Melihat paparan media berkaitan cubaan rampasan kuasa kerajaan Turki benar-benar membuat mata dan minda kita semua terbuka luas. Agenda penggulingan yang berjaya digagalkan kerajaan mereka menggegar dunia seketika. Hari ini dunia barat sudah tidak dapat menidakkan dan pasti mengakui kehebatan kerajaan Turki. Tidak kurang paparan sempena dua tahun MH17 ditembak jatuh yang sehingga kini tiada jawapan. Usaha JIT (Joint Investigation Team) bagaikan tiada jawapan jitu untuk melegakan keluarga mangsa yang terlibat.
Dua scenario ini saja sudah pastinya membuat diri kita bersyukur kerana dalam pergolakan dunia hari ini kita masih mampu tidur lena, keluar pergi kerja dengan aman damai, anak-anak masih boleh berada di bangku sekolah, berada di shopping mall memilih/membelek idaman hati, menikmati hidangan sehingga tidak kurang yang tidak terhabis hidangan lalu dilontar begitu saja.
Mengharap apa pun juga paparan mampu membuka mata dan minda kita seluas-luasnya sejauh mana kita kena bersyukur. Lihatlah saudara kita di Syria dan Palestine yang tidak lena tidur, sentiasa dalam kelaparan dan kesakitan yang entah bila akan berakhir. Selagi masih ada penghormatan kepada golongan ulama' kita masih bersyukur, tetapi andai ulama' dan agama dipinggirkan tidak mustahil suatu yang tanpa diduga akan berlaku kepada kita.
Menumpang - Cendawan liar ini tumbuh di pasu tempat aku menanam pokok bidara. Tentunya cendawan ini bersyukur dapat hidup dengan aman tanpa gangguan |
Pokok bidara - Di bawah pokok inilah cendawan itu tumbuh. Menumpang tanpa mengganggu tidak perlu dijadikan isu sehingga boleh mencetuskan huru-hara. |
~~ Buka dua mata dan mata hati untuk menilai sejauh mana kita bersyukur di atas segala nikmat yang ada kini.~~
37 comments:
boleh di mkn tak cendawan tuh yek kak... gebus nampaknya tuh...
moga2 kejadian di turki tuh membuka mata pemimpin2 malaysia yg tengah tertidur, kite terlalu leka dek konon nya keamanan yg ada kt bumi bertuah nih...
di turki rakyatnya semua bersatu, di negera kita mcmne? melayu sama melayu saling berbalah...
Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah yg telah memberi pelindungan kepada Turki..
Akhirnya cubaan askar utk rampasan kuasa berjaya digagalkan..
Benarkan kak zakie...
Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yg diberikan oleh Allah..
Kekadang ada juga yg alpa ..
semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita..
Teringat ceramah Ustazah Isfadiah sewaktu memberi ceramah di ofis saya itu hari..
Malaysia masih aman sebab masih ada ulamak yg doanya diterima oleh Allah..
Jika mereka ini sampai masa nya bertemu pencipta Nya..
Adakah lagi doa yg dimakbulkan..
dan apa kah kita akan terus aman..
Ustazah menceritakan satu kisah benar,
Sebuah bas membawa penumpang menuju ke kolej..
Sampai satu kawasan hujan petir guruh berdentum..
Seakan2 petir itu hendak memanah bas tersebut..
Justeru itu, pemandu bas meminta mereka turun seorang demi seorang..
Jadi pemandu itu memulakan sendiri..
Pemandu keluar dari bas dan berdiri didalam hujan yg berpetir..
Menunggu beberapa minit..
Kemudian meminta yg lain turun berbuat seperti dia..
Sehingga penumpang yg terakhir..
Anak muda ini sungguh ketakutan kerana kemungkinan dia lah yg akan dipanah petir kerana yg lain tidak mengalaminya..
Menggigil ketakutan tetapi di paksa turun oleh mereka yg ada dalam bas tersebut..
Dalam keterpaksaan anak muda ini turun juga..
Apabila anak muda ini turun dalam hujan yg berpetir itu..
menggigil ketakutan..
Namun begitu dengan kuasa Allah..
Bas tersebut yg dipanah petir dan habis semuanya menjadi mangsa..
Rupa2 nya doa anak muda ini ya dimakbul Allah sewaktu didalam bas supaya jangan di panah petir..
Tetapi apabila disuruh anak muda ini keluar..
Mereka yg menjadi mangsa..
Ustazah kata kita perlu mengambil ikhtibar dari kisah ini..
Supaya terus menjaga agama kita dan ulamak yg mana doanya masih diterima oleh Allah..
Jika semua telah tiada adakah kita masih aman.. ?
Maaf kak zakie..
Terpanjang pula komen saya :)
sangat terkesan dengan peristiwa di turki tu. Hrapnya di malaysia ini juga begitu, ya kita masih mampu hidup dengan aman,sesuatu yang patut kita syukuri, walaupun kadang mendengar berita menjadi takut, orang mati kena tembak semakin banyak juga dimalaysia ni, risau jugakan.
Alhamdulillah kak negara kita masih lagi aman biarpun keselamatan adakala sedikit tercuit dengan kebanjiran warga asing..namun masih lagi wajar untuk kita terus syukuri...apa yang berlaku pada negara lain adalah satu point untuk Allah ingatkan kita...beri amaran juga pada kita sebenarnya..
akhamdulillah tak sia2 baca entry akak pagi2 ni...moga Allah mengampun kan saya atas kelalaian dan kekhilafan...terlalu byk nikmat dan rahmat yg dpt kite kecapi skng ni kalau nak di bandingkan dengan negara2 yg sedang bergolak...penindasan terhadap saudara seislam kite terus berleluasa...suasana di myanmar pon tak kurang peritnye...semoga Allah memberikan mereka kekuatan,ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi ujian yg berat ini...
Tertarik jugak dgn komen kak Norhayati...
good reading !!! walaupun zaman skrng bnyk benda2 diluar jangkaan yg jd. Tp belum lagi org kat malaysia takut utk keluar rumah. #syukurselalu
Semoga penantian mereka ada jawapan di akhirnya...
selamat hari raya kak...
Sentiasa bersyukur ... semoga keamanan tetap kekal di tempat kita walaupun tetap ada terguris sedikit oleh mereka2 yg x tahu bersyukur ...
Selamat berhari raya kak .. maaf zahir batin 😊
betul kak...kisah di turki boleh di jadikan iktibar dan pengajaran....tapi kagum jugak dengan mereka, kuasa rakyat boleh menjatuhkan tentera2 sekular tuh.... moga negara2 islam terus maju dan aman makmur...rasenye kes kat turki ni ade negara2 luar yg cucuk nie...yg bencikan islam aman damai nie...wallahualam...
hargai keaman situasi yg dinikmati sebelum kita kehilangannya...kejadian di Turki mengingaatkan kita erti kehidupan harmoni tanpa sengketa...bala jgn dicari.
Insaf sungguh. Tgk turki mcm tu teringat ttg halaqah - kiamat ia pasti datang - episod kejatuhan uthmaniyah dan episod fasa masa ke 4.
Tgk sorotan mh17 selepas 2 tahun - jadi sedih ... obviously lemahnya kerajaan hari ni... huhuhuhu... ni
alhamdulillah sebab negara kita masih lagi aman. bebas utk kesana sini
Setuju kak. Sekarang macam macam iktibar boleh ambil. Banyak sangat saudara2 terdekat kita yang diuji
bersyukur kan kita hidup di negara yang aman ni ,sedangkan saudara2 kita di luar sana sentiasa hidup dalam ketakutan dan kebuluran.
#tertarik juga dengan komen yatie .
Julia sgt bersyukur kak zakie...hidup di bumi Malaysia ni...mmg tak boleh lawan malaysia...pi la jauh mana pun negeri sendiri mmg tak ada tolok bandingannya kan kak zakie...
kerana terlalu aman dan nyaman, kadangkala kita terlupa untuk bersyukur...astaghafirullahhalazim...
Alhamdulillah, semoga ALlah lindungan negara kita dari bencanaNya.
Alhamdulillah..kita masih aman disini. Semoga rakyat Malaysia sentiasa insaf dan berdoa untuk kebaikkan.
Nampak macam besar aje cendawan tu kak.
Syukur sangat negara kita masih aman. Semoga keamanan ini berkekalan.
betul kak...mengharapkan keamanan di malaysia tidak akan berakhir smp bila2...aaminnn
Seram saya tengok berita kak ! Takde angin takde ribut tetibe rampasan.
sungguh kita patut bersyukur hidup di bumi malaysia ni kak
nak dibandingkan negara lain
assalamualaikum kakzakie....baru semat menyinggah ke sini...selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin yer kak...:)
alhamdulillah.. sangat bersyukur sebab kita masih lagi boleh bernafas, tidur lena, makan dengan tenang dan bersama insan tersayang. Perkongsian yang bagus kak :) Moga Allah pelihara negara kita dan memberi kemenangan kepada negara-negara islam seluruh dunia. aminn
mcm tu lah kakzakie, semalam pun dgr berita macam2 berlaku di luar negara. negara kita masih aman, kalau masih tak bersyukur juga tak tahu lah apa lagi nak dikata.
Well written..bersyukurlah!
Nmpk sedap cendawan tu kakak.hehe..
Itulah kan klu tak bersyukur la tak tau cmna lg
N3 yang menarik.
Peringatan utk kita semua agar mensyukuri nikmat Allah.
Betul, berkat masih ada doa2 dari insan yg tulus, lurus hatinya dengan Allah, maka Allah masih selamatkan kita semua dari bala bencana.
Betul, berkat masih ada doa2 dari insan yg tulus, lurus hatinya dengan Allah, maka Allah masih selamatkan kita semua dari bala bencana.
Betul, berkat masih ada doa2 dari insan yg tulus, lurus hatinya dengan Allah, maka Allah masih selamatkan kita semua dari bala bencana.
Betul tu Kak Zakie..
Masih byk lg yg perlu disyukuri keadaan kat Msia tu. Kurang2 masih tidur beralaskan tilam.
Bersyukur negara kita aman...walaupun ada yg menumpang
Berdoalah kita semoga semuanya terpelihara n sentiasa beriman kepadaNya..
Besar juga cendawan tu..membesar bersama pokok yg lain
bersyukur dengan nikmat aman damai di bumi bertuah ni kan kak zie...moga kita terhindar dari bala bencana..
cendawan tu boleh makan ke kak...gebu betul..macam isi dalam kelapa tua yang hendak diparut tu.bentuknya..alaa..kalau kita belah kelapa tua nak parut dalam tu kan macam ada isi...apatah orang panggil..hehe dulu suka makan tu..bila tengok cendawan tu terus teringat...:)
Perasaan takut bila baca pasal rampasan kuasa di turki. Rasa syukur sebab Malaysia masih lagi aman.
mudahan di malaysia x berlaku krisi mcm tu sgt
Kita di sini seharusnya bersyukur sebab masih dapat tidur lena, masih kenyang makan dan masih aman hidupnya. Lihatlah pada saudara Islam kita yang sedang berperang dan ditindas. Kasihan!
Post a Comment