Bukan mengabaikan blog ini tetapi lumrah sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari rasa kurang selesa apabila sedikit ujian Allah berikan. Sungguh bila ujian diberikan itulah tanda Allah mahu kita semakin mendekatkan diri kepadaNya. Biarpun sedar setiap yang kita ada sekadar pinjaman tetapi apabila kita kehilangan apa yang kita sayangi pasti sedikit sebanyak mengundang rasa sedih. Namun bila sedih ini membuatkan kita semakin hampir kepadaNya itulah hikmah disebalik kejadian. Redha.
|
Sarapan Sabtu - Membuatnya kerana menunaikan kehendak adik. Boleh dikatakan setiap Sabtu kami akan pergi ziarah adik. Kalau bukan dia yang rindu, kami pula yang rindu oleh sebab itu setiap minggu mengukur jalan sehingga yang jauh akan dirasakan bagaikan dekat. |
|
Bekal - Ini Kak Meen punya. Buat dua kerana satu lagi untuk kawannya yang sama-sama ada kelas tuisyen. |
|
Adik punya - Tanpa sambal. Walaupun kosong begini tetapi inilah yang dimintanya sehari sebelum pergi bertemu. Sebenarnya ketika berjumpa membawanya keluar makan di luar, tetapi adik makan ini di dalam kereta. Nasi goreng kampung yang semuanya bawang-bawang, cili dan ikan bilis ditumbuk memang menjadi favorite adik. |
|
Roti arab - Balik dari ziarah adik berdua suami-isteri singgah di warung ini. Makan roti arab digandingkan dengan sup kambing. |
|
Banyak - Membeli dua bungkus. Satu bungkus ada lima keping berharga RM7/- |
|
Sup kambing - Kedudukan kedai makan ini bersebelahan dengan masjid Kg Sg Telor, Kota Tinggi. Percaya atau tidak jika aku katakan semangkuk ini hanya berharga RM5/-. Aku berkongsi semangkuk ini dengan hubby. Yang pasti di JB sup kambing kalau begini banyak tidak dapatlah RM5/- |
|
Pedas - Sambal kicap yang pedas tapi sedap bila digandingkan dengan sup di atas. |
Keluar rumah pagi tiba rumah sudah hampir menjelang maghrib. Begitulah rutin keluarga yang kena lalui setiap minggu. Bersyukur walaupun letih tetapi ada kepuasan di hati seisi keluarga.
~~ Alhamdulillah masih diberi kasih-sayang dariNya.~~
35 comments:
sdapnya roti arab..:)
lapo la pulakkk.. huhu
Ye la Kak Zakie..
Bila kehilangan yg tersayang..
Rindu.. pilu.. sedih sering kali bertandang..
Namun itulah kehidupan kita didunia ini kan kak..
Allah masih lagi beri kita kasih sayang Nya..
Semoga kita makin dekat kepada Nya..
Sama pula kegemaran adik dengan Nabilah..
Memang suka buat nasi goreng macam tu..
Pagi tadi sebelum menghantar dia balik ke Madrasah..
Saya buatkan nasi goreng kampung tu..
Nabil dan Najeeha pun tumpang saya bawa bekal..
Banyak saya buat sekuali besar hahhaa..
Bila sampai di hadapan madrasahnya..
Bersalam dan mencium pipinya..
Siap pesan.. esok mama telefon ye :)
Waktu yg boleh telefon pukul 6.30pm setiap hari selasa, rabu dan khamis.
Sedap pulak tengok roti arab cicah dengan sup kambing tu..
betul kakzakie, bila kehilangan kita ambil waktu juga untuk bangkit. insyaAllah arwah bapak kak tenang di sana.
kami paham kak, bagi peluang bt akak betul2 bersedia... sedih kehilangan tuh mmg sedih... lagi2 org yg paling kita syg...
walaupun simple ns goreng tuh tp tentu istimewa kan, kalau blik kg... kami pun mcm adik... suke ns grg mak masak... walaupun takde isi apa yg ada bilis bwg n cili tp sedap nya mcm apa...
roti arab ngn sup kambing tu mmg sesuai....
Meriahnya makanan semua tu, kak. Geram jugak tengok sup tu.
Dah namanya anak ye kanda.....yg bongsu pulak tu.
Tak pelah kanda, penat sikit tapi memasing puas hati.....
Roti Arab tu buat dinda teringinlah kanda...Gebunya tu geram nengoknya. Pernah makan tp dah lama sangat.....
betul tu kakzakie, kita menulis dari hati. kalau hati menjauh dan takde hati, mmg sukar nak menulis.
makanan semua menyelerakan. nampak sedap belaka. adik sama dgn anak2 saya yg suka nasi goreng macam tu terutama Amir. tak pernah jemu.
saya pula terliur tgk roti arab cicah dgn sup kambing tu. biasa saya makan dgn sardin saja. rasanya, murah jugak harganya, kalau tmpt saya sup tulang lembu saja pun dah rm5 lebih.
Adakala kita memerlukan ruang masa untuk diri sendiri, jauh dari semua..
Selamat ptg kakzakie
Makanan semua tu mmg selera anak-anak remaja kan
Anak2kaknoor pun kalau minta masak mmg jenis camgini mee dan roti mmg fav sngt
nieyl dtg singgah petang...
lama rasanya nieyl x dtg sini..
sbb akak x update...
bykkan sabar dan sentiasa sedekahkan Al fatihah buat insan yg telah meninggalkan kita...
kami memahami situasi kak zakie... ujian kepemergian org yg disayangi sangat2 mematahkan semangat sesiapa saja... moga kak zakie sabar...
sedap nampaknya mee goreng kak zakie...
semoga tabah kak azie .. tapi kehidupan mesti diteruskan jua.. lumrah kehidupan..
baru2 memang terasa kak
insyaAllah lama2 akan terbiasa lah
sama je lah dengan ayah saya tiap2 minggu pergi segamat
sebab tiap minggu adik saya balik melaka, hari sabtu nak balik segamat esoknya kerja, anak dia tinggal. ayah tahan tak bagi balik. so esoknya kami ni pergi la menghantar ke segamat. nasib baik dekat. 2 jam je
Kehilangan insan tersayang pasti dirasai dan ambil masa untuk biasakan diri
Hujan-hujan ni tengok roti arab sup kambing rasa terliur pula. Terasa -rasa nak makan ni...
Kehilangan yg dirasai...nak menulis perlu jiwa yg tenang
Moga dipermudahkn segalanya buat kak zakie..
Hubby Nur pun rajin beli sup2 cam gini..dpt mkn dgn roti arab sedapnya rasa
Betul lah kakzakie...bukan mudah nak kita lalui hari2 setelah kehilangan ni...namun hidup kita mesti terus kan juga dengan redha.
Saya tau kedai kat sungai telor tu kakzakie tapi kata suami bila lalu biasa belum buka lagi...agaknya sebelah petang hingga malam agaknya.
Betul lah kakzakie...bukan mudah nak kita lalui hari2 setelah kehilangan ni...namun hidup kita mesti terus kan juga dengan redha.
Saya tau kedai kat sungai telor tu kakzakie tapi kata suami bila lalu biasa belum buka lagi...agaknya sebelah petang hingga malam agaknya.
Alhamdulillah masih diberi rezeki :)
SETELAH KEHILANGAN YG TERSAYANG JITA MERASA SGT KESUNYIAN N PERLU AMBIL MAASA UTK KEMBALIKAN SITUASI NORMAL...SEDAPNYA BEKAL YG DIBAWA UTK ADIK
Asam garam kak,mcm makanan yg kita makan rasanya pahit,manis,masam semua ckup..
Itulah kehidupan.
Semoga kita tabah dan redha.
Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
Setiap manusia pasti akan menerima ujian, kerana ujian adalah rukun hidup. Menanggung ujian tidak semudah bibir menyebutnya...Tidak semua manusia mampu menahan ujian. Ada yang kelihatan gagah, tetapi lemah tatkala menerima ujian, ada pula manusia yang kelihatan lemah, sebaliknya dia kuat menahan ujian...Bicara ujian tidak akan berakhir sehinggalah kita mengadap-Nya, kerana kehidupan dan kematian juga adalah satu ujian...
betul tu kakak..
bila kehilangan pasti rasa kesunyiann itu..
semoga semuanya baik baik aje..
jaga kesihatan ye kakak
sebenarnya, kehidupan hari inilah yang perlu dihargai.
yang lepas tetaplah lepas. esok pun belum pasti akan kita tempuhi...
Duduk berjauhan dengan orang yang kita sayang memang tersa rindunya kan kak. Wah eriah macam macam makanan ada
sedapnya! smoga sntiasa tabah kak =)
semoga akak zakie sentiasa tabah dengan ujian hidup,dan semua kita ini tak lepas dengan ujian ...hari ini kita suruh orang tabah,mungkin esok irda pula kena tabah..itulah asam garam kehidupan kan kak..
irda doakan akk dan keluarga sentiasa dalam lindungan ALLAH..jangan berhenti menulis ya kak..sebab saya akan tercari2 entry akk yang baru :)
Masih lagi kasa sedih dan kehilangan even dah 11 tahun arwah ayah pergi :-(
Kita manusia biasa, bila diuji sedemikian, sedih mesti terasa..
sedap2 semuanya..roti arab yg lembut cicah sup kambing..nyum, nyum..
kita pula yang kena bersedia untuk dijemput bila-bila masa kan kak..moga kita dpt husnul khotimah...
betul tu..walau jauh terasa dekat kalau selalu berulang..lagipun sebab rindu.. : )
sedapnya roti arab tu... dah lama tak makan roti arab
Saya memang biasa dah kak mengukur jalan di hujung minggu. Dah bosan mengukur jalan yang dekat, pergi jauh sikit. Yang penting,kami sekeluarga gembira dan dapat luangkan masa bersama anak-anak. Anak-anak pun seronok bila dapat keluar rumah di hujung minggu. Bila letih sangat, barulah berehat di rumah aje hujung minggu!
mee roti arab sup kaing...sedapnya...
benar kak..bila diuji kita semakin dekat denganNya
Post a Comment