Tuesday, February 7, 2017

Semuanya bagaikan terabai sudah

Berada di rumah kakak aku yang anak-anak panggil Mama Leha sangat mendamaikan. Dari ruang memasuki pintu pagar sehingga berada di halamannya pasti mata menjadi segar-bugar. Deretan pokok bunga puding beraneka warna daunnya, gantungan bunga orkid yang pelbagai dan di bahagian tepi rumah yang banyak hasil sayuran segar siapa pun pasti akan leka. Hanya kini kelihatan sudah ada rumput-rumput mencuri ruang dek kerana tuan empunya tidak mempunyai banyak masa untuk mengulek kesemuanya.

Mahkota dewa - Buahnya terlalu banyak tetapi bila tuan empunya pokok sibuk semua terbuang begitu saja. Kepada sesiapa yg datang mahu mengambil dipersilakan dengan senang hati tanpa sebarang bayaran. Kalau dulu buah yang masak dipetik, dihiris, dijemur sehingga kering. Bila hendak guna masukkan tiga-empat hiris di dalam air mendidih. Bila suam boleh diminum Sebagai supplement mencegah  penyakit darah tinggi katanya. Tetapi kini sudah tidak terbuat lagi.
Dellisya - Anak dara kecik inilah yang suka bermain. But makin baling-baling.Tapi walaupun buahnya cantik merah berkilat dia tahu tidak boleh dimakan. "Buah ubat kata atok". Pandai anak dara ini. Sudah berusia 4 tahun. Buah yg. bertaburan dibiar begitu saja.
Pokok bunga - Kalau dulu dihantar ke pasar peladang tetapi kini mereka yang berkehendak akan datang sendiri mengambilnya. Mama Leha sudah 'patah kaki' kerana menguruskan anak bujang yang terlantar tidak boleh ditinggalkan. Pokok-pokok ini baru dipindahkan ke dalam pasu dari polyethylene bag. 
Sama - Pokok-pokok kektus yang sudah ditumbuhi rumput. Namun masih ada juga yang datang mahu membeli. 
Sedia dijual - Resort dan hotel juga tidak kurang berminat dengan nursery Mama Leha ini. Namun ada juga yang miliknya sendiri sejenis pokok palm yang mahu dibeli tetapi tidak dijual sebab untuk keindahan rumah sendiri.
Pucuk Manis - Lihatlah betapa banyaknya pokok yang terabai. Sayur pucuk manis ini sehingga berbuah besar masih tidak di cantas atau dituai. Aku ambil gambar ini kerana cucunda Dell yang sibuk mahu melihat serangga yang melekat di buah pucuk manis ini.

Nenas - Kalau tidak kerana kami datang mungkin dia pun tidak sedar nenas yang di atas itu sudah terlentok mohon dipetik. Nenas yang bawah belum lagi matang. Tunggu masa lagi. 
Abang Haikal - Beginilah keadaan anak buah aku sekarang. Boss dia masih mengharap dia akan kembali bekerja dan selalu datang menziarahinya. Bergantung sepenuh pergerakannya dengan bantuan mama dan keluarga.
Begitulah apabila sedikit ujian Allah berikan terlalu banyak menagih kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi. Calang-calang orang boleh menangis selalu. Tetapi aku tahu kakak aku yang ini kuat. Kalau dulu dia gigih dengan Amway. Shaklee dan nursery kini Allah beri dia untuk berehat. Tetapi bersyukurnya walaupun duduk di rumah, dengan adanya media alam maya tidak memutuskan untuknya terus berniaga seperti dulu. Masing-masing datang terus ke rumah. Stok keperluan juga akan dihantar terus ke rumahnya. Itulah hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan padanya.

~~ Mencari keindahan di sebalik ujian yang melanda.~~


34 comments:

Izyan Balqis said...

moga Allah permudahkan urusan Mama Leha, banyak tanamannya, memang sejuk rumah kalau ada pokok banyak, aman je rasa

Unknown said...

sejuk betul tangan mama leha..semua tanaman menjadi..
moga abang haikal cepat sembuh..

Fyda Adim said...

Semoga anak buah akak cepat sembuh...

Sally Samsaiman said...

semoga dipermudahkan rezeki dan diberi kesembuhan hendaknya

saniahibrahim said...

Kat rumah ni mahkota dewa terbiar jatuh gitu je kakzakie.Takde pulak yg dtg minta kalau tidak mmng beri je....cantek kan warna merah nya bagai buah yg masak ranum.
Semoga Haikal akan sembuh dan dapat kerja semula dan mama leha terus tabah jaga anak yg sakit.

Nieyla Nadia said...

InsyaƁllah...
semoga Allah permudahkan segalanya kak..Ameen...

Hudalatip said...

Semoga Allah permudahkan urusannya..Sayangnya buah mahkota dewa tu..

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Mama Leha...

PeRdU cINta said...

Allah tahu Mama Leha boleh melalui semuanya dengan ketabahan,,kesabaran dan rasa redha yang paling dalam...insyaAllah ganjaran besar sedang menanti Mama Leha kak..moga Allah luaskan pintu-pintu rezeki untuk Mama Leha..ringankan rasa kepayahan dan lancarkan setiap urusan kehidupan..ameen..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Indah halaman rumah dengan bunga rumah mama leha tu ye Kak..
Pokok puding memang mudah tumbuh..

Allahu..
Ujian yg memohon ketabahan yg kuat ye kak..
Skrg haikal memerlukan orang utk bergerak ye..
Semoga haikal segera semboh..

LYAfrina said...

semoga mama Leha sabar n tabah dgn ujiannya.. sedih membacanya,.. awalnya igt terabai kerana kesibukan masa.. rupanya beliau diuji dgn ujian y berat.. tak apa lah.. semuanya ada hikmah besar tersembunyi...

HeNRieTTa JoSe said...

cantiknye pokok pokok tu....rietta rasa pucuk manis tu tempat rietta namanya lain...tpi dah lupa pula...moga anak buah akk cepat sembuh...

diary_ciknaa said...

rasa macam dekat kampung yg penuh dengan tanaman.. seronok pulak tengok gambar. syafakallah untuk abang ipar akak..semoga kembali sihat seperti sediakala..amin..

PetakBunga said...

buah mahkota dewa tu keras sangat.. hr tu suami bwk blk bnyak buah..
kerasnya..

dorsett pink said...

Nenas tu sangat mengoda jiwa... sabar dengan Ujian Allab itu separuh dari iman.. Semoga kakak dan keluarga cekal menghafapi ujianNya

Jepun Mari said...

sedihnya tgok gambar yg last, Allah nak trunkan ujian sekejap je, kita kena tabah menngharunginya

OKje said...

Allahu akbar besarnya dugaan Allah buat hambanya.Moga Kak Leha tabah menghadapinya. Sedih ye kanda tengok anak yg dulunya sihat tetiba terlantar macam tu...

Inani Hazwani said...

Meriahnyaa macam macam ada. Allah moga diberi kesembuhan seperti sedia kala untuk anak buah kak Zakie

Seorang Syed said...

Syoknya rumah dikelilingi dengan pokok-pokok macamni siap ada nursery lagi. Mesti sejuk dan damai je kan? btw saya singgah dan follow blog ni ya. Jemputlah melawat blog saya yg masih baru :)

Rose kakrose said...

Semuga di beri kesembohan buat anak saudara zakie. Besnya keliling rumah di penuhi tanaman..

Warisan Petani said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Bertabahlah

paridah said...

Mama leha seorang yg tabah n mampu megurus masalahya..moga aak kesayangan segera pulih sediakala

Nor Azimah Ali said...

Sayu hati tgk ank saudara kzakie tu, entah apa hikmahnya bg dia, kita tk daya mencungkilnya. Moga dialah jadi jambatan ibundanya ke syurga.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Moga Allah SWT memberikan segunung kesabaran dan ketabahan kepada mama Leha dan mengganjari dengan sebaik-baik balasan. Moga Allah SWT menyembuhkan abang Haikal...amiinn

Ogy said...

YA ALLAH.semoga di percepat kan kesembuhan abg haikal...berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...semoga sentiasa di beri kesabaran...aminnn

Aryan azra said...

Moga Allah mudahkan urusan mama leha sekeluarga

Izwa Kamaruddin said...

Moga diberi kesembuhan dengan segera ;)

SalbiahM said...

Semoga anak saudara Kakzakie akan segera pulih. Harap keluarga Mama Leha tabah ye.

QasehnyaRania said...

moga Allah kuatkan semangat mama leha
cantik cantik semuanya
pelbagai jenis tumbuhan menghiasi lama
pernah tgk dan pgg buah mahkota dewa tu semasa berkunjung ke rumah tukang urut chu mah yang mengurut saya sebelum pregnant ari tuh..

chu mah ada tanam dan buat kering macam kakak katakan tu..
dijual dalam peket peket kecik

amirah said...

mesti masih ramai yang nak kan supply kan kak zakie...

moga Allah permudahkan segala urusan mama leha

Mrs. A said...

Semoga dikurniakan kesembuhan buat anak Saudara k.Zakie.

Maaf tanya dia kenapa tu accident ke?

Suria Amanda said...

Moga dipermudahkan urusan mama leha dan abg haikal..semoga kembali sembuh seperti sediakala

nohas said...

semoga anak buah akak kembali sembuh spt sediakala...

nOe suhaimi said...

moga Mama Leha terus tabah...ujian dan rezeki Allah datang dari pelbagai bentuk..