* Cempedak menjadi nangka, sungguh tidak disangka, entri ini telah hilang seketika, kini aku olah kembali menjadi begini.* Andai ada yang telah membaca hilang sekerat jalan sungguh amat dikesali. Aku pun tidak tahu mengapa jadi begitu. Apa yang pasti olahan bahasanya telah berubah. Mohon maaf - Admin Titisan Nurani. *
Semalam hari Tasua' dan hari ini hari Assyura. Bersama kita berdoa moga Muharram ini dapat menambah kekentalan iman hati nurani kita. Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. Walau bagaimanapun sebagaimna siraman rohani, jasmani juga tidak boleh dilupakan. Aku memulakan memasak nasi yang diperolehi dari teman blogger
Irfa. Membeli tiga resepi yang setiap satu aku beli 2 kotak.
|
Persediaan 1 - Bahan mentah beras dan rempah maqluba dan rempah 3 sekawan diberikan sama. Semua langkah aku ikut sebagiman tertera di belakang kotak. Hanya minyak masak tidak dinyatakan lalu aku gunakan minyak yang aku ada. Stu sudu dari botol sebelah dan satu sudu botol lagi satu. Ayam aku pilih peha L saja mudah untuk memanggang. Bawang putih & bawan besar tidak perlulah ditunjuk di sini. |
|
Persediaan 2 - Kesemua bahan mentah yang perlu digoreng melainkan tomato. 100% aku mengikut langkah yang disertakan kerana bimbang salah langkah lain pula jadinya. |
|
Sedia untuk dimakan - Atas Kak Meen punya dan bawah adik punya. |
|
Pelengkap hidangan - Sungguh dengan adanya dua ini menambah keenakan hidangan. Bukan kerana aku pandai memasak tetapi pencipta resepi dan langkah yang ditunjukkan itulah yang pandai. Aku sekadar mengikut arahan saja. |
|
Tradisi Johor - Oleh kerana secara kebetulan semalam merupakan hari ulangtahun hubby jadi aku juga ada menyediakan hidangan asam pedas dan sup ayam. Semalam juga kami semua tidak berpuasa. Tetapi asam pedas dan sup ayam inilah yang kami sekeluarga makan untuk bersahur pagi tadi. Adik bertanya ayam panggang maqluba tapi sudah habis - kasihan. Lain kali mama masak lagi ye sayang - masih ada satu kotak lagi jangan bimbang. |
|
Nasi Maqluma Ayam - Inilah set yang kami masak semalam. Buat kami berlima sangat berbaloi kerana boleh makan hingga dua kali. Hubby jua berkata sekiranya habis bolehlah membeli lagi.
|
Kepada sahabat-handai-rakan-taulan atau anak-adik yang ingin membeli atau mencuba silalah berkunjung ke blog
Irfa atau blog businessnya
di sini.
~~ Teringin menikmati hidangan tradisi negara lain amat mudah kini. Masukkan duit online, tidak lama barang pesanan sampai. Cepat, mudah dan sedap.~~
52 comments:
wah...sedap tukalau licin dimakan semuanya...nampaknya sama bulan sambutan hari jadi di rumah kita ya, bulan 8 dan 11..
selamat hari lahir buat suami akak..
betul tu Kakzakie.. orang tak pandai masak pun mesti jadik asalkan ikut segala arahan yg diberi.. sedappppppp!!
FEVERET SAYA KAK... NASI ARAB... SBB ADE SALAD TIMUN N KUAH CILI ..MMG GAUL DGN NASI JE, MAKAN TU JE PUN DAH SEDAP KAK ZAKIE.. OPSS TULISAN BESAR LAK, EXCITED NAK KOMEN HAHAA!
Assalam kakzakie.Alhamdulillah..acik pun ada beli dan dah masak pun..tapinacik cuma.beli nasi ayam mandy dan nasi ayam khabsa.acik tunggu semua anak2 ada.baru masak..sebab banyak jugak nasinya kan kakzakie
rupa lebih kurang nasi arab..rasa camner plak kak?? cam sedap jer nampak..nak buat pon agak senang..
Saya ada jugak kotak ni tapi tak buat lagi pun kak...Kalau kurang bahan boleh ke nak buat ek..
salam kak zakie, alhamdulillah kak zakie sekeluarga berpuasa, saya makan arisa pun baru ja kz, hidangan di atas nampak sedap, kena buat sendiri kut baru cepat boleh rasa :)
Assalamualaikum, kak..selamat berpuasa 10 Muharram..favourite tu nasi Arab..nasi maqlubah ni belum try lagi..
bagus..satu family berpuasa..
Kecur ailio kak. Dah lah posa harini...hehehe...
Al-bayt ni memang sedap. Selalu saya beli mandy ayam jer. Tak pernah beli yg ni lagi. Boleh lah beli nnt nih.
sodap ea ...
bace pun dh terliur...
hekhek
Ya Allah kak Zakie..sedapnyer..
saya ada jual nasi arab kalo berminat
Ramai gak yg jual nasi arab segera ni kak ye? Sedapnya! Mcm nak try la Nasi Maqluba tu. Kak, asam pedas tu. Dah lama sy tak pekena asam pedas johor.
Kak zai pernah juga bercadang tapi takut tak menjadi sebab bukan senang nak masak nasi arab. Kalau dah kakzakie kata budak sekolah pun boleh masak kak zai nak cubalah.
Selamat hari jadi buat suami kakzakie.
sedapnya lama tak makan nasi arab
ala k.zakie merendah diri pula...
kan sng nak msk nasi bashmati tu kak..silap hb mau lembik..ha tgok cantiknya panjangnya..
nanti nak terjah juga..bolehlah memborong..
sedapp sguh tgok cik abg akak tu makan..licin ye
MashaAllah nmpk seedaaaaapppppnyer!
resipi langkah demi langkah ni praktikal kan kak?
memudahkan kerja dan tak akan terbabas jauh...sesuai sangat dgn orang mcm saya ni kak...
Terliur kak.. Xpernah makan lagi nasi maqluba ni.
tgk ygkakak masaksiap tuh dapat rskanbetapa sedapnyn nsik mqluba tuh...sama ngan nsi arab ke kakak..
kami overlook lah kakk..dr awal nk posa, tp terlupalah plak tarikhnya sbbkt sini kena sendiri mau ingt takder yg blh bgingt..hehe
ni kalo mak mentua tgk menantu masak sedap cenggini mau senyummmm melerett hahaha....
mudah sedap dan cepat!
sedapnye nampak hasil nasi Arab kakak tuh~ boleh cuba jugak nih. *telan ailio. hehehe
Wah, kak... bernasi Arab pulak. Terliur sekejap. Kalau dah mudah bagai dikata, haruslah orang seperti saya ni mencubanya. Tapi tak leh derhaka pada resepi ya kak. Rasa cam nak cuba pulak!
happy belated birthday buat suami kak zakie :)
berbaloi kan bila ikut resepi tu, menjadi :)
kakak mcm tau2 je falsya tgh mencarik sape yg jual..husband request nak makan..hehe
yummms...
nmpk sedap sgt...
Jumaat lepas dinda pun masak Nasi Arab kanda....entah teringin bebeno rasanya...tp tgk resepi kat Tenet jer...Sedaplah jugak hihi...
Tak de rempah khabsyah guna rempah kurma sebagai ganti haha..
Semalam ada tgk produk Al Bayt ni kat kedai tu. Nanti nak try gaklah...
Saya baru beli kat office saya.. nak cuba yang maghluba tu pulak..
nasi mandy dah cuba.. sedap jugak.. ;)
Wow tgk pun sgt menyelerakan.. :) Nampak sedap..
Alhamdulillah, tumpang cuci mata kat sini.
oo..saya nasi arab kureng sgt..tekak nasi putih je..nasi lain mmg x berapa
insyaAllah ...satu hari nanti nak juga cuba buat...
sedapnya kak!
alhamdulillah sedapnya kak
teringin juga nak cuba
nanti boleh lah ke blog irfa :)
selamat berpuasa n berbuka nanti yer...
selamat berpuasa n berbuka nanti yer...
akak.. kat rumah saye pon pakai rempah ni.. senang,..
Sedapnya makan nasi Arab. Selamat berpuasa Kakak.
Nampak sedap...masak pun macam senang jer.nanti boleh la sy bejln2 di blog irfa.
zmn sekarang ni klu x pandai masak , malas namanya . bkn sekadar yg segera ada , resepi kat paket pun byk disediakan ... perghhh , mmg menyelerakan sungguh melihatnya .klu dah merasa lagi lah kan ...
tapi asam pedas tu sangat menarik perhatian kak :)
saya pun guna kotak yang sama kakzakie. serupa. kakzakie kena try nasi mandy arab saudi dia. lagi sedap (tekak 2 abdul sayalah)..tapi tak beli online. kat kedai runcit di SP ada jual. rm15 sekotak
Terima kasih sharing pasal kisah nasi ni..nanti boleh order.
wow....memang nampak sedap sgt kak...yummyyyy....
Sekali sekala ubah selera dan citarasa..apa salahnyakan kak..asalkan tempe tidak dilupakan..begitu juga kita..walau dibumi mana kita berada..langit mana kita junjung..akar umbinya tetap Al Quran dan sunnah tunjangnya..
salam kz ..
Allah humma barik lana ..
fima rozakana ..
sampai abis ...
Kan...semuanya di hujung jari sahaja... nak yang dah sedia masak pun anytime... hehehee
Selamat hari ulang tahun kelahiran kepada En Hubby akak, may Allah bless him and family.
Wah sedapnya KZ..bilalah kita nak rajin macam KZ ..he..he
wah menjadi
sedap betul nampaknya!
zaman sekarang nie serba serbi segera dan ada kan Zakie.rasanya macam tak perlu pergi kelas masakan, semuanya ada dionline. sediakan RMnya saja..
Alhamdulillah.....akak pun dah cuba. Saya sedang mengintai2 peluang untuk mencuba....
Selamat ulang tahun untuk hubby kakak. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, beroleh kebahagiaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.
as salam kak..
baru hari ni sempat terjah blog akak pasal nasi arab tu. sy pun belum try masak maqluba tu, tgk gambar macam teruja pulak. boleh lah cuba nanti
tq mmbeli dgn saya
kan.semuanya dihujung jari kan..
Post a Comment