Wednesday, September 2, 2015

Buah apakah ini?

"Wahai sekelian manusia makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik." Surah Albaqaroh: ayat 168

Macam duku tetapi saiz sebesar buah epal
Macam manggis tetapi isinya tidak licin 
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa." Suroh Thoha:132.

~~ Sebenarnya seumur hidup aku ini baru pertama kali melihat dan merasanya. Maha berkuasanya Allah.~~

59 comments:

nurbijen said...

Orang kelate panggil buah stor... tapi saya tak pasti apa nama standard buah ni.. sedap kak makan kulit dia cicah gula dan kicap+cuka sikit...
Hari tu MIL bagi yang dah siap dijeruk... lagi lah sodap!

Mila@Rimbun said...

Macam pernah makan masa kecik2 dululah... tapi tak ingat nama. Rasa masam2 manis kan kak?

monalea said...

1st time tengok buah ni kak. Rasanya macam mana kak?

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya panggil buah sentul kakzakie..
Dulu selalu makan di rumah mak lang saya di Melaka..
Pokok dia tinggikan..

lieyalatif said...

buat sentul kan kak....

lieya penah makan ni dulu2...lagi2 mase dok kelantan senang nak jumpe...kulit die simpan leh main tembak2 ngan batang pen tu hahahahahaahah.....budak2 skrang tak merase main gitu....

jjajja said...

orang terengganu panggil buah stor... sama macam orang kelantan..
kulit dia yang tebal tu boleh makan jugak, makan mentah or masak gulai.. :)

Unknown said...

Buah ni kalau di utara sana di panggil buah stiyea adik beradik dengan buah sentul/setul. Isinya lebih halus daripada buah setul dan kulit buah ini oren kekuningan manakala buah setul berkulit warna oren pekat.

Kak Wawa said...

Aah, buah stor.. Ade satu lagi namanya, wawa lupa da.. Klu lg besar lg sedap.. Manisss sangat..")

Cahaya said...

orang kampaung saya panggil buah stoi/setoi... pokok nya sangat tinggi, besar lagi gagah perkasa.

nur anis said...

buah stor!! kulit dia tu pun boleh makan.. buat cicahh..sedap..

Inani Hazwani said...

Buah apa ni. Tak pernah tengok. Heheh

Inani Hazwani said...

Buah apa ni. Tak pernah tengok. Heheh

Inani Hazwani said...

Buah apa ni. Tak pernah tengok. Heheh

norhidana said...

buah sentul okt kak.... dana penah mkn dulu... pastu kalu blik kg mertua kt belakang umah mil ada pokok nyer mmg beso tinggi

Zaitun said...

Kak zai panggil buat sentul. Baru aje kawan dari terengganu hantar gambar. Belah pantai timur panggil buah stor.

adarnadzmie said...

saya panggil buah stair kak (nak eja pun x reti)... buah setol pun lebih kurang sama je... cuma buah stair ni isinya lebih gebu dari buah setul.... kulit pun stair lebih gebu dan licin....

sedap buah ni kak...kalau cicah garam belacan memang best.... hehee...leleh dah air liur saya kak...:)

beat said...

byk kt umah ni cicah sambal pn ok gak

Malinda said...

tempat saya panggil buah sentul kak....dedulu kalau kat kampong banyak pokok ni kalau musim tu sampai berbaldi2 abang2 saya petik...kalau yg jenis senyul kapas tu lagi sedap...saiznye besar sedikit manis dan gebu isinye...last saya beli buah ni ahad yg lepas...sekilo rm6 hengget...tapi saya kalau makan tak belah camtu...saya kopek kulitnye cam mkn mangga tu dan cicah dengan garam...peh sodap sangat

aizamia3 said...

Buah sentul kak..
Dapnya kalau dapat cicah dengan kicap..
terliur dibuatnya.. ri tu masa raya balik kampung lupa nak amik buah ni..

Kamsiah yusoff said...

buah sentul..kat utara ni dipanggil setoi..susah nak jumpa buah ni skrg...

paridah said...

BUAH SETOI NI DIMAKAN KULITNYA SAJA...ISINYA MANIS TAPI ISI YANG MEMBALUT BIJINYA YANG BESAR HANYA MAMPU DILULR SAJA...NAK TELAN MMG TERLEKAT DIKERONGKONG...

Izwa Kamaruddin said...

1st time jugak izwa tgk ni kak!

Nieyla Nadia said...

Salam Singgah Pagi....
First time tgk buah nie...

amirah said...

rasa mcm pernah makan...rasa mcm arwah mak beli kat pahang aje kak..

HeNRieTTa JoSe said...

sedapnye nmpak....

Mummydearie said...

Buah sentulkan ni, kak? Ahah, hebat saya ni! Keh3x. Dulu-dulu pernah tengok buah ni tapi tak ingatlah pernah makan ke tidak. Tapi memang confirmlah saya pernah tengok, masa kat kampung dululah. Masa kecil-kecil :)

Nor Azimah Ali said...

Laa, kesian kakzakie tk penah tengok, hi hi, ni buah sentul. Isinya masam2 gitu, sekara ng dh susah nk jumpa

Aisyah M.Yusuf said...

buah kecapi yaa?..

PeRdU cINta said...

kalau tak silap buah ni boleh di jerukkan...

Adry@Daun said...

As salam,
Nak mencelah kat sini sat. Buah yg dlm gambar ni sebenarnya setiar iaitu sama spesis dgn sentul. Buah Ni kat utara, mereka panggil 'setei'. Sentul dgn setiar hampir sama jika dilihat dari segi fizikal tapi bentuk, tekstur dan rasanya sedikit berbeza. Setiar lebih manis berbanding sentul. Kulitnya mempunyai bulu2 yg sgt halus.

Adry@Daun said...

Kalau tak kenal pokok setiar ni, blh tgk atau rujuk kat link ni. TQ.

http://adrydaud.blogspot.com/2011/01/rebahnya-setiar-satu-abad.html

saniahibrahim said...

Sya pernah juga makan masa dulu2,tpi tak tahu pun ini rupanya buah sentul.skarang ni pokoknya pun susah nk jumpa

Angah said...

tak kenal dan tak pernah makan...nampak comel isinya..

nhhas said...

buah apa tu kak?

nampak sedap...

nohas said...

buah sentul..pernah makan sekali, dah lama x jumpa..

che mid said...

Yup..buah sentul..jenuh nak mengingat tadi..tengok komen kawan-kawan baru teringat balik.

@na said...

kat belah sini kami panggil buah "stare", buat cicah kicap mmg sedap ni kak..

Unknown said...

jeruk sedap ni kak..tak pon makan coleh cam mangga tuh..
kat umah ada 2ketol yang jeruk..beli masa raya aritu lagi tak abis abis..

Unknown said...

kat sblh tgnu pggil buah stor.. sedap ni buat sayur lemak cmpur petai :)

kakrose said...

buah sentul ni Zakie
pernah makan..tapi jarnag jumpa kat KL..

Fiza Rahman said...

1st time gak nengok. Buah apa ni kak. Terliur plak...haishhhh...

Unknown said...

Buah sentul...pokok nya tinggi2..kegemaran lotong dan monyet..dulu kat belakang rumah saya ada pokok ni..selalu lotong datang curi2 buah..tokwan saya akan jerit kuat2 kalau lotong datang..terus lari melompat ke dalam hutan..eheheh...petang2 saya memang suka jadi penghuni bawah pokok sentul ni..tapi nak kait buah nya memang siksa..untung la lotong..nak makan petik je..ehehe

iryantyismail said...

buah sentul kan ni kak...
pernah makan masa dok melaka

Permata Malap said...

Tak pernah jumpa lagi buah ni,kak.buah sentul ye namanya..

eelobor said...

nak bagi jawapan tapi tengok dah ramai yang menjawab nya

Kayu Manis said...

Tak pernah mkn juga kak..mcm duku lgsat pun ada rupa tu..

Unknown said...

org kedah ckp buah setoii ni kakzakie

suka suka said...

Buah sentul ni.. dulu2 jumpa jeruknya dijual dipasar Siti Khadijah KB..

suka suka said...

Baru ingat kt kg dulu ada pokok ni... nak makan baling dulu buah ni kat perdu pokoknya agar kulitnya pecah..

Cikli said...

Saam kak,

Org Klate panggil buah setong.
Jeruk baru sedap.

Normala Saad said...

Buah ni ada dua jenis. Yang kecil dan manis macam kat atas panggil buah sete. Yang besar kulit menggerutu dan masam sikit panggil buah setoi. Sedap makan yang buat jeruk punya. Dulu2 saya suka makan buat begini. Tumbuh cili kering, belacan, gula campur kicap. Kemudian lumur pada buah sete yang dah dikupas dan cincang nipis2 buah dia. Perap sebentar dalam peti ais. Pastu baru makan. Sedappp....

Puan Kutu said...

kami org utaqa panggil buah setui kak zakie..dia biasa orang buat menicah la..jeruk pun..sy tak minat sgt buah ni.masam.hehe..

Falsya said...

falsya rase mcm penah makan buah nie..tp xtau ape namenye..

OKje said...

Buah kacukan kot Kanda.....Kacukan Manggis, Langsat dan Epal hihi.... Dinda pun taknpernah tengok ni

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...buah sentul ni kak...lama dah x mkn...dulu kat kg mmg selalu ambil kat belakang rumah aja...teringat kg pulak ni...

adianiez AIDA said...

aida x pernah jumpa buah ni :)
buah stor ekk?
nanti mau cari secara live...

Lydia Miza said...

Buah sentul kan kak?tgk ramai yg mencari sy ingat sedap sgt.. Smpi mengidam2 nk mkn. Masa g krabi tu jmp org jual tepi jln. Jd ayam itik la suami g beli makcik siam x reti ckp inggeris. Ternyata kami x reti mkn buah tu.

Org pantai timur ada yg buat jeruk kot buah ni. Ramai kwn duk share. Ada sorang tu cerita kulitnya blh buat sayur. Ntah la kak.. Tak pernah cuba lg mkn jeruk atau sayurnya

QasehnyaRania said...

macam buah setoi ja
lama dh x makan
cicah garam belacan sedap ni...

Yana Yani said...

buah apa ni kak? saya tak penah tahu pun kewujudan dia