Jika di Teheran, Iran
ada polis bahagian pencegahan kemungkaran. Difahamkan salah satu aktanya mengharamkan penjualan patung Barbie. Mereka mempunyai alasan mengapa ianya diharamkan. Bagi anak-anak di Malaysia Barbie merupakan salah satu patung permainan yang sangat menggembirakan. Bahkan ada yang mengumpul sehingga memenuhi ruang katil. Tidak ketinggalan ada anak-anak yang mandi, makan dan tidur pun berbual dengan barbienya. Anak aku sendiri membeli lampu tidur barbie pink untuk dipadankan dengan biliknya yang serba-serbinya pink.
Melihat di Acheh pula ada polis
yang bertanggungjawab memantau hal-hal syariah Islam. Mereka juga diberikan kuasa untuk menangkap umat
Islam yang melanggar hukum-hakam Islam. Contohnya andai didapati ada pasangan
berkhalwat akan dihukum secara hudud. Wanita Islam dimestikan menutup aurat.
Jika mahu berseluar panjang, pakaian mestilah labuh menutup hingga ke bawah
punggung. Itu akta mereka biarpun masih ada yang melanggar susila ini. Tidak kuang sudah ada yang dihukum mengikut akta perundangan Islam tempat mereka.
Manakala di negara kita pula Jabatan
Agama Islam berhak melakukan penangkapan tetapi tidak boleh bertindak
sebaliknya pesalah akan dihantar ke balai polis untuk tindakan
selanjutnya. Boleh membuat laporan tetapi tidak boleh bertindak. Boleh membuat aduan tetapi tidak boleh menangkap. Boleh menangkap tetapi tidak
boleh menghukum. Boleh menghukum tapi bergantung pada kepetahan peguam.
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ * مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
“Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.” (Ali-Imran: 196-197).
~~ Begitulah di dunia
mungkin kita boleh terlepas pandang namun yang nyata di akhirat kelak walau
sebesar zarah segalanya akan ditimbang untuk diberi balasan atau ganjaran setimpal.~~
41 comments:
Salam jumaat kak....
Moga hari ini lebih baik dari ari² yg lepas...
terima kasih sbb selalu memberi dan sharing ilmu :)
betul kak.. itu sampai terjadi umat islam memerangi undang-undangnya sendiri.. hmmm sedih..
Bila lah hukum hudud nak terlaksana di negara kita ini kak.
salam jumaat,
smoga hari ini lebih baik dari sebelumnya..
HUkum agama yang biasa dibuat "main" dunia akhir zaman.
bile negara terlalu berdasarkan demokrasi...benda yg hukum hakam pun turut sama menjadi mangsa... :(
Btl2 ...umat islam di malaysia payah bersatu..sila lah ke blog saya https://litttleaisyah17.blogspot.com
kita nama je negara agama rasmi islam... tp
betul kak... orang Islam skang macam dah tak takut dosa...
Susah kalau orang islam sendiri yang menentang perlaksanaan hukum islam tu.
Buat-buat lupa tentang pembalasan di akhirat nanti.
yg pasti di SANA ada balasan setimpal
ALLAH,
moga kau ampuni dosa dosaku...
Salam Jumaat kak..
tq atas perkongsian.. besar harapan semoga hudud dilaksanakan cepat kat negara kita ni..
Betul kak...ya dunia kita lepas...tapi di akhirat setiap inci akan bersuara..setiap soalan ada jawapan..
Bagus juga kalai dinegara kita ada yang memantau hal2 syariah kan kakzakie
Budak2 kat rumah ni masa kecil mereka lebih gemar kereta lori dari anak patung kakzakie, baik yang perempuan atau llaki.
Kagum cara Acheh bangsa serumpun kita melaksana hukuman mengikut syariat islam.
Itu sebab di negara sendiri org tak serik buat salah. Kalau dijatuhkan hukuman pun setakat bayar denda. Bg yg berkemampuan, takde masalah pun.
Saya pernah ke rumah pakcik suami di Acheh, sapa2 yg ke rumah dia tak menutup aurat dgn baik, dan2 itu jugak kena sound dgn pakcik! Nasiblah kan....
Nama jer negara islam kak. Tapi... hurmmmm...
Dan kita yang memandang ini pun terasa berat di dalam dada. Nak ditegur, terlalu ramai...kena sabar-sabarkan hati. Mulakan dengan keluarga sendiri, sahabat handai dan kenalan yang ada. Demi menjaga keharmonian dan keselamatan, terpaksa berhati-hati bila nak melaksanakan tanggungjawab.
Bila saya di hospital baru2 ini, kasihan saya lihat jururawat yang bertudung, tapi memakai uniform lengan pendek kerana itu polisi syarikat. Tak di ikut, nak cari rezeki. Walaupun ada juga yang gigih memakai inner lengan panjang, tapi tak sama dengan baju berlengan panjang.
Semoga Malaysia akan lebih baik di masa akan dating untuk umat Islam sejagat.
hindarkan daku dari dosa2 dunia amin
ohohoho...Malaysiaku...
Sebab x ikut undang2 Allah lah, dunia hari ini penuh dengan maksiat dan jenayah. mohon di jauh dari keturunan kita. Amin~
Bertabahlah tinggal di Malaysia ni kakzakie..
tambahan kita rakyat marhein ni..
tak mampu nak berbuat apa2..
Setuju sis, jadi fungsinya cuma buat report dan berserah sahaja... tak ada kuasa menghukum ibarat ketua kelas buat report pada guru kelas...
Malaysia ni pun ada unfang undang kan kak. 😀Tapi bahagian kuat kuasa tu yang lemah
Salam jumaat..hukum Allah wajib dipatuhi justeru Allah mahatahu apa yg terbaik untuk hamba2-Nya
Kita boleh terlepas hukuman dunia. Tapi hukuman akhirat, walau sebesar zarah sekalipun takkan terlepas pandang. Allah Maha Adil.
Itulah antara hasrat besar RUU355 dibentangkan. Kemuncaknya ialah untuk meninggikan taraf mahkamah syariah...
selagi pemimpin kita belum benar-benar memahami islam
Memandangkan Abby ada dua abang atasnya tak pandai main anak patung berupa manusia ni.ikut cara permainan boys je lah macam kereta dan main Kad pokemon. Bersepah Kad pokemon dalam kereta
semoga hukum hudud dijalankan dalam negara Malaysia, ameeen ☺
undang-undang negara kita mmg sangat tak adil dah. bengang kowt. even keselamatan rakyat tu terancam, tapi dorang tak berhak mempertahankan diri. Kalau tak, akan diambil tindakan undang2. Abestu sang penjenayah tu? bebas camtu jelah eh
Yang namanya kat dunia ni memang imperfect and tak adil. Didoakan, undang-undang di Malaysia ni nanti boleh follow undang-undang yang ALLAH S.W.T dah tetapkan. Saya pun pening kak.Mahkamah Persekutuan vs Mahkamah Syariah. Tak tau details..tapi dapat agak yang perundangan nya tak sama. Huhuhu..
agak deep ayat yg terakhir tu kak..boleh berubah mengikut kepetahan peguam..hemmm..besar sebenarnya jika yg menjadi peguam ni.sebab itu kalau boleh sebagai org islam.jadilah peguam dlm.undang2 syariah..pilihan terlalu banyak..jgn kita menjadi org yg dipersoalkan kelak bila kita menghukum.yg tak bersalah
.dan melepaskan pula si penjenayah...
semoga hudud dpt dilaksanakan...aminnn
moga kita dapat ikut ajaran islam sebaiknya
Anak2 saya dulu tidak ada patung barbie pun kerana kedua2nya masa kecil tak suka atau takut dengan patung2 sebegitu. Cuma beli bear saja.
Pemimpin y ada sndri x brani lg nk jlnkan hukum ikut islam
Begitulah namanya dunia kanda....penuh dengan tipu daya...
Menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan keadaan,
terutama dalam kalangan ahli keluarga kita dan orang2 yang rapat dengan kira.
Salam kak,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
Thanks for sharing, I learned a lot from it, have you heard of Vapesring Vmesh Rechargeable ? This electronic cigarette is very popular recently, if you are interested, you can browse and buy it at vapeciga.com.
Post a Comment