miloais: Kakak pun tak tahu nama dia milo. Makan je tahu hihi..


@ MamaEma: Kalau suka sedap sebab texture dia soft dan tak ada bau seperti kambing. Lembu pulak kasar kan dagingnya.

s a r said...

assalamualaikum akak.

hmm, tak pernah nampak pulak buah tu kak.

My Little Diary said...

buah apa tu...??? tak pernah tgk lah...
byknya FM & keychain ye.. :)

Unknown said...

wah akak terfikir nk jual kalo berjaya tumbuh yer...bisnes minded tul la akak nih..;)

merahitujambu said...

pelik jeee sedap ke?tebal gak kulit dia

maya amir said...

perghhh daging rusa..terbaik tuh:) ape nama buah tu kak? mcm sedap jek..

Ibu Muda 30series said...

mujur wani tak mengidam, kalo tak jenuh nk dpt buah tu

dah kepingin ni.

aizamia3 said...

fuh.. janganlah yang kat dalam ni nak buah tu.. :(
ok.. jangan tengok untuk kali kedua..

Kayu Manis said...

salam,saya pernah mkn buah ni,tapi tak ingat nama,dia mcm buah longan,tapi hati2 buah ni,orang yg penghidap asthma,tak boleh mkn...buah ni panas..boleh masuk wad..maknanya teruk la..

azieazah said...

Nak ngendeng key chain macam perisai tu 1 bleh? hehehehe

azieazah said...

Kalu tak silap nama buah ini ialah BUAH DABAI....

Idah said...

umh....rasa kecur air liur ni tengok buah tu...kita pun tak kenal nama buah ni..

munna said...

buah ni ada kat sana je ye kak zakie.... first time tgk buah tu...

Sharifah Nadzarah said...

nak FM!!!hihihi

Kakzakie Purvit said...

@ sar: Kakak pun sama sar.


@ My Little Diary: Kalau org Sibu tahu agaknya. Itu souvenir nak bagi staff hubby


@ Papa Mifz: Belum tumbuh dah berangan kakak nie:)


@ merahitujambu: Rasa dia manis macam longan juga. Sedaplah pada kakak sebab tak ada bau maung ke apa. Just macam buah longan/rambutan tu.


@ maya amir: Tempat kita kan susah nak dapat so belilah di sana. Tapi buah tu entah tak tahu nama


@ Aku ibu muda: Kalau wani mengidah kena terbang Sibu, kat sana ada, di Kucing pun tak nampak tau


@ aizamia3: Babby baik kan jangan minta yg ini ye...


@ cinnamon.com: Oh ye ke? tapi anak-anak kakak tak ada athma so tak adalah ok ye.. pun tak banyak 4 kilo shj.


@ azieazah: Alahai AA kebanykan dah distribute ke staff hubby kakak. Anak kakak ambil yg kenchain gendang dan sorang lagi ambil yg set dgn ketip kuku. Sorrylah...

Oh ye ke nama dia Dabai. Kakak baru tahu. TQ for the info.


@ Idah: Kebanyakan kita memang tak tahu namanya Idah


@ munna: Entahlah munna. Baru pertama kali jumpalah nie...

Kakzakie Purvit said...

@ Sharifah Nadzarah: Banyak dah bagi ke staff hubbylah sayang..

nabilah_2908 said...

kalau tak salah..

nama buah ni..Buah Kristal...mcm mata kucing rasanya... :)

akk try google... :)

Kak Amy said...

kak daging rusa kolestrol tinggi , jangan makan banyak2 tau..

sisdee said...

saya ke mana2 pegi hanya 1 dicari .. fridge magnet (FM) mmg pengemar FM saya nie heheheh

tak pernah gak tgk buah tu..huhu

-Sara- said...

banyaknyaa ole2..nak cikittttt :D

Liza said...

akak..kat sana daging rusa murah ke?akak beli kat mana, coz bln 11 ni kalau xde aral Liza pun nk terbang ke sana..mintak akak tlg bgtau la tmpt2 yg best kat sana..kitaorg bru 1st time nk g sarawak ni..

Acik Erna said...

kakzakie..banyaknya dapat beli/bawak balik daging rusa
boleh kakzakie buat sate rusa tu.

dhiera zainudin said...

banyak ye.. boleh lepas plak tu~

Kakzakie Purvit said...

@ nabila 2908: Entahlah ZN. Kata Azieazah Dabai, kakak tak menggogle. Betul rasa macam mata kucing.


@ Amy Syaquena: Abang beli banyak sebab dia agihkan pada staff dia juga dik...


@ sisdee: Hm... kakak rasa huby kakak pun sebab beli ini mudah nak bagi staff dia


@ Sara: Tak banyak sebab kesuntukan masa. Tak ada extra time. Malam pulak shopping complex tak banyak


@ Liza: Kakak pun tak arif Liza. Hubby kakak sebab company dia ada branch di Tawas, Sibu so sebelum pergi sana kawan dia dah readykan


@ Acik Erna: Kakak ambil 3kg aje acik, lebihnya hubby bagi staff dia


@ dhiera: Niat nak bagi org itu yg lepas agaknya. Nasiblah.. jangan ikut tau:)

Zaitun said...

Daging rusa dan buah tu kak Zai belum pernah makan,nanti kalau pergi keSibu nak cari.

Unknown said...

buah apa tu kak?

tak pernah jumpa pun di semenanjung ekk?

eelobor said...

akak....nak ayat tu

Unknown said...

seronoknya...saya tak pasti pernah makan daging rusa ke tidak.. dengar kata sedap betul..apa nama buah tu kak..

Mohamadazhan.com said...

salam kembali ke sini

menarik tu, pertama kali tgk buah tu, unik ja sbb ada cengkerang..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Asslamulaikum kak zakie,


teringin makan daging rusa masak kari. sedap kak zakie. kat sini mahal.buah apa tu. first time nengok.Sibu tempat yang cik ina nak pegi sangat.tunggu tahun depan atau bulan 12.he he he

Unknown said...

murah nye rezki akak...
alhamdulillah...

paling best sebab dpt buah tangan yg pelik mcm buah tu..
mmg lain macam kan kak..
luar tak seberapa tpi nmpak cam sedap...

dah cambah nanti amik gamabr ye kak kongsi di blog...

Kakzakie Purvit said...

@ Zaitun: Kakak pun tak tahu samada dia buah bermusim atau tak tapi sekarang banyak


@ Yus: Kakak pun sama tempat kita macam tak adalah Yus


@ eelobor: Ha... jangan salah guna ee


@ Rai: Texture dia soft itulah yg sedap Rai. Buah tu kakak pun tak tahu juga hihi


@ Mohamadazhan: Kulit dia memang keras dik.


@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Tapi Sibu tu tak banyak tempat shopping cik ina. Kalau Miri atau Kucing ok lagi. Hubby kakak kena ke Sibu sebab branch company dia di situ. Daging rusa pun dah awal-awal kawan dia simpan sebelum dia sampai lagi


@ mamamNoriz: Alahmdulillah tapi bukan semua utk kakaklah Noriz. Hubby beli banyak utk staff dia. Hm... kalau dah tumbuh kakak buat N3 tapi tak janji tau:)

SuriHanna said...

kakak, buah yang hitam tu rasa pernah makan masa kekecik dulu.. buah hutan.. pokoknya besar tumbuh ditepi tepi hutan.. tapi dah lupa apa namanya.. rasanya kekecik dulu Hanna oanggil buah sakai.. heheh

Pia said...

"Sedapnya daging rusa..baru penah makan sekali..mahalkan daging rusa ni...buah apa namanya tu kak..tak penah tgk dn tk penah makan..kat sini takde kot kan...?"

Afikah Aziz said...

errr daging xleh bw masuk eh,baru tau hehe..kakak,sedapnye buah tu,xpnh tgk pun lg tp isi nye nmpk sedap :)

Kakzakie Purvit said...

@ SuriHanna: Oh ye ke Hanna. Kakak memang ini kali pertama jumpa. Kalau besr pokoknya wah... kalau cambah semaian kakak kena bawa balik kg.lah


@ Pia: Sedap Pia sebab texture dia lembut tak macam daging lembu kan kasr. Tapi kolestrol tinggi, kenalah jaga sikit.

Cik Pulau said...

banyaknya beli barang,,,,
hehehe

sud@is said...

buah apa ke namanya...blum pnah tengok sedap ka...

Anonymous said...

uniknye buah tuh.xpenah jumpe ag..huhu..daging rusa tu klau wat rendang sedap..saya suka..:)

~izan~ said...

akak..nanti kalau dah tahu nama sebenar buah tu akak update tau.

FM tu mmg menarik perhatian izan,sbb izan pun suka kumpul hihi.

bestnya daging rusa,kalau satay rusa mak aii mahal betul huhu..

Cikli said...

nanti berbuah, saya nak order buah tu 3 kilo kak.

Unknown said...

wahhh bestnyer daging rusa tu kak...buah tu saya tak pernah tgk lagi.

saya pun suka simpan FM buat koleksi..:)

Qhaifa Nur said...

boleh ya bawa daging rusa kuar..ada tnye member hubby kat sana, takut tak lepas..

ha..ha.. adik ipar mengidam daging rusa he..he

missgee said...

Banyaknya ole2 Papa Beli..
Harus sekeluarga gumbira
dan bahagia :)

ILA HonEyBuNNy said...

ila pernah lihat ja buah tu kak...

tapi tak makan lak....sekarang terasa nak makan bila akak kata sedap..ehhe

Noor Fatin said...

saya xpenah lagi makan daging rusa. hehe sedap x? ;D

banyaknya souvenier!! ;D

IMANSHAH said...

xpernah saya tengok buah ni

Kakzakie Purvit said...

@ CikPulau: Beli bukan utk family aje CP.


@ SUD@IS: Nama tak tahu tapi rasa sedap macam buah mata kucing/longan/laici


@ Tiramisu Fatiema: Allah maha berkuasa utk mencipata apa jua. Kakak dah masak sikit daging masak kari - sedap:)


@ izan: Kakak tak menggoogle pun izan. Tapi bacalah beberpa nama yg diberi teman yg komen di sini


@ Cikli: Insya-allah kalau berjaya, mana tahu boleh tumbuh


@ Nieza: Rata-rata kebanyakan samalah kita Nieza


@ Qhaifa Nur: Kalau MAS boleh tapi AAsia selalu tak bagi. Tapi nasih kali ini Allah nak bagi lepas pulak


@ missgee: Papa beli bukan utk share dgn staff dia jugalah cikgu


@ Ila Honeybunny: Macam anak kakak kalau tak pecahkan dia tak makan, so papa dia tolong pecahkan mereka makanlah


@ Noor Fatin: Kalau di Pahang [un mucah juga nak dapat kot. Dulu kakak pernah membeli di Pahang. Di JB nie mahal teramat sangat


@ IMAHSHAH: Kakak rasa pokok ini tumbuh di hutanlah cikgu sebab itu kita tak pernah nampak dan tak tahu pun boleh makan

insan marhaen said...

ibu_suri selalu merengek untuk di bawa ke sana. tapi IM fikir komitmen lain perlu dibereskan dulu.

IM teringin juga nak lihat kehijauan panaroma dan mendaki gunung serta eksplorasi gua di sana..

ibuintan said...

kakzakie... hubby baca ayat apa yg leh lepas tu, share la sama, mana tahu nak guna lak suatu hari nanti

Prince Halilintar said...

1st time tgk buah mcm tu...

Kancil 8349 said...

wah...bestnya...macam mana boleh lepas tu hah..apapun dah rezeki korang...hehehe

ieja amieja said...

apa nama buah tu kak??? x pernah tgk lah...ada kat sana je ke..

ieja amieja said...

apa nama buah tu kak??? x pernah tgk lah...ada kat sana je ke..

Hamizah said...

sekali pndang mmg cam kedondong,kan?
akak tanam nanti bisnes saya bli..huhu

pena rozie said...

x pernah tengok buah tu.....

Zul fattah said...

buah ape tu eh?? x pernah jumpa pun?

ckLah @xiiinam said...

Jauh datangnya jajan tu...

Afida Anuar said...

Murah eh daging rusa kat sana kak? nnti sapa2 nak pi sibu boleh la pesan;)

jelesnyer dapat beli banyk2 fridge magnet dengan key chain, fida tak sempat nak pi shopping pn kak.. huhu

Afzainizam said...

Ohhhh kalau gi Sarawak ikan terubuk masin... Tapi kalau Sabah ni orang kata beli mutiara murah kat sana.... kalau hubby akak beli mutiara mau berseri-seri akak menggayakannya...


buah tu pernah makan memang sedap tapi katanya ikut musim gak...

saya kalau nak murah ambik Mas pasal beg timbang 25 kg ok lagi tapi Air Asia 15 kg jer kak... lain kena bayarr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jamming show Volume 10

Kakzakie Purvit said...

@ insan_marhaen: Kalau pergi bercuti seronok juga tapi pergi kerana tugas banyak masa duduk di dlm bangunan aje IM


@ ibuintan: Bimbang pulak dipapar dlm blog rasanya kot nanti ada pulak yg seludup dadah guna ayat Allah hihi...


@ Prince Halilintar: Samalah Prince


@ Kancil 8349: Rezeki buat staff hubby


@ ieja amieja: Kakak lagilah tak tahu tapi ada juga teman kita yg tahu tapi tak sama entahlah..


@ Hamizah: Kakak dah tanam bijinya tumbuh ke tak kena tunggulah Mizah


@ Pena Rozie: Tak ada tempat kita kot


@ Zul Fatah: Entahlah kakak pun sama tak tahu juga


@ ckLah: Serampang dua mata cikgu sambil meeting sambil mencapai apa yg dapat


@ Afida Anuar: Murah banyak berbanding tempat kita Fida..

Kalau pergi kerana tugasan memang susah nak shopping Fida. Melainkan kita skip lunch atau dinner baru dapatlah sedikit ole-ole


@ Afzainizam: A'ah betullah tu. Ikan masin dia bersih dan murah.

Abd Razak said...

Assalamualaikum kakzakie..

Tak beli buah dabai ker...sedap buah tu lemak-lemak rasanya..

Sarah Syazwani said...

buah apa tu ye sepanjang pernah ke sabah or srwk x pernah jumpe pulak

mama maman aka yana said...

sedapnyer buah salak tuh...fav tuh..:)

azian said...

kak zakie...
buah apa tu ek???sy pun tak pernah makan...hehehe...seronok laaa anak2 kak zakie ye....daging rusa masak kicap kak zakie....hehehhehe.....