Meredah pagi Ahad yang lepas sendirian memandu untuk menjenguk bapak. Biasalah hari Ahad hubby bekerja. Boleh dikatakan setiap minggu sekarang ini aku akan balik kampung. Ceria pagi itu bila perjalanan ku bertemankan awan yang disulami pelangi indah. Sambil telinga menikmati tazkirah dari ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, di radio Ikim mata pula dijamu dengan pelangi yang melingkari kaki langit. Subhanallah... lama sungguh mata ini tidak melihat pelangi indah.
Perjalanan begitu lancar apalagi aku melalui jalan potong. Seronok bagaikan menjadi raja di jalan raya sebab hanya dua-tiga buah kereta saja yang aku temui. Mungkin ramai yang masih di atas katil atau di dapur menikmati sarapan. Tidak sampai dua jam aku sudah tiba di rumah kampung bertemu bapak yang belum lagi mandi pagi. Masih berselimut di atas katil. Kami adik-beradik yang lain tidak mampu berada di sisi bapak sepanjang masa disebabkan bekerja dan jauh, berbanding Mak Zah (retired awal) dan Abah Din (sudah retired). Semoga Mak Zah (kakak ku) dan Abah Din (abang ku) terus kuat dan sabar menjadi wakil mata/telinga/hati kami adik-beradik yang lain menjaga bapak.
Dari google - Kalau melihat sejalur pelangi pun sudah kagum apa lagi andainya aku berpeluang melihat Gunung pelangi di Cina ini. |
~~"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap penjuru dan kepada diri mereka sendiri. Sehingga jelaslah kepada mereka bahawa Al-Quran itu benar. Dan apakah tidak cukup bagi kamu bahawa sesungguhnya dia menyaksikan segala sesuatu.- (Suroh Fussilat:53)" ~~
38 comments:
suke tgok pelangi sebab pelangi cantik.. =')
lama tak singgah sini. sementara ibu bapa masih ada kena juga kerap jenguk dan berbakti kepada mereka.
Indahnya pelangi 😍 susah nak melihatnyaa. Morning kak 🤗
Sempat juga kakzakie snap gambar pelangi waktu memandu sendirian....saya rasa tau jln potong yg kakzakie maksud kan tu.
Insyaallah mereka ber2 akan tabah menjaga bapak kakzakie,yang penting sokongan dari adik beradik lain perlu ada .
Cantik nya gunung pelangi tu kakzakie....macam kek.
Sempat juga kakzakie snap gambar pelangi waktu memandu sendirian....saya rasa tau jln potong yg kakzakie maksud kan tu.
Insyaallah mereka ber2 akan tabah menjaga bapak kakzakie,yang penting sokongan dari adik beradik lain perlu ada .
Cantik nya gunung pelangi tu kakzakie....macam kek.
Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah swt.
SubhanAllah...kakcik juga teruja melihat pelangi apatah lagi jika berpeluang menatap dengan mata sendiri gunung pelangi di China itu...
Tenang melihat awan diatas tu kak..indahnya ciptaan Allah
Semoga kakak n abg kak zakie dipermudahkn dlm menjaga bapak...
SubhanaAllah...cantiknya gunung pelangi tu
gitu la kak dilema anak2 yg duduk jauh dan berkerja...syukur ada kakak dan abang akak bole gak tengok2 kan bapak...indah sgt kan pelangi...bulan pose lepas pepagi time mengambik kak long kat tempat saya ada gak pelangi...x sempat snap gambo sebab si mak enon sebuk menyelit atas pangku...subhanAllah uniknye kak gunung pelangi tu...
indahnya ciptaan Allah Taala kan kak... pelangi warna warni bukan benda yang kita dapat tengok setiap hari... itu yng boleh buatkan kita rindu.
memang lengang takde kereta..pelangi selepas hujan..lama tak tengok 'live' kak..
INDAH SUNGGUH PELANGI PAGI DI LANGIT BERAWAN...GITULAH KAKZAKIE MAK AYAH KITA LBH SELESA BERADA DIRUMAH SENDIRI WALAU APAPUN KEADAANNYA N ANAK2 HARUS MEMAHAMINYA...TAK SIAPA MAHU SAKIT N MENYUSAHKAN SESIAPA..DH TAKDIR-NYA TERIMA SAJA DGN REDA...INSYA ALLAH AYAH KAKZAKIE AKAN SEMBUH JUA.
sy pun sukan snap gambar pelangi...
Alhamdulillah, allah masih lg beri peluang utk berbakti pada bapak...
cantiknya pelangi tu
kalau saya nak snap gambo camni, mesti tak jadi tau
Elok sangat sesuatu perkara yang nak dilakukan tu dibuat diawal pagi...Saya pon suka...bila masuk tengahari, hampir kesemua apa yang nak dibuat telah selesai!
Lama sudah tak nampak pelangi!
Untung abah Kakzakie sebab anak-anaknya semua sepakat dalam segala perkara. Kalau macam ni, takdalah kisah bertelagah adik beradik bab ibubapa yang dah uzur mahu pun berebut harta.
MasyaAllah
Semoga bapak kak zakie sehat sejahtera
cantik pelangi tu. Sekarang ni rasanya dah jarang sangat nampak pelangi.
bukan senang nak dapat tengok pelangi..Aisyah saya suka sangat kalau nampak pelangi
saya baca samil lalu je kak..nanti saya datang balik dan baca balik ye. Jemput tgk adik dulu ;)
nampak tenang perjalanan akak tu, pelangi pagi nan indah
suka tgk pelagi...teringat masa skulah rendah dlu masa ckgu ajar mcm mna terjadinya pelangi....sangat seronok masa tu....
Sesekali bila nampak pelangi PC jadi macam jakun kak...suka sangat...jadi bila pergi mana2 suami selalu pesan cubalah tengok2 kot2 ada pelangi...hihi..
subhanaAllah cantik sgt kakak pelangi tu. Indah sungguh ciptaan Allah kan.. =)
Nampak damai n tenang perjalanan akk..Alhamdulillah. =) Di permudahkan urusan oleh Nya.
kalaulah kita ni dekat dengan parents kita seronok kan kak...
takpelah, yang penting kita kerap bertanya khabar dan jenguk mereka...
walaupun dh berusia nih pelangi ttp jadi gula2 mata kite kak... sentiasa cantik di pandangan mata...
moga adik beradik akak terus rukun menjaga bapak akak...
harap bapak kak zakie lekas2 sembuh insyaAllah
Minggu ni kwn2 kat Msia byk update pasal pelangi. Melihat pelangi.. pasti hati tak dpt lari dari terimbau zmn kanak2.
SubhanAllah, cantiknya...dah lama jg tak tengok pelangi..teringat zaman sekolah, ada cara nak ingat warna-warna pelangi..dah lupa.., teka-teki dlm radio - ada apa di hujung pelangi?...huruf i..
semoga kakak & abang akak tabah menjaga bapak akak...Alhamdulillah, ada mereka yg boleh jaga full time..
Anak-anak suka betul melihatnya sambil kita memandu ulang alik ke sekolah.
Semuga segala urusan dipermudahkanNya.
Assalamualaikum Kak zakie & rakan blogger semua,
Kak zakie, tenang sungguh pemandangan kawasan kampung yang akak lalui tu..
Jalanraya pun masih cantik.. Saya suka dengan kawasan kampung camtu..
kisah pulang kampung best..hati damai dan tenang sekali.
saya juga teringin banget nak pulang kampung nak jumpa mak
salam kz ..
selagi ayah masih ada hayat..
elok la diziarahi, menziarah org tua pun satu ibadat ..
moga ayah riko diparingi waras yor...
Salam kak ...Ya Allah , cantik nya pelangi tue , Ada rupanya gunung pelangi mcm tue =D ..tersangat kagum , tgk gmbr je kita dah kagum . Tengok depan-depan mesti speechless =)
untung bapak kakzakie ada anak2 ramai dan ada pula anak2 yg boleh memberi penuh perhatian padanya. takdelah rasa tersisih keseorangan, hujung minggu baru nak bertemu anak2 ye kak.
moga bapak akak diberi kesembuhan.
Masa kecik2 dulu kalau nampak pelangi..org tua2 x bagi tunjuk..x tau la kenapa dan apa relevantnya....
Sesuatu yang Allah tetapkan tu rupanya tersembunyi seribu rahmat ye kanda. Mak Zah yang tiada keluarga sendiri. Abg Din yang baik dan soleh.....Semuanya Allah titipkan khas untuk menjaga bapak sepenuh masa
Post a Comment