Biar besar mana pun anak naluri seorang ibu-bapa tetap merasa anak masih perlu pemantauan. Begitulah selagi nadi masih berdenyut dan ada nafas tetap merasa anak-anak perlu dinasihat. Aku teringat almarhum bapak walaupun sudah terlantar dan abang aku (abah Din) sudah tua pun sebab sudah pencen tetapi bila masa bapak hendak bersolat mesti bertanya " Wes solat?" bermaksud "Sudah bersolat?". Hakikatnya bapak waktu itu sudah kurang peka dengan waktu sebab itu belum masuk waktu pun sudah bertanya. Dia tidak sedar sebenarnya kita yang sering mengingatkan dia ketika mahu mendirikan solat sebab dia sudah tidak dapat membezakan antara waktu zuhor dengan asar, maghrib dengan isyak. Sering kita yang mengingatkannya."Sekarang bapak solat zuhor ye." Itulah contohnya. Tetapi itulah dikatakan sebagai ibu-bapa dalam keadaan uzur masih ingat lagi mahu mengambil tahu hal anak.
Tempohari apabila anak dara aku menghulurkan duit setelah mendapat gaji aku terkedu. Aku berkata "Tak payahlah mama lebih dari cukup". Tapi dikatakan dia sudah niat apabila sudah mendapat gaji dia pun mahu menjadi seperti mama/papanya juga yang memberi sedikit imbuhan buat atok dan neneknya dulu. Aku sedih sebenarnya sebab mahu dibandingkan apa yang dia dapat berbanding dengan aku jauh panggang dari api. Tetapi sebagai memenuhi kehendaknya aku ambil juga walau tanpa diketahui ada sendu di hatiku ini.
Mungkin naluri anak perempuan begitu sebab aku juga anak perempuan dan aku dapat merasakan anak aku punya rasa seperti apa yang aku rasa dulu. Apa yang membezakan aku dilahirkan dengan serba kekurangan. Anak sekarang celik mata semua serba ada. Hanya kasih dan sayang itu tetap sama. Keinginan mahu memberi kepada ibu-bapa tetap ada. Naluri anak yang sudah matang itulah yang sama. Namun sebagai ibu-bapa rasa tanggungjawab ke atas anak-anak tetap ada selagi nadi berdenyut dan belum dijemput izraeil sebagaimana almarhumah mak dan almarhum bapak dulu.
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar.” (Al-Anfal ayat 28).
~~ Sekadar renungan bersama.~~
40 comments:
sy pun sendu membacanya kak...indahnya bila anak dah besar..walaupun xbanyak..kdg2 pemberian dr anak.itu lain rasanya kan kak..
Alhamdulillah...mudah2an berkat gajinya...
Alhamdulillah menjadi anak yang solehah.
Jadi contoh yang baik untuk adik-adik nanti.
betul kak.
nak sangat bagi kat parents.
tapi malu yang amat tau - sebab tau bagi tu tak seberapa banding apa yang diaorang dapat monthly.
hihihi.
so apa saya buat - saya buat potongan gaji kat tabung haji utk diaorang.
so bila setahun sekali abah ibu p hapdet buku - waaaahhh nampak lah banyak sket. kih kih kih.
tp mak abah bukan nak sangat duit anak2.
cuma seronok bila dapat dari anak-anak : tu tanda anak-anak ingat depa ada lagi mak bapak.
biar sedikit janji berkat.
kan kak kan...
Benar tu kak..
Kita contoh pada anak2..
Baik contoh yg diberi...
Baik juga lah ikutan anak2..
Teringat pula kata2 Najeeha..
Bila besar nanti nak beli rumah utk mama hahaha..
Cukuplah hadiahkan mama hadiah rumah di syurga nanti wahai anak..
Jadilah anak yg solehah dan taat pada perintah Allah..
Alhamdulillah. Biasa anak perempuan mmg lebih memberi daripada anak lelaki. Pada pandangan saya lah :) hihi.
Betul kak budak2 sekarang lahir je kesenangan dah depan mata, ipad dah tersedia... kita dulu lahir2 bersusah payah dulu
Saya sedih la kak..sebab saya bukan anak yang terbaik tak mmapu nak bagi mewah2 pada ibu dan abah saya ;(
huhuhu btl kak...
sya selalu ingatkan adik2 sya klu gaji jgn lupe mak abah...
lps belajar keje dulu bg mak abah rasa gaji kite, ssh senang dia bsrkan kite... jgn sibuk nk bercinta2 je
Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Betul tu naluri anak2 pompuan ni lain sikit kat.. mcm mana pun nak bagi sikit kat mak ayah
betul, biarlah sedikit, tetap juga nak berkongsi dengan org tua...bg rietta, itu dah jd tggjawap anak...
anak perempuan lebih rapat dari segi emosi dgn ibu bapa kan kak?walau dah kawen beranak pinak ada tautan emosi..
saya pula rasa sedih membacanya kak...bagus anak akak
Betullah kakzakie,anak2 perempuan ni mungkin naluri nya seperti kita .Teringat kat iqa dan fateha setiap kali dpt biasiswa pasti tranferkan pada kami dulu...huhuu .
Ibu bapa tauladan paling dekat dengan anak2...asalnya sekadar memandang setiap tindak tanduk ibu bapanya kemudian tiba saatnya dia akan melakukan juga..baik yang ditunjukkan,,baik hasilnya..kalau sebaliknya..sebaliknya juga berlaku..alhamdulillah..syukur...
Syukur Alhamdulillah, anak-anak yang baik adalah hasil didikan yang baik
anak kak zakie dah kerja ke? alhamdulillah..merasa juga duit anak kan..
Alhamdulillah....sedih pulak baca entry ni..ingtkan mama saya...sebelum kahwin dulu ada lah duit setiap bulan daoat bagi...dah kahwin ni jarang-jarang sekali bagi...doa aje selalu semoga mereka sihat dan dipermudahkan urusan
alhamdulillah kak... anak2 perempuan ni caranya lain... lebihkan mak dan ayah... apapun nak buat semua tya mak dulu... ada rezeki lebih nak berikan pada mak dan ayah...
biasalah kak...
kita pun mcm tu juga dulu2kan...
sekrg ank2 ikut contoh yg baik dari didikan...
alhamdulillah
Salam jumaat anak kakzakie warisi didikan sempurna ibu n ayahnya.
Alhamdulillah... tak tahu kenapa jadi sebak baca entry ni. Teringat keluarga sendiri...
alhamdulillah kak...anak-anak sudah membesar dan ingat tanggungjawabnya...
ianya datang dari contoh yang terbaik
Alhamdulilah kak..sikit atau bnyak bukan ukuran...ingatan tu yg sebenarnya..agar semakin berkat rezekinya
entri ni mengingatkan sy pada mak dekat kampung..
tiap kali sy hulur duit mak mesti tanya sama ada sy ada duit ke untuk diri sendiri atau takda. mak tak pernah minta tapi memang sy ikhlas bagi.. rasa itu dah memang tanggungjawab sy sebagai satu-satunya anak yg masih bujang hehe
Alhamdulillah Kak, terharu hati bila mengetahui yang anak anak ingatkan kita kan?
ambil berkat memberi kpd org tua...
acik pun seolah olah terlupa yang anak2 dah meningkat dewasa..masih jugak bertanya seolaholah anak masih bersekolah rendah..itu ibu kakzakie
semoga bertambah rezeki kerana sentiasa mengingati orang tua yg memelihara sejak kecil
Hati anak perempuan ni lain sikit..jika boleh mahu di kongsi segalanya bersama ibu..
Alhamdulillah..semoga anak2 sentiasa selamat dan dimurahkan rezeki..
Alhamdulillah. itu petanda dia seorang anak yang baik dan bertanggung jawab.
ibubapa tu cermin anak2. Kalau dah biasa kakzakie dan suami memberi pada atok/nenek mereka dulu, pasti anak pun nak buat benda yg sama.
sebagai emak kita mesti taknak pemberian duit tu tp sebagai anak pula mesti nak memberi sebagai hadiah kpd emaknya.
sayunya baca entri kak hari ni. memang amat senang air mata nak keluar bila menyentuh bab mak ayah, dan anak2. sampai sekarang pun parents ain sentiasa ada bila mana kami sekeluarga memerlukan bantuan. huhu
Apa yang kita lakukan pada mak ayah kita...akan menjadi ikutan pada anak2 kita...kita menjadi contoh pada mereka...contoh baik kita beri...itulah ikutan mereka..
Moga perjalanan anak2 menjadi mudah atas doa ibubapanya.
Sayu pulak baca entri ni kanda.
Samalah dengan mak dinda, kalau kita masak ke apa, dia tetap nak bagi tahu mcmam ni , macam ni....padahal kalau kakak dinda yg sulung tu dah 70 tahun pun kanda. Gitulah.... mcm kitalah, ibu ayah kita, tetap memandang kita mcm kita masih kecil lagi...
Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki lagi untuk anak-anak kak zakie
Alhamulillah, sejuk perut ibu mengandung.
Ada anak2 yang gaji ribu2 pun hujung bulan mintak mak bapak topup.
Alhamdulillah...bole jadi pljran utk yaya juga ni.yaya pun masih ada mak ayh.
Alahmdulillah juga, walau gj xbesar mana,dapat juga bagi sdikit kat mak yaya.
sentiasa doa mura rezki spy dpt bg ksenangan kt mak ayh nti.cukup la mereka da bkerja ssh pyh
besarkan ank2 dorang ni..bila da xkerja,ms ni la ank2 pula buat perkara yg sama utk mereka,kan.
Post a Comment