Cuti tiga hari saja buat adik sudah kena balik bersekolah semula.
|
Malam - Biasalah bila anak-anak semua ada di depan mata ada saja agenda masing-masing. Ke Plaza Angsana untuk membeli buku dan stationery. Mereka berposing, mama pula 'curi' gelagat mereka. |
|
Perjalanan - Biasalah bila balik ke asrama ada membawa bekal. Tetapi kali ini boleh adik kata sudah lapar. Lalu bekal dimakan di dalam kereta. Kalau mama tahu akan di makan di dalam kereta acar yang mama buat boleh dibawa. Bimbang basi itu yang bekal sebiji timun. Tengoklah adik makan timun dengan menggigit saja😀 Mama masak nasi tomato. ayam masak merah dan acar. Tetapi yang bekal adik ini mama tumiskan sayur kobis. |
|
Durian - Singgah di bandar sebelum ke asrama adik. Rasa yang pahit-manis dengan isi yang tebal sangat puas. |
|
Tidak habis - Membelinya dua biji tapi separuh lagi tidak termampu dihabiskan oleh kami bertiga. Bungkus plastik tebal-tebal masuk dalam kereta bawa balik JB. |
|
Jiwa muda - Sepanjang perjalanan kami banyak mengulas isu ini disebabkan ketika dalam perjalanan kami ditemukan dengan gelagat dua anak remaja begini. Semoga mereka cepat sedar akan kesilapan ini kerana cara ini bukan saja membahayakan diri mereka tetapi juga pengguna jalanraya yang lain. |
Perjalanan sebagai anak remaja masih panjang lagi itu yang selalu kami mama/papa berpesan kepada anak-anak. Pasti ibu-bapa remaja itu pun tidak mahu anak mereka berbuat begitu. Bukan mudah mahu memantau anak-anak yang berada diluar. Pendidikan sudah diberi bukan saja di rumah bahkan guru-guru setiap hari mendidik tapi masih ada juga anasir begini terjadi. Sebenarnya sudah tiba masanya kita kena 'jaga tepi kain orang' tetapi siapa yang berani dan mampu? Silap bersuara boleh naik-turun mahkamah.
~~ Mendidik dan menasihati anak tidak boleh ada istilah putus asa.~~
45 comments:
Masa masa yang seronok kan kakzakie dapat sediakan bekal untuk anak2 balik asrama..
Suka tengok adek berulam timun...kalau budak2 kat rumah ni biasa nya tolak tepi ,maknya je yg tukang perabis.
Kesian kan ibubapa mereka bila berlaku pekara tak diingini.Anak muda ni ingat seronok dia je...tak ingat pekara bahaya ,bukan saja menyusahkan diri sendiri kelak malah pada orglain juga.
kak....motorist muda mudi sekarang ... dekat highway pun mereka buat aksi superman terbang atas moto.
siap gula lane palinggg kanan.
geram betul rasa.
kadang diaorang buat perangai, orang lain yang terima musibah.
huhuhu
nyum nyum...
sedapnya nasik tu...
dan durian...
walla...
Kadang2 bila tengok budak2 yg sebegini rasa kesian pun ada sbb kebanyakkanya orang kita. Didepan mata bahaya sedang menunggu tp mereka tak sedar.
sedapnya durian kak. kat mana beli tu?
Sedap nampak durian tu kak
Sedap nampak durian tu kak
aduhai....durian tu menarik perhatian nieyl btl la...
sedapnya laaaa...
sedap pulak nengok adik mkn ngn ulam timun gitu hehehe...
sedapnya durian tuh kak... mmg nampak ketebalan isi nya tuh...
yelah mmg slh anak muda tuh naik moto cara tuh, mungkin nk ke bengkel jauh jd itu yg sorang kwn tolak motornya gitu kak...
cumanya sebaiknya guna lorong kiri sekali kot, di lorong kanan kan org nk laju
cuti sekejap saja adik....sedap bekal mama tu....dah musim durian erk sekarang....
betul tu kakzakie, dlm mendidik anak2 tak boleh berputus asa. jgn sesekali mengalah dgn anak2..
sedapnya nasi tomato, dah lama tak makan.
- Puas Adik makan masakan mama...
- Durian itu sangat menggoda selera...
- Kakcik beberapa kali 'terserempak' dengan anak muda yang membawa motor sambil meniarap dan sangat laju. Tergamam sampai tak sempat hendak dirakam...
Bila duduk asrama ni makanan yang mak masak la yang paling sedap... Duduk asrama bukan semua lauk kena selera kita.. tapi terpaksa makan sebab taknak lapar..
Adik makin comel sambil menggigit timun...durian sudah bermusim ya...sedapnya. Anak2 remaja bermotor lagak berani bagai xsyg nyawa
Betul kak, perjalanan anak-anak ini masih panjang, kita orang tua perlu selalu mengingatkan yang baik dan buruk. Wah, sedapnya durian tu..:)
paling win, durian tuuuuuu, tak boleh tahan
sedapnya durian tu pahit2 manis.
AKAK. SAYA pun suka makan timun macam tu jer.. tapi hanya timun yang kecik jer la & yang kaler hijau tua.. hehe
memang agak merbahaya tolak motor macam tu..tapi mungkin takde pilihan lain.
durian tu kak durian!
Salam Kak Zakie...durian tu memang menggiurkan..bukan remaja je...kadang orang2 tua pun masih ada yg buat macam ni...
gini agaknya kan kalau duk asrama, macam kakak dkna dulu kalau pergi melawat dia kat asrama kemain seronok dapat makan makanan yang ma masakan.. bila time nak balik, nampak sayu jer muka kakak..
assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok durian akak ni...teringin pula nak mkn durian...:)
Waktu macam ni baca entry ni terus buat perut semakin lapar jadinya.
Tengok pada mereka yang bermotosikal tu, sepatutnya ambillah kane paling kiri.. sekurang-kurangnya mengurangkan rasa bahaya terhadap diri dan juga pengguna yang lain.
Sedapnyaaa nasi tomato, durian. Heheh. Terliur tengok 😁
Geram pulak tengok durian tu kakzakie..
Dah musim durian ke di Johor..
Perjalan yg jauh bagi anak muda..
tetapi mereka tidak memikirnya kan kak..
Baru ni anak taman perumahan sebelah..
Meninggal exciden motor lah..
Terbabas membawa motor berkuasa tinggi yg dipinjamnya..
Ngeri saya tengok..
Bgmn ibubapa nak pantau jika mereka diluarkan..
terliurnya tgk durian tu...dah lama jugak tak merasanya hehe
Syahdu nyerr...teringat dulu masa anak diasrama..kalau melawat wajib bawa makanan dan minuman...
Durian tu mengancam la kak zakie..
Minta di jauhkan anak2 kita membahayakan diri sendiri dan orang lain...
Setuju dengan akak. anak-anak ni memang kita sentiasa kena berpesan dengan diorang. Walaupun dah dididik dengan sempurna tapi tu lah banyak anasir dan pengaruh luar mereka boleh dapat.
Assalam Kakzakie, durian tu durian sini atau durian siam???
lama tak makan nasi tomato (lama tak buat benarnya, hehehe)
sikap menunggang motor mcm tu kat kaw umah sy pun ada kak, rasa nak....
Adoi Kak dah bertahun saya tak makan dereyan...Ni semua pasal satu rumah tak makan dereyan...takpa nanti saya pi makan kat gerai tepi jalan bagi puashati. Balik sendawa bagi satu rumah kecoh...hahahahahahahahah
Assalamualaikum Kakzakie,
Sayu tengok Adik makan penuh semangat sebelum balik ke asrama..
Kak, cantik isi durian tu, gebu mesti sedap.. :-)
Gelagat remaja bermotor tu memang ada kat mana2. Bukan setakat di johor. Silap2 dalam hutan oun ada.
Gelagat remaja bermotor tu memang ada kat mana2. Bukan setakat di johor. Silap2 dalam hutan oun ada.
Part nak kena hantar anak balik asrama mesti sedih ye kanda.
Betul tu kanda ....ada masanya dinda pun rasa mcm putus asa dengan anak anak ni walaupun bendanya kecil dan remeh. Selalu berdoa moga Allah beri ketabahan hati dalam mendidik mereka.
Kalau bukan kita siapa lagi ye kanda, anak kita...
Air tangan ibu lazimnya sukar ditolak kak..kentang pun boleh jadi lapar...hihi...betul kak..dilebuheaya lazimnya begitu..adakala kecut perut kita ini tapi mereka santai bersahaja..
malam-malam tengok durian , meleleh air liur ... masa saya pergi ke penang , jumpa sekumpulan remaja merempit baring atas seat motor mcm superman di highway . maka yg pandu keta ni kena jaga motor jgn sampai terlanggar ... ermmm
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Memang betul kak, kena jaga tepi kain orang kerana kita jidup bermasyarakat. Perlu ada tegur-menegur iaitu dengan maksud amar am`ruf nahi munkar. teringat kata2 seorang ustaz dalam kuliah, "kita kena jaga tepi kain orang, yang tak bolehnya jaga dalam kain orang!"
sedapnya tengok durian tu kaka...feberet ema.isinya tebal. memang bahaya gelagat anak muda yg bawa motor tu. dahlah line paling kanan dia bawa.
selalu nampak dorang buat camtu kak..tp kalau tgh2 mcm tu mmng sgt la bahaya...aduii
ain pun suka gigit timun macam tu ja. buat ulam. sedap. yg durian tu sangat menggiurkanlah kak. dah lama jgak tak makan durian ni. susah nak cari yer sekarang bukan musim.
sedapnya menu bekal adik.
timun jepun ratah pon sedap kak
durian .kuningnya..
saya suuka yg lembik lembik sikit
lain orang lain citarsanya kan
terimakasih atas peringatn bersama itu..
skrg pon tgh berusaha didiks ifat sabar dalam diri melayan kerenah rania.
2 tHun 6 bulan makin panjang akalnya..
jenuh melayan
Kalau kita ambil yang positif, gelagat penunggang motor tu sebenarnya ada sebab. Motor yang ditolak dengan kaki oleh penunggang sebelahnya sebenarnya tak hidup kerana kehabisan minyak. Penunggang yang prihatin itu menolak motor tersebut sehingga ke petrol pam. WP pernah mengalami keadaan semacam ini apabila kehabisan minyak di perjalanan.
tempting betul tengok durian tu
nampak durian jee ^o^
Post a Comment