Wednesday, August 24, 2011

Bersyukurlah...

Semalam...

Kunci kereta sudah berada di tangan kanan sambil kaki laju melangkah menuju tempat parkir. Bertembung mata dengan jejaka yang aku panggil masuk pejabat tadi. Hati dipaut sayu kembali.

Pendapatan sebulan setakat satu ribu lebih sikit, bertanggung-jawab menyara keluarga di kampung. Melihat bola matanya saja aku dapat membaca betapa berseliratnya fikiran. Dia yang terpaksa ponteng tanpa sebarang surat cuti sakit, tanpa informasi awal dan tanpa panggilan diberi. Bila ibunya sakit tenat adik-adik membuat panggilan memerlukan wang untuk menghantar ibunya ke klinik. Untuk kembali semula dari Muar ke Johor Bahru telah kehabisan duit. Hendak meminta ayah malu akibatnya dia membantu ayahnya menoreh getah kepunyaan orang lain sebagai tambang untuk kembali semula ke Johor Bahru dan menjalankan tugas semula.

Buat aku menghulur wang hanya kerana simpati bimbang disalah mengertikan. Lalu setelah diberi penerangan aku arahkan dia menyambung kerja semula. Surat amaran yang telah sedia aku simpan semula. Sama ada cerita itu adalah rekaan olehnya itu aku tolak tepi.

"Pak cik guard tak datang ke? Boleh tolong buka gate?"

"Tak apa saya bukakan."

Sebaik gate ternganga aku pun menghidupkan engin kereta untuk pulang. Peluang ini boleh aku gunakan kerana dia telah membukakan pintu pagar.

"Ambil ini, upah buka gate". Sedikit saja pemberian aku sudah cukup membuatnya tersenyum. Airmukanya kelihatan begitu ceria. Mudah-mudahan dalam seminggu ini dapatlah dia menikmati berbuka dan bersahur sesempurna kita. Itulah yang terfikir di hati aku.

Betapa dalam keadaan hidup kita yang kelihatan bagai tiada lagi orang yang susah tetapi di depan mata kita tidak kita ketahui. Kalau kita sekeluarga makan buffet di Puteri Pan Pacific setiap hujung minggu itulah sebenarnya hasil pendapatan bagi sesetengah orang yang begitu perit mengharungi hidup. Bersyukurnya kita......


~~ Dalam keadaan susah mencari orang miskin untuk kita agihkan zakat/derma yang hendak kita berikan, tanpa sedar ada kalanya ia ada di depan mata tidak kita sedari~~


55 comments:

Hudalatip said...

Iyelah kak, setuju sangat tu..sebenarnya ada je orang susah depan2 kita ni, tak perasan jer..

Afikah Aziz said...

'Sama ada cerita itu adalah rekaan olehnya itu aku tolak tepi'. Suka part ni,kita patut fikir secara positif. Dia menipu atau tidak itu hal dia dengan Allah nanti. Ape pun bersyukur sbb Allah masih memberi rezeki kepada kita dan rezeki yg diberi haruslah dikongsi bersama :)

Kakcik Seroja said...

Ada yang menitis air mata saat kita gembira berbuka. Semoga hati kita sentiasa terbuka untuk menggembirakan mereka yang lebih memerlukan.

Bersedekah tidak menjadikan kita miskin, kan? :)

AI said...

- kesian kan...tapi ade yg berpesta makanan setiap kali berbuka...aduhai...

amirah said...

betul kak...kalau difikir2kan sedih mengenangkan nasib org2 begini kan.kat opis saya ni kakak cleaner ni insyaAllah akan sentiasa kami bantu.staff lain pun rajin bg rezeki pd dia. kesian dia terpaksa keje sebb kena tinggal dgn suami.

Sarah Syazwani said...

sedehnyer kak...kalau kita berada di tmpt dia macam manala yee

Sharifah Nadzarah said...

btul3...

SuriHanna said...

Hanna bersyukur sgt dhn kehidupan skrg.. walau tak sesenang mana tapi kalau kita terasa kita susah sebenarnya banyak lagi org yang susah dari kita...

terpatrisinarabadi said...

murah rezeki dia...
syukur, akak sudi membantu, walaupun sikit atau byk, yg penting ikhlas.. :P

Unknown said...

bila difikir-fikir balik mmg ada org lagi susah dr kita

Unknown said...

betul tu kak... bersyukurlah dgn apa yg kita ada skrg.. Alhamdulillah

Dr K said...

Tu sebab saya tak mahu ke buffet berbuka puasa kak. Terasa amat amat membazir. Saya bayar RM27 seorang utk buka buffet steambot tempohari pun, saya dah rasa membazir...apatah lagi nak gi memanjat hotel, per pax sampai RM70-80....

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,


Bagus kak zakie , setiap apa yang kita sumbangkan , balasannya besar, nanti berlimpahan rezeki yang Allah SWT bagi.Kekadang kita nak makan sedap-sedap pun tak sampai hati bila ada orang cam ni.

kucingorengemok said...

semoga dia juga sentiasa bersyukur dengan sedikit yang ada

Eye_nee said...

Kita sering mengeluh dgn kesusahan kita tanpa memikirkan ada lagi insan yg lebih payah kehidupannya dari kita...Apa sebenarnya pegertian bersyukur yg sering kita ucapkan andai kita sendiri tidak memahaminya...

Sebak saya kak...Semoga Allah membalas segala kebaikan akk ..biar pun sedikit huluran akk tu...besar ertinya bg dia kak...

faraherda.razalan said...

Saya menangis baca entri akak nie. Entahlah, hati sy cpt tersentuh dgn golongan terpilih mcm nie.

Dulu, sy terlajak merungut krn ckp2 makan. Tp sy lupa, masih ada yg susah dr sy.

Krn mereka, sy belajar menginsafi dan belajar mensyukuri..

=(

-Sara- said...

btol tu kak, klo kite ade rezeki lebih xde salahnya hulurkn kpd mereka yg kekurangan..besar ganjarannya..

Unknown said...

SALAM,
N3 INI MENYENTUH HATI. KETIKA KITA MENGELUH KITA SUSAH , TERDAPAT ORANG LAIN YANG LEBIH SUSAH DRPD KITA.

Unknown said...

kak.......
ayu sering alami keadaan mcm kak..
time niaga mmg bila ayu terserempak golongan tersebut ayu akan katakan sedekah..
baik makanan atau wang ringgit..
dalam hati risau kalau2 mereka salah anggap

PS: kampung ayu di besarkan di tenggaroh, semalam abah yang datng, manakala dikampung jaya sepakat tempat ayu dilahirkan...
so, disana ada family abah dan harta peninggalan arwah atok ayu

nabilah_2908 said...

bila kita mudahkan urusan orang...Allah pun akan mudahkan urusan kita... :)

mama maman aka yana said...

Sayu bila membaca nih.. blm lg melihat keadaan org itu.. moga nasib mrk akan lebih baik.. sama2 doakan..

ucubakery said...

alhamdulilah...

aizamia3 said...

takpelah.. sedekah untuk dia.. moga dia tabah dalam menghadapi dugaan.. ;)

Mutiara Bernilai said...

Salam kakak..

sayu plak kite bace..
hu..kite makan satu kali dah RM20-30 (contoh),,tp ade org dapat beli RM1 pun susah..hu,,rs bsalah plak kite..

thanx kak, reflection for me myself

Kakzakie Purvit said...

@ missbby: Kakak tak sangka dia susah macam tu...


@ Afikah Aziz: Itulah Fika, kakak rasa betul sebab lihat mata dia pun tak sampai hati...


@ kakcik: Betul kakcik. Belum pernah dengar org bersedekah jadi papa


@ Al: Memang benar apa yg AL katakan itu. Moga tidak kita ye...


@ amirah: Kalau dah tahu mudah nak salurkan bantuan mira. Sebelum ini kakak tak tahu...


@ Sarah Syazwani: Itulah dlm zaman serba canggih ni duduk pulak di JB bayangkan handset pun dia tak ada tau...


@ Sharifah Nadzarah: Hmmm....


@ SuriHanna: Kakak dtg dari kelaurga miskin sebab itu mudah terasa Hanna...


@ ikatamkasihku: Ikhlas kakak kata yg kakak terkenang zaman kakak adik-beradik semuanya masih sekolah. Susah betul nak cari duit masa tu...


@ asfaliza: Masalahnya kadang kita tak tahu dimana org susah itu. Jadi saluran kita selalu ke rumah org tua/anak yatim. Sedangkan di luar kita tak tahu kalau tiada yg memberitahu kan.....


@ Queen Teratai: Sungguh kakak amat bersyukur kalau banding masa kakak anak-anak dulu


@ Daddy Ziyyad: Tafsiran yg betul tu doc. Banyak duit tu yg boleh disalurkan...


@ Cik Ina DDC: Hairannya baru ini kakak tahu walau dia dah bekerja lama. Tak patut kan tapi kalau tak kerana dia ponteng kita tak tahu masalah dia...


@ kucingorengemuk: Mudah-mudahan begitulah...


@ Eye_nee: Kalau berdepan dgn orgnnya lagi kesian, tapi kakak tak boleh tunjuk cuma bila dia keluar pejabat tu kakak muhasabah diri. Sedihnya....


@ Mommy Fara: Hati tersentuh kan MF. Kakak tak sangka sebab orgnya very humble tak banyak cakap. Bila dia kata "terpulanglah tindakan sykt sebab saya tahu saya bersalah" Kakak jadi kendur....


@ Sara: Kalau kita tahu senang sara tapi masalahnya kalau tak ada isu kit tak tahu


@ Luahfikiran: Bila berdepan dgn org begini kita akan rasa betapa bersyukurnya kita kan...


@ Citarasa Rinduan: Begitulah Ayu. Cuma harap kita muhasabah selalu ye...

Kakak ingat mak-abah tinggal di Jaya Sepakat... Tenggaroh jauh kan...


@ nabilah_2908: Mudah-mudahan hendaknya...


@ mama maman: Kakak pun tak pernah tahu keluarga dia. Dia pun baru kali ini bercerita bila ada masalah


@ Ucu Faridah: Syukur padaNya...


@ aizamia3: Jujur kakak bagi tak banyak sekadar utk dia guna iftar dan sahur bolehlah....

Kakzakie Purvit said...

Mutiara Bernilai,

Bersyukur padanya atas apa yg kita miliki ye MB. Sebahagian hak kita pun bukan milik kita semuanya. Kena agih sebelum Allah tarik balik...

terokai seni said...

tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima

pusat zakat pon kekadang sibuk promote kutipan... agihan le yang patut diberikan keutamaan

~izan~ said...

semuanya betul tu kak..izan pun faham sgt2 bila tgk sendiri dpn mata...

kita takkan rasa luak bila memberi..yg penting ikhlas dan kita tahu niat sebenar kita apa...

ajumohit said...

betul kak, berkaca saya baca entry ni, dlm pada mencari org fakir, rupanya jiran blkg rumah pon dalam kesempitan, dgn anak 5 org, salah sorangnya sindrome down, membuatkan hati terpanggil utk sama2 meraikan hari raya dlm keadaan lebih baik...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kadangkali peluang untuk meraih pahala sedekah Allah bukakan di depan mata dan terpulanglah kepada kita untuk bertindak..

fuad ansari said...

nice sharing...

melihat orang yg dibawah, mengajar kita erti bersyukur kan...

Pia said...

"bersedekah menjadikan rezeki kita semakin mencurah,rezeki tk semestinya duit ringgit semata..rezeki hadir dlm pelbagai rupa.."

Anonymous said...

salam kak,

wp pemberian kita tu sedikit, tapi dengan penuh keikhlasan, pasti keceriaan terpancar di wajah penerima tu...'

Ati Masrif said...

alhamdulillah ...semakin murah
lagi rezeki kak zakie

Prince Halilintar said...

semoga rezeki kite lebih murah dengan amal jariah yang kite lakukan..

Unknown said...

alhamdulillah...semoga kak zakie dimurahkan rezeki...

kdg2 kita x sedar di bulan ramadhan ni byk lauk pauk yg t'buang sedangkan kat luar sana ramai yg serba kekurangan.....

WuMing said...

Memang laa... ada ramai lagi yang pendapatan sedikit tapi banyak tangungan..

Ada pula tak perlu kerja.. hanya bohong sana..bohong sini, makan duit tepi meja, bawah meja atas meja..(lama-lama kena makan meja laa tuu)


Tapi hari - hari berfoya-foya saja... Langsung tak ada hati dan perasaan..

Ish..ish... melalut dah...

saniah said...

Bulaan Ramadhan bulan rahmat..Allah berikan kelebihan rezeki agar dpt bersedekah..Alhamdulillah kakza..salah seorg dari nya..moga murah rezeki kakza dimasa depan

aanie said...

ye la kak...walaupun hidup sy x sesenang mana, kena bersyukur jugak sb ramai lagi yg lebih susah...

azi said...

Salam Kak..
Tak semua insan bernasib baikkan akak..
Saya bersyukur dengan rezeki yg . Allah berikan dan rezeki itu dikongsi dengan yg. lain pula....

missgee said...

Kak Zakie,
Muhasabah diri sendiri..
Patutnya kita bersyukur
sesusah kita ada orang yang lagi
susah..

Jangan pandang orang yang lebih tinggi dari kita.. Tapi pandang
orang lagi rendah dari kita

Unknown said...

sayu nye sya rasa kak... cian dia...

nasib orang lain-lain kan...
mesti dia kenang jasa akak smpi bila2...

tapi sya tak penah lgi mkn buffet kat hotel...hihi, tak mampu ...mahal lorrr

Temuk said...

Memang bahagia rasa di hati bila kita mampu menghulur... Insya-Allah, DIA akan menghulur balik kepada kita dengan berlipatganda.

Selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin.

ckLah @xiiinam said...

Ada yang susah, tetapi tidak meminta-minta....

ILA HonEyBuNNy said...

ya kak...kadang2 kita terlepas pandang orang2 dekat kita dan depan mata kita ada lagi yang susah...

alhamdulillah...tersenyum orang tu kan kak...

Acik Erna said...

kakzakie..sangat2 bersyukur dengan apa yang acik ada..alhamdulillah..

Afida Anuar said...

Kak..moga Allah balas jasa baik akak...murahkan lagi rezeki kak zakie sekeluarga.. Aminn..

moga dia pun tabah hadapi dugaan hidup. Walau susah sekalipun, kita kena bersyukur atas ujian yang Allah datangkan kat kita... sebab Allah sayang kita, sebab tu dia uji kita..dengan kesusahan..dengan kesenangan.. Kan kak?

Hanis MY said...

Sayunya kak.. Betul tu kak zakie kita bantu sekadar termampu Dan syukur dengan apa yg kita miliki ni

Mohamadazhan.com said...

salam kakak, mohon maaf lambat balas kunjungan...betul tu..kadg2 kita tak perasan depan kita pun ramai yang susah..

s a r said...

assalamualaikum akak.

hmm. terasa pulak tetiba, kekadang kita yang cukup makan ni still nak komplen itu ini. tak terfikir pulak apa yang orang lain rasa, yang susah nak dapat duit. hmm. astaghfirullahal'azim. bahagian masing2 kan.

insan marhaen said...

uhanlah yang mengetahui segalanya. melapangkan jiwa orang yang dalam kesusahan itu lebih banyak pahalanya dari seribu open table pada orang yang memang berada...

Werdah said...

Assalamu’alaikum kakzakie

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bersedekah pada bulan yang mulia pula. Bersyukurlah kerana dengan pertolonganNya dapat kakzakie guna kesempatan tersebut.

Tahun ni anak kak beraya dengan kak, jadi kami beraya di KL kemudian petangnya kami ke Perak. Kampong kak n suami di Perak.(orang tua kami udah tak ada cuma ziarah saudara mara yang lain). Salam sayang buat kakzakie.. selamat sambut 'idul fitri, maaf segala kesilapan ya. Tak tahu lagi boleh ke JB. Jika kak ke sana insyaAllah kak bagi tahu tetapi bukan masa yang terdekat ni agaknya lah.

Kakzakie Purvit said...

@ cemomoi: Sebab itu kakak lebih suka hantar terus pada org yg kita memang tahu susah jika ada lebih..


@ izan: Biasanya bila kita memberi memang ikhlas cuma susah nak cari org susah sekarang kan...


@ ajumohit: Aju kalau ada org yg dekat tak perlu tunggu puasa/raya, bila-bila pun boleh kita menghulur kan. Untung juga bila ada yg dekat mudah utk kita memberi


@ Abd Razak: Wa'alaikumsalam. Mengharap kita dapat membantu mana yg termampu tak kira dekat/jauh


@ fuad ansari: Kalau tidak kerana ada masalah kakak pun tak tahu


@ Pia: Betul tu Pia...


@ Sekamar Rindu: Harap begitulah SK...


@ Ati masrif: Mudah-mudahan Ati juga...


@ Prince halilintar: Allah maha adil dan mengetahui Prince...


@ Mamamya: Sebab itulah Lia kakak walau selalu membeli tapi pastikan yg nak dimakan saja


@ WuMing: Yg dok makan atas bawah meja itu kita doakan moga ada keinsafan ye WM...


@ saniah: Moga kita sama-sama ingat-mengingati...


@ aanie: Sungguh kita terlalu senang aanie kerana masih dapat menikmati apa yg kita mahu berbanding mereka yg belum tentu dapat apa yg dia ingini

Kakzakie Purvit said...

@ azi: Dulu kakak masa kecik pun susah azi. Bila semua dah habis belajar baru boleh bernafas. Mungkin sama dgn pemuda ini. Bila semua sudah habis belajar mesi ada kelegaaan....


@ missgee: Betul tu gee. Kalau asyik banding ys lebih samapi bila pun tak cukup


@ mamaNoriz: Bukan utk dikenang Noriz, tapi kakak rasa kalau Noriz ada tempat kakak pun akan buat tindakan yg sama


@ Temuk: Masa memberi tak terfikir itu cikgu, yg kita fikir kesian. Selamat Hari Raya juga cikgu


@ ckLah: Benar cikgu pemuda ini tergolong yg begini


@ IlaHoneybunny: Pemuda ini jenis yg humble Ila. Pandang muka dia pun kita dah kesian...


@ Acik Erna: Alhamdulillah acik syukur pada Allah ye...


@ Afida Anuar: Harap begitulah Fida. Kakak pun tak sangka keluarga dia susah begitu. Tapi kakak rasa bila adik-adik dia sudah habis belajar keluarga dia akan senang kelak...


@ Hanis MY: Betul Hanis....


@ mohamadazhan: Bila tidak ada isu kadang kita tak tahu azhan itu yg jadi masalah...


@ sar: Wa'alaikumslam sar. Itulah sar betapa bersyukurnya kita...


@ insan-marhaen: Kalau boleh mahu kita bantu mana yg kita mampu kan IM. Cuma masalahnya kita tak nampak itu yg selalunya kita hantar ke rumah anak yatim/org tua sedangkan di sana memang dah banyak bantuan. Yg diluar itu yg susah kita nak nampak


@ Werdah: Wa'alaikumsalam kak werdah. Oh kakak ke Peraklah ye... Besan kakak org JB. Kalau kak Werdah ke JB beritahu kakak ye...:)
Selamat Hari Raya juga dari kakak.

Maya Mayana said...

yana memang tk pernah berbuka kat luar,cuma import mknan luar adalah...dlm kita bergembira ada juga yg hidupnya tk berapa ceria kan?