Monday, September 7, 2015

Sehari berganjak semakin dekat dengan mati

Mereka bertiga adalah anugerah terindah dari Allah buat kami suami isteri. Selalu aku berpesan biar tidak cantik tetapi hati mesti baik. Biar tidak lawa tapi perbadi biar yang Allah redha. Biar tidak cantik tapi otak kena cerdik. Walau kulit tidak melepak tapi ilmu biar melambak. Mereka jauh beruntung berbanding ketika zaman mama-papa di alam persekolahan dulu. Untuk atuk menghulur duit sepuluh ringgit pun payah di rasa. Kalau ada pun sebab untuk membayar sesuatu keperluan. Cuma agak beruntung dulu ada biasiswa Dato' Onn dan disebabkan mama mereka ini bolehlah dikategorikan pandailah sedikit maka biasiswa itulah yang banyak meringankan keperluan sekolah. 

Puteri-puteri aku tidak merasa itu semua dan mama-papa tidak mahu anak-cucu keturunan kami merasai susahnya untuk melayari hidup di tanahair sendiri. Oleh kerana mama-papa tidak punya harta untuk ditinggalkan jadi kena pastikan ilmu dan iman kena ada di dalam diri sebagaimana didikan atuk mereka juga

Mama tahu apa yang mama dapat sempena satu angka berganjaknya usia mama adalah hasil dari pemberian duit mama-papa. Alunan "Sanah helwah ya jamilah... sanah helwah ya jamilah... sanah helwah ya jamilah mama... sanah helwah ya jamilah" buat mama terharu. Moga mama mereka ini masih berpeluang melihat mereka semua membina hidup masing-masing dan mampu mendoakan mama-papa mereka walau kami sudah tiada di dunia ini.

Dari mereka bertiga - Masa bila mereka membeli kain pasang ini pun aku tidak tahu sebab ada kalanya mereka bertiga akan berkata kepada mama-papa mereka untuk jalan dulu dan mereka akan ke tempat lain. Mungkin masa itulah mereka sepakat membelinya.  Duit mereka sebenarnya pun dari kami juga sebab rutin aku setiap kali mendapat gaji pasti mereka juga mendapat habuan. Bermula bulan lepas juga aku tambah RM50/- dari jumlah biasa sebab syarikat aku memberi kenaikan gaji kepada semua staff, maka anak-anak pun mendapat kenaikan RM 50/- bermula bulan lepas.
Apalah yang lebih menggembirakan kita sebagai mama-papa selain melihat anak-anak gembira. Rezeki yang ada semuanya milik Allah. Berkongsi selagi hayat masih ada. Selain kepada keluarga sendiri kepada mereka yang ada di luar sana juga usah dilupa. Banyak hak kita perlu dikongsikan bersama.

~~ Setiap detik berlalu semakin hampir detik Izrael akan datang menjemput pergi.~~



46 comments:

Mimie_Zatun said...

sanah helwa kakzakie. Nasihat akak buat anak-anak sangat berguna. Tambah-tambah Mimie pun ada 3 puteri..

redza said...

selamat hari lahir kakak...semoga dipanjangkan usia..diperluaskan rezeki

Nurulhuda Abdul Latip said...

Selamat Hari Lahir akak, semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik..Bertuah anak2 akak punya mak macam kakak..Moga satu keluarga akak dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..

Rai OurKizuna said...

alhamdulillah.. selamat hari lahir akak..sungguh pun masing masing belum bekerja dah fikir nak belikan hadiah untuk mamanya.. beruntung kak zakie..

idzwa kamaruddin said...

selamat hari lahir kak!baby september la kiter..hehehe...

semoga dipanjangkan usia lagi kak seiring dgn kesihatan yang baik selalu, semoga dimurahkan rezeki yg bnyk lagi malahan rezeki yg baik dan berkat dariNYA dan akhir sekali semoga akak sekeluarga sentiasa dibawha lindunganNYA..ameen!~ :)

nohas said...

Sanah helwah, kak..semoga doa dan harapan akak dimakbulkan Allah SWT..

Falsya said...

Selamat hari lahir kakak..semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..semoga diberi kesihatan yg baik2 sahaja..amin..;)

Nieyl said...

Singgah pagi...
nasihat yang berguna...
thanks akk..

insan marhaen said...

muga perjalanan hidup kita yang semakin hujung tidak tergelincir...

saly said...

Sanah helwah kakak .. semoga pnjang umur dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya .. aamiin
Satu nasihat yg cukup bguna.. tq akak

saniah ibrahim said...

Selamat hari lahir kakzakie...terharu dgn cerita silam kakzakie sama spt saya yg brgantung pd biasiswa ketika sekolah dulu.moga kakzakie panjang umor ,bertambah lgi rezeki dan berbahgia brsama suami dan ank2

JunAina said...

Berkerja berpenat lelah untuk siapa kalau bukan untuk anak2 dan keluarga... Moga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki kak.

PeRdU cINta said...

Sanah helwah kak..moga terus diberi kesihatan untuk beribadah padaNYA..untuk terus berdoa untuk 3 puteri akak..Allahu..alhamdulillah..moga mereka bertiga muafakat sampai bila bila..

norhidana miswan said...

selamat hari lahir kak... moga sentiasa dlm lindunganNya...

anak2 kite zmn nih makin beruntung tak merasa kesusahan mcm zmn kita membesar dulu kan kak...
cantik kain pilihan anak2 akak...pandai mereka

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sanah Helwa Ya Jamilah... kakzakie..
Semoga usia kakzakie diberkati Allah..
Diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

NEKCIK said...

Dari kejauhan ini nekcik ucapkan selamat hari kelahiran buat kakzakie sayang..semuga diri mu sentiasa sihat ceria bahagia di dunia dan akhirat serta sentiasa dalam rahmat Allah bersama sama insan insan kesayangan amiin amiin ya rabb

Eye_nee said...

Kak..Selamat Hari Lahir...Semoga Kakzakie diberikan kesihatan yg baik...boleh terus menulis...diberkati kebahagian dlm keluraga kak....diberikan rezeki yg melimpah...dan dipermudahkan urusan kak Dunia dan akhirat...

amirah said...

selamat ulangtahun kelahiran kak...moga dimurahkan rezeki...dilimpahkan segala kebahagiaan dunia dan akhirat..dicukupkan keperluan dunia dan akhirat...

❤Kamsiah❤ said...

semoga kak zakie terus diberi kesihatan yg baik..dimurahkan rezeki sepanjang masa..

Malinda said...

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kak zakie...Allah selamatkan kamuuuu....selamat hari lahir kak...moga panjang umur,murah rezeki,sehat2 selalu dan happy2 sentiasa...cantik kain ela hadiah dari anak2 akak tu,pandai diorang pilih untuk ibunye

iryanty ahamad said...

Selamat ulang tahun kak...moga akak diberi kesihatan dan kehidupan yang baik2..amin

Nor Azimah said...

Sanah helwah kzakie, moga umur yg bertambah maka bertambahlah iman, umur yg bersisa dpt pula dimanfaatkan sebaiknya

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Selamat hari lahir kakak. Semoga sihat dah bahagia selalu.

seraa rose said...

selamat hari lahir kakak..

*Walaupun barang yg dibeli tu dr duit mak ayah, tp kami sbgai anak nak juga buat mak ayah gmbira. tanda terima kasih jaga kami dr kecil hingga skrg..:)

Zaitun said...

Selamat hari lahir buat kakzakie. Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

Sama hari lahir kita ya kakzakie hehe...

Mummydearie said...

Selamat ulangtahun kelahiran, kak! Yalah, mana nak dibandingkan zaman kita dulu-dulu dengan anak-anak zaman sekarang. Walaupun zaman saya sendiri tak sesusah mana, saya tetap rasa anak-anak saya lebih senang hidupnya berbanding saya.

Saya rasa akak sudah menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak perempuan akak dengan sebaik mungkin. Inilah masa melihat hasilnya. Sungguh memuaskan, ya tak kak?

paridah said...

selamat ulang tahun kelahiran kak zakie semoga sht walafiat meniti usia bersama keluarga tercinta dgn sgt berbahagia dimurahi rezeki dipanjangkan usia.

dorsett pink said...

happy birthday kak zakie.. semoga dilimpahi kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan akhirat kelak

aizamia3 said...

Selamat Hari Lahir Kak Zakie..
Moga bahagia dan sihat serta kuat dalam menjalani rutin harian disamping keluarga tersayang..

Puan Wawa said...

Betul tu kak.. Sanah helwah buat akak.. Semoga sentiasa bahgia dunia akhirat..")

Yana Yani said...

sanah helwah kak zakie
pesanan akak di perenggan pertama amat terkesan di hati saya
moga akak dan keluarga dilimpahi dengan rahmat dan kesihatan yang baik

Puan Kutu said...

Selamat hari lahir kak zakie..Alhamdulillah kebahagiaan dikongsi bersama..kegembiraan anak2 kegembiraan kita juga.begitulah sebaliknya

nurazzah8 said...

Sanah Helwah Kak Zakie ...yang ke berapa ni?

hamizah che mat said...

sanah helwah sis
JOM FOLLOW SAYA

RedRose said...

lamanya xmelawat blog kakzakie. :)

tiga lalat said...

siapala x sayang anak, tapi ada mak kann., kanns

Fifi Nadhrah said...

pandai anak akak pilih kain.. cantik.. Allah hu akbar.. pandai mereka ingat ibu abah..

TukangKebun said...

Happy Belated Birthdah kakZakie semoga ceria sokmo.
Adik mesti dah menghadapi UPSR semalam, pasti Mama Zakie pun sibuk nak berikan motivasi kepada adik serta uruskan untuk permudahkan adik hadapi UPSR minggu ini.
Gambatte Adik!

nor azman said...

Hepi besday kak..semoga sihat selalu

Inani Hazwani said...

selamat hari lahir kak. Cantik kain tu

Normala Saad said...

Selamat Hari Lahir Zakie, hadiah kalau dari anak kecil pun..buat kita rasa happy...Saya masih simpan kad-kad yang anak buat sendiri masa sekolah rendah dulu. Sesekali buka tengok..senyum sorang2...

hainom OKje said...

Hepy Bezday kanda.....moga kanda panjang umur, murah rezeki, diberikan kedihatan yg baik dan sentiasa dlm rahmat Allah....

Semua ibu bapa mengimpikan anak anaknya menjadi soleh dan solehah, cemerlang dan terbilang kanda tp tak semestinya Allah makbulkan semuanya pada masa ini.... yg kita mampu hanya berdoa disamping memperbaiki diri yg banyak kurangnya ini huhu....

rubiah kadir said...

Selamat hari ulangtahun kak zakie .semoga pjg umo..murah rezeki..di beri kesihatan yg baik utk beribadat..insyaAllah...semoga bahagia...

Nurul Aula A'Akif Fadzil said...

Thank you peringatan untuk bersama.
Insyallah kita memperbaiki diri dan menyiap sediakan diri untuk akhirat nanti

Ameen

Rahsia Bayi Pintar

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
selamat hari lhir buat kakak
semoga dipanjangkann usia, dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yg baik.aamiin

IbuNoey said...

alhamdulillah,alhamdulillah.selamat hari lahir ya,kak.moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki lagi..