Monday, August 15, 2011

Belajar berpuasa

Mengintai blog-blog yang menghadapi masalah untuk mengajar anak-anak berpuasa. Aku tidak mempunyai pengalaman mengajar anak lelaki oleh itu di sini aku titip bagaimana aku mengajar anak aku berpuasa.

Keluarga aku sebenarnya lebih menitik-beratkan solat dan mengaji Al-Quran berbanding puasa. Aku didik anak aku mengaji sebaik saja anak aku boleh bercakap dan suka melihat buku-buku. Oleh itu usia tiga tahun biasanya minat ini ada. Iqra' dan telekung kecil mesti ada buat mereka. Walau pada mulanya ketika bersolat bersama dia toleh ke kanan-kiri, menguit sana-sini atau kadang bermain tangan dalam telekung biarkan saja. Tapi nasihatkan selepas solat. Begitu juga ketika mengaji beri pujian katakan kakak/adik sudah semakin pandai biar dia suka. Anak aku semuanya sewaktu kecil suka dipuji. Jadi kenalah cari apa yang anak kita suka.


Setiap kali selepas solat maghrib anak-anak semua mesti mengaji. Tambah mudah anak-anak aku bersekolah di tadika Islam oleh itu dalam usia 5 tahun semuanya telah dapat menguasai bacaan solat dan tamat Iqra'. Usia 5-6 tahun anak-anak aku sudah boleh bersolat sendiri (walau selalu bermain dialah imam pada bear dia biarkan saja) dan mula menjinakkan diri dengan Al-Quran dan belajar puasa.


Jujur aku tidak pernah memaksa anak-anak berpuasa. Tapi waktu bersahur walau bersuap tetap kami kejut kerana itu kehendaknya juga. Namun sekiranya dia hendak berbuka waktu pagi, tengahari atau jam berapa sekalipun aku tidak pernah menghalang. Sebenarnya iman aku yang tidak kuat kerana masih ada rasa bimbang kalau terjadi sesuatu, itu yang aku tidak pernah menghalang bila mereka mahu berbuka. Masuk usia 6 tahun biasanya mereka sudah suka membaca buku cerita. Buku-buku cerita termasuklah novel inilah yang biasanya boleh mengkhayalkan dia dari lapar. Lagi tebal novel lagilah lambat habis. Bila letih biasanya dia akan tertidur. Ini juga dapat mengajar dia berpuasa walaupun tidur hingga 2-3 jam sekalipun.


Pada aku daripada memaksa (hingga ada yang curi-curi makan/minum) anak-anak berpuasa (belum wajib pula pada mereka ini) yang setahun sekali berbanding solat 5 waktu tiap hari baiklah asuh bersolat dulu. Benar keduanya adalah rukun Islam tetapi dari pengalaman anak-anak aku apabila solat 5 waktu dia boleh buat, Allah beri sifat semulajadi pada mereka untuk mahu belajar puasa juga. Sebab itu aku percaya kalau anak kita boleh bersolat 5 waktu pasti dia juga boleh berpuasa. Tidak perlu ada keraguan. Great Allah with all these miracles - itu kata hubby aku.



~~ Mengambil kesempatan ini juga memohon maaf kerana bukan tujuan aku untuk tidak mengajar anak berpuasa tetapi ini adalah cara aku dulu mengajar anak berpuasa. Masing-masing punya cara tersendiri. Anak kecil aku kini sudah berusia 8 tahun - moga diberi kesihatan yang baik sepanjang ramadhan ini ~~



78 comments:

E-na Zarina said...

Salam ramadhan...E-na pun buat cara yang sama...tidak pernah memaksa anak2 untuk berpuasa tapi lebih mengutamakan solat dan mengaji...bila tiang susah kukuh amalan2 lain insyaallah akan turut di belakangnya..

cheqna said...

salam kakak..
lain org lain caranya kan..
apepun nostalgia zaman2 kecik dulu masa bulan poser memang besh =)

~izan~ said...

setuju dgn kata2 akak sbb izan ada dgr kata2 yg sama masa tgk slot fikrah ramadhan kat MHI baru2 ni..suruh didik solat n jaga solat dulu kemudian baru puasa..

mmg tak smpai hati tgk anak2 lembik merengek nak mkn,nak susu..tp itu terpulang pada cara masing2 kan kak.. =)

slmt berpuasa kak..

Sharifah Nadzarah said...

assalam kak..
tips yg berguna
insyaallah sy akan gunakan utk anak2 sy...
skrg aleya hanya puasa separuh hari jer..balik skolah trus berbuka sy risau coz dia penah admit kerana kurang air.

amirah pulak..bangun pagi nak susu..bila sy ckp puasa..dia jwb.."adik nak susu bukan air"..

TQ

Cik Pulau said...

budak2 skang pose penuh je mintak duit raya lebih sebagai upah pose penuh.. adeehhh~

pose sebab duit.. hishh..

tapi lama2 nanti diorang sedar la..

Hudalatip said...

terima kasih kakak..info yang sangat berguna..alhamdulillah betul kata kakak, solat itu yang penting, zarif pun belum puasa penuh lagi, saya tak memaksa..

NM02 said...

bambam pun bangun sahur

rilek je kacau mak tok dan tok ayah

huhuhu

Acik Erna said...

assalam kakzakie..masing2 ada cara tersendiri untuk mendidik anak.
alhamdulillah kakzakie dah berjaya.

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Kakzakie...

kakcik pun setuju bahawa solat itu perlu lebih dititikberatkan sebelum anak-anak ditekan tentang puasa.

gadisBunga™ said...

betul sgt kak. saya setuju.

bila solat jadi keutamaan, maka ibadah lain akan jadi mudah. termasuk la puasa.

cara akak mendidik anak mmg patut dicontohi.

sekadar satu coretan said...

anak saya yg kecik tu pun 8 thn jugak...tahun lepas dpt la dia puasa beberapa hari jer...tapi saye tak marah pun...
tahun ini alhamdulillah mahu dan larat dia berpuasa...

Rina Rahamat said...

tq kak sharing pengalaman..blh jd panduan utk sy mengajar anak juga..:)

red gitarputeh said...

Lain orang, lain persepsi, kan.? ^^ belajar accept the differences pandangan orang lain juga ^^


Cara Menulis Surat Untuk Isteri Masa Hadapan.
(Ini adalah contoh surat yang dibuat untuk bakal isteri. Baca kalau teringin nak tahu apa yang lelaki mahu dari perempuan.)

kurus said...

samalah kak .. memang x pernah paksa tapi btahu kelebihan berpuasa ..
biasalah budak2 pasti nak tahu kan .. bila dia nak tahu disitu kita ambil peluang suruh dia mencuba apa yg dia nak tahu :)

sgt2 mudah , janji jgn paksa .. cerita kebaikan dan kelebihan itu amalan saya :))

ajumohit said...

Betul tu kak, tiada paksaan bg mereka yg masih Kecil ini, Setakat mana mereka mampu itu sudah memadai

faraherda.razalan said...

Saya suka cara didikan akak pd anak. Tiada paksaan. Jika terlalu memaksa, khuatir anak itu akan bt bkn kerana ikhlas tp terpaksa...

No wonder, di zaman skg...walau menghafaz Al-Quran dan fasih berbahsa Arab, tiba masa dia pandai berfikir....dia akan mula meragui kelogikan agamanya sendiri...semuanya akibat didikan secara paksaan dari org tua...

Unknown said...

melentur buluh, biarlah dari rebungnya, jangan dah jadi buluh baru nak lentur, patahla jawabnya atau membidas ke muka semula.

JunAina said...

kak zakie...
aina setuju sesangat, aina selalu cakap ngan anak2 puasa no 2 dalam rukun islam, sembahyang no 1. kalau tak sembahyang di mana puasa kita nak berpegang...

bila mereka terdidik dengan solat secara aotomatik mereka akan ada rasa tanggungjawab utk berpuasa...

AI said...

- alhamdulilah...anak2 saya pon senang aje berpuasa...

- tapi di ofis ni...alahai...ade yg dah tue pon xmo puasa...

ahmad humairi said...

Kalau saya dapat baby lagi, leh lah saya aplly kaedah ini...hehe

Wuming said...

Ajar budak-budak ni perlu banyak kesabaran...
Paksa-paksa pun kadang-kadang tak menjadi..

Dalam apa-apa benda pun..

s a r said...

assalamualaikum kak zakie :)

setuju dengan kakzakie. secara semulajadi rasa tu akan datang pada anak2 kecil ni. and the same time di bawah bimbingan kita.

p/s- lucu tengok anak2 kecil solat bila berimam. pelbagai ragam. hee.

Unknown said...

anak saya masih kecil.. maka mmg taktahu lagi bagaimana nk ajar dia berpuasa.. tp dlm usia dia masih blm 2 tahun setiap hari sya akan ajar dia menyebut alif, ba, ta.... smp abis... setiap hari sya akan lalukan.. doa mkn pun dh agak pandai walau berterabur tp boleh didengar bait2 yg seakan-akan bunyinya..

SuriHanna said...

Terima kasih kak kongsi pengalaman mendidik anak2.. Anak2 sy masih kecil lagi..sedikit sebanyak cara kakak dapat membantu saya dlm mendidik anak2...

Ann Huda (Ate) said...

Betul tu kak. Melatih anak solat harus di utamakan ketimbang puasa. Jgn sampai kita memaksa mereka berpuasa sehingga mereka benci dengan ibadah itu.

wahida said...

tips yang berguna ni kak...

Unknown said...

setuju sangat kak...

dalam rukun islam pun, puasa jatuh no 3 selepas solat. Memang kena tekankan solat dulu sebelum puasa kan kak...

Suka dengan entri akak ni...:)

PinKy MoMMa said...

melentur buluh biarla dari rebungnya..jangan gunakan paksaan..gunakan pskologi dgn anak2 ini..beritahu ganjarannya..insyaAllah pasti boleh! :)

itu la tugas ibu hehehe

ORLANDO AHMAD said...

saye ngajar anak buah autisme pasal puasa, last2 saye yg kena sawan buih

azi said...

Akak..
Bagus cara akak mengajar anak2
tak terlambat lagi buat saya untuk ikut cara akak...yg.utama solatkan..puasa..anak2 memang tak tinggal..

Dr K said...

Saya amat amat bersetuju 200% dengan akak. In fact di radio IKIM tempohari, ada ustaz ni berkata bahawa "masyarakat kita lebih tertumpu mendidik anak utk berpuasa, tetapi bukan pada solat"

Solat itu mencegah kemungkaran, mendorong ke arah kebaikan. Solat itu kunci kpd segala ibadat. Sekiranya mudah solat, tak perlu disuruh, saya rasa Insya Allah anak akan dgn sendiri nya mahu berpuasa dan baca Al Quran.

Unknown said...

good tips kak...

leh uat panduan ni...mekasih

MOKCIK AZWA said...

Tips yang bagus Kakzakie..

Azwa walaupun geram kalau awal pagi anak2 dah nak 'berbuka', tapi tidak juga kami paksa dia teruskan berpuasa. Cuma pujuk kalau dia tahan berpuasa hingga petang. Kalau tak, biarkan saja la dia makan. Suami pun memang tekankan bab solat 5 waktu dahulu.

Alhamdulillah, bila dah masuk 10 tahun dengan sendirinya anak2 mula berpuasa sepenuhnya.

ILA HonEyBuNNy said...

salam kak...

pesanan akak akan ila guna nanti di masa hadapan..hehe

teringat fmly ila didik dulu..mereka juga tak pernah paksa kami puasa...tapi atas kesedaran kami sendiri..

zue said...

ahamdulillah anak zue yg thn 3 masih lagi belum buang puasanya...tentang solat pulak...hari2 kena ingatkan...klu kita x tnya ..dia buat bodoh je.

Anonymous said...

assalamualaikum kak

insya ALLAH manje mahu cuba cara akak ni... terima kasih kak ~

dwatyKNY said...

betul tu kak Z.... kan rukun islam ada 5 perkara.. selepas mengucap 2 kalimah syahadah ialah solat 5 waktu... barula puasa... kita buat satu persatu mengikut turutan rasanya takde masalah...

apa yang buat saya sedih bila ada yang puasa tapi tak solat... dan buat saya lagi sedih bila ianya terjadi dalam keluarga saya sendiri... moga dibuka pintu hati...

Maya Mayana said...

terima kasih kak atas perkongsian ini,sebab ramai jugak antara kita yang puasa tp tk solat...kalau kecik tu tk pelah jugak..kdg2 tu dh jd mk budak...mungkin sebab faktor diatas,dan satu lg tk puasa kena tangkap...love this entry

lupekanje said...

betul tu. Baru-baru ni Datuk Abu Hassan Din pun ada sebut dlm tazkirah Ramadhannya di KPM. Dia kata buat apa nk paksa budak kecit umur 4-6 tahun puasa. Kesian diorg tu. Yg disuruh ajar dan paksa adalah solat. Acik tunggu cucu sok2 nk buat camni..anak2 dah bebesar. Tpi dulu pun tk paksa diorg puasa.

Prince Halilintar said...

saya pun setuju dgn advice akak tue..tapi ape yg penting mestilah didik anak2 ni dari kecil bukan dah besar panjang baru nk didik..ssh nanti kan..

Zaitun said...

Kak Zai setuju dengan cara kakzakie tak memaksa anak2 melakukan solat dan berpuasa.Kak Zai juga buat cara yang sama dan alhamdulillah tak ada masaalah.
Memakai tudung pun anak2 kak Zai dengan rela hati sendiri. Cuma sebelum mereka bertudung kak Zai bawa pergi umrah.

leeya abdul said...

Leeya mmg sakan strict kat anak lelaki, bkn apa takut ssh nk lentur. leeya plan seawal umur 6-puasa penuh, 7-solat, 10-qatam quran. Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya. Mmg la ssh payah, lg pulak bila dgr anak2 cerita ttg kekwn yg curi2 segala curi. Risau.. ye la kan iman bukan boleh diwarisi pun..

Unknown said...

anak bui yg first baru 5 tahun..masih menyusu lagi..kalau dh sekolah rendah nnt,baru bui paksa dia berpuasa..*_*

nabilah_2908 said...

org dewasa tak suka di paksa ni kan pula kanak2... :)

sy tak ingt dah mcm mana saya belajar puasa dulu..

kalau adik saya tu...dia nak ikut sendiri..cara ibu saya pun lebih kurang mcm akak juga.. ;)

L said...

huhu.. budak ag...

sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

kella said...

kak zakie... macam macam cara.. macam macam ragam.. yang penting mesejnya sampai... kena faham sebetulnya..
maacm kita dulu pun papa kasi kelonggaran.. seawal 6 tahun belajar puasa.. namun kalau tak mampu boleh separuh hari.. =)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie


setuju sangat ngan kak zakie,utamakan ajar dorang sembahyang ngan mengaji, nanti bila naik sekolah rendah dorang tahu sendirikan. anak cik pun cam tu darjah 2 dorang dah mula puasa penuh.cik ina suka ajar mengaji , mengeja dulu , nanti dorang cepat paham.

Lydia Miza said...

selamat berpuasa kak..mmg susah nak didik anak berpuasa pd awalnya.syukurlah anak lelaki saya ni lbh mudah dipujuk berbanding kakaknya dulu.

aby said...

salam k zakie ..
my only hero, farish yg umo 9 thn tu, kadang2 dia call aby waktu tengah hari, katanya dia nak berbuka, sbb tk tahan sangat, sbb nanti nak berbasikal kesekolah petang lg .. tu yg dia minta nak berbuka ...
jawapan aby ..
minum jer, jangan makan ..
tahan lapar tu ..
and dia jwb...
memang dia nak minum jer sbb tk tahan dahaga ..

alhamdullillah dia tk makan sampai berbuka ..
gitu la jawapan aby klu dia minta izin berbuka sbb tk tahan ..

rumusan aby ..
farish baru 9 thn ..
belum jatuh wajib, klu dia pengsan semasa kayuh basikal, mak bapak juga yg dpersalahkan sbb memaksa berpuasa ..
adalah baik dia jujur minta izin dari dia curik2 minum ..

guna pendekatan berdakwah dengan bangsa asing ..
Berperingkat peringkat dalam menyampaikan menunaikan ibadat.

peringkat ni waktu dia kenal sahur berlapar dan berbuka ..
insyallah thn depan sedia kan utk buat full 30 hari perpuasa ...

-Sara- said...

salam kak, nice entry n salam kenal..

sara folo sini ye ;)

Hanis MY said...

salam kak zakie...seronok baca.. macam2 cara kan, apapun mesti kita nak yang terbaik untuk anak2... kak zakie sangat penyayang...

Eye_nee said...

betul tu kak..saya juga tak pernah paksa..namun anak yg sulung dan no 2 seawal 7 thn telah pon penuh puasa mereka..cuma yg kecik ni masih belum mahu lagi...cuma dapat separuh hari saja...

Granny Hani said...

mendidik melalui teladan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Benar kak, mendidik anak-anak perlu berperingkat-peringkat mengikut usia mereka. Perintah solat itu tertinggi maka wajib mengasuh mereka dengan solat dulu dan kemudiannya baru menurun kepada rukun Islam yang lain seperti puasa, mengeluarkan zakat dan seterusnya mengerjakan haji..

Afida Anuar said...

Assalamualaikum kak zakie, alhamdulillah...berkat didikan seorang mak.

Bermula dari solat,puasa...fida tengok mak ayah didik kami adik-adik lagu tu jugak. Seawal umur 5 tahun, mak ayah dah suruh kami berpuasa...mak kata kalau tak tahan sangat puasa separuh hari dulu. Alhamdulillah... ada hari puasa penuh, ada hari puasa separuh. Bermula umur 6 tahun dah masuk taski..dengan ustazah lagi yang ajar berpuasa, dah mampu puasa penuh..

missgee said...

Akak,
Perkongsiaan yang berguna..
Mudah-mudahan mendapat
keberkatan dari-NYA..

P/s: Saya bujang lagi.. Kalo dah kawen dan ada anak nak ikut cara akak mendidik anak :)

kasihibu said...

betul tu kak, sya pun tak paksa
sbb takut mereka curi curi makan/minum
biarlah mereka puasa setakat daya, tp alhamdulillah setakat ni masih penug puasa anak dara berdua tu.

kasihibu said...

betul tu kak, sya pun tak paksa
sbb takut mereka curi curi makan/minum
biarlah mereka puasa setakat daya, tp alhamdulillah setakat ni masih penug puasa anak dara berdua tu.

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. bagus cara akak tu.. saya pun tak pernah paksa anak2 berpuasa.. mereka berpuasa mengikut kemahuan dan kemampuan mereka sendiri.. kami hanya membimbingnya saja.. tp bab sembahyang memang lebih kami tekankan..

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang memberikan komen buat N3 ini:-

Lovely Kitchen, cheqna, ~izan~, Sharifah Nadzarah, Cik Pulau, NM02, Acik Erna, kakcik, gadisBunga, ainnoraini, Rina Avail, Red, ieda, ajumohit, Mommy Farra,Santri, JunAina, Al, ahmad humairi (dah pasang dua ke cikgu? hehe), Wuming, sar, Queen Teratai, SuriHana, Ann Huda, wahida, ~Yus~, Pinky Momma, ORLANDO AHMAD, Azi, Daddy Ziyyad, MamaNoriz, MOKCIK AZWA, Ila HoneyBunny, zue, manje, dwaty, Maya Mayana, Lupekanje, Prince Halilintar, Zaitun, Leeya Abdul, Bui Junaidi, nabila_2908, L, kella, Cik Ina DDC, Lydia Miza, aby (kalau kakak bagi makan sekali - kesihan),Sara (kakak dah follow back), Hanis MY, Eye_nee, hani@debumelukut, Abd. Razak, Afida Anuar, Missgee, sayangsayangibu dan Hanis Azla.

Selamat menjalankan ibadah puasa yg ke 16 hari ini. Terima kasih...:)

terokai seni said...

assalamualaikum

eee kiut je... bukan senang nak didik anak ni

tima kasih kongsi info dan hikmah mendidik anak...

cikceriacorner said...

salam akak..setuju sgt cara akak didik anak...melentur buluh biau la dr rebungnye kan kak..

selamat berpuasa akak..:)

emarieys said...

thanks kak..kongsi pengalamn akak kat sini

terpatrisinarabadi said...

suka cara akak mendidik anak2..bukan mudah nak didik anak utk jadi anak yg soleh & solehah

eelobor said...

saya pun x de pangalaman lagi sebab anak saya masih kecil lagi. tapi suka baca masalah2 orang lain berkenaan isu nih

Afikah Aziz said...

ummi ika pun mcm tu gak,lebih pentingkan ajar anak solat drp puasa hehe

Sarah Syazwani said...

Kak..mcm mana pula tips utk ajar ank ngaji?? Saya selalu ajar tp bila tiap kali ulang mesti x ingat..skrg ni masih alif ba ta jek sbb umurnya pn br 4 thn..

Nazzue said...

Assalamualaikum....saya bersetuju dengan kak tentang ini...sekiranya sudah solat tak mustahil mereka akan berpuasa.. bukan ker solat itu lebih berat dilakukan daripada puasa...Entri yang sangat bermakna buat saya..TQ..

Kak Amy said...

Terima kasih di atas perkongsian ini, mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu amy sekiranya mempiunyai cahayamata nanti...

sahromnasrudin said...

entri yg bagus kak...mcm datuk hassan din kata..ajat solat dulu, puasa akan dtg dgn sednrirnya

mama maman aka yana said...

terima kasih kerna sudi kongsi pengalaman akak.. insyaallah sy cuba praktikkan kat maman..:)

azieazah said...

Dalam tegas, ada kelembutan di situ...


Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

Ayuraza said...

kak..ayu pun pikir cam akak pikir..tapi anak tak besar lagi ni...dah besar esok tak tahu la..sekarang keje dier kalo orng tengah sembahyang..dia tarik telekung..korek idung la..duk atas riba..tapi lebih baik biar dier tengok mak dier sembahyang kan kan...:P

Kakzakie Purvit said...

Selamat menjalankan ibadah puasa ke 17 hari dah selamat menyambut nuzul al-quran. Terima kasih buat teman yg memberi komen: -

cemomoi, cikceriacorner, MamaEma, ikatankasihku, eelobor, Afika Aziz, Sarah Syazwani (kakak mula ajar gunakan Iqra' - jangan guna muqaddam kerana akibatnya dia menghafal bukan mengenal huruf), Nazzue, Amy Syaquena, shahromnasrudin, mama maman, azieazah dan Ayuraza.

Terima kasih atas komen-komen yg diberikan.

terpatrisinarabadi said...

Betul tu kak, guna iqra lebih mudah anak2 faham...Alhamdullilah anak sy walau baru berumur 8 tahun , dah mengaji sampai 11 juzuq....

Anonymous said...

teruja nye nak ajar anak solat & puasa, akil baru 4 thn ... tp kalau doa2 dr ayat Quran alhamdulillah dia dh banyak yg hafal

Anonymous said...

alhamdulilah, saya setuju dgn nukilan kak zakie.
tak perlu nak memaksa anak2 yg masih kecil berpuasa hanya kerana melihat anak org lain boleh berpuasa.
tp skrg dah menjadi trend ibubapa yg sibuk sgt risaukan pasal anak2 yg tak puasa dari solat..sedangkan solat hari2, puasa tu setahun sekali.

Hidayah said...

errmmm...

dayah rasa ini adalah antara salah satu sebab excited tunggu ramadhan tu.

anak dayah tahun ini enam tahun.

tahun lepas dayah dapat ajak dia puasa penuh tiga hari , setiap hari sabtu dgn ahad sbb dayah cuti.

ada hari yang dia tak boleh tahan lapar sangat. paling dia sanggup tunggu pun sampai pukul tiga lebih je..

dayah pun tak paksa dia..

dia dapat puasa penuh tiga hari tu pun dah happy sangat rasanya.

makin tak sabar nak tunggu ramadhan.
rindu nak bersahur , berbuka lepas tu ke masjid.

malam2 ramadhan je la kita dapat tgk byk umat islam bersatu kan?

malam2 ramdhan aje la masjid penuh..

:D