Wednesday, September 23, 2015

Labbaikallahumma labbaik

Apabila tiba tanggal 8 Zulhijjah gemersik suara-suara jemaah mengalunkan talbiah - labbaikallah humma labbaik sepanjang menuju ke padang Arafah tidak dapat dilupakan kepada siapa juga yang pernah menunaikan ibadah haji. Jika berada di Mekah pada hari itu merupakan hari dimana kami semua akan bersama-sama bertalbiah ketika menuju ke Padang Arafah untuk berwukuf. Berwukuf merupakan rukun haji ke dua selepas niat haji dan ihram. Sebaik berniat ini secara langsung terpasang sudah 13 larangan yang perlu dituruti. Masa berwukuf adalah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah (hari ini) sehingga sebelum fajar 10 Zulhijjah. Boleh belajar kepada yang mahu pergi. 

Semoga para jemaah yang kini mungkin di dalam perjalanan menuju ke Padang Arafah atau mungkin waktu ini sudah berada di Arafah berada dalam perlindungan Allah. Terlalu banyak ujian diberikan buat jemaah tahun ini. Selain insiden kren tumbang, ribut pasir, hujan, ada juga kes seperti siling masjidilharam yang bocor. Melihat limpahan air turun melalu lampu cendeliar sedih terasa di hati walaupun sekadar dari whatsapp. Aku terkenang dulu ketika kali pertama masuk masjidilharam melihat lampunya yang cantik sudah menggamit mahu mempotretkan. Tetapi waktu itu kamera tidak dibenarkan. Selepas tahun 2009 bila pergi lagi barulah tidak ada larangan. Oleh sebab itulah ketika pergi bersama anak-anak untuk umrah tahun 2013 semuanya terakam menjadi kenangan indah.

Umrah 2013 - Anak-anak semua belum pernah lagi menunaikan haji. Sudah diregisterkan dari baby tetapi belum ada peluang lagi. Ini kenangan adik di Bin Dawood suap papa makan baskin robbin

Rukun haji ada 6:-
  1. ihram (niat haji)
  2. wuquf di Arafah
  3. tawaf ifadhah
  4. sa'i
  5. bercukur
  6. tertib
Apabila tidak melaksanakan salah satu dari rukun haji tersebut, maka ibadah hajinya tidak sah.

Wajib haji ada 6:
  1. ihram haji dari miqat
  2. mabit di Muzdalifah
  3. mabit di Mina
  4. melontar jamrah
  5. menghindari perbuatan yang dilarang selama ihram
  6. thawaf wada' bagi yang meninggalkan Makkah
Apabila meninggalkan salah satu dari wajib haji, maka ibadah hajinya tetap sah tetapi wajib membayar dam. Khusus untuk ibadah tawaf wada', apabila seorang jamaah ada halangan seperti haid atau sakit, maka jika meninggalkannya tidaklah dikenakan dam. Cukup sekadar melambaikan tangan ke arah baitullah. Kena ambil tahu bab dam dengan lebih lanjut untuk lebih faham apakah dam yang patut dibayar bagi setiap kesalalahan yang dibuat.

Kak Reen di Hudaibiyah - Salah satu tempat miqat. Ini juga ketika umrah.bukan Haji. Salah satu larangan sebaik berniat umrah /haji adalah menutup muka. Jadi kalau lihat di sini Kak Reen berpurdah, sebaik berniat kena buka penutup muka.
Musolla rijal itu utk lelaki (Rijal bermakna lelaki). Kak Reen sekadar mengambil gambar di tangga bukan solat di situ ye:)

Kenangan umrah juga - Makan di tepi Laut Merah berkongsi semangkuk kecil adik dengan Kak Meen
Bersama kita mohon kepada Allah semoga semua jemaah yang berlindung di bawah khemah-khemah di Arafah berada di dalam peliharaan Allah sebelum mereka bergerak menuju ke Muzdaifah dan seterusnya ke Mina. Harapan semua tiada lagi ribut pasir dan sebagainya melanda. Selesai melontar jamrah pada 13 Zulhijjah mereka akan pulang ke Mekah (jika buat nafar thani sebab jika nafar awal akan balik ke Mekah pada 12 Zulhijjah). Selepas itulah kepada jemaah yang sudah ke Madinah sebelum ke Mekah pasti akan bersiap untuk berkemas pulang ke Malaysia. Kepada yang belum ke Madinah akan ke sana dulu dalam lebihkurang seminggu selepas itu baru akan bertolak pulang ke tanahair.

~~ Melalui TITISAN NURANI ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa hari ini, selamat menjalankan ibadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidil-Adha buat semua muslimin dan muslimat. ~~


50 comments:

idzwa kamaruddin said...

Allah...seronok nyer tgk akak sekeluarga berpeluang pergi ke tanah haram..
Izwa sellau berdoa semoga izwa diberi peluang ke sana bersama ed dan anak-anak mcm ni jugak...

zila norazila said...

Moga satu hari saya jd tetamunya kak..ameen.

aizamia3 said...

Kenangan yang sukar nak dilupakan dan pasti melambai-lambai untuk kembali ke sana..
Moga kita semua antara yang dipilihNYA untuk ke sana satu hari nanti..

Sura Mohd said...

bila baca n3 ni lagi terasa nak sangat jejak kaki kesana..semoga suatu hari kami pula menjadi tetamuNya..

nohas said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha, kak..

kenangan di tanah suci..berwukuf,mabit dlm keadaan berihram mmg byk dugaan..

Zee Suhaini said...

setiap kali akak update pasal ni mesti teringinnnn sangat sangat nak jejak kaki ke sana..
buat yang dah pergi kenangan tu terpahat kukuh kan kak..
yang baca ni pon seronok..

selamat hari raya qurban buat akak sekeluarga..

Sayangku Zie said...

Alhamdulillah. kak kita doakan yang tebaik buat mereka disana..
Salam Aiduladha kakak

paridah said...

KENANGAN DI TANAH SUCI YG BERPELUANG MENGALAMINYA XMAMPU DILUPAKAN SENTIIASA MENGHARAPNYA UNTUK KE SANA LAGI BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN...
SEMOGA JEMAAH HAJI DILINDUNGI ALLAH N DIPERMUDAHKAN URUSAN BERHAJI DI SANA...INSYA ALLAH.
SELAMAT BERPUASA SUNAT ARAFAH...SALAM IDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN...

Nor Marshaliza Shaidan said...

Selamat Hari Raya Aidilaha kak...doakan kami menyusul pula nt...Amin

Puan Kutu said...

Seronok anak2 kak zakie kecik2 lg dh jejak kaki ke Mekah..semoga semua jemaah haji dipermudahkan ibadah disana

Selamat hari raya korban juga buat kakak zakie sekeluarga

Nieyl said...

Alhamdulillah...
rezeki anak² akk...pegi umrah mase kecik..
InsyaÁllah semoga satu hari nanti,kita menjadi tetamu Allah...

@na said...

alunan talbiah tu sangat syahdu kan kak...
Selamat menyambut Aidil Adha buat kakzakie sekeluarga..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie....seronoknya dengar cite akak ni...terasa hati ini masih belum dpt menjejakkn kaki ke sana...dengar cerita dr kawan2 jer...belum rezeki lagi agaknya...in sha Allah kalau Allah mengizinkn pasti dpt menjejakkn kaki ke sana...

ana fatihah said...

Salam aidil adha kak. :)
Teringin sangat nak ke sana.. Tp, masih mngumpul duit. Hihi

Mizz Aiza said...

doakan semoga semua jemaah haji dilindungi oleh Allah swt dan dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna..

Inani Hazwani said...

Seronoknyaa kak dah ejjak tanah suci. Nani masih berdoa diberi kelapangan untuk ke sana menjadi tetamuNya :) Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

LYAfrina said...

tq for sharing kak

salam aidiladha buat akak sekeluarga

amirah said...

seronoknya kalau ada rezeki jadi tetamu Allah kak...bertuah akak ada rezeki pergi ke sana awal2 masa muda

Bin Muhammad said...

Syukur kerana akak dah dapat merasa menjadi tetamu Allah. Hanya yg dah pergi dapat memahami keadaan dan suasana sebenar.
Semoga satu hari nanti, saya dapat merasai pula pengalaman itu... InsyaAllah.

insan marhaen said...

Selamat Hari Raya Eidul Adha...

Maya Amir said...

selamat hari raya aidiladha kak..

saniah ibrahim said...

Selamat hari raya haji kakzakie...doakan utk sya sekeluarga dapat menjejak kan kesana juga .

ohpanduan panduan said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat akak sekeluarga.
Seronok dapat pergi ke Mekah menjadi tetamu istimewa Allah SWT.

Malinda said...

ntah bila masa pulak giliran saya dan keluarga mendapat jemputan ke sana...memang sy dan cik boss ada perancangan nak pegi buat umrah anak beranak inhsaa Allah satu hari nanti...mak saya selalu cerita tentang kehebatan tanah mekah...dia kata air mata tak dapat di tahan2 bila dia di sana...hati sentiasa kagum dan sayu

aTieYusof Family said...

Seronok tengok kengkawan dah sampai Mekah. Hati terpanggil untuk kesana juga. Moga Allah mempermudahkan urusan jemaah hati kita di sana..
Salam Aidil Adha dr kmi di Sabah kak..:)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Selamat bercuti dan salam aidiladha untuk akak sekeluarga.

PeRdU cINta said...

Selamat berpuasa sunat.salam aidil adha kak..

Nora Karim said...

Moga satu hari nanti saya juga akan menjadi tetamuNya kak... Amin... Salam Aidiladha kak...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
`Aidul Adha Mubarak 1436H. Mudah-mudahan Allah SWT berkenan menerima setiap pengorbanan yang kita lakukan. Sesungguhnya DIA sebaik-baik pemberi ni`mat.

Jie Susanos said...

indah sggh knangannya...

Zaitun said...

Kak Zai sudah melakukan umrah tapi haji belum lagi. Bilalah dapat peluang tu tak tahulah. Selamat hari raya haji buat kakzakie sekeluarga.

Bunda_nora said...

InsyaAllah suatu hari nanti anak2 KZ akan dapat peluang untuk mengerjakan haji pulak....

Salam aiduladha untuk KZ seisi keluarga...

TukangKebun said...

Salam AidilAdha.

Seronok tumpang tengok.
Belum ada peluang nak ke sana lagi.

Normala Saad said...

Selamat menyambut Aidil Adha

Puan Wawa said...

Allah, seronoknya akak dah pergi.. Doakan wawa juga sampai ke sana ye..")

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Uncle said...

Bin Dawood cukp dekat dengan hati saya! Hahahahahaha...

Fifi Nadhrah said...

baca entry ni.. teringat abah ummi dan atuk saya yang berada di sana skrg.. moga mereka selamat.. terlalu banyak tragedi di sana..

Rai OurKizuna said...

murah rezeki anak anak akak, kecil kecil dah sampai ke mekah..

hainom OKje said...

Salam Aidil Adha kanda.....walaupun pernah belajar masa sekolah dulu tp dinda dah lupalah kanda nampaknya kena gi kursus haji ni walaupun lambat lagi.

NEKCIK said...

salam idil adha buat kakzakie dan kluarga yang di sayangi....terharunya ketika Allah izinkan mnjadi tetamuNya pada 2006 dengan ilmu yang sejengkal...kerana kami hanya baru mendaftar..tapi Maha Kaya dan PemurahNya Allah semua urusan dipermudahkan. ..syukur alhamdulilah dan semuga Allah izinkan untuk ke sana dan ke sana lagi Allahu akbar

aby said...

salam kz ..
lamanya orak mampir ..
satu entri yg baik, pengalaman dan panduan haji.
klu baca kronologi kemalangan2 Haji tahun ni memang sesuatu yg menyentuh hati,
ujian demi ujian jemaah hadapi.
moga Allah mempermudahkan ibadat mereka sepanjang mereka disana.
amiin

Siti Rohaida Yusof said...

alhamdulillah..mereka dah kesana..insyaallah ada rezeki nanti boleh la tunaikan haji pulak kan..Moga Allah swt memberikan kesempatan untuk kami sekeluarga menjadi tetamunya satu hari nanti

ANIM said...

sedihnya baca entry kakzakie ni..
tak pe...saya redha. haji tu hak Allah

Nafira usof said...

Salam Kakak..
lamanye x baca citer kakak.. rindu.. :)

bila baca dan tengok n3 kakak nih.. teringin sgt nak jadik tetamu Allah jugak. mudah2an ade rezeki kesana.. Amin~

Diana Rashid said...

memang banyak ujian yang terpaksa ditempuh jemaah haji tahun ni..sekali gus menguji jiwa2 umat islam seluruh dunia..saya baca komen2 di laman2 web luar negara , ada yang memberi komen2 -ve tentang apa yang terjadi .Yang tak kuat jiwanya akan mengamuk2 membantah..siap keluar ayat2 yang tak sedap di baca..

Diana Rashid said...

memang banyak ujian yang terpaksa ditempuh jemaah haji tahun ni..sekali gus menguji jiwa2 umat islam seluruh dunia..saya baca komen2 di laman2 web luar negara , ada yang memberi komen2 -ve tentang apa yang terjadi .Yang tak kuat jiwanya akan mengamuk2 membantah..siap keluar ayat2 yang tak sedap di baca..

iryanty ahamad said...

Bertuah nya anak2 kak zakie..dari kecil dah pi umrah..alhamdulilah

QasehnyaRania said...

seronoknya baca pengalaman kaka anak beranak ke sana.
mudah mudahan rezeki kammi juga ke sana selepas ini.aamiin

untuk rania pon dah didaftarkan.. semoga dipermudahkan hendakNya buat anak bertuah kami itu nanti..

Mummydearie said...

Memang banyak betul dugaan pada jemaah haji tahun ini. Untung akak sudah berpeluang mengerjakan haji dan juga umrah. Entah bilalah agaknya turn saya dapat pergi ni.