Sewaktu bapak sihat lagi beliau meletakkan nama aku dan Mak Zah sebagai penama/waris untuk wang simpanannya di Tabung Haji. Hubby juga merupakan satu-satunya anak (walaupun anak menantu) sebagai wakil untuk memasukkan duit setiap bulan yang diperolehi olehnya. Bila kami balik kampung kami tunjukkan jumlah yang sudah dimasukkan. Begitulah sehingga akhirnya dia sakit dan tidak lagi tinggal di rumah kami sebab aku dan hubby bekerja. Mak Zah tentu saja tidak kuat untuk menguruskan bapak sendirian. Jalan terbaik balik rumah kampung dengan Abah Din membantu. Sesekali datang ke rumah aku dan Mama Leha. Inilah rumah anak-anak yang ada di negeri Johor.
Apabila aku menjadi sebagai penama kepada wang simpanan allahyarham bapak sudah tentu ada sedikit kebimbangan terjadi dalam diri sendiri. Apa yang membimbangkan aku kerenah birokrasi yang minta itu-ini sehingga isu berpanjangan. Aku tahu kami adik-beradik tidak ada sekelumit rasa bimbang. Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pihak Tabung Haji pun memberikan kerjasama yang sangat baik.
Biarpun ada gelak-ketawa melalui whatsapp kerana gelihati melihat contoh tandatangan yang aku cuba meniru tandatangan adik-beradik yang jauh tapi ada airmata gugur juga buat kami semua. Sedih sebab bapak sudah tidak ada, tetapi masih ada imbuhan ditinggalkan buat kami semua. Kami tahu banyak duit itu juga duit dari kami semua. Tapi ada juga duit dari hasil kebunnya sebab biasa keperluan rumah bapak anak-anak yang membeli termasuk bil api-air. Sebab itulah duit simpanan bapak banyak berbanding kita yang bekerja.
Semoga apa yang kami adik-beradik perolehi ini menjadi jariah bapak. Akan kami gunakan ke jalan kebaikan dari sumber yang diperolehi. Sabtu minggu ini kami akan berkumpul di rumah Kak Long/Mummy Zai, jadi akan aku pulangkan semula semua buku simpanan yang ada di tangan aku kini.
~~ Khususon ila ruhi al-marhum Hj Purvit bin Hj Ikhsan. Wa-khususon ila ruhi al-marhumah Hjh Neema Bt Hj Latif Al-Fatihah.~~
40 comments:
al-fatihah kepada yang telah pergi buat selamanya...
Alfatihah untuk arwah. Takziah kak. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 beriman dan soleh. Amiiinnn...
alfatihah..
mcm arwah mak sy xde penama, semua masuk ke amanah raya, bnyk keje jugak la nak turun naik pejabat, tp sbagai anak anggap ini saguhati pemberian utk anak2 sedekah amal jariah dari arwah..
semoga dipermudahkan urusan kak
Alfatihah...
Semoga semuanya berjalan dengan lancar...
salam perkenalan... semoga dipermudahkan urusan akk ye
salam takziah juga bt akk sekeluarga atas kehilangan bapa terchinta
al fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat
Byk jugak tandatangan yg kakak kene tiru..hehe..
Semoga Allah permudahkan urusan kakak sekeluarga..dan al-fatihah buat arwah bapak dan ibu kakak..
Ya Allah kak...bagus family akak...semua sepakat... bile bace kes kerana wang pusaka...harta2...tanah2... yg direbut bile kematian org tua..sampai membawa pada perpecahan adik beradik sedih2 sgt....alhamdulillah..kedua org tua akak berjaya mendidik dan membesarkan anak2 dgn sempurna.....
alfatihah...moga semua urusan dipermudahkan ye kak....
Alhamdulillah....walaupun bapa tiada lagi, pasti berpanjangan pahala buatnya bila anak-anak soleh dan solehah yang ditinggalkan menguruskan peninggalannya dengan baik...
Alhamdulillah...semua urusan dipermudahkan.Al fatihah untuk arwah kedua makbapak kak zakie.Bertuah anak2 ada harta yang ditinggalkan ,bapak saya hanya tinggalkan kasihsayang saja.
Al Fatihah untuk arwah bapak dan mak kak Zakie...subhanAllah..syukur dan syabas untuk akak dan adik beradik...kerana menguruskan sebaik-baiknya apa yang bapak tinggalkan...moga sentiasa damai dia di sana dengan memiliki 8 waris yang ditinggalkan..waris yang sentiasa ingat biar berpisah jasad masih ada juga yang tetap menghubungkan antara yang hidup dan telah tiada iaitu ank2 yg soleh dan solehah..moga akk dan adik beradik terus erat silaturahim..terus mentadbir apa yg diwariskan dengan sebaik-baiknya..PC yakin..semua berkat asuhan bapak dan mak akk..alhamdulillah..
al-Fatihah.
skurgnya ada peninggalan dan akk semua guna ke arah kebaikan. inshaaALLAH
al-Fatihah. salam takziah untuk akak sekeluarga
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
alfatihah... bt arwah mak n abah akak
btl lah kak, ada sedih dlm gembira...
suke dana tgk adik beradik akak rukun betul, saling membantu lengkap melengakpi... hrpnya biarla adik badik abah n mak dana pun mcm tu jgk
Kak, semoga dilancarkan semua urusan, semoga jadi jariah buat almarhum bapak. Bapak sgt bertuah ada ank2 yg saling bekerjasama, tentu bahagia bapak di sana.
Alfatihah. Baguslah jika semua bersepakat macam tu. Semoga dipermudahkan urusan akak dan keluarga.
Terima kasih berkongsi kisah, kakak. Semoga dijadikan teladan kerana masih ramai yang anggap...bila jadi penama..maknanya itu hak dia. Semoga bapak sentiasa di dalam rahmat Allah. Al Fatihah untuk bapak kakak.
seronok tengok keluarga akak sentiasa rukun & sepakat dlm semua perkara..tenang arwah bapak di alam sana...
susah jg nak tiru tandatangan2 tu..hehe..
Alhamdulillah.. lega dapat selesaikan amanah Ayah kan kakak.
bukan senang nak pikul tanggung jawab sebagai pemegang Amanah nih. besar beban nye.
Takziah buat Kakak atas pemergian bapa tercinta. Zura ketinggalan sebab dah lama x buka blog.
Memang nak meniru tandatangan tak mudah kan.
Al-Fatihah.
Alfatihah..
Semoga segala amal jariah bapak dan mak akak diterima Allah..
Begitu juga lah saya sewaktu menguruskan tabung haji almarhumah mak.
Penama saya dan adik saya..
Adik saya tiada akaun tabung haji..
Jadi semua masuk dalam akaun saya...
Kemudian faraid simpanan tersebut..
Ada yang mengambil duit..
Ada juga yg sepakat buat batu nesan mak..
Dan saya pula akan buat badal umrah buat mak..
Sebab memenuhi keinginan utk mengerjakan umrah..
alhamdulillah dah selesai ye kak...tp bila teringat almarhum ibu bapa yg dah takde memang terasa dijerut2 hati ni..walaupun diri sndiri dah tua dan mnunggu masa juga...
alfatihah untuk semua almarhum ibu bapa kita ...moga syurga firdaus lah tempat mereka
Alhamdulillah adik beradik kakZakie semua sepakat walaupun ramai..urusan jadi mudah..
Ramai yang bergaduh sampai berputus sedara pasal harta pusaka..
Syukur alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah. ayahanda bunda kakzakie tenang di sana dgn kesatuan anak cucunya
Alhamdulillah dipermudahkan urusan tabung haji arwah bapak kak zakie..alfatihah untuk arwah bapak.
Alfatihah buat arwah bapak dan mak kakak. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Lega kan kak dpt selesaikan amanah arwah. Bagus adik beradik kakak sepakat semuanya.
Alhamdulillah...adik beradik kak zakie sepakat...alhamdulillah kak zakie sangat amanah...semoga alahyarham bapak dan almarhumah ibu kak zakie di himpunkan dikalangan orang2 beriman..Aminnn
Al-fatihah buat arwah bapak akak. semoga semua urusan akak dipermudahkan. memang bukan mudah nak tiru tandatangan ni.
Sedih ye kanda....bila tengok duit bapak, tapi yg empunya akaun dah tak de.
Alfatihah untuk Almarhum bapak...
Senang pulak urusannya ye kanda, terus pindah akaun ke penama.
semoga arwah bapak kakzakie...ditempatkan di kalangan insan2 bertaqwa..
sedih baca entry kakzakie...besar amanah pada kakzakie tu...alhamdulillah...kakzakie adik beradik semua seia sekata..itulah hasil didikan arwah bapak kakzakie...
Itulah kasih bapa sepanjang masa..syukurlah semua redha dgn pemberian arwah kan..semuga doa anak anak mnjadi peneman di alam sana amun
Alhamdulillah semoga damailah almarhum disana....aamiin
alhamdulillah.
seronok tengok adik beradik akak berbaik pakat
AL FATIHAH KEPADA YANG TELAH PERGI...SEMOGA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORG YANG BERIMAN...TAHNIAH SEBAB BERJAYA PEGANG AMANAH UNTUK ADIK BERADIK YANG LAIN...
Alhamdulillah... Smoga semua urusan dipermudahkan OlehNYA. Susah jugak nak tiru tanda tangan ☺
Semoga roh bapa kak zakie bersemadi dengan aman 😀
.
Baik persediaan dibuat aeal awal kan. Waris pun senang
alhamdulillah semoga dipermudahkan semuanya
alfatihah buat bapa kak zaki..bila tengok buku tabung haji ni..irda bersyukur tergerak hati buat potongan bulanan utk mak dan ayah dari gaji irda...hari tu bila makkeluarkan duit utk perbelanjaannya dia kata dia nangis terpaksa keluarkan duit tu sbb dia tahu dia baru tahu sy simpan sikit2 utk mereka..tp atas hal trtntu duit itu dikeluarkan jua..irda cuma minta mak doakan irda ada rezeki lagi..n terus menyimpan utk mak n ayah..
Bukan senang nak tiru tandatangab orang kan
Post a Comment