Friday, May 20, 2011

Adzan

Merapak kesyukuran kepada Allah kerana hari ini aku dinobatkan oleh Cikgu Imanshah lihat N3 di sini sebagai pemenang pertama. E-mail juga telah aku hantar buat Cikgu Iman untuk tindakan selanjutnya. Kepada Cikgu Iman dan teman-temannya yang bertungkus-lumus membaca semua penyertaan amat dihargai. Semoga akan ada lagi idea-idea seumpama ini di masa-masa akan datang. Terima kasih cikgu.



Untuk hari Jumaat yang indah ini bersama-samalah kita penuhi perjalanan hidup sepanjang hari dengan hati yang penuh terbuka. Titisan Nurani kali ini tercetus rentetan dari kesilapan anak aku ketika menyambut seruan adzan ketika dilaungkan.


Bila ada kelahiran baru
adzan dan qamat berkumandang di telinga
bila mahu menunaikan solat
adzan dan qamat berkumandang di telinga
bila musibah menimpa
adzan berkumandang mohon bencana terhenti segera

Bila tiada kelahiran
tiada solat didirikan
tiada musibah datang melanda
tiada doa mahu dipinta
ketika adzan berkumandang
diri sendiri membuat cerita
alpa dari segala tanpa rasa

Ketahuilah oleh semua
adzan menjadi terapi minda
meluntur elemen negetif yang ada
hormatilah selagi bernyawa
tunduk dan taqwa kepadanya
hayati walau hanya seketika
atas pemberian olehNya
yang tidak terhitung banyaknya

Sesiapa yang mendengar adzan hendaklah mengulangi kalimah yang diucapkan muazin
kecuali ketika tiba pada bacaan ini:


dan




Ketika itu sebutlah:



"Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah". .......


Sekadar hiburan sejenak *_*

"Bang, bang .... dah bang. Bila abang nak bang, anak-anak dah tunggu nak solat, cepatlah bang, radio pun baru berhenti bang. Tunggu apa lagi bang, cepatlah bang". Antara ayat yang boleh kita dengar bila panggilan kepada suami diganti dengan abang/bang dan adzan diganti dengan bang. Mana satu panggilan isteri kepada suami dan mana satu bermaksud adzan hanya dengan intonasi lontaran nada penyampaian baru nampak perbezaannya.





81 comments:

s a r said...

assalamualaikum kakzakie.

1st of all, congratulation!

di kala adzan berkumandanglah syaitan bersuka-ria menghasut anak adam agar tidak mengendahkan seruan tu. astaghfirullah..

nicepost kak :)

terokai seni said...

abang tak dengar bang! tu memang clear...

ya Allah kalau le segala pak imam menurut perintah rasulullah, akan banyak le rumah terbakar dan termasuk le rumah saya berapa kali kena bakar sebab rasululah kata sapa yang dengar azan tapi tanak ke semejid, bako aje rumahnya..

bujal X said...

tapi ramai yang tak hormat azan~~haih~~

Anonymous said...

tahniah kak

cakap bab azan ni..ada juga jemaah kt masjid yg xhormatnya..ada yg berbual-bual..klu budak2 kecik xpelah jugak..ni yg dh tua

faiz said...

tula..kdg2 tu leka gak walaupon azan dah berkumandang..

nurkass said...

yeay..!!
tahniah kak zakie..
erkk..cam best jek hadiah tu..hehe

n3 yg bermanfaat sbg peringatan bg yg tak tahu mahupun yg dah tahu..

dwatyKNY said...

tahniah kak z.... nice info...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sar,

Terima kasih sar.

Dah nama pun syaitan, sentiasa menggoda dan menghasut anak cucu Adam...

Kakzakie Purvit said...

Cemomoi,

Ada cha ya nun alif taman kakak sampai jual rumah lebih murah dari harga asal kerana tak tahan dengar azan tiap waktu. Dah kena beli seorg lecturer UTM. Alhamdulillah...

Kakzakie Purvit said...

bujal x,

Nak buat cam mana? Kalau di Mekah bukan saja hormat mendengar, kedai pun terus tutup sementara solat....

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih redza,

Dah terbiasa susah nak ubah melainkan lahir dari diri sendiri.

Kakzakie Purvit said...

faiz,

Selagi kita bernama manusia selagi itu akan ada sifat lalai...

Kakzakie Purvit said...

nurkass,

Terima kasih kass. Moga boleh dimanafaatkan hasilnya.

Anak kakak sebenarnya tidak faham cara menjawab itu kakak jadikan N3.

Kakzakie Purvit said...

dwaty,

Terima kasih. Moga dapat kebaikannya....

Zaitun said...

Tahniah buat kakzakie.

Masih ramai yang bercakap/bersembang bila mendengar adzan berkumandang.

aby said...

salam k zakie,
tahniah atas kemenangan tu ..
sesungguh nya tiada kata2 atau ayat yg lebih baik menembusi lobang telinga anak2 sebaik lahir kedunia selain adzan ..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

org kata kalau tengah azan x boleh masuk toilet..tapi kalau dah tak tahan nak lepas hajat macam mana ekkk????

ajumohit said...

tahniah kakzakie...
besar fadhilatnya mengingati antara satu sama lain ni...alhamdulillah

Che Mid said...

Salam, tahniah kak..rumah saya di klang dulu betul2 sebelah surau. Setiap pagi sebelum subuh akan kedengaran bunyi motosikal muazzin ke surau. Alangkah bertuah isterinya yang bersuamikan seorang yang menjadi orang pertama ke surau menjelang subuh dan alangkah besar pahala isteri itu jika dialah yang mengejutkan suaminya untuk ke surau bagi menyeru umat Islam bahawa solat itu lebih baik dari tidur.. Subhanallah!

sekadar satu coretan said...

tahniah buat kakZakie...

pagi2 saye selalu dikejut oleh azan subuh dr surau berdekatan...terus jer segar bugar mate ni..

Kakzakie Purvit said...

Zaitun,

Terima kasih kak Zai.

Dah terbiasalah tu...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsala aby,

Terima kasih. Kan kakak wes ngomong angger menang kakak moh njikuk duit te. Kakak wes e-mail cikgu Iman men di sedekan karo bocah seng susah.

Azah & qamat itulah yg harus diperdengarkan pada baby yg baru lahir.

Kakzakie Purvit said...

Be simple Beb,

Mana pulak tak boleh masuk toilet. Cuma kalau dalam toilet tak boleh azan....

Kakzakie Purvit said...

ajumohit,

Terima kasih. Kakak sekadar jadikan N3 sebab anak kakak yg kecik silap masa menjawab azan.

Kakzakie Purvit said...

Che Mid,

Terima kasih Che Mid. Bestnya duduk dekat suaru/masjid. Senang nak pergi-balik....

Mutiara Bernilai said...

Salam akak syg.

alhamdulillah., tahniah ya kak. mutiara x sempat nak join ritu.. :)

hu, alhamdulillah, mutiara mmg sengaja mencari rumah sewa yg berdekatan masjid@surau yg aktif. dan alhamdulillah mmg dapat umah sewa yg bersebelah dgn surau dan dekat juga dgn tempat kije..syukur kerana surau itu aktif dengan pengisian dan pengajian kitab setiap malam.

moga2 mutiara tak terlepas peluang menjernihkan hati dan menambahkan ilmu..

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Terima kasih ain.

Untunglah ain dekat. Kalau ada majlis ilmu senang jalan kaki je.

Dr K said...

Tahniah kakzakie..

Kak memang berbakat...
Tempohari menang contest Azian kan..

Insya Allah, 23 May ni, saya akan azankan dan iqamatkan kalimah suci itu di telinga baby..doakan yg terbaik buat isteri saya ya kakzakie...23 May isteri saya akan jalani pembedahan caesarean section.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Mutiara Bernilai,

Terima kasih sayang. Alahai nikmat yg boleh dikongsikan....

Bagus kalau dapat rumah yg dekat dgn rumah Allah. Teruskan MB. Moga sentiasa mendapat keredhaaan dariNya.

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Terima kasih doc. Ada kemenangan yg boleh dikongsikan juga.

Insya-Allah 23hb ini Ziyyad akan jadi abang. Kakak doakan Mommy ziyyad & baby selamat. Barokallah....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kakzakie..

tahniah atas kemenangan...karya kakzakie memang layak..imanshah buat keputusan yang betul..

munna said...

tahniah kak zakie...rumah munna pun dekat je dgn surau....yg melaungkan adzan pun anak tok imam yg baru je berusia 11 tahun tapi suaranya mmg sedap dan lunak...

azian said...

kak zakie...
tahniah ye...amboi2...menang lagik...hebatttt...
suami sy yg azankan anak2...dia sentiasa ade dgn sy ketika sgt2 sy melahirkan...sgt takut pada waktu itu....arghhhhhhh

ibundo said...

kakzakie,
tahniah. rezki mencurah2 tu..

kalau tak nak konfius gantikan abang tu dengan daling hehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Ani,


Tahniah..

entri yang memberi maksud dan kesan yang mendalam.

Acik Erna said...

assalam kakzakie..tahniah..dapat tempat pertama.

Hairun Azmi said...

Adzan adalah panggilan pertama yang kita dengar..

Gambar Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011

Hanis Azla said...

Tahniah yer kak.. jawab azan dan hormati azan.. walaupun tahu, selalu saja kita terleka..

ibuintan said...

tahniah kakzakie... memang layak sangat dapat tempat pertama

adzan yg pertama menyambut kita, seruan yg indah bergema

Kak Amy said...

betul tu kak , kadang leka gak walaupun dah dengar azan berkumandang..

Cik SHiNJU said...

Ada org masuk Islam pas dengar azan..
Yg dah Islam sejak lahir plak tukar channel time azan...Hayati azan subuh boleh buat kita bersemangat nak mulakan hari baru..

Tahniah kak,menang contest..
Nt yun wat contest akak join tau..
Tggu dah lapang sket nt...skrg tgh bz sgt ni..

NURAZZAH8 said...

Salam Kak Zakie, ALhamdulillah akhirnya Azzah diberi sedikit masa lapang untuk meninggalkan jejak di blog Kak..sebelum ini selalu akak sahaja yang menjenguk blog Azzah, tapi Azzah tak berkesempatan hendak membalas semula... Azzah harap akak faham... Azzah perlu menghabiskan penulisan thesis azzah ..dan Alhamdulillah kak..akhirnya penantian selama ini berakhir jugak..ALhamdulillah...

ini satu entri yang sangat bagus kak..kadang kala kita tahu fakta itu, tetapi kita lalai dan leka...

Afida Anuar said...

Ingatkan orang ganu/kelantan/pantai timur je yang panggil adzan ni bang.. he he..

btw kak zakie, sekalung tahniah buat kak zakie, alhamdulillah..rezeki...

Pia said...

"dari subuh tadi dah tau akk menang nak jadi org pertama ucap tahniah..tp nk tunggu entri baru,last3 jadi org terakhir..apapun tahniah..."

sud@is said...

fadhilat menjawab azan...
timakasih info

abang bangun p azan

Unknown said...

alhamdulillah n tahniah kak zakie...akak mmg kreatif... :D

terima kasih sbb share info ni kak....dulu2 mmg selalu dgr mak @ nenek kata adzan ni 'bang' tp skrg dah jarang dgr panggilan mcm tu....

Anonymous said...

Aslmkm.
TQ 4 dropping by di laman Kak G. Lama tak nampak. BZ dengan priorities sendiri la kiranya.
Congrats ya.
Bab Azan - Apa yang jelas, di Mekah & Medinah tu diwajibkan tutup. Kalau ada pekerja tak pergi solat pun tak berani terang2 tunjuk muka! Berbeza dengan negara kita.
Balik kepada asas & pokok, semua program negara mesti merangkupi hukum Allah SWT.

Afzainizam said...

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

diy boot kereta karat
diy spray bumper dan grip handle pintu

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Terima kasih shah. Kakak sebenarnya menerima undangan cikgu Iman. Alhamdulillah ianya berpihak pada kakak.

Kakzakie Purvit said...

munna,

Bagusnya munna kan anak 11 thaun sudah terdidik untuk melaungkan azan. Suka kakak mendengar ini.

Kakzakie Purvit said...

azian,

Rezeki kakaklah Yan. Tak mahu masuk GA dululah malu.

Baguslah kalau abah yg azankan sendiri utk Muaz & Muiz. Itulah yg terbaik.

Kakzakie Purvit said...

kakpah,

Terima kasih.

Kakak saje terinagt kata-kata ustaz masa kat surau buat ceramah agama:)

Kakzakie Purvit said...

Azrina 0307,

Terima kasih.

Sebagai pengisian jumaat

Kakzakie Purvit said...

@ Acik Erna : Terima kasih Acik. Suka kakak Acik dah kembali berblog

@ Miecyber: Penghilang tangisan baru anak yg baru lahir

@ Hanis Azla : Terima kasih. Tetang lupa itulah ada waktunya kita kena saling ingat-mengingati

@ ibuintan: Alhamdulillah. Kalau ibuintan ada mesti ibu yg dapat.

Suara azan amat indah buat baby mengenalinya apa lagi kalau ia lahir dari suara bapanya sendiri.

Kakzakie Purvit said...

@ Amy Syaquena: Ok lepas nie jangan leka lagi ye.

@ Cik Shinju: Benar kakak ada dengar rancangan di radio IKIM saudara Baru dia berminat belajar Islam sebaik mendengar azan dan sebab melihat perarakan maulud nabi.

Kakak tunggu Yun bila nak buat contest?....

Kakzakie Purvit said...

@ Nurazzah8: Wa'alaikumsalam dan moga apa yg dibuat mendapat kejayaan. Alhamdulillah dah selesai.

Betapa godaan syaitan amat kuat buat umat ISlam kan. Moga kita sentaisa beringat sekali lupa pantas balik kembali ingat.

@ Afida Anuar: Eh... samalah Fida kakak pun panggil bang juga tapi sekarang dah mula kurang sikit penggunaannya. Terima kasih ucapan....

@ Piasara: Oh... ye ke? Terima kasih Pia.

@ SUD@IS: Alhamdulillah...

Kakzakie Purvit said...

@ Mamamya: Betul la Lia sekarang agak kurang kedengaran org panggil bang.

@ DDrFauziah: Terima kasih Kak G. Kakak inagat masa di Mekah kakak nak beli vitamin C kerna batuk. Sebaik tiba kaunter giliran kakak azan berkumandang. Dah hulur duit pun dia kata "after solah". Terus dia tak layan kita dan dibiar je pharmacy dia. Lihat betapa mereka amat mementingkan ibadah dari wang.

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Keindahan sementara itukah musuh manusia
lalai dan leka tanpa sedar diri dipanjat usia
kecoh sana-sini mencari ruang untuk diri sendiri
henyak siapa saja yg boleh ditolak terajang
seruan rumah allah siapa mahu peduli
esok pintu taubat masih terbuka dan ternganga
izrael datang menjengah tanpa lengah
kekesalan berkunjung dlm hati tiada siapa tahu
Allah... ampunkan aku.

nahmy said...

assalamualaikum kakzie. hanya dtg berziarah...menambah kenalan. ye...mmg byk 'intipati' dlm azan...cuma org cam saya ni selalu sgt hanya 'mendengar' tapi tidak 'mengamati'...spt mereka yg 'melihat' tapi 'tidak nampak'

ong ong kedek kedek said...

wah3 tahniah kak ;)

nur said...

Sal kak zakie.
Setuju dgn cemomoi tu.. Bako aja.
And daddy ziyad goodluck buat isteri. And kagum dgn afzainizam punye puisi indah...

Betul kakzakie, ingat mengingatkan perkara mulia .. Kadang perkara yg kita dah tahu tanpa ada peringatan pasti akan lupa sebab tak selalu diamalkan. Bertuah mempunyai ibu seperti kakzakie yg berpengetahuan luas dan mampu berkongsi disini. Syukur...

Ya kakzakie, lagi best kan kalau elia tu nmpakkan mata aja.. Baru la gempak!!

Mataku said...

Tumpang baca...

Indah kata pada bahasa, Indah puisi pada makna...

kasihibu said...

salam kakzakie
tahniah

alhamdulillah si kecik sya dah pandai mnegkut azan,w.pun tak sempurna mana

nadbaptist said...

salam kakzakie,

"bang..dah bang ni.."hehe sy tak biasa macam ni. selalu mmg saya sebut perkataan azan macam ni "bang..dah azan dah ni."
Apapun tahniah, yang penting kita tahu menghormati azan/bang..jika kita dapat sambut seruan azan lagi hebat.
pernah saya pergi ke rumah seorang ustazah..bila azan berbunyi je, semua dalam rumah tu berdiri macam dgr lagu negaraku..hebat mmg hebat

Cik Ina Do Do Cheng said...

Asslamulaikum kak zakie,

Tahniah kak zakie menang, rezeki dari Allah SWT.

Bila kak zakie cite pasal azan, cik ina tetap nak puji Firdaus, dia selalu suruh cik ina jangan bercakap bila azan berkumandang, lepas tu dia ikut doa selapas azan, suruh cik ina angkat tangan.

Sampai bab azan pun nak pakai short short form. Alah cam lah berat sangat nak sebut azan tu.

nobody said...

Assalamualaikum kak zakie :)

alhamdulillah
thanks atas ingatan
kadang2 tu memang tak hayati pun azan
apatah lagi nak menjawabnye
T__T

:)

suri solehah said...

salam kak zakie..

sekadar melepas rindu pada entri kakzakie yg sentiasa kreatif...

Kakzakie Purvit said...

@nahmy: wa'alaikumslaam nahmy. Insya-allah kakak kunjung rumah nahmy ye...Biasalah nahmy bila "pandai" bimbang dikata angkuh. Bersederhanalah kita asal tidak mengguris sesiapa.

@ republik N9: Terima kasih hasrul

@ nur: Semuanya memikat hati kan. Itulah hikma berblog nur. Cuma pujian diberi terlalu tinggi. Bimbang terduduk terus terjelepuk.

@ Mindamalay: Terima kasih sudi menjenguk Tititsan Nurani. Indah kata indah bahasa hanya sementara dan adalah kurniaan Allah jua.

Abd Razak said...

Assalamualaikum kak!

Syabas dan tahniah kak!

Kakzakie Purvit said...

@ sayang-sayangibu: Terima kasih sya. Mesti gembira bila lihat perkembangan anak dari satu tahap ke satu tahap walau tak sempurna.

@ anitaare: Itu baru betul hormat ye anita. Tak perlulah sampai berdiri macam nyanyi negaraku. Islam pun tak mahu menyusahkan. Cukup sekadar menyambut tanda hormat setiap kalimah yg dilaungkan.

@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Nasib kakak baikla tu...

Kakak bayangkan Firdaus baca doa azan Cik Ina tadah tangan. Baguslah kakak suka. Firdaus memang nampak cerdik. Mata dia pun cerah....

@ nobody: Moga akan ada perubahan pada setiap umat. Kalau dah biasa lama-lama akan jadi kebiasaan ye. Insya-Allah.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Abd Razak,

Terima kasih Ustaz. Anugerah Allah. Tunggu ustaz punya penyertaan tak ada...:)

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam suri solehah,

Alahai kakak pun sama juga. Selalu kerumah suri tapi atas meja hidangan sama lagi. Bila ada yg baru mesati kakak nak makan sama tau. Hehehe....

ummu said...

assalamualaikum kak zakie
alhamdulillah
tahniah banyak2 ya kak
saya juga ucapkan ribuan terima kasih pada akak sebab sudi sering meninggalkan komen di blogspot saya meskipun saya jarang2 dapat meninggalkan komen di blog akak.

norh said...

terima kasih kak pada saya yg lalai..

LiFe KaMi said...

Tahniah kak zakie..
bukan senang nak menang..
kana tmbah perkataan a utk abang bru tak kompius..hehe

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Ummu,

Terima kasih juga sebab buat N3 khas atas kemenangan kakak ini.

Kakzakie Purvit said...

norh,

Sebagi ingatan kita sesama umat norh.

Kakzakie Purvit said...

LiFe KaMi,

Terima kasih LF. Mungkin nasib kakak kali ini...

Kakak saja-saja buat lawak yg kakak dapat dari ust penceramah di suaru taman kakak...:)

ahmad humairi said...

Tahniah kakzakie...kakzakie memang hebat!

ieja amieja said...

SALAM KAK.

pertama sekali tahniah untuk akk..

sesekali sggah best jgk baca blog akk nih...citer pasal azan ni mmg kekadang kite keliru dgn panggilan abg ngan azan..kebetulan nama suami sy nor azan, bila azan berkumandang sy gtau abg "bang dah azan" tatkala tu la suami saja jer buat2 keliru memandang kiter sambil menaikkan keningnyer..." mmg abg br jer azan td" guraunyer..al-hamdulillah ank2 pun tau menghormati azan..terima kasih buat pihak KAFA yg byk menerapkan nilai2 keagamaan dlm diri ank2..bkn apa kadang2 ank2 lbh mudah menerima pelajaran di sekolah..

sarah-najwan said...

tahniah kak..menang yg cikgu imanshah tu..

kala azan..ramai yg msih xhormati..

**kalu saya panggil somi saya "ayah"..guaner tu kak?/