Pada hari Ahad lepas, selepas mengemas itu-ini jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Atas nasihat hubby tidak perlu masak dan terus saja kami bersiap menuju ke masjid. Maghrib di JB sekarang jam 6:54 petang sudah masuk waktu solat. Malam minggu itu kami ditazkirah berkaitan dengan cerita CINTA atau Al-hubbu. Buku yang disarankan untuk dijadikan pembelajaran kami itu pun belum dibeli lagi. Biasa ustaz ada membawa beberapa naskah buku yang diperlukan untuk pembelajaran tapi kali ini ustaz hanya memberi tajuk dan pengarangnya. Ada masa terluang bolehlah kami pergi membeli sebelum sambung belajar lagi.
Restoran Kesuma - Balik dari masjid kami singgah di sini. Bukan sekadar membasahkan tekak tatapi juga makan malam yang sudah agak lewat. |
Terdapat tiga perkara manisnya iman dengan cinta ini. Pertama CINTA pada Allah dan rasulNya melebihi dari yang lain-lain. Kedua boleh CINTA yang lain tapi semata-mata kerana Allah juga. Ketiga CINTA pada diri dan orang lain kerana sama-sama tidak mahu dicampak ke lembah kekufuran. Saling ingat-mengingatkan demi kebaikan bersama.
Menu biasa - Siakap stim dan sup ekor yang selalu sangat menjadi pilihan kami semua. |
Sayur - Dua sayuran sebagai pelangkap keenakan hidangan. |
Pelangkap - Kerang bakar yang adik suka dan sambal belacan mama dan Mak Zah. Papa sudah kena elak untuk makan ini semua. Sedikit nikmat sudah ditarik olehNya. |
Sesungguhnya cinta adalah anugerah terbesar dan terindah yang Allah kurniakan kepada setiap makhluk. Rugi andai ada naluri cinta tetapi tidak mahu menghargainya. Rugi juga andai ada rasa cinta tetapi tidak tahu kemana untuk diaplikasikan. Aku merenung dalam diri sendiri yang masih terlalu lemah dan jauhnya dalam mengaplikasikan rasa cinta anugerah Allah ini.
~~ Buat justifikasi diri sendiri di mana dan ke mana arah CINTA yang kita miliki.~~
48 comments:
Cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya..Sedap betul makanan yang akak letak tu, teruja saya...Dahlah lapar ni hehe
Semoga kita dpt memperbaiki dan memperbaharui rasa cinta kita pada Yang Satu..dan seterusnya sesama kita..Cinta padaNya akan membawa kita ke jalannya dengan betul.
Sedapnya sup ekor tu..kesukaan sura laki bini:)
lain plak nampak siakap stim..selalu kuah putih jer kak..ni mesti rasa pon lain..
jangan cintakan seseorang melebihi cinta pada allah dan rasul..sentiasa kena berpada-pada..
sedapnya sup ekor..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu kakak. Semoga semakin bertambah ilmu kakak dan pahala. Rasa cinta sangat meluas. Yang menjadi masalah ialah bila tak pandai mengawalnya dan tak tahu cara nak alirkannya sebaiknya.
Terima kasih berkongsi kakzakie..
YA ALLAH...terimakasih kak Zakie...mudah2an rasa cinta yg dianugerahkan tidak memusnahkan diri kita
YA ALLAH...terimakasih kak Zakie...mudah2an rasa cinta yg dianugerahkan tidak memusnahkan diri kita
Kita lebih mencintai manusia, sedangkan bila2 masa dia boleh meninggalkan kita. Kita lupa mencintai Allah sedangkan Allah sentiasa ada untuk kita...
nampak sedap makanan tu kak weiiii
makan pun boleh niatkan kerana Allah
TERAPKAN RASA CINTA KPD ALLAH MELEBEHI SEGALANYA...RASA CINTA TERLALU KPD SESUATU PSTI TERUJI DGN HEBAT...
nangis nangiss terliurrr tgk entry nie...huwaa sedap nyerrr ikan stim asammm...
Mencintai Allah lebih dari segala2nya.
Wah sedapnya...ini mesti restoren singgah selalu.
semoga husband akak segera sembuh dan tak perlukan sebarang pembedahan..amin..
saya pun dah lama nikmat makan kerang kena tarik.. husband tak bagi makan sbb takut sakit makin teruk..tapi tak apa.. kerang tak boleh makan.. banyak lagi yang lain boleh makan kan kak.. Alhamdulillah..
Bila kita meletakkan Cinta Allah di tempat yang pertama, InsyaAllah yang lain2 pun akan dapat kita nikmati cintanya kan kak...
Bestnya menu makanan..
p/s: Kak Zakie, entri seblum entri hari ini ada wajah Arif kalau akak rindu dia...hihi.
Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak. Cinta padaNYA juga yang kekal abadi.
Kecur ailio tgk lauk pauk ni.
cinta kepada Allah kerana memberi cinta disekeliling kehidupanku..
sedapppnya...
ramai manusia bila brcinta dgn seseorg melebihi sglanya.. bila putus p bunuh diri sebab kononnya xleh hidup tnpa org di cintainya... 2 silapnya manusia mencintai manusia lebih dari Tuhan... huhuhu kita mintak dijauhkanlah kan kakak... huhhu
btw.. sup tulang 2 nampak sedap...
assalamualaikum kakzakie...sedapnya selamat menikmati hidangan mkn mlm dgn gembira yer...:)
terlalu naif nak beri komen pasal cinta yang baik.
sedangkan diri ni asyik bertikam lidah dgn suami.
huhu.
Restoren Kesuma tu kat mana kak?
Nanti, kak zakie share kan ya nama buku tu...:) TQ
Cinta kepada yang SATU. Cinta manusia tak boleh melebihi yang ini. pasti...
Terima kasih atas perkongsian kak zakie.. ^_^
cinta kepada apa pun hanya kerana Allah s.w.t..moga Allah memberkatinya :)
terbaik la menu2 makanan ni kak... terliur saya dibuatnya...:)
Wow mmg meriah laa tgk lauk pauk tuh..terutama ikan siakap stim..hmm.. :)
Kak, yang menu yang last sekali tu yang paling saya suka. Meleleh air liur. Nanti kalau turun ke JB memang kena take note blog akak ni, senang nak cari makan!
Cinta pada Allah tu sepatutnya mengatasi segalanya tapi masih jauh perjalanan diri ni untuk menuju ke arah cinta yang sebenar.
lupa pada allah tu 1 kerugian besar.. cinta Dia hingga akhir hayt didunia..
kak sedap ikan stim tu.. kat mana ye restoran nye?
saya terliur tengaok menu2..tapi saya taop tak keluar abjad ek?
masih tercari2 cara utk menetapkan destinasi hakiki cinta kerana kadang2 terabai dan terpaling arah cinta dek kerana kealpaan diri.. kerdilnya diri ni kan...
Kak Zakie, cinta kite SATU, hanya Allah swt... Cinta kerna Allah... Terima kasih Ya Allah... kerana hadirkan cinta dlm hidup kita dengan org-org yg kita cintai...Syukurnya...~
akak fokus sy terhadap tazkirah terganggu sedikit melihat makanan yg sedap-sedap tu...tengok iman ku adoi lah
Maksud yg sgt mendalam tentang CINTA....
Alahai, sedapnya makanan2 tu... NAsib baik baca entry ni masa perut tengah kenyang...
Penuh bermakna.
Sup tu... gulp.
semua nampak sedap.. paling best kerang tu.. huhuhu..
CINTA kepada Allah SWT... CINTA kerana Allah SWT... Dalam nak faham ni... rasa macam faham tapi belum tentu faham betul... :D
Allah SWT jua yang tahu...
Baarakallahu fik..
Cinta sejati adalah cinta pada Allah dan Rasul..
Kakak, terliur tgk siakap stim dgn sup ekor tuh..nasib baik dh tgh malam baru nmpk gambau kakak nie..kalau x mau falsya heret somi gie kedai siam..hehehe
siakap steam, kerang bakar, sup ekor..sedapnya..
cinta pada Allah dan rasul..dirasai dalam hati, diterjemahkan dalam perbuatan..'amar makruf, nahi mungkar' dalam diri, keluarga, masyarakat..
Hamboih mak sedapnya juadah malam tu... siakap stim lagi tu... kalau makan ngan member kat memana kan and then bila tanya nak makan apa lepas tu diorang suruh saya yg decide maka siakap stimlah jawabnya...
nmpk sup tulangkan..terliur la pulak..
Rugi andai ada naluri cinta tetapi tidak mahu menghargainya. Rugi juga andai ada rasa cinta tetapi tidak tahu kemana untuk diaplikasikan.
saya suka ungkapan ini sis...suka sgt harap saya dpt aplikasi kepada keluarga saya...cinta hakiki ialah Allah...cinta sejati pada suami dan anak...sedap yer semua menu tu sis...alhamdulilah nikmat
Dengan tajuk itu, saya teringat salah satu buku Ashaari Mohammad, "mengenal diri melalui rasa hati". Yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan
Kanda seronok dapat mencari ilmu satu family mcm kanda tu...satu family merasa keberkatannya. Ikan siakap stim tu nampak mcm sedap....nampak lain le kanda....stim spa tu kanda
tentang cinta ni kak zakie, Nabi SAW bersabda Cinta Allah, Rasul selepas itu ibu, di sini ustaz menyatakan yang lain kerana Allah ye..ada tak ustaz sebut yamg ketiga tu ibu, saya
pernah pertikaikan, ada defensive kena cinta bapa juga, (kata seorang
isteri) kerana beliau sendiri selepas Rasul,
suami kerana berkahwin dan mahukan suami
juga mencintai isteri selepas Rasul bukaan ibu, bagaimana tu? Salam Jumaat Kak zakie, ada luahan
pula kat sini :)
Perkongsian "CINTA" yang meyentuh hati, ummi pun kena banyak muhasabah diri, agar dpt mencapai cinta hakiki..dengan rahmat kasih sayang Allah swt.
Kerang bakar!!!
Cinta Allah... Cinta yang paling agung...
sedapnya nmpk semua lauk tu... lapar pulak rasa...
saya masih lagi belajar untuk menguatkan cinta saya
pada ALLAH dan rasulnya
lauk tu buat saya lapar
Post a Comment