Akan menjadi sebuah penantian kurang strategik bila seni menunggu gerak orang meledakkan penakkulan dalam kehidupan bermuafakat. Wujud dalam diri tiada yang sehebat dirinya. Orang lain harus mengikut telunjuk yang sebenarnya terluah penghasilan otak dan akal sendiri. Pada anggapan sendiri itulah yang paling baik dan amat benar belaka.
Sepatutnya isteri yang kena membuat kerja-kerja memasak di dapur
itu kata suami yang merasa jemu bila selalu di jamu makanan dari dapur restoran
Sepatutnya suami yang kena pergi membayar bil-bil rumah
itu kata isteri yang letih bila sampai hujung bulan kena membuat rutin tersebut
Sepatutnya isteri bantulah suami membayar bil-bil rumah
itu kata suami yang melihat isterinya sekadar duduk di rumah tidak bekerja
Sepatutnya suami boleh mencuci kereta sendiri daripada ke workshop membazir duit
itu kata isteri yang merasa banyak wang diguna hanya untuk mencuci kereta
Sepatutnya isteri boleh membantu mencuci kereta bila cuti
itu kata suami yang penat menanti kereta dicuci di workshop saban minggu
Sepatutnya suami balik kerja belilah kuih untuk minum petang
itu kata isteri yang penat saban hari menyediakan makanan untuk minum petang
Sepatutnya isteri kenalah sediakan kopi panas dan kuih bila petang
itu kata suami yang keletihan baru pulang dari bekerja tiada apa-apa hidangan
Banyak benar sepatutnya yang terluah antara suami dan isteri tetapi tidak dapat diluahkan. Masing-masing sekadar berbicara di dalam hati dan mengharapkan pasangannya kena sedar sendiri. Alangkah bahagianya jika apa yang berlegar-legar dengan apa yang sepatutnya itu diganti dengan mencari jalan berkomunikasi apa yang masing-masing mahu demi sebuah rumahtangga yang dibina.
itu kata suami yang merasa jemu bila selalu di jamu makanan dari dapur restoran
Sepatutnya suami yang kena pergi membayar bil-bil rumah
itu kata isteri yang letih bila sampai hujung bulan kena membuat rutin tersebut
Sepatutnya isteri bantulah suami membayar bil-bil rumah
itu kata suami yang melihat isterinya sekadar duduk di rumah tidak bekerja
Sepatutnya suami boleh mencuci kereta sendiri daripada ke workshop membazir duit
itu kata isteri yang merasa banyak wang diguna hanya untuk mencuci kereta
Sepatutnya isteri boleh membantu mencuci kereta bila cuti
itu kata suami yang penat menanti kereta dicuci di workshop saban minggu
Sepatutnya suami balik kerja belilah kuih untuk minum petang
itu kata isteri yang penat saban hari menyediakan makanan untuk minum petang
Sepatutnya isteri kenalah sediakan kopi panas dan kuih bila petang
itu kata suami yang keletihan baru pulang dari bekerja tiada apa-apa hidangan
Banyak benar sepatutnya yang terluah antara suami dan isteri tetapi tidak dapat diluahkan. Masing-masing sekadar berbicara di dalam hati dan mengharapkan pasangannya kena sedar sendiri. Alangkah bahagianya jika apa yang berlegar-legar dengan apa yang sepatutnya itu diganti dengan mencari jalan berkomunikasi apa yang masing-masing mahu demi sebuah rumahtangga yang dibina.
~~ Menjadi serba-salah bila aduan diberikan kepada kita sedangkan kita tidak tahu realiti kehidupan mereka berdua. Ingatlah berdosa besar apabila membuka aib pasangan sendiri.~~
77 comments:
hidup berumahtangga ni kena tahu tangungjawab masing2 kan kak...baru rasa bahagia sentiasa hiihh
awalnya ingatkan nak luahkan jgk sst..tp bila ayat kakak yg last dah ingatkan awal2..jd ade betulnya.. yg penting dlm perkahwinan nie kan kakak komunikasi kan..lelaki n wanita tidak berfikir cr yg sama..itulah y susahnya...
perkahwinan utk yg rajin berusaha, kalau kawin dan harap pasangan buat itu ini..mmg haru jadinya.
komunikasi paling penting, jgn simpan dlm hati. biar bergaduh, asal terluah.
lumrah psg berkahwin ada lebih dan kekurangannya... yg penting slg bertolak ansur dan jgn terlalu memendam.. luahkanlah.. psgan mesti memahamikan...
Ha...ha... tu semua asam garam rumahtanggakan KZ....
Tapi kalau OKje lagi lega meluahkan dpd merungut 'sepatutnya' dalam hati...
Yang selalu merajuknya OKje hehe...so kalau Arjuna terasa apa yg OKje luahkan...nak buat camne...itu yg terbuku di hati kita... huhu
kes berat ni...sepatutnya perlu ada toleransi antara kedua duanya tapi saya akui setakat bercakap memang mudah.
saling memahami, menerima kelemahan dan kelebihan pasangan masing2 dan komunikasi amat penting dalam rumahtangga..
sikap tolak ansur dan kerjasama tu penting dalam rumahtangga kan..
Yup komunikasi berkesan tuh penting..asyik memendam rasa boleh porak peranda...ye lah bila dah meletop paham2 je lah kan?hihihi
AsSalam KZ,
N3 peringatan yang baik utk para2 isteri.
To much expectations from spouse may leads to disappointments.
Bersifat redha mengredhai pada Allah adalah kunci kehidupan.
Betul tu kak...adat berumahtangga perlu ada sifat toleransi....mengadu dgn menyatakan kelemahan pasangan bukanlah cara yg baik utk menyelesaikan masalah.....
sedangkan lidah lagi tergigit..
kak..nampak mcm remeh ja perkara tu,kan...tp jika lama2 dipendam..boleh jadi satu masalah,boleh mencetuskan pertengkaran..
hidup berumahtangga perlu sepakat...
betul tu Kakzakie aibkan sesama sendiri berdosa besar...
hidup berumahtangga kena tahu tanggungjawab masing.kalau kedua2nya berfikir "sepatutnya"..satu hari nanti gunung berapi boleh meletup..
sepatutnya kita luahkan pada suami/isteri...bukan dengan orang lainkan...bila kita luahkan kepada orang lain,nampak keburukan dari kebaikankan.....
kena saling bantu membantu dan memahami la kan kak..
doorgift tu utk majlis kwin adik saya nanti kak..bulan 6.
Perkahwinan adalah perkongsian. Kongsi segalanya. Berat dan ringan, susah dan senang, sedih dan gembira. Tapi kalau salah seorang dari pasangan itu mengambil kesempatan di atas pemahaman pasangannya pada konsep ini, takut luka sedikit dalam hati jadi besar dan bernanah.
setuju dengan akk....kita xleh campur urusan orang...kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku...tapi ada orang pernah gtaw rietta...daripada kita mengharapkan orang berubah...kita sepatutnya terlebih dahulu berubah...
paling penting KERJASAMA...
A ah komunikasi yang penting, kerjasama dan sifat tolenransi..baru la membuahkan kasih sayang. kalau masing2 ego..susah la kak
biar memberi...jangan meminta...tips untuk bahagia....
Assalam kakzakie
Hihihi. Nak respon camne, ha, kat entri kakzakie ni?
Siapa yang Allah beri kelebihan (kemahiran, masa, tenaga, RM, minat dll), kalau redha, kalau redha.... tak mengapalah rasanya jika dia buat kerja lebih, sekalipun yang di luar bidang tugasnya. Yang terasa buat kerja kurang, tepuklah dahi, tanyalah hati, hihihi.
saling toleransi dan tolak ansur itu perlu..ssh sama2 ssh.. sng sama2 sng.. =)
dah kahwin sama masa zaman bercinta kena ada sifat give & take & terima lebih & kurang pasangan seadanyer.. yg pnting jgn ada pulak yag jd tkag api2kan...
ya...
walopun baru setaun dua perkahwinan sy,
tp sy akui komunikasi sgt2 penting dlam rumahtangga...
komunikasi 2 hala tu penting.. baru harmoni rumahtangga..
nor terima suami seadanya dia kak..
Kadang kadang terlintas juga di hati saya benda benda yg macam tu...tapi redha ajerlah, tak ada org yang sempurna
Salam K.Zakie..
erkkk..mcm dah terkena sedas dua kat kami suami isteri ni..kui3.. :p
hmmm..
alam rumah tangga mmg komunikasi 2 hala tu perlu kan kak?
muahasabah diri..
semoga kami menerima kekurangan& kelebihansendiri seadanya..jgn byk komplen..>_<
tolak ansur tu penting dalam perkahwinan..masing2 ada kelebihan dan kekurangan
morning kak ;0
saya lebih suka cakap terus terang..tak suka simpan.kalau simpan lain jadinya..
contohnya..
"abg, nak tanya sikit, boleh"..
pastu bla.. bla..
yg penting kan kak, sikap bertolak ansur antara pasangan..
Sedangkn lidah lagi tergigit...
aduhh kisah rumahtangga nie kak
macam2 .. memang kadang kala kita x leh cakap lebih .. risau kalau salah cakap , keadaan bertambah rumit huhu
kadang-kadang bila meluahkan secara vocal ia akan berakhir degna pergaduhan, tu yang pendam je tu...
yang..itulah yang sepatutnya...
seronok bace entri..kdg2 bukan dari dalam hati kite sepatutnya,...depan2 suami kadang2 terluah jugak...hee... asam garam rumah tangga kan kak..
bila geram ape pun tak boleh kan kak...
assalam kakzakie..acik jenis terus terang..tak mau simpan2 kalau dengan suami
memang komunikasi tu sgt2 la penting. kalau nak mengharapkan pasangan kita baca hati dan gerak geri kita, sampai bila pun tak terluah. yang penting amie rasa kita kena bertolak ansur la dan jgnla dalam fikiran tu asik fikir benda yg negatif aje smp merosakan hubungan. cewah, mcm pakar motivasi plak..hehe
Kita mahu pasangan yg sempurna dan baik tapi kita pun x cuba perbaiki diri sendiri..ingatan utk diri sendiri juga kan kak zakie..tapi setuju dgn akak saya pun rasa malu dengar bila ada org yg mengaibkan pasangan sendiri
sebab tue kena ada toleransi dalam perkahwinan...
bila ada kerjasama, bantu membantu dan toleransi... insyaallah.... ok semuanya
btul tu kak zakie, hidup rumahtangga ni kena byk tolak ansur. kalau tk puas hati luah sj berdepan, bukan dgn gunakn medium lain spt fb / tweet etc., cerita pd org lai pown tk bleh, spt kata kak zakue, mmbuka aib sndiri.
alhamdulillah, hubby CiM sgt memahami...
ya betul3.. sepatutnya komunikasi antara suami dan isteri itu penting kannn
komunikasi sangat penting dalam rumahtangga kan, lebih baik berbicara kepada dari memendam rasa.
Serba salah kita kan Kakzakie nak melayan cerita rumahtangga orang tambahan kalau melibatkan aib pasangan.
perlu terima seadanya pasangan kita.
setuju dgn akak,serba salah nk bg nasihat bila sebelah pihak saja yg dok mengadu itu ini..
letih lah kalau pakai sepatutnya2 kan kak.. as capable wife not housewife, kebanyakan i buat sendiri.. hubby just pegi keje n bagi uang aje..
apa kata tukar skit " sepatutnya saya....." instead of sepatutnya awak.." hhihi
sepatutnya compliment to each other, kalau ikut hati suami saya tu tak boleh outstation setiap minggu ke perak, naik motorbike nya every weekend, uhuuuu saya pasrah hehehehhe
tolak ansur lah dlm rumahtangga br aman
betul jgk tu =) hmm..
kdg2 kena kongsi jugak rs ketidakpuasan hati antara suami dan isteri, tp jan sesekali ceritakan kisah rumah tangga kita kat org lain...
t.kasih kak zakie...mcm paham2 je entri sy pagi td.. :)
betul lah..komunikasi..
assalam KZ..memang kadang2 ada sesetengah perkara memang tak mampu utk diluah..terpaksa dipendamkan sendiri.. :(
hidup suami isteri kena give n take n toleransi..sy klu tak puas hati n nak apa2 ckp direct je..tak semua pasangan boleh baca apa yg pasangan mereka nak..:)
assalamualaikum kakzakie...betul tu biarlah semuanya kita hadapi sendiri jgn la melakukan yg x elok...berbincang itu lebih baikkan...:)
As-salam kakzakie...
SEPATUTnya sama-sama berkomunikasi kan kak..baru semuanya seimbang..tapi tu lah kiat ni fitrah manusia..tidak lepas dari memndamkan sesuatu dan berharap ada perubahan dari tuan badan sendiri...kdg2 benda yg kita anggap remeh seperi SEPATUT nya ni lah boleh membawa pertengkaran dan melarat...saya pula lebih suka buat sendiri kak..tp bila dia nampak yg saya ni itu nak buat ini nak buat...akhirnya dia tolong juga...Alhamdulillah....
yup..komunikasi itu penting..
malangnya, salah satu punca tak bahagia ialah kerana tiadanya komunikasi...masing2 sibuk berkomunikasi dgn tablet/PC..
Teringat kata2 ustaz dulu..
dlm rumah tangga kena ada komunikasi 2 hala..klu komunikasi gagal mmg susah.. tolak ansur jg penting..
apa pun sy ni masih baru dlm ilmu rumahtangga..masih byk yg perlu sy belajar..:)
Yalah kan kakak apa2 komunikasi tu penting..bila saling memendam rasa itu yang menjadi lebih parah..
as salam..singgah sini...
assalam selamat petang..juadah apa petang ni?
tapi kak, pada lieya ape2 pun persoalan takpuas hati atau ape sekali pun, kite takleh simpan dlm hati...lagi2 hal rumahtangga...mmg kene bawak berbincangkan.....baru le aman damai rumah tangga..so tak terjadi laa kes mengadu2 ni kak....
betul kate akak berdosa besar buka aib pasangan....
kadang2 benda tu nampak kecil dimata isteri/suami tapi besar dimata pasangan begitu juga sebaliknya. satu pihak nak bersuara tapi bimbang mengecilkan hati pasangan. susah juga kan kak bila komunikasi dalam rumahtangga tak berjalan lancar. mungkin pasangan tersebut boleh suarakan kehendak dgn cara bergurau manja. tengok jawapan pasangan. kalau sebelah pihak "melenting", doa sajalah..mudah2an Allah lembutkan hatinya.
p/s mcm pakar kaunseling pulak saya..hee..
perkahwinan itu satu perkongsian dan perjuangan..hingga hujung nafas,,suami isteri umpama pakaian antara satu sama lain dan apabila ia di cemari dengan adu domba dan mengharapkan sesuatu untuk merialisasikan sama seperti merobek pakaian sendiri..sangat mengaibkan..sangat menyedihkan..cukuplah sekadar Allah tempat kita mengadu dan bercerita..
Kalau masing2 faham tanggungjwb sendiri, zana rasa takkan ada ayat sepatutnya tu. Tapi sbg manusia biasa, tak mencabar hidup brkeluarga ni jika tiada perasaan tak puashati tu. Kita boleh tegur satu sama lain tp kenalah berlapik.
Kakzakie, bila nk pegi? Sms zana tau.
bila usia perkahwinan dah lebih dari 20 thn ..
dah lali dengan perkara2 mcm tu..
buat sendiri jer jika rasa2 mls nak diluahkan ..
Mungkin kak Zai salah seorang yang bertuah sejak menjadi suri rumah sepenuhmasa. Semua kerja luaran termasuk bayar bil dan segalanya diserahkan pada hubby.
nice entry... segalanya kembali kpd matlmat kita kahwin... kalau khwin krna Allah, maka usahalah utk mncari redha-Nya.. klau diuji, mst ada la sst yg x kna dlm hbungan kita dgn Allah.. mngadu pada Allah shja.. itu yg terbaik... komunikasi pnting dlm rumhtgga..
ooo ada yg mengadu ttg tu yer kak..macam2 kan
suami isteri perlu berbincang dalam menguruskan rumah tangga kan kak...yup PM dan isteri pun masih banyak belajar dalam perkara itu...;)
Pada kakaklah kalau ada persefahaman dan punya ilmu muhakahat yg baik tidak akan terjadi ini semua. Sungguh tak ada manusia yg sempurna tetapi bersama mencari dan berusaha utk mendapat kesempurnaan demi kebahagiaan rumahtangga yg dibina. Jangan sesekali mengadu ke sana-sini.
Terima kasih semuanya:-
KY, ummuaidan, Ujie, Masya, hainom OKje, noesuhaimi, the malay male, Ayu, SumaSakan, Marina Monroe @ Nannie, Seri Kandi Tanah Jauhar, Mia Kasim, Kamsiah, Qhaifa Nur, Kakyon, ummiarissa, fieda, Aziela, Henrietta Jose, Noen, umi alya, Qashmere, Yan's Cottage, Temuk, Deqla manjew, Kesuma Angsana, Aine Ainun, aizamaia3, Knor, rozita, ♥ Cmª shIemª ♥. wanieys aka ibuQalief, QasehnyaRania, Nini D, ieda immi, Angah, Ema Blog, Riedaffya ibrahim, NM03, Acik Erna, Fadilah Aziz, amirah, Mrs Velentine, munna, CintaMisteri, adzairdawati, ummiross, yana-feehily, Azian Elias, mila@rimbun, Aju Mohit, izan mama mia, nn lylyn, Haryati Faizal, Munnafendy, mama nor lara, Puan Kutu, Mas Zull, Eye_nee, Daddy Ziyyad, atieyusof, Ratu Hatiku, nor laila, Bunda aka KN, Lieyalatif, Anim, Perdu Cinta, zana fahmi, aby, Zaitun, Maria Frids, Tihara dan Papa Mifz.
Jadikan pedoman moga kita dapat menjadikan rumahtangga yg dibina bahagia di dunia dan akhirat. Alangakah ruginya kalau di dunia tidak tenang dan di akhirat lagi mendapat balasan.
Terima kasih sekali lagi buat semua.
sepatutnya perkataan "sepatutnya" tu takde dlm dunia ni..sebab byk sangat yang bakal diungkit kan..hehehe
kena hapuskan perkataan 'sepatutnya' tu...baru harmoni rumahntangga!
Gantikan dengan "itu tugas kami bersama" bukan "sepatutnya dia....."
Betul bagi dikatakan. Terima kasih:-
Cneq Kaq dan PinkCat. Kalau sebaiknya begitulah.
Besama kita jadikan panduan.
tolak ansur tu penting dalam sesuatu hubungan baru bahagia rumahtangga
Post a Comment