Wednesday, February 8, 2017

Hijau kuning dedaun

Puding ini bukan puding makanan tetapi ini merupakan species pokok bunga. Mengapa dinamakan pokok puding aku pun kurang arif. Tetapi yang pasti dedaunnya yang berbagai bentuk dan warna itulah yang menarik mata memandang. Untuk kali ini aku paparkan yang berwarna hijau dan kuning, pokok bunga puding hasil tangan kakak aku, Mama Leha.

Hijau-kuning 1 - Warna kuning mendominan warna hijau. Lebar dan keras.
Hijau-kuning 2 - Berjalur antara kuning dan hijau mengikut bentuk daun yang memanjang.
Hijau-kuning 3 - Berpintal dan bundar bentuk daunnya. Warna kuning sekadar di tepi dan alur tengah daun. Sedikit sepahan warna kuning di sana-sini.
Hijau-kuning 4 - Pecahan dua warna di atas daun yang comel. Membentuk pecahan abstract.

Hijau-kuning 5 - Daun yang panjang tirus. Tidak semua daun mempunyai rona wana yang sama. Ada yang didominan dengan warna hijau dan ada juga yang didominan dgn warna kuning.
Hijau-kuning 6 - Daun lebar panjang meliuk. Kebanyakan warna kuning berada di tengah-tengah daun. Manakala warna hijau duduk di bahagian tepinya.
Maha berkuasanya Allah daun pokok pun boleh bervariasi. Selain bau yang berbeza warna dan bentuk juga pelbagai. Begitu juga dalam berjuta-juta jenis pokok setiap satu mempunyai bentuk dan warna yang berbeza. Kalaulah ada warna merah dan biru mengikut warna JDT aku rasa padang Larkin pasti akan menanam pokok tersebut. Untuk yang ini aku rasa sangat sesuai untuk negeri Kedah.

~~ Bila hasil tanaman subur bukan hati saja puas tapi mata juga sejuk memandang.~~

9 comments:

idzwa kamaruddin said...

Cantik-cantik daun pokok akak ;)

Jemput baca dengar adik berceloteh kak.

Khairul Bariah said...

Pokok puding ni salah satu pokok bunga yang senang nak biak kan, KakZakie. Selain tanam dalam pasu, boleh juga dibuat pagar. Ataupun org tanam atas kuburan. ^_^.

Warna hijau kuning saja dah banyak jenis. Apatah lagi yg berwarna lain tu. Mmg canti kalau dikumpulkan.

SalbiahM said...

Arwah makcik saya dulu suka tanam pokok puding. Katanya cantik dan senang dijaga.

QasehnyaRania said...

cntik cntik dan pelbagai warnanya

yang penting hijau kuning negeri ku. hihihi

Warisan Petani said...

WP ada juga tanam sebahagian pokok2 puding tu di sekeliling rumah.
Tanam dalam pasi, atas tanah dan sebagai pokok pepagar.

Ogy said...

Arwah mak ogy ada tinggalkan sepohon pokok bunga puding yg mcm gambar bawah sekali tu...

Jie Susanos said...

kuning yg mnarik..

sayangnya rumah jie xdpt nak tanam bunga2 ni..

nOe suhaimi said...

banyak jenis juga yang ditanam yer..

hainom OKje said...

Puding gambar no 2 tu cantik...