Pada hari Sabtu dimana kaum Cina meraikan Tahun Baru Cina mereka, kami pula meraikan hari ulangtahun Mak Zah. Anak-anak aku biasalah sebab sedari mereka lahir Mak Zah merupakan satu-satunya mak saudara yang sentiasa bersama kami, oleh itu kasih mereka kepada Mak Zah sudah seperti mama mereka juga. Tepat jam 12 tengah malam sebaik keliling rumah kami berdentam-dentum dengan bunyi mercun, anak-anak mengejut Mak Zah yang sudah lena semata-mata untuk mengucapkan "Sanah Helwah Mak". Terpisat-pisat mata Mak Zah melayan kerenah anak-anak buahnya. "Hadiahnya esok ye mak". Aku hanya tahu kisah mereka pada keesokan pagi bila Mak Zah memberitahu aku apa yang anak-anak buat kepadanya tengahmalam itu.
Doa - Papa tolong baca doa kami semua menadah tangan amin. Penuh pengharapan kami semua berdoa semoga usia yang Allah bagi pinjam ini dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. |
Dellisya - Cucu kami yang paling kecil pada hari tersebut. Dell suap mohon semoga usia nenek terus diberkati hingga ke jannah. Cucu saudara kami (cucu mama Leha) |
Sebenarnya kami meraikan ulangtahun Mak Zah di rumah Mama Leha. Oleh itu dapatlah semua berkumpul di satu tempat sambil berziarah abang Haikal sepupu kepada anak-anak kami yang terlantar. Jika di rumah kami sudah pasti Mama Leha tidak dapat menghadirkan diri. Oleh sebab itulah kami adik-beradik sepakat untuk meraikannya di rumah Mama Leha.
~~ Bila berkumpul adik-beradik ingatan kepada almarhum bapak dan almarhumah emak kian terasa. Buat mak dan bapak Al-fatihah... ~~
40 comments:
Selamat hari lahir Mak Zah. Semoga panjang usia dan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, kan KakZakie
seronok anak2 akka ada dua emak....
sian mak zah dh tdo kene kejut tgh2 mlm heheheh...
btl jgk cara akak sekeluarga sambut di rumah mama leha, dpt berkunjung, meriah kn rumah tu.... bwk je makanan tak la menyusahkan
selamat ulang tahun mak zah, semoga diberi kesihatan yg baik..amim, meriah ye bila berkumpul ramai2
Selamat Ulangtahun kelahiran Mak Zah...
semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik..
dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..Ameen...
Alhamdulillah. Semuanya sepakat. Kasih sayang yang ikhlas lahir dr hati yang tulus. Tahniah untuk kakak kerana mendidik anak2 dengan halus pekertinya. Semoga Mak Zah akan terus berbahagia dan.dirahmati Allah.
assalamualaikum kakzakie...selamat hari lahir mak zah...semoga sentiasa dipanjangkn umur dan diberkati Allah selalu...:)
agak kelakar pulak bila Mak Zah dikejutkan ketika sedang tidur...nakal jugak anak2 kak zakie ya..
meriah sambutan kak...alhamdulillah....gembira mak zah di rai dgn insan2 tersayang sekelilingnya.....
mate lieya ni dok tgk menu2 yg byk tu lah....meriah semua menu2 yg ade.... moga semua yg meraikan mak zah diberi keberkatan kerana menggembirakan mak zah...amin
Keakraban adik beradik pastinya mebuatkan ibubapa rasa bahagia...
banyaknye makanan bestnya. btw, nak ucap juga happy birthday kat mak zah. hhehe
SELAMAT HARI ULANG tahun mak zah...seronok kan..
Selamat hari makzah moga sht n bhgia selalu
Sanah helwah Mak Zah...moga keakraban ini terus menjadi erat..amin..
Banyak makanan disediakan...semua nmpk sedap.Alhamdulillah bila dah sepakat bertambah meriah.Semoga Mak Zah diberi kesihatan yang baik dan panjang umor nya.
Sanah Helwah Mak Zah...btul kan akk,bila berkumpul ramai ramai, pasti rindu pada yang dah xada...
Sanah helwah Mak zah...
semoga dimurahkan rezeki dan diberkati umur.
Hepy Bezday Kak Zah....moga Kak Zah sentiasa dilimpahi rahmat Allah.
Mcm mcm ha hidangannya. Makan ramai ramai sekejap je habis ye kanda...
Mesti seronoh Mak Zah tu, adik beradik dan anak sedara menyambut bezday dia.
selamat hari lahir mak zah.
wah meraih jugak sambuatan tu
Sanah helwah buat Emak Zah..
Semoga usia di rahmati Ilahi..
Serta diberikan kesihatan yg berpanjangan..
Itu yg sebaiknya kan kakzakie..
Berkunjung kerumah adik beradik sambil menziarah..
Kemudian sesama meraikan hari ulang tahun tu..
Anak buah akak dah keluar hospital..
Semoga segera sembuh ye kak..
selamat hari lahir buat mak zah..
rindu nak balik kampung jumpa mak...ermmm...
Sanah helwah Mak Zah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, diberikah kebahagiaan dunia akhirat. Ameeennn :)
Sanah helwah buat Mak Zah..
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Seronok bila berkumpul bersama keluarga.
Sanah Helwah buat Mak Jah..
semoga sihat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki...
bertuah mak Jah di kelilingi oleh orang2 tersayang...
(teringat saya ada mak saudara yg di panggil Mak Jah juga)
wah aktiviti makan-makan, i like...
Askm kak zakie ku sayang..rindu beno rasanya lama tak singgah..
Untung mak zah kerana dikelilingi insan insan yg menyayanginya..itulah nikmat Allah bagi kan..alhamdulilah
lamanya tak singgah blog akak..kak sihat? alhamdulillah smoga panjang umur mak jah..amin.
Wahh.. sanah helwah :) datang jenguk sini . hihi
Seronok berkumpul anak beranak
Sanah helwah Mak Zah.
Selamat ulang tahun kelahiran Mak Zah... semoga panjang umur..
Selamat Hari Lahir Mak Zah..
Wahhhh seronoknya raikan ramai2
Mak zah dh tinggal dgn kzakie semula yea. Yelah pada anak2 sedaralah tmpt menumpang kasih. Untung makzah dpt ank2 sedara yg baik dan sayangkan makzahnya.
Selamat hari lahir ye makzah
sedapnya makanan..sanah helwah mak zah
Hepi bday Mak Zah
Alhamdulillah..pertalian yh kukuh dan erat akan berkekalan hingga ke liang lahad..selamat ulangtahun kelahiran mak zah..semoga panjang umur dan beroleh kesihatan yg baik..
Sanah helwah mak zah. semoga Allah panjangkan usia dalam iman.. amin
alhamdulillah. dpt kumpul ramai-ramai.
slmt ulgthun mak zah..
Sanah Helwah buat Mak Jah, sedapnya kek.... :)
happy birthday makzah...
meriah sambutannya..bnyk hidangannya..
Post a Comment