Friday, May 27, 2011

Keluarga Sakinah

Sekadar meringkaskan beberapa butiran kata dari kehadiran di majlis tersebut. Penghuraiannya pasti masing-masing telah tahu kerana perkara ini sering dihuraikan dimana-mana majlis yang seumpamanya. Saranan kepada kaum lelaki untuk mencari isteri.

1. Isteri yang solih adalah perhiasan yang terindah bagi suami
2. Keluarga baik - dari lingkungan kalangan mereka yang baik-baik
3. Anak dara – belum pernah menikah dengan mana-mana lelaki
4. Mempunyai nilai kesabaran yang tinggi
5. Menggembirakan hati - Kalau asyik sakit selalu mesti suami tertekan
6. Amanah – bertanggungjawab menjaga harta ketika ketiadaan suami
7. Cantik ketika di rumah – tidak berhias untuk orang lain
8. Sekufu – sama taraf; sebab kalau darjat tidak sama sukar dan menyeimbangi cara hidup
9. Bukan materialistic – tidak mementingkan dunawi
10. Mementingkan ikatan silaturrahim - kenalah hormat saudara-mara suami juga
11. Tidak suka membuat cerita – pandai simpan rahsia
12. Subur – boleh memberi zuriat. Kena rela bermadu kalau suami mahu mendapatkan zuriat kerana kadaan diri yang tidak subur.
13. Redha – sedia bersama suami dalam apa juga hal susah dan senang.



Pocket file - Dalam file ini ada dua buku dan sehelai kertas A4 diberikan kepada semua yang turut hadir.


Dua buku panduan - Inilah buku yang duduk di dalam pocket file tersebut. Aku suka doa-doa yang tercatat di dalamnya. Boleh diamalkan hari-hari.




Bila menghadirkan diri dalam majlis seperti itu walau telah banyak kali diulang-ulang ianya bagaikan satu tamparan buat diri aku kerana banyak perkara yang perlu dibaiki. Untuk keluar bekerja tanpa solekan, itu yang pasti tidak pernah dapat aku lakukan. Bila aku bertanya kepada hubby, ada rasa kurang selesa atau tidak andainya aku bersolek ketika keluar bekerja ? Hubby aku hanya senyum "suka hati, I've no comment" itu katanya. Tetapi ketika aku membeli peralatan solek semuanya ditemani olehnya dan yang pasti dia juga tahu waktu-waktu bila aku menggunakannya. Hati aku yang jahat ini berkata "Ala…. Siapalah nak muka orang dah tua ni….” Tapi tua-tua pun hendak juga kelihatan cantik. Setakat mencalit lipstick dan menepuk compact powder bagaikan tidak selesa sebelum keluar. Tunggu aku pencen agaknya. Itu pun kalau dipanjangkan umur. Allah berilah aku peluang itu.

87 comments:

bujal X said...

perkara no.12 buat saya senyum~he~~

Anonymous said...

bila dh kawen bkn nk kekal smpai anak cucu tpi smpai akhir hayat..insyaAllah

sekadar satu coretan said...

terima kak zakie...
saling ingat mengingati sesama umat...

saye selalu jugak tanyakat en somi mcm tu kakzakie...kite kena la cantik tapi biar la ikut usia...kemas..sopan...sesedap mate memandang...

Unknown said...

Satu perkongsian yang menarik kak....

Dah lama tak hadir ke majlis ilmu seumpama itu..:(

s a r said...
This comment has been removed by the author.
s a r said...

assalamualaikum kak zakie :)

terima kasih kakzakie atas ingatan. ~walaupun belum merasainya tetapi ingin sekali merasai auranya. ~eheh.

about the makeup. hmm. tuntutan dunia yang jadikan begitu. Takpalah kakzakie, if hubby akak dah izinkan, kira baiklah tu. tapi bila akak kata tunggu akak pencen, alaa..takkan lepas pencen dah tak nak lawa2? (means kat rumah je la. ehehe..) anak2 nak tengok. :p

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

practice makes perfect

ulang-ulang dengar dan mengamalkan yang baik itu, insyaAllah sebati dengan diri

Ija Zambry said...

kak, pasal solek tu, saya setuju ngan akak. tapi tu la kita kerja bersolek sekadar menceriakan wajah je pun kan. suami saya tak kisah saya bersolek ringkas, kalau pucat je dia pon akan tegur kenapa pucat sangat. ape2 pon pangkal pada niat la kan kak?

ieja amieja said...

terima kasih utk tips yg kak zakie bg..kadang2 kite lupa disbbkan sibuk ngan perkara2 lain..
kira akk rajin gak g ceramah2 agama tuh..selebihnyer jika diizinkan insyaalah..klu dah ada niat tuh..dah kira baikkan..

munna said...

EN. ABG MUNNA PUN TAK KISAH KLU PAKAI MAKE UP KE TIDAK YG PTG KATANYA JGN TEROVER SUDAHLAH .. MALU NAK JALAN SEBELAH KATANYA

husnalalink said...

alamak..macam mana kak..saya kalau xmekap mesti cam antu..(ahaks)..mekasih utk perkongsian ni kak ye

terokai seni said...

ni panduan yang general, kan? untuk pertama dan seterusnya yerk!

eee...

ingat nabi pesan 4 kriteria dan pilihlah kerana agamanya...

emarieys said...

info yang berguna untuk semua...thanks sharing here...

Kakzakie Purvit said...

Bujal X,

Senyum m=penuh makna ye...

Kakzakie Purvit said...

redza,

Itulah hasrat yg murni. Kakak doakan moga dipercepatkan jodoh...

Kakzakie Purvit said...

ainnoraini,

Sekadar nak bagi muka cerah sikit dan ceria kan ain...:)

Kakzakie Purvit said...

~Yus~,

Sekarang Jakim selalu buat di mana-mana surau dan masjid. Tapi ini di sekolah anak kakak.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sar,

Bukan maksudnya bila dah tak kerja tak perlu nak lawa-lawa. tapi maknanya bila dah duduk rumah cantik dlm rumah tak ada org lain nampak kan....Hahaha.... berangan entah bila agaknya.

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

Listen withhout fail but to practice the entire details failed.

Hendak kena ketuk agaknya cikgu sebab dah ulang-ulang pun tak faham-faham.

Kakzakie Purvit said...

Ija Zambry,

Sebab itulah agaknya kita tak dapat nak lari lagi dgn lipstik dan bagai itu ye Ija...

Kakzakie Purvit said...

ieja amieja,

Masa dalam ceramah kakak akan rasa betapa banyaknya perkara yg perlu kakak muhasabahkan diri ini....

Kakzakie Purvit said...

Munna,

En hubby kakak pun tak kisah. Tapi kakak didik anak-anak kalau boleh biar plain je tanpa make-up. Pencuci muka dia saja yg kakak jaga.

Kakzakie Purvit said...

lalink7,

Sebenarnya tanpa make-up itulah yg cantik Husz. Kalau dah biasa baik jangan mulakan. Kakak dulu tak ada penasihat. Sebab itu sekarang kakak didik anak-anak kakak tak mahu pakai...

Kakzakie Purvit said...

Cemomoi,

Dalam ceramah juga ditekankan hal itu sebagaimana diriwayatkan oleh H.R Bukhari & Muslim yg berbunyi;

Perempuan itu dikahwini atas 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi pilihlah akan agamanya agar dirimu selamat.

Hadith inilah yg dimaksudkan dalam no. satu N3 ini.

Kakzakie Purvit said...

MamaEma,

Ramai yg dah tahu tapi sekadar resharpen saja....

Acik Erna said...

Assalam kakzakie..acik pun kalau nak kelur rumah..walaupun tidak bermekap..sekurangnya cream pelindung uv dan sedkit lipstick mesti nak dicalit jugak..
tak semestinya acik dah tua..nampak kusam kan..sekurang2nya biarlah sdikit ceria.
memang susah kan..

Mak Su said...

menghadiri majlis sebegini, kita sentiasa terdedah kpd ilmu baru. tidak akan pernah jemu

Anna Zanna said...

Salam...
Bagus untuk renungan

Unknown said...

Assalammualaikum kak, menarik info tu kak tq sharing yer:)

nadbaptist said...

assalammualaikum kakzakie,

ada org nk melawa sbb nk tunjuk kat org, ada org melawa utk diri sendiri..macam2 lagi lah
apa2pun betulkan niat kita kan kak..insyaAllah apa yg kita lakukan diberkati

Fendi BL036 said...

kakzakie...nasib baik saya dah kawin kak...kalau tak petua2 ni akan saya gunakan...macam citer musang berjanggut la..."aku hendak mencari perempuan bukannya betina"

petua no 12 baik utk dipakai sekiranya keadaan mengizinkan...

zue said...

pernikahan di johor semestinya mengikut cara keluarga sakinah.. mengambil masa yg lama utk majlis akad nikah..(dpt saksikan masa nikah anak sedara)berbagai akujanji dibuat dgn tok kadi.

esok pagi ada PROGRAM BAITI JANNATI "ISLAM MEMACU KEHORMANIAN RUMAHTANGGA"
Tarikh : 28/05/2011 (Sabtu)
Masa : 8 pg - 12.30 tengahari
Tempat : Balai Masjid Ar-Rahman TMN PUTRI, KULAI.

Dr K said...

Bagus entri ni kak...boleh jadi panduan kepada lelaki yg nak berkahwin atau nak kahwin lagi..ekekeke..

Akak dgr tak slot Keluarga Sakinah kat IKIM? tu pun best jugak tu..

wahida said...

insaf saya baca yg saranan utk kaum lelaki tu kak...

ainhany said...

alhamdulilah kak...selamat beramal...ilmu didada...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam Acik Erna,

Samalah kakak gitulah juga. Sekadar tak nak kelihatan kusam tak berniat nak melaram pun Acik kalau dah macam kita nie kan...

Kakzakie Purvit said...

Mak Su,

Sentiasa mencari ilmu kerana terasa banyak kekurangn diri mak su.

Kakzakie Purvit said...

Zanna Rohim,

Renungan bersama zana....

Kakzakie Purvit said...

Nieza,

Alhamdulillah nieza. Sekadar perkongsian...

Kakzakie Purvit said...

anitaare,

Terpulanglah pada pendirian masing-masing ye...

Granny Hani said...

no14- menerima kekurangan pasangan dan mensyukuri kelebihan pasangan..jgn duk banding dgn org lain..

IMANSHAH said...

semuanya baik2 belaka..nampak sangat kekurangan kita

Zaitun said...

Umur kan cuma angka...apa salahnya kalau kita memakai makeup walaupun umur dah rasa nak banyak.

Afida Anuar said...

kak..fida pun tak pakai make up pi keje. Make up pun takde. Setakat compact powder, lip gloss... satu lagi, nak pakai make up tak pandai.hu hu

InsyaAllah nanti, bila dah bersuami, kena pandai make up la kan kak..make up utk suami;)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

KELUARGA SAKINAHKU. Membangun Keluarga harmonis yang Sakinah, Mawaddah, Warohmah ..

pernah baca buku Memilih Pasangan Menuju Keluarga Sakinah Di dalam membangun keluarga sakinah By: M. Agus Syafii bagus tulisan dia

Sham said...

insaf...insaf...memang patut selalu bermuhasabah dengan membaca benda2 gini...

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Kita sebagai manusia ni memang elok diperingatkan selalu.

Tentang tak bersolek selepas bersara tu, rasa agak sukar jugak sebab akak pun dah bersara, tapi bila nak keluar rumah (itu yang salah, bila nak keluar rumah), nak juga tepek bedak dan calit lipstik sikit. Mungkin sebab dah biasa dari muda.

Alat solek lain dah lama tak ada dalam simpanan.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Terima kasih Kak Zakie.


untuk muhasabah diri saya sendiri.

Temuk said...

As-Salam KAKZAKIE
Bagusnya dapat selalu menghadiri majlis ilmu yang memang amat besar ganjarannya. Betul ke Kakzakie (saya patut tanya para suami!), kalau suami kata 'up to you', maksud sebenarnya bukan 'ok'? Hihihi. Have a nice weekend!

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualaikum kak zakie,

Baguskan kalau menghadiri majlis cam tu dapat refresh balik apa yang kita dah lupa. Kak zakie, cik ina bersolek gak tapi cam kak zakie simple je , selalunya untuk diri sendiri nak cantik, tak pernah pulak niat kita nak tunjuk ngan oraang lainkan. Sebagai orang perempaun yang dah bersuami, kita cam nak cantik di mata suami. Nak buat sesuatu nawaitu penting.

nadz said...

Assallamualaikum kakzakie,
apa kabar?
Lama bebenar mama Nadz tak ziarah
N3 kakzakie. agak sibuk kebelakangan ini. maaf ya. Ada mama titipkan wajah Idris dalam blog mama..kunjungilah..
salam

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

‘Sakinah’ bermaksud tenang dan tenteram. ‘Mawaddah’ pula memberi erti bahagia. Manakala ‘wa-rahmah’ menyatakan maksud mendapat rahmat atau bahagia.

surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

Lydia Miza said...

assalamualaikum kakzakie...berusaha menjadi isteri terbaik adalah impian saya.tp saya selalu saja sedih krn rasa saya takda kekuatan fizikal utk melancarkan semua urusan lbh2 lg dlm keadaan hamil yg byk dugaan kesihatan terganggu ni...huhu.moga suami faham dan tetap sayangi saya.

sedih juga bila suami tolong buat kerja rumah.walau dlm senyuman tp alangkah bagus jika saya yg urus semuanya...bkn suami.huhu

sud@is said...

keluarga sakinah impian kebanyakan orang tapi bukan senang nak menghayati untuk melayakkan diri..ada sakit pahitnya kalau lulus ujian boleh lah...

ibuintan said...

terima kasih kak zakie...
saling ingat mengingati sesama insan

kalau kusam saja bila keluar pun tak sedap juga rasanya, mungkin orang sekeliling kita pun rasa tak selesa

aby said...

salam k zakie ..

pada aby yg akal tk panjang ni ..

klu nak dapat isteri sebaik Fatimah,
lelaki hendakla jadi sebaik Ali,
gitu juga klu pmpuan tunggu laki sebaik Ali, kenalah siapkan diri mcm Fatimah.. tp klu perangai mcm abu Lahab dapat la Hindon ..

Khairul Onggon said...

Terima kasih kak kerana berkongsi maklumat sebegini.. :)

uncle gedek said...

no 9 tu sangat rare!

Ayie said...

harap harap dapat isteri yang macam tu.. aman hidup dunia akhirat..

Kakzakie Purvit said...

nukilnafizza,

Dah dapat yg terbaik kenlah jagalah sebaik-baiknya...

Kakzakie Purvit said...

zue,

Tempat kita sekarang ini bila time akad nikah akan dapat disaksikan ramai ibu yg berjuarian air-mata sebab membaca akad menyerahan anak pada suaminya....

Kakak dua hari tiada di JB zue...

Kakzakie Purvit said...

Daddy Ziyyad,

Kalau radio IKIM memang banyak pengisiannya. Keluarga sakinah itu pun baik utk panduan kita bersama...

Kakzakie Purvit said...

wahida,

Tinggal kita yg kena jaga diri dan sentiasa mecari arah dan lorong terbaik...

Kakzakie Purvit said...

ainhany,

Selagi hidup ain... banyak ilmu yg sentiasa di refresh...

Kakzakie Purvit said...

hani@debumelukut,

Betul cikgu... kalau asyik mencari kesalahan org diri sendiri tidak disedari.... Kita janganlah ye cikgu....

Kakzakie Purvit said...

IMANSHAH,

Buat cikgu usaha cari yg terbaik ye cikgu. Utk hidup bersama seumur hidup.

Kakzakie Purvit said...

Zaitun,

Baguslah Kak Zai. Kakak nie serba-salah pulak. Itu yg buat hubby kakak kata hati kena bersih, niat pun kena ikhlas bukan utk tunjuk-tunjuk....

ajumohit said...

yg bagusnya setiap pergerakan dan perbuatan perlu mndpt keizinann suami kan, suami saya selalu ingatkan bila nk start pki tudung labuh??? mmmmmmmmm

Kakzakie Purvit said...

Afida Anuar,

Kakak pun lebih kurang juga. Full make-up tidak ada. Just for the lips and compact to cover face as not to look pale.....

Kakzakie Purvit said...

Afzainizam,

Sentiasa belajar utk kebaikan diri...

Kakzakie Purvit said...

Sham,

Sebab itulah kakak kena hadir selalu bila ada peluang sebegini...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam kunang-kunang,

Oh... kakak nak ikut cara kak ani. Bukan kita nak melawa just nak kelihatan ceria kan kak...

Kakzakie Purvit said...

azrina0307,

Untuk kita semua reen...

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumslam TEMUK,

Lama cikgu bercuti sejak balik umrah. Moga cikgu sihat.

Serba-salah kalau gitulah cikgu. Hm... tapi kakak masih guna lagi hehehe....

Kakzakie Purvit said...

CIk Ina DDC,

Kalau dah nama pun perempuan, naluri ingin kelihatan cantik mesti ada kan Cik Ina. Tambahan pula bila suami rasa kita cantik, mesti kita rasa suka juga. Cantik macam Do Do Cheng tu memanglah tak boleh. Hehehe.....

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam nadz,

Kakak dan tengok baby Idris. Dah tak baby lagi sekarang nie...:) Tambah comel ye.

Kakzakie Purvit said...

Lydia Miza,

Keadaan LM sekarang bukan kerana tak nak buat, tetapi lumrah perempuan mengandung macam-macam. Bukan disengaja tapi itulah ujian sebenarnya LM.

Harap bersabarlah LM....

Kakzakie Purvit said...

SUD@IS,

Benar.... waktu dalam majlis rasa betapa kerdilnya diri.... Macam nak buat segalanya tapi selalu tidak mampu.

Kakzakie Purvit said...

ibuintan,

Betullah ibuintan. Macam ibuintan nanti mesti anak murid kata cikgu ni sakit ke?...

Kakzakie Purvit said...

aby,

Na'uzubillah dijauhkanlah dapat isteri seperti Hendon yg zalim itu. Impian semua lelaki mesti mahu isteri sebaik Fatimah dan bagi kami wanita mahu mencari seperti Saidina Ali juga. Hm....

Kakzakie Purvit said...

wa khairul onggon,

Sebagai pedoman bersama...

Kakzakie Purvit said...

Ayie,

Insya-Allah... kena usha ayie. Diri juga kena muhasabah selalu.

Kakzakie Purvit said...

Gedek,

Rare but still needs....

Kakzakie Purvit said...

ajimohit,

Suami yg baik sentiasa mendidik isteri. Alhamdulillah suka kakak...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..sy setuju tang sekufu tue..ia mmg sgt penting terutama dr segi pemikiran dalam melihat sesuatu

Kakzakie Purvit said...

Wa'alaikumsalam sahrom,

Apa juga yg telah disarankan dalam syariat Islam memang mesti ada kebaikannya.

nurkass said...

wahhh..
tips nih..
kass serahkan segalanya pada dia..mohon diberikan yg terbaik buat diri ini..amin