Friday, July 22, 2016

Semua di luar kemampuan kita bila....

ada kalanya tanpa diduga ianya datang tanpa disangka-sangka.

Coklat - Apa pun jenis coklat di rumah kami tidak pernah ditolak. Peti sejuk di rumah tidak pernah tidak ada coklat. Baru-baru ini sewaktu ulangtahun Kak Meen salah satu hadiah yang dia dapat adalah coklat yang mirip Ferrero Rocher. Sebaik coklat itu hampir habis aku bersuara pada hubby bila shopping mahu membeli Ferrero Rocher yang original. Tetapi belum sempat pergi membeli sebab esoknya kerja boleh pula driver syarikat aku bekerja memberi ini. "Kak, ini dari Sharmine". Beliau adalah pelanggan syarikat aku di Singapore bukan supplier.  Mestilah aku terkejut. Alhamdulillah...

Orange - Sejak ramadhan berakhir aku belum membeli buah orange untuk dimakan di rumah.  Pada hari Sabtu lepas merupakan hari akhir kami berpuasa sunat syawal 6 hari. Aku bersuara kepada hubby sewaktu berbuka puasa  kerana tekak tiba-tiba teringin mahu makan orange.  Niat di hati boleh membelinya pada hari pasar malam di tempat kami.  Tetapi sedang aku berwirid selepas  solat  Isyak boleh pula jiran rumah kami memberi salam menghulur sup tulang dan orange ini.  Bagaikan dia mendengar apa yang aku inginkan. Cepat sungguh hanya beberapa minit saja Allah mahu memberi. Miracle bukan?
Tetapi ada satu yang tidak disangka-sangaka juga. Hari Khamis semalam makan malam aku masak asam pedas ikan pari dan sayur brokoli. Adalah lauk-lauk lain sebagai sampingan seperti udang aku rendang dan ikan goreng sedikit. Tengahari sebab tidak berpuasa dan tidak membawa bekal minta budak bawah tolong belikan. Sebaik dibuka bungkusan, buat aku tersenyum sebab lauk yang dibelikan adalah ikan asam pedas dan sayur brokoli juga. Hanya berbeza pada ikan yang dibeli asam pedas ikan kembung. Jadi makan malam dan tengahari aku semalam adalah menu yang sama.

~~ Allah maha pengasih dan maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.~~


36 comments:

paridah said...

Syukur alhamdulillah ..Allah mendengar detakan hati kita subhanallah...jadi detikan hati kita harus yg baik2 saja

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kata hati itu juga satu doa ye kakzakie..
Cepat Allah makbulkan kata hati kakzakie tu..

Betul kata kak paridah itu..
jadikan kata hati harus yg baik-baik juga..

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillh kan kak ;)

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah murah rezeki akak

Amy Hilmirda Daud said...

alhamdulillah... rezeki.
anak-anak amy pun suka coklat tp takleh makan byk2 nanti keluar masuk toilet :)

Rinna said...

Syukur..rezeki allah nak bagi..dpt gak makan oren kan.. alhamdullillah

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah... ♥

Han Hanni said...

alhamdulillah murah rezeki akak

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Alhamdulillah kak..
rezeki. Betul tu, kdg kdg hati bru terdetik.. tp Allah da makbulkan. Nikmat tu kak =) aina lagi sehari nak habis puasa 6. Insyaallah.

Qhaifa Nur said...

Sentiasa berdoa padaNya...alhamdulillah hajat kak zakie tertunai...rezeki juga tu

Malinda said...

alhamdulillah...murah rezeki akak...kadang2 rezeki tu datang tanpa di sangka2 dari pelbagai cabang...mungkin Allah swt mendengar keinginan akak dan terus dia tunai kan melalui pemberian jiran sebelah rumah...kasih nye Allah pada umatnye kan.. :')

PeRdU cINta said...

syukur...Allah sentiasa mendengar bisikan hati hamba-hambanya kan kak.. :)

NEKCIK said...

betul tu kak..selalau bahagia kalu dapt macam tu..baru sebut di hati da dapat

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah murah rezeki akak sekeluaga... selamat hari raya buat akak sekeluarga..

norhidana said...

indahnya kan kak....
kadang kita baru teringat dh ada depan mata...

Uncle said...

Rezeki berganda tu! MasyAllah....

Ann Ishak said...

cantik aturannya kak

ASTraveller said...

salam singgah. awk dijemput join GA sy! :D

http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

Zaitun said...

Alhamdulillah...instinct sememangnya Allah itu mendengar.
Tahun ini semua hamper yg kami dapat diberikan pada orang Besut.

Zaitun said...

Alhamdulillah...instinct sememangnya Allah itu mendengar.
Tahun ini semua hamper yg kami dapat diberikan pada orang Besut.

monalea said...

alhamdulillah.murahnya rezeki akak...

saniahibrahim said...

syukur Alhamdulilah murah sungguh rezeki kak zakie.Orang yang baik dan pemurah selalu dapat ganjaran yang baik2 .

Yana Yani said...

rezeki ALLAH kan kak
datang tanpa diduga

Mummydearie said...

Mudahnya Allah makbulkan keinginan Kakzakie. Alhamdulillah. Semuanya dalam ketentuan Allah jua. Kalau sesuatu yang kita harapkan datang bergolek ke riba, memang sukalahkan Kakzakie. Mahu tersenyum puas hati!

Khairul Bariah said...

Macam tu lah, kakzakie sentiasa tunaikan hajat orang, pasti Allah akan menunaikan hajat akak pula.

Allah Maha Mendengar kan kak walaupun baru terdetik dalam hati saja.
Alhamdulillah.

nohas said...

Alhamdulillah, murah rezeki akak..

jie susanos said...

Huhu..bertuahnya kak..

Puan Kutu said...

Betul Allah maha oengasih Maha Penyanyang Maha Pemurah..selejap miracle berlaku DIA dah tunaikan..sy pula dh jemu asik mengadap oren sepanjang berpantang.hehe

Sue Bee said...

Murah rezeki kak Zakie.. :)

aby said...

salam kz ..
antara sifat Allah swt, Kaunuhu sami'an ..
dia maha mendengar .. kata hati kz pun Allah mendengar ..
tu yg dia hantar apa yg hati inginkan ..
apatah lg ibadat puasa kan Allah yg punya ..
dia yg menentukan apa ganjaran yg diberikan

Nor Azimah Ali said...

Ya kak, kalo berpuasa tu, terniat je, in shaa Allah ada..kasih sayang Allah kan, yang sekecil begini, sehinggalah yg sebesar2nya...sgt terkesan bg yg mahu menyedarinya.

Nor Azimah Ali said...

Ya kak, kalo berpuasa tu, terniat je, in shaa Allah ada..kasih sayang Allah kan, yang sekecil begini, sehinggalah yg sebesar2nya...sgt terkesan bg yg mahu menyedarinya.

Normala Saad said...

Kebetulan yang menyenangkan...

Unknown said...

assalamualaikum kakzakie
memang kakzakie sangat murah rezeki
sentiasa ada yang memberi
alhamdulillah semua nya jugak sudah ditentukan oleh ALLAH
Kalau kaknoor jadi kakzakie mmg tak kering gusi ni senyummm je sbb rezeki selalu dtg kann

SIQAHIQA said...

Alhamdullilah. Murah rezeki akak. Happy rasanya bila rezeki tak diduga datang kann :)

OKje said...

Penuh dengan kebetulan ye kanda. Kebetulan dinda pulam selalu masak apa yg En laki makan tengahari kat ofis. Banyak kali dah...
Rezeki tu kanda namanya....mcm kat syurga pulak ek hihi...Terpikir terus dapat.