Thursday, February 16, 2017

Pusaka yang akan kami jaga

Walaupun sudah tiada orang tua yang mahu diziarahi di kampung tetapi kami ada darah daging lain yang boleh dikunjungi. Kami juga ada rumah dan tanah kebun peninggalan almarhum bapak untuk sama-sama dipelihara dan dijenguk. Pemantauan sepenuhnya memanglah di bahu satu-satunya abang kami. Kasihan melihat abang yang juga sudah menginjak usia 60 kena selalu ke kebun. Walaupun kami tahu bukan dia yang mengusahakannya tetapi pemantuan 100% di atas bahunya.

Petai - Kebun kelapa sawit bapak memang banyak pokok petai. Pokok petai pula boleh dikatakan sentiasa berbuah. Namun sekarang agak musimnya lalu banyaklah hasil yang boleh dituai.
Cucu - Satu-satunya hero kepada anak buah aku yang tugasannya selalu ke luar negara. Daddynya anak abah Din. Jadi hero comel ini kira cucu kepada aku jugalah (cucu saudara sebab daddynya anak buah aku). Ikut ke kebun membelek pokok jagung. Agaknya baru dia tahu jagung yang dia makan beginilah pokoknya.
Empok - Lembut tanah kebun almarhum moyang itu yang dia buat tidak tahu duduk saja di atas tanah. Kami sengaja biarkan. Kalau mulanya rasa takut-takut, tetapi lama-lama dia seronok menikmati suasana kebun. Sesekali bagi kulit di panah sinaran panas mentari.
Berat - Uhhh! setiap kali atoknya menjatuhkan petai dari galah dia pun sibuk mahu mengutip. Sengaja longgok di depannya. Gembira bukan kepalang. Duduk di atas kulat rumput bagaikan carpet. Terduduk-duduk mahu mengangkat setangkai petai.
Kami sepakat adik-beradik akan terus bersama-sama menjaga tanah pusaka ini selagi ada kemampuan dan ada hayat. Biarlah jariah almarhum mak-bapak berpanjangan dinikmati anak-cucu-cicit, saudara-mara dan jiran-tetangganya. Kalau kami yang jadi ibu-bapa mereka ini sudah tidak ada terpulanglah apa mereka hendak buat sebab waktu itu kami sudah di alam barzakh.  Harta dunia pengakhirannya siapa pun tidak tahu.

~~ Semoga anak-cucu kami boleh sepakat seperti kami adik-beradik sekarang.~~


39 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Allah allah comel nyer yang ankgat petai tu..kekekeek...comel sangat nie! Alhamdulillah gemuk-gemuk sihat petai akak sekelaurga. selalu dimurahkan rezeki keluarga akak ;)

Oh ye saya dah update perkembangan terbaru adik ;)

saniahibrahim said...

Bestnya kebun arwah bapak kakzakie banyak petai....tak membeli jika teringin nak makan.
Comel betul cucu kakzakie tu,seronok dia dengan suasana baru.Anak2 saya walaupun lahir di kampung tapi tak pernah jejak kebun .

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah rezeki yang boleh dan dapat dikongsi bukan sekadar waris arwah bapak...sebaliknya kepada orang lain juga kan kak...Al Fatihah untuk bapak..
Moga keakraban dan silaturahim akak dan adik beradik dalam mengurus peninggalan bapak dicontohi generasi seterusnya..kerana sedikit sebanyak ianya turut memberi kesan kepada yang telah tiada..
Khusyuk cucu tu belek petai ya...hihi..PC terus terbayangkan sambal udang petai kak..

norhidana said...

amin,...

geramnya tgk petai tuh kak... itu kalau dpt kt mak dana tu mmg suke lah dia... dia mmg antu petai...

mcm tanah arwah atuk dana, abah yg di amanahkan utk uruskan, duitnya abah akak bg pd adik nya yg ddk di umah pusaka arwah nenek n atuk, kebetulan makcik dana dh kehilangan suami sedang anak2nya masih kecil lg...

adarnadzmie said...

byk betul petai kak...
ehh.. comel sgt cucu kak zaki....

Nieyla Nadia said...

wow!petai sihat²...
Alhamdulillah...nasib umah nieyl jauh..
klu dekat dgn umah akk..
nieyl dah singgah beli dah petai ni...

Aryan azra said...

comelnya hero dalam gambar tu, putih sangat.

sedapnya kak petai tu, kalau dekat mau saya buat muka tak malu minta sedikit

HeNRieTTa JoSe said...

comelnye dia...alhamdulillah banyak hasilnye kan...sronok pulak tgk petai segar segar gitu....

Kamsiah yusoff said...

Ya allah..petai tu kak zakie..kalau lah kita berjiran.dah sah saya minta sikit..segar2..

amirah said...

alhamdulillah...insyaAllah nanti anak2 buah kak zakie pun akan bersepakat juga...

nhhas said...

waahhh banyak nye petai...
buat sambal petai udang or ikan bilis sedap ni kak

Kakcik Seroja said...

Comel je hero kecil tu bermain dengan alam...

Petai tu nampak segar dan 'cantik'. :)

Izyan Balqis said...

comelnya cucu saudara akak, geram tengoknye! petai tu pun alahai, banyaknya! biarpun saya tak makan petai tapi saya suka tengok petai banyak macam tu...heeee

nuyui a.k.a miss YUI said...

banyak hasilnya.

berbudi pada tanah dan semestinya meneruskan apa yang orang tua kerjakan sblm ni kan kak.

Putri said...

berbudi pada tanah..sampai ke anak cicit boleh merasa..syukur...

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
Selagi diusahakan, pasti ada hasilnya.
Juga saham akhirat kepada yang sudah tiada.

Sue Bee said...

Banyak jugak hasil dari kebun tu,kak..

Inani Hazwani said...

Comelnyaaaa diaa. Wah banyak hasil nya tu kak. Seronok bila berbudi pada tanah ni. Nani dekat rumah dapatlah tanam poko lada dengan serai sikit. Hehee

Cik Itah said...

ni yg bestnya bila duduk kampung..banyak hasilnya

Nor Azimah Ali said...

Untung ada tanah kebun pusaka ni, lebih2 lagi byk pula pokok2 yg mengeluarkan hasil, jual petai tu byk boleh dpt tu, kt pasar 3 papan rm4, tak silap la.

Comey cucu kzakie tu, biarlah dia sesekali belajar dgn alam, tgk burung, tgk awan, tgk pokok, bukan semua org berpeluang kan.

Nor Azimah Ali said...

Untung ada tanah kebun pusaka ni, lebih2 lagi byk pula pokok2 yg mengeluarkan hasil, jual petai tu byk boleh dpt tu, kt pasar 3 papan rm4, tak silap la.

Comey cucu kzakie tu, biarlah dia sesekali belajar dgn alam, tgk burung, tgk awan, tgk pokok, bukan semua org berpeluang kan.

OKje said...

Alahai comelnya angkat petai.... rasanya tak lama lagi dah pandai makan petai tu kanda haha....
Betullah tu kanda sama sama menggalas beban, akan ringan bebanannya...Takkan nak harap Abg Din sorang ye

Nour Adieb said...

petai. teringat zaman study ada kwn ni suka sngt makan petai. boleh dia makan petai tu mentah2 kat dlm kelas. yg paling lucu, dia terkentut keluar bau petai 😂

paridah said...

Tanah pusaka yg sentiasa diusahakansebaiknya membawa rezeki kpd warisnya

Seorang Syed said...

Uishhhh banyaknya petai kak. Cantik-cantik pula petai tu. Kadang-kadang yang orang jual tak cantik pun tapi mahal je lebih.

Ira said...

Comelnya cucu kakak. Bersungguh dia nk angkat petai tu ye. Bagus bg budak2 explore alam kan..
Seronoknya suasana kampung. Cantik betul petai tu.. Hihi, tp saya tak pandai makan mentah, buat sambal je saya makan.

Humaira said...

MasyaAllah kenduri petai! Buat sambal petai ulam petai terangkat tuh..mesti x cukup sepinggan nasi..tp siap sedialh dgn baunya..haha..tumbang org

ZULHILMI TEMPOYAK said...

melihat gambar2 ni.. besaq jugak yak ladang tu..

nohas said...

banyak hasil buah petai...comelnya yg nak angkat petai tu...hihi..terhibur tengok aksi kanak2..

aizamia3 said...

Comelnya dak hero tu. Saya kalau balik kampung sengaja bagi lepas bebas anak2 main. Biar dorang rasa suasana kampung yang tak dapat dinikmati bila di kota.

Besar-besar petai tu ye KakZakie.

Yaya Mohd said...

baguskan..kalau ada ladang kebun yg kita sdri boleh rasa hasil nya..
jimat duit..same mcm kat kg yaya juga..femes dgn pokok rmbtan dgn ubi kyu..mmg bnyk kt kebun tu..cukup msa pngil adik beradik sume amik ^,^

TukangKebun said...

Gambar last tu memang seronok tengok hehehe....
Syukur Alhamdulillah seronok bila gotong royong ramai-ramai dalam kebun.

nOe suhaimi said...

alhamdulillah dapat adik beradik yang sepakat ...
comelnya cucu saudara kak zakie..mesti seronok sangat tu dapat lepak di tanah

Ogy said...

Tanah pusaka usah di jual...
Bermuafakat sesama adik beradik,sentiasa berkumpul bersama akan berpanjangan silaturrahim...
Seronoknya...ada kebun yg boleh ditanam pelbagai tanaman yg hasilnya dinikmati bersama...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila tengok petai tu..
Udah teringat sambal tumis udang dgn petai kak..
Seronoknya ada pokok sendirikan..

QasehnyaRania said...

Comel comel aksi si kecil di kala menemani ahli keluarga di kebun, kan.
Alhamdulillah. Semoga semuanya terus terpelihara.

Mrs. A said...

Cantik penuh-penuh mata petai tu.
Buat sambal petai urmmm sedapnya gulai kuning dengan ikan kembong pun sodap.

Nora Karim said...

Kebun pusaka... nampak cantik-cantik petai tu... cucu Kak Zakie pun super cute! 😍

Susan said...

Thanks for sharing, this is a fantastic article.Really looking forward to read more. This is Pictaram Online Instagram User Posts and Story web viewer.