Friday, November 7, 2014

Mati tidak mengenal usia

Berkongi WhatsApp group sahabat masjid kami yang terpapar sebagai renungan.

WANITA
20an : mengancam
30an : macam-macam
40an : terancam
50an : semacam
60an : susah nak cam

LELAKI
20an : bergaya
30an : bercahaya
40an : macam buaya
50an : tak boleh percaya
60an : dah tak bermaya

Sahabat-sahabatku

Jangan tertipu 
dengan usia MUDA
kerana syarat MATI
TIDAK harus TUA

Jangan terpedaya 
dengan tubuh SIHAT
kerana syarat MATI
TIDAK mesti SAKIT
Bekal hari ini - Anak remaja membuat air detox aku yang sudah tua ini pun terikut sama. Bukan untuk lambat tua tapi untuk menjadi lebih sihat itu yang dikatakan anak.

Jangan terpedaya dengan harta kekayaan
sebab 
si Kaya pun tidak pernah
menyimpan kain kapan
buat dirinya
meski cuma selembar

Mari terus bebuat BAIK
berniat untuk BAIK
Memberi nasihat yang BAIK
MeskipunTIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan Nasihatmu

Cukuplah Allah yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain

Jadilah bagai jantung
yang tidak terlihat
tetapi terus derdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan olehNYA

Sahabat-sahabtaku...
"Waktu yang ku sesali adalah jika
pagi hingga matahari terbenam
amalku tidak bertambah sedikitpun
padahal aku tahu saat ini
umurku semakin berkurangan"

~~ Sekadar renungan di hari Jumaat yang mulia ini.~~

72 comments:

Cik Puan Fadli said...

assalamualaikum kakzie...salam pagi jumaat...semoga akak sekeluarga sehat sentiasa...

Mama Niza said...

selamat pagi kak...

mama singgah setelah sekian lama.. buzy nak pindah kan...

Ikhlas Dari : Mama Niza

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat Kak..pekabar?? lama tak bertandang kesini..rindu..hehe..
Perkongsian yang baik.buat renungan di pagi Jumaat :)

Kakcik Nur said...

Tidak semua kelapa gugur waktu tuanya...yang muda kadangkala setandan sekaligus gugurnya...

Ujie said...

yelah kak, saya pun tak simpan kain kafan sendiri..kalau ada, apalah yg saya rasa..

terima kasih tazkirah.

Aisy Nasiha said...

Entry akak ni sesuai dengan emosi saya beberapa hari ni. Sesungguhnya tahun 2014 tahun pwnuh kejutan. Dlam keluarga kami ni, ada 4 kematian dalam masa 3 bulan ni. Bila berjumpa muka2 yang sama di majlis pengebumian, saya terfikir macam2..ingat nak tulis satu entry sejak kematian mak cik 2 minggu lepas namun rasa tak terluah perasaan ni. Rasa lemah sangat diri ini.

Kakak Norihan said...

deep
menyentuh jiwa..

kita sama kak berdetox..

Zee Suhaini said...

wah..akak pon dah berdetox jugak yer..tuk sihat ape salahnya cuba..

sebut mati memang rasa takot kak..camaner pon kita tetap akan 'pergi'ke sana..moga segala amalan kita diterima..amin

idzwa kamaruddin said...

jgn nak macam-macam ye banggg...hehehe..

btw..terima kasih upload gambar air tu boleh jugak bagi saya idea nak buat air ape utk dia utk minggu nie ;)

Mar Mansor said...

kak zakie pon dah minum air detox ye..
matu itu pasti

Nieyl said...

semakin berusia...
Semakin dekat kita menuju MATI..
wah!akk minum jgk ek...
nieyl baru nak cube nie...:)

norhidana miswan said...

heheheh tp ada jgk yg dh 60 an 70 msh kuat n ligat lg mcm nyai dana kt kampung... msh ligat berkebun, msh lg sibuk jaga segala pokok2 tanaman dia... kalu bt keje laju je... heheheh

sedap tu air detox kak... dh ada org bt kan lg sedap

babYpose said...

pandai yang tulis tu kz, memang betul mesej pulak, ada air detox bagus tu, macam cuci dari masuk mulut hingga ke usus kan...salam jumaat.

Diana Rashid said...

kadang2 nak buat baik pun kena sorok2 kak..buat depan2 nanti orang mengata..hati jadi sakit..Apa tah lagi nak bagi nasihat kat orang,malas nak bertekak saya boleh peratikan je la..Lagi2 kalau yang kita nak nasihatkan tu saudara mara.susah nya diorang nak terima ,mungkin dah membesar bersama jadi buruk kita dulu tu dia nampak je...ikutkan hati nak je fikir "lantak kau la..dosa tanggung sendiri.."

JunAina said...

Betul kak mati tak menunggu sakit kadang2 dalam sihat pun Allah boleh ambik nyawa kita. Teringin pula tengok air detok kakak tu.

Muja.. said...

assalam kak zakie..
sedar yang diri ini tidak sempurna maka disinlah bagus dan gunanya kawan2 yg boleh saling ingat mengingatkan..

Kita hidup dlm dunia yang semakin mencabar ini, kadang kala tersasar juga dr landasan.. Cepat2lah kita sedar..

Sy pun teringin juga nak buat detox tu.. Tq fr sharing kak :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu Kakak. Kena selalu beringat, mati tidak mengenal siapa. Sampai masa,rezeki dah habis insyallah Allah akan menjemput kita semua.

εïзmummyHazaεïз said...

Salam Junaat kak zie... Suka dengan penulisan akak.. Melting

Nor Azimah said...

Semoga selalu beroleh pengampunan Allah

redza said...

betul tu kak..bila tiba masanya akan pergi juga xkira tua atau muda

Sura Mohd said...

salam Jumaat kak..kakzakie pon berdetox..bagus2..sura nak buat tapi tak buat2 lagi..
Selalu jugak ingatkan anak2..mati tu tak kira usia..sambil mengingatkan diri sendiri..nice sharing kak..:)

Abang Bear said...

Salam kenal dan salam singgah... terima kasih atas ingatannya...

Fiza Rahman said...

Salam jumaat kak. Mekasih atas renungan dan peringatan ni kak.

TAk pernah lagi buat air detox ni kak.

Mummydearie said...

Salam pagi Jumaat, kak. Memang betul tu, sedih jadi perempuan ni tapi itu semua tak penting. Yang penting apa bekalan yang kita dapat bawa ya tak?

Saya pun sibuk berdetox juga. Kesannya tak tahulah!

paridah said...

SEMAKIN JAUH KITA MELANGKAH SEMAKIN PENDEK LANGKAH KITA...MATI ITU PASTI...SALAM JUMAAT.

PeRdU cINta said...

semakin kita bergembira menyambut ulangtahun kelahiran..semakin itu juga ajal mendekati..dan semakin itu juga malaikat maut semakin bersiap sedia..

Zaitun said...

Sentiasa bersiap sedia untuk mati. Gandakan amalan supaya kalau mati belum tua tidak sesal dan rugi.

Gee Lion said...

salam Jumaat kak zakie, benar mati tak mengenal usia. ditambah pula dengan masa sekarang yang makin cepat putarannya, buat kita lupa seketika urusan dunia di sana.. hurmm... moga sama2 lah kita istiqamah membuat ibadah mengejar pahala..

imm said...

thanx akak ingatan tu..imm suka ayat akak yang detox bukan untuk melambatkan tua, tapi untuk menjadikan badan sihat :)

Nafira usof said...

Mendalam sangat n3 kakak haini.
sama2 lah kita mengumpul saham di sana. sebelom tiba'waktunye' kalo mengejar yang dunia.. memang letih~

nhhas said...

assalamualaikum wbt.

Kak zaki... apa khabar.
lama tak tinggal komen but i read all your entry...hihihi...
belog sendiri pun terabai.
sibuk bebenor nih...

saya pun dah start buat air infuse tu...
but i call it air confuse...
hihihi...

so far saya tak campur macam2 buah dalam 1 bekas...
1 bekas lemon.
1 bekas oren.
1 bekas epal.

sebenarnya, apa campuran yang betul supaya capai matlamat untuk detox ya?

saniah ibrahim said...

seorg pemuda di tempat saya baru saja meninggal wlpun hanya demam panas biasa ...benarlah kematian tidak mengenal usia.

amirah said...

betul kak...bila mengingat kan hal kematian memang menginsafkan...moga kita kembali kepada Allah dalam keadaan baik dan husnul khotimah

Falsya said...

wahhh, rajin anak2 kakak sediakan air detox utk mama ye..hehe..

betul tuh kakak..insyaAllah..terima kasih sangat2 sbb mengingatkan..hugssss..

Eda Ejai said...

terima kasih kerana mengingatkan.. kadang kita selalu lupa tentang kematian.. =D

Myra Jay said...

Sedap air detox tu kan kak.. Myra penah buat sekali.
tp ada yg cakap lebih berhasil kalau guna bekas kaca.. baru enzim2 terembes dengan sempurna..

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

memg betul mati xmengenal usia dan masa... huhuhu

p/s: sedapnya air detox 2...

LadyBird said...

Mati yg xknl siapa...

Tihara said...

cukuplah mencari redha Allah
bukan cari pandangan manusia..
manusia banyak buat silap
hanya Allah Yang Maha Mengetahui

adyna AB said...

Btl tu mati bukan kira usia , saya pun minum air detox , segar je minum ;)

AMIIZAA said...

salams singgah jumaat....
betul kak, mati tak mnegira usia..huhuhuhuh

adarnadzmie said...

saya yg ketegori macam-macam tu kak... memang macam2 sgt...hahaa

wahhh... glemer air detox skrg ni... teringin nak cuba buat...

Yana Yani said...

terkesan saya dengan, amalku tidak bertambah sedikitpun
padahal aku tahu saat ini
umurku semakin berkurangan

rasa macam nak menangis pula padahal sedar ayng mati itu pasti

Kniedaz said...

thanks for the sharing
air detox...lama nak buat asyik bertangguh je kak

Ann Ishak said...

menarik pulak air detok akak tu :)

NEKCIK said...

Salam Kakzakie ku sayang....ni haa nekcik singgah..nak tumpang detok yg boleh meremaja remajikan nekcik ni...he.he
Gerunnya bila meningati MATI
Cukupkah amalan untuk bekalan di sana nanti
Berdoalah agar Allah merahmati kita..ammin Ya Rabb

Puan Kutu said...

air detox bagus handmade lagi kak zakie..

betul tu mati itu pasti tak kira tua dan muda,sampai masa..tak cepat tak lewat walau sedetik

aizamia3 said...

Moga kita semua sihat selalu hendakNYA.
Moga amalan kita diterima olehNYA

Miz Eija said...
This comment has been removed by the author.
Miz Eija said...
This comment has been removed by the author.
Miz Eija said...

Salam kak zakie,, slm singgah hujung minggu... iye mati kepastian. smda cpt atau lambat je... bersiap sedia la kita ye... sedap ke air detox tu??

ANIM said...

mati itu KIAMAT buat kita, kakzakie..

❤Kamsiah❤ said...

biarlah jika tidak disukai manusia....asalkan apa yg kita buat disukai ALLAH...

Normala Saad said...

Mati itu pasti...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Alhamdulillah, peringatan sangat bermanfaat. Mudah-mudahan ia menjentik hati dan jiwa kita semua.

Mati tidak pernah mengenal sesiapa, tidak juga mengenal usia. Mati tidak pernah menetapkan siapa yang perlu dahulu dan siapa yang perlu kemudian. Kematian adalah milik mutlak Allah SWT. Dia yang berkuasa menetapkan ajal maut seseorang. Diri kita hanyalah pinjaman sementara...Allahu rabbi

Ct NoArizah Aris said...

Saya baru kehilangan seorang bapa saudara minggu lepas kak.

Detox??...ermm dh lama x minum nk start blk le mcm ni.

Suriya Majid said...

Kak zakie, tq datang melawat blog. Memang kena ingt selalu mati ni. Barulah boleh timbul rasa nak insaf.

@na said...

As Salam kakzakie...
terima kasih ats peringatan bermakna ini...
teringat saya kepada takirah Ust Badlishah diTV Hijrah - syarat mati adalah HIDUP...
sebab benda bernyawa tentu akan mati..

mamawana said...

Assalamualaikum

Salam ziarah.

Amanina Mads said...

perkongsian yg baik.. akan diamalkan air detox tu. jgn lupa bersenam juga akak :)

Hanafi Abdullah said...

satu entri yang bisa menginsafkan kita semua..

Bunda a.k.a KN said...

Perkongsian yang penuh bermakna...

hainom OKje said...

Kanda ....insaf sekali lagi....huhu
Tengok air Detox tu malam tadi baru minum, nak sihat jugalah katanya hihi... kali ni buh air panas dengan lemon katanya boleh kurangkan kolestrol...

elly nadyra said...

haaaa buat air detox berjemaah ye ngan anak2
mmg kak, harta paling bernilai adalah kesihatan
bukan nak cantik slim melim dsb
cuma nakkan badan sihat

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...salam singgah ke sini kak...:)

Mia Liana said...

wahhh... bagusnya....sama2 lah kita beringat. nice quote ni.

- Mia Liana -

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth..bakyu ku...

Hari hari ingatkan mati...TA ni...takut juga nak hadapi....
tapi..
satu perkongsian yang menyedarkan diri...

Mana dapat ispirasi tu ttg ayat ayat tu bakyu..?

Masya said...

sy pun terjebak buat air detox.. buat utk suami .. buat sekali utk diri sendiri ...

kakyon said...

kami seisi rumah pun membuat air detox juga..lepas tu seisi rumah juga sakit tekak..hahah

Jari Manis said...

Wanita 60-an susah nk cam? ahahaha..lawak

QasehnyaRania said...

thanks kakak berkongsi

Blogger said...

Looking for live sex webcams? Have a peep at BongaCams.