Monday, October 3, 2011

Tidur Mati

Pada malam akhir aidilfitri 1432H - lebihkurang 10:30 malam.

Semua sudah keletihan. Rengsa badan dengan bau peluh yang menyesakkan hidung membuat rasa mahu segera masuk ke bilik air. Adik pula mengatakan 'bladder' sudah tepu minta untuk di buang segala isi penangan 10 buah rumah asyik makan dan minum. Sebaik pintu pagar dibuka adik meluru dulu. Tolak grill pintu untuk masuk tidak boleh kerana pintu slidingnya terkunci. Tanya Mak Zah tidak membawa kunci. Aku pula kalau setakat berkunjung keliling rumah memang tidak membawa segalanya. Semua juga tidak membawa telefon bimbit. Ketuk-ketuk pintu berkali-kali aku rasa jiran-jiran yang mendengarnya. Terjerit-jerit ditengah malam buta memanggil Yasmien tiada tanda dia mendengar. Adik sudah tidak tahan. Aku suruh adik mencangkung dan buang saja di tepi longkang pokok bunga, guna air paip siram bunga.


Lama di luar aku tiada pilihan lain lalu tebalkan muka meminjam telefon jiran sebelah untuk menelefon hubby yang mengikuti seminar dua hari di KL. Suruh hubby telefon rumah kejutkan Yasmien. Aku, Mak Zah dan adik belum bersolat Isya' lagi kerana marhaban bermula selepas solat maghrib. Tumpang bersolat di rumah jiran aku (warga Indonesia - tapi kami mesra sebab yang lain jiran kami majoriti bukan Islam). Bagaikan putus asa bila deringan telefon berkali-kali dapat kami dengar dari porch tapi tidak berangkat. Aku susun strategik mahu menjadikan sofa yang koyak (telah aku jahit) untuk adik tidur di situ - alas dengan selendang yang aku pakai. Tikar yang digunakan untuk marhaban aku bentang semula untuk dijadikan tempat aku tidur dengan Mak Zah. Jiran aku sudah sedia mengusung bantal buat aku tidur.


Sambil membebel sebaik melabuhkan kepala ke bantal baru pintu terbuka. Muka aku waktu itu benar-benar geram ketat. Sudah dipesan kami tidak membawa kunci boleh dia menjawab dia tertidur. Penat kerana waktu siang di sekolah ada perlawanan futsal. Masya-Allah.... geramnya Allah saja yang tahu. Kalau pun hendak berbaring, kenapalah tidak baring saja di hall depan tv sebagaimana selalu. Ini tidak, boleh dia tidur dalam bilik siap berkunci dan on aircond memang bertujuan untuk terus tidur. Hubby kata mujur dia tidur dalam bilik Mak Zahnya. Semua nombor telefon yang ada dalam rumah itu hubby panggil, akhirnya setelah berkali-kali panggilan dibuat telefon dia sendiri yang dia dengar kerana duduk di bawah bantal - biasalah dia suka mendengar lagu Korea di telefon bimbitnya. Kalau dia tidur di bilik belakang yang tiada telefon langsung sampai ke pagilah kami tidur di porch.



~~ Gara-gara Yasmien tidur mati, malam itu aku tidur hampir jam 2:00 pagi kerana mengemas tikar, susun balik kerusi-meja dan parkingkan kereta-kereta sendirian sebab hubby outstation. Iktibarnya kalau keluar rumah dan yang ada di rumah hanya anak kita baiklah bawa kunci. ~~

67 comments:

azian said...

meh acik yan babab yasmien....tak nak tolong mama ye...hehehhehe

kucingorengemok said...

adventure jugak kalau tidur atas tikar kat laman rumah, hehe

Hudalatip said...

ohh, nasib tak tidur kat luar ye kak..kalau saya memang dah buat muka dah tu, confirm...

Sharifah Nadzarah said...

assalam kak..
anak akak tu samalah dgn adik sy yg bongsu...TIDUR MATI
usahkan telefon...nak kejut suh gi sekolah pun bagai nak rak kita mengoyang badanya..kalau sy ada mak selalu suh sy yg kejutkannya coz mak dah tak larat nak mengoyangkan badanya yg tembam tu...
hihihi..nice story..info yg berguna utk kita semua jugak..
(sy pun penah tertinggal kunci..)

IMANSHAH said...

saya kalau tertinggal kunci sellaunya akan guna kad fon untuk bukak pintu..selalunya menjadi lah

Unknown said...

aduh la....mmg btl2 kepenatan la yasmien tu smpi x sedar bunyi hp (klu dah ddk kat bawah bantal mmg kompom x dgr...) nasib baik lah akhirnya dia t'sedar juga klu x sian la akak, mak zah n adik kesejukkan kat luar....

x per kak...kdg2 perkara2 mcm ni buat pengajaran utk kita kan... ^___^

Ati Masrif said...

mau berangin 1 badan tu
pernah kena habis sakit2 tangan
mengetuk pintu sekuat hati

memang pengajarannya
tologn sentiasa bawa kunci ...heee

bujal X said...

keh keh~~makcik sabar la ye~~

*tapi kenapa keluar tak bawak kunci?

faraherda.razalan said...

Kak, sy dpt bayangkan bagaimana ketatnya! Klu sy, agaknya mulut nie dah menyumpah seranah, cukup utk bikin satu esei kak.

Kita manusia biasa, kan kak?

Heheheheh.....

pB said...

bahaya tu

cheqna said...

ya allah sabar jela..
kalau cheqna mau menangis tu
hehehe

Maya Mayana said...

alahai kesiannya...faham...memang ada org lagu tu...tidur mati...jerit2 nk masuk umah sendiri mcm ape dah...

kena byk kunci spare lepas ni,letak kat kereta

Anonymous said...

klu tido mati bom meletup pun xsedar tu

Diana @ BKKC said...

huhu..paham perasaan bila terkunci..walaupon .di luar rumah..tensen bukan main

ajumohit said...

Aduiyai, takpe ini Kira peringatan pasni kene bwk kunci sendiri, yasmin tak sihat kot kak Dan sangkaan mungkin masing2 Ada kunci tu yg tidur dlm bilik tu ;)

Zana Adieyza said...

dugaan betul la.. sampai kena tidur kat luar rumah.. kalau zana pun dah buat muka ketat2 sambil bebel2.. hehehehe

Kak Amy said...

Alahai kesiannya akak , kenapa keluar tak bawak kunci..

Prince Halilintar said...

make sure nxt time ada bawa kunci spare la ye..

Ibu Muda 30series said...

betul2 tidur mati tuu...hihi

aizamia3 said...

oh.. hubby pernah terkena.. dia pesan standby bukak pintu.. abg dah nak sampai.. saya pulak boleh terlelap dan lena.. ha.. siap panjat pagar ketuk tingkap bilik kejutkan saya yang tidur tak sedar diri.. kesian en. suami.. sejak dari tu, saya akan pastikan dia bawak kunci sendiri..

Hanis Azla said...

mmg geram kalau kena macam tu.. saya pun pernah kena mcm tu kak.. pintu gril berkunci tp sliding door tak berkunci.. tp kita dok jerit kejutkan pun langsung tak dengar.. mmg tidur mati tu..

Unknown said...

kesiannya.. seb baik dia sedar juga.. erm.. mmg perlu setiap isi rumah punya kunci pendua.. :)

kurus said...

aduhh kak .. sib baik x tidur luar nie huhu ..

SuriHanna said...

Kesian si adik.. dah tak tertahan tahan nak membuang.....

halila Ibrahim said...

betul2 tidur tu .. huh .. bahaya jugak tu ... sampai kena tidur kat luar tu dh kritikal tu ... lain kali kena selit kunci spare kat mana2 .. mcm dalam kasut ka..

ucubakery said...

kalau tidak tentu mlm tu akak ditemani dgn nyanyian nyamuk n aircond original...

gadisBunga™ said...

bawak kunci, khemah dan sleeping beg. hihihi!

oh ye, kat laman akak ada water feature tak? kalau ada lagi best ada bunyi2 air. hihihi *gurau...

nabilah_2908 said...

nak salahkan Yasmien 100% pun tak boleh gak...

yer la..keletihan...hehhee..

takpe la..lepas ni kunci rumah tu kena bawa walaupun dekat...tak pun selitkan sekejap kat ruangan luar rumah yg diyakini selamat... :)

Unknown said...

lepas ni akak kena bawa kunci spare... taruk dalam keta satu, dalam rumah satu. kesian akak...

munna said...

nasib baik yasmien sedar ..klu tak mmg kena camping kat luar lah jawabnya akak

Daddylicious said...

kes macam ini perlukan kesabaran tahap dewa ni....hehe

amirah said...

mujur tak kena camping depan pintu rumah yer kak..

ct rahani said...

mujur la x tido kt porch smpai pagi kan kak..

btw, salam kenal kak.. nice blog.. sy follow yer..

eelobor said...

ada pengalaman masa belajar dulu. seorang kawan nie memang menghadapi masalah yang sama & jarang sekali menghadirkan diri ke kuliah sebelah pagi, kecuali kelas petang atau malam. kerap kali juga lecturer datang kejut di bilik asrama tetapi dia tetap tak bangun. sampaikan suatu ketika ustaz datang membaca yaasin di tepi katil dia tidur pun masih belum tersedar.

tapi kini kawan tersebut tetap juga berjaya dalam hidupnya. saya masih tetap berkawan dengan dia hingga kini & cerita yang hampir 15 tahun lalu sentiasa menjadi topik utama apabila kami bersembang.

PinKy MoMMa said...

alamak adik saya spesis yang sama lar..kalau dah tido..bob meletop pun tak dengar..memang sakit hati..
bunyi telefon tu mcm menyanyi je kat telinga dia huhu..

dwatyKNY said...

ni la salah satu penyakit saya kak... selalu tertinggal kunci... pernah satu hari...member rumah semua lewat balik... rumah flat plak tu... dekat sejam jugala saya tunggu... nak marah pun tak guna... salah sendiri... so, padan muka saya la jawabnya... hehehe

miloaiskurangmanis said...

kesian akak...

iols kalo keluar rumah - even pegi kedai yg dekat2 pun tetap bawak kunci...
sebab penah sekali - tinggal kunci - along kat umah... lepas isyak baru dapat masuk umah - tunggu hb balik!

seksa hocacy!

Unknown said...

alahai Yasmien....tidur siap beraircond lagilah tak sedar...

boleh bayangkan mcm mana geramnya akak..hihi

yelah kak, betul tu, baik bawa kunci, lebih2 lagi malam kan waktu tu, sesiapa pun kalau dah tertidur mmg susah nak bangun punya..hehe

ct shah said...

macam adik saya jer suka tido mati.tapi sejak mak dah takde baru2 ni,dia dh byk berubah.bila kitorg call,dia akan jwb tepon tak mcm dulu.huhu

WuMing said...

Tension woo kena macam nii..WuMing tak pernah kena laa lagi... Sebab ada kunci ..

NM02 said...

pengajaran utk kedua2nya sekali

hehehe

jgn mare

aanie said...

risau jugak kan kalau tido mati camni..adik sy penah tido mati....panggil2 x dgr..risau gak...rupanya tido..penat sgt study kot..

mokja said...

makcik ada pengalaman tidur mati.Dahlah rumah dekat sangat tempat bersemadi orang mati.Dekat dekat nak gaduh besar kerana orang ingat makcik saja buat mati....ingat cerita ni sampai mati...haha

Acik Erna said...

kakzakie..betul tu..acik memang akan bawak kunci bila kemana2 walaupun dekat..

azieazah said...

Patut kena ada satu set kunci rumah dalam kereta juga...

Lydia Miza said...

dah buka aircond mmg lena la jwbnyer..hehe

sabar jelah..siap dah ada bantal dah tu.mmg pasrah je lah ye kak?huhu.mmg kena bawa kunci lain kali kot

Eye_nee said...

kalau tak..jd jaga lah mlm tu yer Kakzakie..tidur diluar rumah...Yasmien terlalu penat sgt tu...

ahmad humairi said...

Bila tidur, kita memang mati....kemudian Allah hidupkan kita semula bila terjaga.

terpatrisinarabadi said...

pengajaran yang berguna utk di kongsi :)...

Efa Nur said...

Assalamualaikum kakzakie:)

mmg bahaya tidur mati nie..hehe
seronok baca hasil nukilan akk :)

missgee said...

Aiyooo...
Kalo saya pun sure
marah kat Yasmien..
Tapi itu bulih
jadikan pengajaran gak..
Bawa kunci..
Jangan harap anak sangat..
Errrrr.. Relevan tak?? :)

Afida Anuar said...

moral of the story, bawalah kunci ketika keluar rumah..... dan satu lagi, jangan tidur mati.he he

Cik SHiNJU said...

hehehe...yun pun salu tido mati mcm Yasmien kalau penat sgt...

nadbaptist said...

sabo je lah ek..kepenatan sgt tuu..apapun jadikan teladan

fatin said...

mm..kak zakie, latih sangat lah yasmin tuh, sampai tdo mati..

betul juge kan, better bwk kunci..

p/s:org kalau tdo mati mmg susah nk disedarkan.

Unknown said...

alahai kak....sian juga ke anak yg keletihan dan siankan juga si mak yg tak bawa kunci umah...sabar jer la satu pengajaran berguna kemudian hari juga nanti.

No Lan said...

alahai..kesian akak..hurmm agaknya letih beno si yasmien ni sampaikan terlupa segala pesanan dan tak dengar segala bunyi huhu....sabo ye kak..

My Little Diary said...

saya pun kadang2 tido mati...huhhuuu

emarieys said...

kak, kalau badan sangat penat memang tidur tak sedar apa..

bab kunci..pg ini ema kena marah sebab kunci juga,,huhuhu

Temuk said...

Assalam KAKZAKIE
Letih satu bulan Syawal terkumpul, pasal itulah jadi susah nak jaga. Apa lagi bila tidur dlm kamar yg selesa. Eh, kakzakie pun iso gerem, yo?

Kakzakie Purvit said...

@ azian: kalau auntie Yan ada mesti tahu macam mana mama hot


@ KOG: Dlm kepala memang ingat kena tidur di porch masa itu.hihi...


@ missbby: Nasib baik apa dah geram kakak masa tu...


@ Sharifah Nadzarah: Lain kali tak akan jadi dah SN... dah kena


@ IMANSHAH: Kad fon boleh ye cikgu, kakak tak tahu. Masa tu tangan kakak tak ada alat satu pun cikgu..


@ Mamamya: Itupun dah call telefon dia berkali-kali Lia...


@ Ati Masrif: Bukan angin lagi ati, asap pun dah keluar masa tu agaknya...


@ Bujal x: Mana makcik tak hot dah dipesan jangan kunci mama tak bawa kunci sebab rmah jiran-jiran satu taman je...


@ Fara: Kakak memang dah bebel panjang even dah masuk pun masih tak berhenti lagi Fara. Hot semacam..


@ pB: Nasib baik tak jadi apa


@ cheqna: Adik dah menangis sebab dia tak selesa. Kipas ada tapi baju jalan tak sama dgn baju tidur. Kakak nangis tak cheqna tapi hot!!


@ Maya Mayana: Kakak pergi tak jauh Yana. Dekat sangat sebab itu dia berani tinggal di rumah. Kami jalan kaki je...


@ redza: Betul redz. Geram betul!!

che mid said...

Che Mid baru nak pi hantar ubat nyamuk.. tak jadik tidur luar pulak..

Kakzakie Purvit said...

@ Diana @ bilakukatacinta: Dapt bayangkan D macam mana kakak masa tu kan


@ ajumohit: Bukan tak sihat aju tapi penat main futsal.


@ zana adieyza: Kakak dah lebih dari ketat tu zana...


@ Amy Syaquena: Kakak pergi rumah semuanya dekat dah pesan pun kami tak bawa kunci...


@ Prince Halilintar: Next time dah lain PRince. Dah kena tak kan nak buat lagi...:)


@ Aku Ibu Muda: Itulah Wani memang tidur betul dia


@ aizamia3: Hm... boleh geng dgn anak kakak nie... pengsan org dibuatnya!!


@ Hanis Azla: Kakak pulak gate dgn grill tak kunci api sliding kaca dia kunci itu panggil pun tak dengar


@ Queen Teratai: Semua ahli rumah kakak ada kunci sendiri. Tapi mlm itu kakak tak bawa sebab sejak habis upsr nie biasanya dia main komputer


@ ieda: Mula ingat memang kena tidur kat porch ieda..


@ SuriHanna: Nasib buang air kecik Hanna. Tempat pun terlindung pokok bunga


@ Halila Ibrahim: Dah kena lain kali tak buat lagi dah Lila...


@ Ucu Faridah: Adik kata macam itulah ucu. banyak nyamuklah panaslah...Hihi....

Kakzakie Purvit said...

@ gadisBunga: Tak jadi dah nak champing kat porch hihi...


@ nabila_2908: Betul kakak ambil pengajaran lain kali tak boleh percaya baik bawa kunci walau dekat..


@ Santri TPINI: Kakak pergi jalan kaki je dik... tak sangka dia boleh tidur. Selalu main gamelah... fblah..


@ munna: Kalau kena champing tak tahulah munna


@ Bigdaddyz: masa tu kesabaran dah hilang dah.. hahaha....


@ amirah: Mira tak tahu ke? Kakak dah baring bentang tikar tau..:)


@ ct rahani: Allah kesian kat kami juga ct... kakak dah follow juga tau.


@ eelobor: Harap jangan anak dia ikut jejaknya sudah. Susahlah kan...tapi memang kelakar sampai baca yasiin...


@ Pinky Momma: Sakit hati kan...huhu...


@ dwaty: Kakak bukan tertinggal dwaty tapi kakak dah beritahu tapi nak buat macam mana dia tertidur


@ miloais: Wah... ada juga yg kena macam kakak ye. Geram tak? hahaha...


@ Yus @ibu maznaz: Lain kali dah lain Yus. Kakak dah tak nak percaya walau tinggal pesan pun


@ ct shah: Itulah kelak kalau duduk asrama tak tahulah kakak, harap berubah


@ WuMing: Jangan kata kalau nak terkena susah nak predict kan

lieynanilaz said...

kihkihkih...pengalaman yang berharga tu kak...:)

Kakzakie Purvit said...

@ NM02: Betul tu niez... kakak dah serik!!


@ aanie: Ini bukan penat study, tapi main aanie..


@ mokjadeandell: Hahaha... kelakar pulak ye...


@ Acik Erna: A'ah Acik, bila dah kena nie serik rasanya


@ azieazah: Kakak bukan naik kereta pun. Jalan kaki je. Rumah lorong belakang rumah...


@ Lydia Miza: Sebab suara kakak dah didengar jiran. Jiran kakak simpatilah... malu kakak tau


@ Eye_nee: Nasib tak jadi jaga...


@ ahmad humairi: Yg ini tidur mati dikejut tak sedar langsung cikgu!!


@ ikatankasihku: Janganlah ada yg kena macam kakak...


@ efa Nur: Baca seronok dik... tapi bila terkena macam kakak baru tahu hahaha.... geram tau!!


@ missgee: Betul kakak dah serik dah...


@ Afida Anuar: Bawa kunci mudah tapi tdur mati itu yg susah nak ubah Fida...


@ cik shinju: Jangan Yun, bahaya tau. Kalau terjadi apa-apa susah


@ anitaare: Kakak ambil pengajaranlah nie anita


@ Fatin Mraz: Dah kata tidur mati memang susah bangun


@ Nieza: Itulah hubby kakak kata, salah pada kakak juga sebab anak belum panjang akalnya...


@ My Little Diary: Kena cuba laan rima...


@ Norhafiza: Sekarang dah cool dah No. Tapi masa kena malam tu tak boleh kata mendidihnya hati....meluap-luap!!


@ MamaEma: Ema tertinggal kunci berkaitan kerja ke?


@ Temuk: Wa'alaikumsalam cikgu. Penat seharian main bukan sebulan puasa cikgu. Kakak gerem diundang kok orak kerungu!! Kakak pun menungso jugak cikgu...


@ Che Mid: Hahaha... CM tak jadi dah. (KAKAK TAK DAPAT TINGGAL KOMEN DI BLOG CM TAU... SEDIH)

aamalinaazman said...

hayooooo
ciannyela
budak2 kan
selalu cm tulah
eh..budka ke lagi?kikiki
kire budka la tu
tidur mati sungguh aihhh...