Friday, February 17, 2017

Keputusan SDKA vs UPKK

Petang semalam ketika sedang bersiap sedia untuk balik dari pejabat telefon berdering lagi mohon diangkat. Kedengaran di hujung talian suara adik. Keputusan SDKA (Sijil darjah khas agama negeri Johor) sudah keluar. Tetapi sebab adik berada nun di asrama dan hanya akan balik pada cuti semester bulan Mac kelak, pastilah dia mahu juga tahu keputusannya dulu. Waktu untuk sekolah agama tempat adik menduduki peperiksaan biasa berakhir pada jam 6:00 petang. Terus saja aku meminta bantuan hubby untuk ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan adik.

Alhamdulillah adik mendapat pangkat satu, walaupun pembelajaran adik banyak tersekat sebab adik tidak dapat belajar penuh setiap sabtu. Ini kerana apabila balik JB sebulan sekali baru dapat ke kelas yang hanya diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh sebab itu walaupun aggregat adik berbelas kami tetap bersyukur. Al-Quran adik dapat 1. Lain-lain banyak 2 dan 3. Ada satu mata pelajaran adik iaitu Faraidh adik dapat 9. Kena ketawakan kakak😀


Selain membawa slip keputusan peperiksaan pihak sekolah juga menyampaikan surat jemputan untuk kami menghadirkan diri di hari konvokesyen yang akan dilangsungkan pada 22 Mac akan datang. Pembayaran dan keputusan kehadiran perlu diserahkan sebelum akhir bulan ini. Cantik perancangan sekolah adik sebab rata-rata yang mendapat keputusan seperti adik semuanya berada di sekolah berasrama penuh. Tiga kawan baik adik semuanya juga sama. Seorang di MRSM Pontian, seorang di Sek Tun Fatimah dan seorang lagi di Maahad Mersing.



Aku tahu adik lega sebab mendapat keputusan yang sama dengan dua kakak-kakaknya dulu. Tidaklah rasa rendah diri jika pencapaian tidak sama. UPKK pun adik dan kakak mendapat 8A. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk adik terus gigih dalam pembelajarannya. Pihak sekolah adik sudah tentu lebih gembira lagi apabila diwartakan sebagai sekolah terbaik tahun ini untuk zon kawasan kami,


Sebenarnya bukan adik saja yang lega, Makan tenghari ini pun aku rasa berselera. Hari ini aku membawa bekal nasi ayam. Ambil gambar pagi tapi makan tengahari nanti.

~~ Anak gembira ibu-bapa dan guru-guru berlebih lagi gembiranya.~~

39 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah, tahniah adik tahniah kakak sekeluarga ;)

Hari ni saya bekalkan Eady je sebab cukup 1 bekal je..hehee..selamat menjamu selera nanti ye kak.

nohas said...

Alhamdulillah, tahniah adik..semoga adik terus cemerlang..

Humaira said...

Alhamdulillah tahniah adik sedapnya nasi ayam tu..berselera tgknyA..hihi

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah dan tahniah adik..sejuk perut ibu mengandung..

Acik Erna said...

Tahniah adik jugak tahniah buat kakzakie

Khairul Bariah said...

tahniah Adik! Anak2 kakzakie ni memang kategori cerdik, jarang2 dapat masuk kelas pun boleh berjaya dgn baik...

UPKK Amirah baru2 ni dpt 7A1B saja.

PeRdU cINta said...

SubhanAllah..alhamdulillah...syukur..syukur..syukur...tahniah kak Zakie dan suami..kerana ibu bapa tunggak utama anak-anak di rumah..disokong dengan guru-guru disekolah..dan untuk adik juga...sangat-sangat tahniah acik PC ucapkan ya..selagi mana adik bawa Allah..mama papa dalam kehidupan selagi itu inshaAllah kejayaan bersama adik..

raihanah said...

alhamdulillah tahniah adik dan kak zakie pun sama. semoga terus cemerlang

I am LZ said...

Alhamdulillah Adik berjaya dpt Pangkat 1.. Tahniah kepada Kakzakie juga sbb didikan akak hingga adik berjaya dgn cemerlang.. :-)

Amy Hilmirda Daud said...

Alhamdulillah, tahniah adik... tahniah kak zakie.
Semoga terus cemerlang :)

Dkna Abza said...

tahniah adik.. semoga berjaya dunia akhirat yea

nhhas said...

alhamdulillah.

tahniah kak

NanyFadhly said...

Alhamdulillah.
Tahniah untuk seisi keluarga. Smeoga terus menempah kejayaan di dunia dah lagi penting di akhirat.

Unknown said...

Tahniah adek dan KZ... salam jumaat..

saniahibrahim said...

Tahniah adek dan kakzakie juga...Alhamdulillah semua dah lega dan gembira .Selesai sudah debar Kakzakie anak2 menghadapi peperiksaan2 sekolah peringkat rendah,saya ni masih ada Iman lagi bakal menempuh saat2 itu...dah sibuk juga dia mwnghafal untuk UPKK skg ni.

aizamia3 said...

Tahniah buat dak Adik.. ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat dak Adik dan Akak juga.
Semoga terus berjaya.

norhidana said...

tahniaah adik... moga trs maju jaya lg

Seorang Syed said...

Alhamdulillah. Tahniah buat anak akak. semoga terus cemerlang lagi :)

Yaya Mohd said...

Assalammualaikum..
wahh Alhamdulillah. dpt pngkat 1 ye..
bguih nye la..

paridah said...

tahniah adik walau banyak masalah mengganggu penumpuan adik belajar tapi tetap raih jaya cemerlang

TukangKebun said...

Tahniah adik.
Hati ibubapa yang paling lega.

Warisan Petani said...

Tahniah kak.
Semoga mereka menjadi anak2 yang solehah.
Pelajaran agama menjadi bekal seumur hidup mereka.

nOe suhaimi said...

tahniah adik dan juga tuk kak zakie sekeluarga...
moga adik terus cemerlang ..

Nour Adieb said...

alhamdulillah adik, tahniah 😄 semoga adik terus cemerlang dunia akhirat dlm mempelajari ilmu dan menyebarkan ilmu yg dipelajari 😉

Hana said...

Tahniah.. ibu bapa juga banyak memberi support kat anak-anak tak bergantung sepenuhnya kepada guru :)

Unknown said...

Tahniah adik... memang bijak la.. walaupun jarang ke kelas tapi masih dapat keputusan cemerlang

Ogy said...

Tahniah adik dpt pangkat 1...tahniah kak zakie...
Sedap nasi ayam tu...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
tahniah adik atas kejayaan yang cemerlang, tahniah akak sekeluarga atas didikan yang baik. Moga ilmu yang diperolehi memberi manfaat dan menjadi anak solehah...aminn

Aryan azra said...

alhamdulillah tahniah buat adik

Unknown said...

Alhamdulillah.. tahniah Adik.
semoga sentiasa berjaya dalam ape jua bidang yang di ceburi. Amin~

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah adik..
Semoga terus cemerlang dunia akhirat..

Inani Hazwani said...

Alhamdulillah dah tahniah dik. Wahh kak sedapnyaaa bekal tu

Aziela said...

Wah...tahniah adik. Keluarga kakak Zaki memang keluarga cemerlang. Semoga terus cemerlang....amiin...

Unknown said...

Alhamdulillah tahniah adik. :)
Semoga terus maju jaya. Ameeennn :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah n tahniah2 yer dik...semoga terus berjaya...

QasehnyaRania said...

Alhamdulillah tahniah buat adik dan keluarga terutamanya buat mama dan papa kerana berjaya mendidik adik dan kakak kakak..

OKje said...

Tahniah adik, tahniah kanda....
Dinda dulu dpt pangkat dua kalau tak silap hihi...

Nora Karim said...

Alhamdulillah syukur... tahniah adik... 😁 dapat berita gembira, makan pun berseleralah kan... hehehe