Sedap - Mee rebus yang kami suami-isteri nikmati. Kalau anak-anak biasa suka mee karinya. |
Mendepani kehidupan dalam dunia serba canggih dan penuh teknologi moden tidak menghalang isu berdepan dengan perlakuan bersifat jahilliah. Bukan bermimpi tetapi ini adalah realiti. Perbualan berbasa-basi tanpa diduga terjahan kami secara berseloroh adalah satu realiti.
Hubby: Cuti panjang bukan main abang tengok. Makan angin ke mana?
Tuan kedai: Eh... saya tak ke manalah bang. Sejak Hari Raya ketiga sampai hari ini tak cuti-cuti.
Hubby: Jangan main-main dik. Abang dengan kakak tiap kali lalu toleh sini asyik tutup aje. Jangan ada yang cuba main cak-ba dik (Hubby aku biasalah suka berseloroh).
Tuan kedai: Saya rasa ini dah dua customer yang cakap samalah bang. Hari itu driver lori yang cakap, ini abang dengan kakak.
Aku pandang hubby dan hubby pula memandang aku. Sewaktu aku menjemput adik tempohari juga sudah bercadang untuk singgah sebab kawan adik yang menumpang sama juga mahu merasa. Niat di hati mahu singgah makan mee kari kegemaran adik tetapi tidak kesampaian. Benar sudah berkali-kali setiap kami lalu apa yang kami lihat kedai ini tutup. Kali ini kami dapat singgah di sini setelah menumpang bersolat asar di sebuah petrol kiosk yang berdekatan dengan kedai mereka. Ketika kami menyusur tepi jalan dan lalu betul-betul di hadapan kedainya kelihatan kedai sudah dibuka itu yang kami singgah sebab sudah lama merindui masakan airtangan si isterinya yang sedap.
Apa pandangan kita? Berasa syak-wasangka? Menuduh ada yang mendengki? Kenapa? Rasa simpati pula bila dikatakan keluarga mereka sering diuji sehingga suatu ketika dulu isteri dan anak-anak tidak dibenarkan ke kedai bimbang kesihatan yang mengganggu keluarga. Aku dan hubby tidak mampu berkata apa-apa. Sekadar menasihati kepadanya untuk sentiasa berada di landasan yang dibenarkan dalam agama. Bimbang juga apabila sifat jahilliah dilawan dengan jahilliah akibatnya kekufuran yang diperolehi. Na'uzubillah..
~~ Apabila melihat bangsa sendiri berjaya sebaiknya bersyukur bukan iri.~~
48 comments:
Allahu..
Ada juga yg buat macam tu lagi ye kakzakie..
Ditutup pandangan orang yg melihat kedai tersebut tutup..
Pada hal kedai tersebut buka ya kak..
Mengapa ada hasad dengki macam tu kan..
Jahiliah kembali semula tu kak..
Semoga peniaga tersebut sentiasa dilandasan yg benar.
p/s Kedai Jurutera yg akak cerita di entri yg lalu ke kak..
Kasihannya. Kenapalah ada sifat macam ni sesama bangsa.
Semoga ada kebaikan selepas ini.
Zaman ekonomi tengah down ni ada baiknya kita bermaufakat.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
masih ada yang bersikap begitu dalam zaman ini ya kak.tak mahu bersyak wasangka saya ni tapi perkara macam tu tak mustahilkan
kes cam ni saya baru tahu kak. kena kat kedai jahit dekt rumah saya. tapi memang betul saya lalu saya nampak tutup aje. saya risau sebab saya hantar baju situ. rupanya jadi kes camni. ramai lagi buat benda camni, tak tahu dosa.
tak sangka zaman ni ada lagi org kita yg dengki dan iri hati dengan perniagaan org lain...mcm manalah bangsa kita nak maju kan kak
zaman moden pn ada lagi kepercayaan khurafat ..huhu
Sedapnya kak mee rebus. Allahu, gitu lah kak kalau orang ada perasaan dengki ni. Macam macam dia buat.
zaman moden lagi canggih juga kekurafatan manusia ini kak...
Allahuakbar.
kesiannya kalau begitu kejadiannya.
masih ada lg sikap iri hati.
AllahhuAkbar!
Dulu ada sebuah restoran yang kakcik suka pergi sebab menyediakan masakan ala kampung. Tapi selalu juga bila kakcik dan suami pergi restoran itu kelihatan gelap / tutup. Bila tanya kepada tuan punya restoran, ada 'sesuatu' yang diceritakannya...
Tak lama pun kami dapat mengulang makan di situ bila akhirnya ia ditutup terus. Kemudian kami jumpa pemilik restoran itu berniaga di bawah pokok. Itu pun tak lama.
Allah jugalah Yang Maha Mengetahui...
Kesian tuan kedai tu ya kak!
Semoga orang yang buat kerja jahilliah itu akan insaf dan kembali ke panggal jalan.
Tak sangka nya zaman moden sekarang ni masih ada kes2 begini...kesiannya pada si mangsa tertutup pintu rezeki mereka.
Perniaga2 bangsa lain biasanya bersaing secara sehat ,sebaliknya kita sebangsa seagama saling berdengki .
apasal meremang bulu roma baca ntry akak nih... huhuhu
gini lah org kite ye kak, kalu nmpak maju skit ada yg suke dengki, bkn nk tuduh2 tp selalunya gitu...
moga tuan kedai tu kuat n sentiasa meminta bantuan dariNya
jahiliah zaman skrng akhir zaman lagila kritikal kan kak...ermmm
banyak jugak kes macam ni... busuknya hati manusia
SIFAT IRI MENYIHIR SESAMA MANUSIA SUDAH SEKAN LAMA BERLAKU BERTERUSAN ZAMAN BERZAMAN KDG XTERJANGKAU DIK FIKIRAN KITA
kesian tuan kedai tu... semoga dimurahkan rezekinya.
risau juga dengan keadaan sekrang...walau zaman serba moden, masih ada yang jahiliah...
tak sangka pulak ada lagi kes macam tu kat zaman moden ni...
Dlm zaman moden skrang... Masih ada kes seumpama ni.. Apabila manusia memilih utk ikut cara y salah.. Moga peniaga tersebut trs dimurahkan rezeki hendakNya
akhir zaman,,,orang semakin bijak tetapi jahil...
Allahu..sian ngan tuan kedai..semoga Allah melindungi mereka sekeluarga
Perkara sebeginilah yang sangat-sangat menyedihkan kak...ralat rasa hati..moga kita terhindar dari perkara-perkara sebegini..ameen.
Allahuakbar...
Kesiannya kat pemilik kedai tu...
Susah juga bila ada PHD ni.. huhuhu
Kesian sangat. Kenapalah nak dengki-dengki. Semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Allahuakbar...berdengki dalam bisnes lah ni kan... kebanyakkan lah bila tengok maju sikit, mulalah nak menjatuhkan dengan cara halus... moga dimurhakan rezeki abang yang berniada mee rebus sana kak.
Ya Allah jadikan ini semua sebagai iktibar dan pengajaran..
di kuala kangsar pun banyak kes-kes macam gini kak..semoga tuan kedai tu sentiasa dekat pada Allah
Erm, masih lagi ada ke macam ni? Tak sangka ye kak..Sedih la kalau betu la ada lagi yang masih buat camni..
semoga tuan kedai bersabar dan dilindungi Allah drpd pendengki2..
Hmmmm kesiannya kalau ada orang dengki. Yang mendengki ni pun satu juga. Tak percaya ke rezeki tu Allah dah tetapkan? Kadang-kadang ramai yang tak percaya benda ni tapi bagi yang pernah mengalami memang betul2 terjadi.
Orang kita biasanya itulah penyakitnya ye kanda. Tak habis iri dengan kejayaan orang lain. Rezeki tu kan Allah yg bagi. Kalau bukan diberinya rezeki wang ringgit mungkin kita melimpah ruah dengan rezeki lain...
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Baca sekali tak faham lagi, bila baca kali kedua barulah faham apa yang mahu disampaikan melalui entry ini. naifnya saya heheh.
kalau benarlah begitu, moga tuan kedai tersebut diberikan kesabaran dan ketabahan. Manakala yang jika betul ada yang berbuat onar, moga bertaubat. Apa pun, semuanya di dalam ilmu dan iradat-Nya. Wallahu jalla a`lam
penyakit bangsa melayu.
semoga keluarga ini terus dimurahkan rezeki.aamiin
Suspen kan.. happened sekali kat kedai saya..
alhamdulilahh cepat2 kita usahakan.
semoga ALLAH sentiasa melindungi kita.
masih ada lagi yg amalkan khurafat n percaya kpd benda2 syirik pd zaman moden skrg. jahat n jahil tul!
Jahiliah jenis ni sampai kiamatlah agaknya. Kedai anak saya pun tak terlepas dari terkena benda begini.
Allah..kenapa dengki sangat dengan rezeki orang lain :(
Biasa dengar keadaan seperti inikan.
Kadang2 mengalaminya sendiri.
Bukan setakat tutup pandangan, tetapi hantar penyakit sekali.
Betullah ni sikap orang2 jahiliah moden.
selagi ada rasa hasad dengki, iri, dendam dan sakit hati ni..selagu tulah khurafat akan tetap ada. sy pun ada jugak saudara yg terkena mcm tu.. pelanggan nampak kedai tutup sedangkan kedai beroperasi hmm
Sllu kedai mkn mesti jd cmtu..rmai lg yg buat perkara2 syirik cmnie sbb dengki n nk jatuhkn org..nauzubillahminzalik
Moga mereka kuat dan tabah dalam mendepangi masalah.
Moga mereka diberikan kesihatan yang baik dan moga dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak baik mendatangi mereka sekeluarga. Aamiin..
AllahuAkhbar..
hati manusia ni mmg xde org tahu melainkan DIA kan..
kita buat baik pun org dengki..
begitu rendah tahap agama dlm diri manusia
bila berniaga mmg tak lari dari kejadian seperti ini...sifat dengki sesama manusia...
Allahuakbar... zaman dah canggih macam ni pun masih ada yang dengki. Kesilapan orang kita, bila saudara seislam berjaya, kita mula iri hati... Allah... 😢
Kalau tengok cerita di tv dan wayang. Memang tak hairan
.
Masyarakat kita suka benda cam ni
Hebat sis
Tahniah
Thaniah sobat
salam berkunjung
Harian Teknologi
Post a Comment