Friday, July 15, 2016

Aidilfitri 1437H - berkunjung dan dikunjungi

Bukan saja hidangan untuk Hari Raya saja yang banyak rencahnya. Kehidupan kita seharian juga penuh dengan rencah dan ragam. Semua pergerakan kena pantas sebelum tetamu datang untuk berziarah. Apa lagi setelah lebih dua bulan bapak tidak ada di kampung tetamu bapak berkunjung sedari kami baru mahu menyiapkan hidangan sarapan pagi sehinggalah malam kami mahu melelapkan mata. Tetapi beruntungnya sebab bapak dikurniakan anak-anak perempuan yang ramai. Masing-masing juga sudah menjadi mummy/mak/mama melainkan Mak Zah yang masih sendirian. 

Kunjungan sahabat-handai-rakan-taulan bapak termasuk saudara-mara yang jauh dan dekat tidak menjadi masalah buat kami. Masak tidak boleh sedikit. Sebab sudah menjadi tradisi bapak tetamu datang bukan saja dijamu biskut raya tetapi kena makan berat tidak kisah walau sekadar makan nasi berlauk sayur tumis dan ikan goreng. Oleh itu kami anak-cucu bapak kena pantas. Masing-masing sudah tahu apa perlu dibuat. Kalau ada yang sudah menggoreng beehoon, seorang lagi boleh membuat nasi lemak, perintah anak-anak blend cili, kopek bawang, siang taugeh, potong sawi dan sebagainya. Sebahagian yang lain pula boleh siap-siaga masak untuk makan tengahari. Sebab itu sebaik hidangan sarapan siap, hidangan untuk makan tengahari juga siap. Mudah bila tetamu datang semua sudah sedia.

Sepupu - Ini sebahagian saudara kami dari Brunei dan Singapore yang datang berkunjung. 
Saudara kandung - Pakcik aka adik bapak tidak ketinggalan melawat abangnya. Walaupun biasanya seminggu selepas raya baru datang tapi tidak pada tahun ini. Majoriti saudara kami di S'pore datang pada raya pertama dan kedua pada tahun ini.
Bapak/atok -  Biarpun selera makan bapak sangat berkurang tetapi dengan anak-cucu-menantu selera berkasih-sayang tidak pernah luntur. Peluk-cium buatnya tidak pernah putus.
Keluarga - Nun dari Perlis sehingga ke JB tahun ini semua berkumpul. Ini sebahagian yang sudah siap pada pagi raya pertama sebab masih ada yang di bilik air dan di dapur.
Kami (1) - Biarpun hari pertama kami sekadar melayan tetamu tetap mahu mencari sunnah berbaju baru mengikut kemampuan kita. Adik kena turunkan badan sebab dia tidak bersetokin waktu ini. Tinggi adik kini sudah sama dengan Kak Meen.
Kami (2) - Sudah bersiap untuk bertolak balik kampung hubby pula sebab keluarganya ada membuat Hari Keluarga. Hubby pun sebenarnya sedih sebab bapak suka memanggil hubby dan abah Din (abang aku) bila mahu solat atau mandi. Tinggalkan juga rumah bapak bertolak ke Batu Pahat. Tetapi kami balik semula dua hari kemudian .
Mak Zah - Kasih sayang anak-anak ku dengan Mak Zah seperti juga kasih-sayangnya pada mamanya sendiri. Mak Zah duduk dengan aku sedari aku belum menikah sehinggalah adik 13 tahun. Inilah satu-satunya kakak aku yang banyak jasanya kepada aku adiknya, juga keluarga besar kami kerana bermula 2016 kemana bapak pergi di situ pasti ada Mak Zah.
Setiap apa juga yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tahun ini merupakan tahun paling ramai saudara-mara baik yang dekat mahupun yang jauh datang ke rumah kampung kami. Ruang parking kereta sentiasa penuh sehingga ada ketika terpaksa menanti kereta yang mahu keluar baru boleh masuk dengan mengundur. Tahun ini juga tahun paling lumayan untuk bersedekah buat kami yang mampu menghulur dan terbaik buat anak-cucu-cicit untuk menambah wang simpanan. 

~~ Kelangsungan hidup kena teruskan terutama dalam soal beribadah tidak kira sihat ataupun sakit. Semua ada tanggungjawab untuk merealisasikannya.~~



39 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Begitu lah eratnya silaturrahim kan kakzakie..
Tak kira jauh dekat saudara datang ziarah..
Hendaknya bila saudara ada yg sakit..
Macam rumah saya tahun lepas raya kak..
Penuh yg datang saudara mara..
Menziarah arwah mak yg sakit..

Bila anak perempuan ramai ..
Mudah kerja-kerja didapurkan kak..
Macam saya pun 6 adik beradik perempuan 3 lelaki..
Tu lah yg bergilir2 menjaga arwah abah dan mak sakit..

Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga..
Kehidupan perlu diteruskan..

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah semua saudara mara berkumpul di hari raya kan kak
tak kisahlah raya ke berapa janji tetap kunjung mengunjung

Unknown said...

singgah syawal

Aryan azra said...

Bila anak perempuan ramai boleh tolong-menolong kerja rumahkan, senang kerja dibuatnya bila saling membantu.

meriah raya dengan kehadiran saudara mara jauh dan dekat tu kan kak.

siapalah yang tak sedih jika terpaksa meninggalkan orang tua yang tidak sihatkan,apatah lagi bila khidmat kita diperlukan.

Nieyla Nadia said...

Seronokkan...
nak hari² hari raya boleh..hihihi

zmarl (ibu) said...

baru dapat tengok wajah mak zah..muda lagi yer kak..zee dok terbayang dah berumur sebab akak tulis 'mak'..hehee

kak reen cantik..cerah skit tona kulitnya..
untung bapak ramai saudara mara anak beranak datang melawat..

Qhaifa Nur said...

Untungnya bila beradik ramai...kerja jd cepat n pantas
Mcm Nur kak zakie...ada sorang mak saudara yg kira rapat dgn famili kami pun uzur...kunjung mengunjung pasti skrg ni...

Meriahnya yg jauh dekat dtg tgk bapak..ank2 pasti hepi ramai yg hulur sedekah kat mrk

sitirohaida said...

bila pulak la dapat menziarah akak pulak ni..hehe..selamat hari raya kak

monalea said...

Nampak kemeriahannya kak. Kami tahun ni tak berjalan sangat. Mak mertua tak sihat

anyss said...

Assalamualaikum,
selamat hari lebaran.
seronoknya ada keluarga besar

paridah said...

ERATNYA IKATAN PERSAUDARAAN KELUARGA KAKZAKIE..SANGAT MESRA N SENTIASA BERKONGSI RASA KASIH SYG N KESUSAHAN BERSAMA...SYUKUR ALHAMDULILLAH...WALAU SEDIH DGN KEUZURAN ATOK NAMUN ATOK JUGA GEMBIRA DGN SAUDARAMARA/ANAKCUCU YG SENTIASA INGATKANNYA.

Mar Mansor said...

seronok raasnya bila dapat berjumpa sanak saudara,,,

Inani Hazwani said...

Seronok kan musim Raya ni sebab dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Yang jauh dirapatkan, yang rapat didekatkan :)

Lydia Miza said...

Meriah.nya raya penuh.saudara mara jauh dekat. Abah nmpk makin kurus. Moga abah sihat sedia kala.

Adik dah makin tinggi. Kejap je adik dah remaja

Nor Azimah Ali said...

Saya pernah duduk dgn makcik saya kawen dgn org jawa, mmg terasa meriah sambutan syawal, masa tu arwah nyai ada lagi, jadi ank cucu semua berkumpul di rumah nyai, beratur panjang semua utk bersalam dgn nyai, lepas tu pegi marhaban dari rumah ke rumah..

Ramai betul saudara mara jauh dekat datang utk ziarah bapak, tentu bapak terasa gembira dan bahagia walaupun dlm keuzuran.

Nor Azimah Ali said...

Saya pernah duduk dgn makcik saya kawen dgn org jawa, mmg terasa meriah sambutan syawal, masa tu arwah nyai ada lagi, jadi ank cucu semua berkumpul di rumah nyai, beratur panjang semua utk bersalam dgn nyai, lepas tu pegi marhaban dari rumah ke rumah..

Ramai betul saudara mara jauh dekat datang utk ziarah bapak, tentu bapak terasa gembira dan bahagia walaupun dlm keuzuran.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Alhamdulillah.. di beri ruang dan peluang utk berkumpul, ziarah menziarahi saudara mara kan kak.. Jauh datang nya. Terasa meriah raya.! plg penting dapat erat kan lagi silaturrahim =)

Khairul Bariah said...

Untung adik beradik perempuan ramai. Berkerjasama menyediakan juadah. Teringat saya, kalau dgn mertua pun begitu. Masing2 ada tugasan masing dan tetamu mesti dijamu nasik atau makanan berat sebelum pulang.
Untung juga ada makzah yang takde komitmen keluarga ye kakzakie. Bolehlah menjaga bapak sepenuh masa.
Setiap kejadian itu sudah ada hikmah disebaliknya.

Zaitun said...

Alhamdulillah ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah bapa kakzakie. Mesti meriah melayan tetamu.Semoga bapa kakzakie pulih seperti sediakala.

Zaitun said...

Alhamdulillah ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah bapa kakzakie. Mesti meriah melayan tetamu.Semoga bapa kakzakie pulih seperti sediakala.

aizamia3 said...

Pasti meriah bila dapat bersama keluarga dan sanak-saudara jauh dekat.. ;)

Shalimar Yusof said...

bestnya...Alhamdulillah,,,yg jauh kita dekat2kan..yg dekat kita erat2kan..silaturrahim

emarieys said...

meriahnya raya..ziarah menziarahi...selamat hari raya kak zakie.

amirah said...

mmng begitu la kalau org tua kita dah uzur mmng akan ramai yg melawat..sedih tengok ayahanda kak zakie begitu.. : ( ...moga disembuhkan kesakitan

Amy Hilmirda Daud said...

Meriahnya kak zaki.
Untung ada adik beradik perempuan ramai.

Warisan Petani said...

Alhamdulillah, meriah sungguh sambutan hari raya tahun ini.
Tradisi hubungan kekeluargaan yang perlu dicontohi.
Semoga semuanya dipermudahkan.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, selamat hari raya aidilfitri.
kemeriahan aidilfitri bukannya terletak semata-mata pada pakaian baru, juadah yang penuh di meja tetapi apabila dapat berkumpul beramai-ramai dan menyambung silaturrahimi di antara yang dekat dan jauh. yang tidak kenal menjadi kenal, yang kenal menjadi mesra....

Nadhie Wueen said...

memang seronok berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara, berkongsi dan bertukar cerita, bermaaf-mmafaan. alhamdulillah :)

dyanzakhi said...

hari raya mcm ni.. seronok bila gather dgn sanak saudara.. slm singgah :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Meriahnya Kak Zakie beraya.
Pasti byk meninggalkan kenangan manis.

aby said...

salam kz ..
adat kita wong jowo ..
angger ono wong tuo@seng berumor, memang ramei batir wong tuo kuwi akan teko berziarah, opotah wong tuo wes orak iso ngowo diri ndewei, mesti ditemani anak atau putu utk melaku2, kuwi seng dadi ramei dayoh ..
untong sek ono wong tuo ..
kiro umah kuwi egek dadi tumpuan batir karo sedulur ..
kok egek umpetan ..
kapan arek weroh kay gambar dewey..

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah ramai kunjungan.

Hujung minggu ini pun mesti masih sibuk kunjung mengunjungi.

panphila said...

Beruntungnya akak dapat beraya bersama keluarga dan saudara-mara yang lain. Tahun ni tak berapa nak rasa kegembiraan dan kebahagiaannya raya itu sendiri. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang medical staff... terpaksa menyelamatkan pesakit yang memerlukan rawatan lanjut.

Rindu sangat menyinggah rumah saudara-mara, makan kuih raya and masakan berat yang dijamu mereka. Dah dua tahun terlepas raya, kak. Hopefully tahun depan masih ada peluang lagi...

Nisa'

Suria Amanda said...

Tahun ni SA x beraya langsung...rindu saudara Mara..tp demi Mak yang sedang bertarung nyawa do hospital, SA gagahkan juga ketepikan rasa tak enak sebab x beraya..ujian buat SA tahun ni kak...

Inani Hazwani said...

Meriah ! Aidilfitri sememangnya merapatkan hubungan antara satu sama lain ;)

Julia Johari said...

Sungguh meriah sanak saudara kak zakie ye...bagus eratkan silaturrahim mcm ni...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya berhari raya...semuanya ada...:)

LYAfrina said...

seronokkan berkumpul ramai2 kak...
alhamdulillah

Mummydearie said...

Kalau makbapak masih ada, memang meriahlah raya ni. Sanak-saudara pun tak putus-putus datang mengunjungi. Memang dari celik mata sehinggalah nak lena, tetamu masih lagi berkunjung. Dulu macam ni juga keluarga saya tapi sejak emak dah tak duduk di rumahnya, kurang sikit kunjung-mengunjungi ni. Siapa yang tahu rumah kakak saya tentulah akan datang tapi pada siapa yang tak berapa tahu memang takdalah sesi kunjung mengunjung ni.