Jumaat lepas dengan bertemankan hubby aku mencari pejabat Suruhanjaya sumpah. Surat sumpah yang bertandatangan dan cop ketua kampung tidak boleh diterima oleh pejabat tanah. Tempoh diberikan kepada abangku (Abah Din- panggilan oleh anak-anak aku) hanya dua minggu. Sebab tidak mahu bertangguh itulah aku mengambil cuti bagi menyelesaikan kerja tertunggak. Kami adik-beradik sudah sepakat/bersetuju untuk memberikan semua tanah allahyarhamah mak kepada satu-satunya anak lelaki mak-bapak kami aka adik-beradik kami. Manakala tanah bapak pula dibahagikan kepada kami anak-anak perempuan. Itulah persetujuan kami adik-beradik. Tidak ada pembahagian secara faraidh sebab semuanya dibuat secara kompromi dan seikhlas hati. Selain mudah semuanya juga indah jadinya. Biar bapak pun gembira melihat kami bersatu hati dan sudah diuruskan sebagaimana permintaannya dari dulu lagi.
Cheese Nan - Balik dari pejabar Suruhanjaya sumpah itulah singgah di Setia Tropika mencari restoran arab. Sejak ramadhan lama sudah tidak menikmati cheese nan ini. |
Nasi Mandy - Kami berdua makan ini juga. Mandy kambing dengan texture dagingnya yang lembut dan gandingannya sangat menyelerakan apa lagi sedari pagi belum makan,, jam 3:30 petang baru kami makan. |
Syukur alhamdulillah hari Ahad lepas semuanya sudah selesai, hanya menanti geran dikeluarkan dengan nama abang. Berita ini disampaikan oleh abangku pada bapak dengan sambutan doa oleh bapak. Bapak walaupun uzur tapi ingatan masih waras. Semua doa-doa masih boleh dibaca dengan lancar. Cuma tenaga saja yang lemah. Sebab itu walaupun solat dan berzikir di atas kerusi roda tetapi solat/zikir bapak masih panjang walau tidak sepanjang dulu.
~~ Semoga anak-cucu kami melihat apa yang kami adik-beradik lakukan dan menjadikan ikutan pada keluarganya kelak. Bersatu hati dalam apa pun hal mudah jadinya.~~
34 comments:
alhamdulillah, semua adik beradik kakzakie sepakat dalam perkara begini, urusan boleh jadi lebih mudah. tak ada yang menjeruk rasa dan bertikam lidah di kemudian hari.
Alhamdulillah...
InsyaĆllah perkara yg baik..akan menjadi teladan dan panduan anak²,cucu² akan dtg..:)
Alhamdulillah syukur kak..suka saya baca ;)
Murninya hati adik beradik kakzakie ...susah nk jumpa yang bersatu hati begini dlm kehidupan skg .Biasanya tanah sekangkang kera pun nk juga bahagian sedangkan hidup dh mewah.
Alhamdulillah bapak kakzakie masih sehat walaupun kudrat tak upaya....senang hati nya melihat anak2 bersatu hati.
Murninya hati adik beradik kakzakie ...susah nk jumpa yang bersatu hati begini dlm kehidupan skg .Biasanya tanah sekangkang kera pun nk juga bahagian sedangkan hidup dh mewah.
Alhamdulillah bapak kakzakie masih sehat walaupun kudrat tak upaya....senang hati nya melihat anak2 bersatu hati.
alhamdulillah...tetiba terliur dengar apple asam boi tu kak..
syukur ada kesepakatan adik beradik kak..moga ia jadi ikutan generasi akan datang.kadang-kadang ada adik beradik bertahun-tahun tak bertegur sebab kisahnya tak puas hati pembahagian harta termasuklah tanah,kadang-kadang raya pun mengungkit...sampai tak singgah menziarah...akak..irda tengok roti naan tu .jadi lapar...wuaaa..nak cikit :)
Alhamdulillah...semuanya sepakat
Semoga ank cucu yg melihat...akan bersatu dlm apa jua perkara
Sedapnya cheese nan tu kak
alhamdulillah.. sepakat membawa berkat... semoga urusan keluarga kak dipermudahkan....
kak.. sedap pulak tgk roti naan cheese dan nasi mandy kambing...
ADIK BERADIK BERSATU HATI SENANG NAK MENYELESAIKAN SEMUA URUSAN KELUARGA...SALING BERTOLAK ANSUR MEMBERI N MENERIMA SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Mudah kerja kalau semuanya bersatu hati dan sepakat. Yang selalu terjadi sengketa bila adik beradik tidak sependapat. Itulah yang jadi punca adik beradik boleh bermasam muka tak bertegur sapa. Bab harta ni memang sensitif sikitlah bagi kebanyakan manusia.
Alhamdulillah, sepakat membawa berkat.
Tentu ada petua orang2 zaman dulu mendidik anak menjadi rukun damai walau pun berbelas orang.
Sedapnye daging kambing tu!
alhamdulillah.. bersatu hati..
dipermudahkan segala urusan..
=)
alhamdulillah, suke tgk contoh keluarga sepakat mcm adik beradik akak... bapak akak pun msti gembira, moga bapak akak dpt sembuh n kuat badannya spt sebelum nih ye kak...
adik beradik abah dana pun selalu urusan psl tanah mereka bincang sama2 supaya sepakat, almaklum adik beradik abah ada 14 org... tanah arwah atuk ngn arwah nyai di bahagikan sama rata bt adik beradik yg takde tanah di kampung... semua dh setel sebelum arwah atuk ngn nyai meninggal...
abah n beberapa adik beradik lain yg dh ada tanah sendiri dan kebun sendiri mmg tak amik bahagian, jd dpt bagi pd yg lain2 yg mungkin lbh memerlukan
akak. cheese nan tu nampak sedap la. petang ni saya nak gi mamak la makan cheese nan. hehe
alhamdulillah...mudah urusan akak.
kami pun tak guna faraid, persetujuan bersama je. Sama2 gembira, sbb sama2 setuju.
Alhamdulillah..
Itu yang sebaiknya kan kakzakie..
Sepakat semuanya..
Jadi membawa berkat anak beranak adik beradik..
Semoga bapak segera sembuh dan diberikan lagi kekuatan utk beribadah..
ASSALAMUALAIKUM KAK..
SELAMAT HARI RAYA DARI SY SEFAMILY
ALHAMDULILLAH KLU SEPAKAT RUKUN DAMAI SEMUA GEMBIRA..
TP SY TERKEJUT TGOK BAPAK NAMPAK TERLALU UZUR..NAMPAK KURUS SGT..
Bestya tengok keluarga akak... semuanya sepakat.
Jika berbaik macam ni memang indah jadinya. Sedap nasi dan roti akak makan ;-)
bila semua sepakat semua kerja menjadi mudahkan kak
Alhamdulillsh, sepakat membawa berkat.
Alhamdulillah dipermudahkan segal urusan. Sedapnya kak roti nan cheese tu :)
Alhamdulillah dipermudahkan segal urusan. Sedapnya kak roti nan cheese tu :)
Selamat hari raya kak Zakie, Maaf Zahir Batin!
lama tak comment2 kat blog Kak Zakie, rinduuuu...
Alhamdulillah la kak, cam saya ni... lain la citernye... tak pelu la citer yg tak best di kongsikan... mmg sedih la... bila tak bersatu, mmg haru jadinya...
jika tak bersatu / berbincang, silap-silap harta melayang.
singgah sini kak :)
Huhu..bgusnya..
Jrg ade org kongsi kisah gini..
Alhamdulillah keluarga kakzakie mmg keluarga contoh salute lah semoga Allah merahmati kakzakie sekeluarga ameeenn
Alhamdulillah,semua adik-beradik bersatu hati..moga jd ikutan generasi2 seterusnya...
Sedapnya..cheese nan & mandy rice..tk try lg lepas puasa ni..
Alhamdulillah...saling redha meredhai..saling faham memahami...bila ikatan ukhuwah dan kasih sayang itu lebih utama maka masing2 akan sentiasa berlapang dada...syukur...moga ianya diteruskan untuk waris seterusnya..PC suka cara macam ni kak..
bestnya cheese nan tu. terliur tengok :)
ALhamdulillah... Semuanya sepakat. Bagus macam ni. Smoga semua urusan nanti dipermudahkan olehNYA.
Alhamdulilah....bila bersatu hati, bertolak ansur semuanya pun jadi mudah. Bapak pun senang hati.
Memang kanda....bila lama tak makan, jadi mengidam pulak hihi..
Ada yg kena mencari Nasi Arab jugak ni hihi
Syukur Alhamdulillah urusan yang baik dipermudahkan.
Teringin pula nak makan nan tiba-tiba ni.
Post a Comment