Wednesday, August 17, 2011

Travelog Hidayah

Sewaktu membaca tafsir Quran di pejabat mudah benar mata mahu tertutup. Kena mencari alternatif lain. Lama sudah membelinya, sewaktu menghantar anak ke kem Bijak Sifir tempohari. Hendak cari batang mancis menongkat mata tidak ada di pejabat. Buku inilah ubatnya. Bila membaca buku ini mata segera mencerlang.


Aku, Isabella dan Tok Kenali.... penghijarahan seorang insan artis mencari pencerahan diri yang melalui liku-liku kehidupan dari kecil hingga kini. Namun oleh kerana semasa kanak-kanak bimbingan dan ilmu itu telah tertancap di dada, kekentalan jelas mampu diharungi olehnya. Indah menghayati travelog hidayah ini...


Tanda buku ..... Kalau ikut sipembuat mesti dia merasakan ini yang terindah. Melihat selalu mamanya membaca tidak menggunakan tanda buku tidak seperti dia. Hari Rabu lepas semasa kelasnya ada seni lukis tanda buku ini dibuat khas untuk mama. Kena hargai juga walau saiz nya lebih besar dari buku (ketawa dalam hati saja). Kakak ketawakan pun kena jeling dengan mama supaya tidak ketawakan dia.



Besar .... Lihatlah hingga terkeluar dari buku. Tapi gembiranya bukan kepalang bila mama gunakan hasil kerjatangan dia. Buku pula masuk dalam briefcase mama pergi kerja. Kegembiraan berganda buat dia.






~~ Setiap insan dilahirkan tidak tahu bagaimana perjalanan hidupnya. Kita sekadar mampu berusaha untuk merancang yang terbaik. Namun sebaik-baik perancang adalah Allah. Wamakaru Wamakarallah ~~




91 comments:

Hudalatip said...

hehe, biasalah kak, hasil kerja anak..bila mama dia guna mestilah dia rasa seronok kan..kak, best tak buku ni? macam nak beli laa..

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Kakzakie...

pagi ni, kakcik menatap skrin hp dengan mata terpejam!

Afikah Aziz said...

comel je tanda buku tu walaupun terlebih besar hehe..ape pun mesti kena hargai kan :)

gadisBunga™ said...

hmm....kuat sungguh keterkaitan setiap subjek dalam tajuk travelogue tu dgn perubahan bob lokman sekarang. syukur.. :)

terokai seni said...

kita doakan hidayah yang dia terima juga akan menjadi hidayah kepada orang lain untuk mengikuti apa yang telah dilalui

penanda buku yang sempoi...

Maya Mayana said...

cutelah adik...yana belum pernah baca lagi buku tu,but sementara tunggu buka ni selau juga baca buku...

Ayuraza said...

bes ke kak bukunya..ala..tacing anak buatkan tanda buku..hehesemoga berkekalan la kak kan..

amirah said...

menariknya kakak dpt baca buku bob lokman tu..hihi, takpela walaupun besar sizenya tp mama guna mesti rasa dah best sgt2..

eelobor said...

Alhamdulillah....semakin hari semakain ramai golongan2 artis yang mula terbabit dengan kegiatan2 agama utk mendekatkan diri kepada Allah swt

Sharifah Nadzarah said...

semoga kita pun diberi hidayah agar dapat memperbaiki kelemahan diri.

wah!! bestnya dpt penanda buku tu..

cheqna said...

cheqna cuti hari ni sempena nuzul al quran..
jadi sah2 tak mengantuk =)

Azian Elias said...

MASYALLAH..dia diberri ALLAH petunjuk dan hidayah. Kita macamana?

Efa Nur said...

Assalamualaikum kakZakie..apa khabar? lama tak dengar khabar akak :)

sweet nye anak akk buatkan penanda buku tu..bertambah rajin laa membaca nanti tuu..hehe :)

wahida said...

kalau kita puji hasil kerja tgn anak mmg dia akan bangga...dan akan bertambah bangga bila kita menggunakan hasil tgn dia...

comel penanda buku tu..

AI said...

- sayanggggg mama...

terpatrisinarabadi said...

anak rasa di hargai, kalau ibunya menggunakan hasil kreatifviti darinya

azi said...

Salam akak..
Akak..kita pun perlu sentiasa memperbaiki kekurangan dirikan...

ahmad humairi said...

bahaya bila mengantuk....cepat buat sesuatu....

L said...

salam nuzul quran.=)

jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

zue said...

mcm mana dgn kebersanan buku tu kakzakie...sy pernah dgr ceramah bob di youtube...mmg dia dah brubah tapi cara penyampaiannya yg sy x brapa suka.

ajumohit said...

Bagusnya mmbaca buku ni kak, mengetahui bgimana mperbaiki kelemahan n Kekurangan diri utk jadi yg lebih baik

Aida Ali said...

Pengalaman mendewasakan kita - taniah atas kesungguhan pembaca dan penulis buku ini

Uncle said...

semoga penulis buku akan teruskan perjuangan dia..

Unknown said...

best dpt ibu mcm akak!

emarieys said...

anak suka bila hasil kerja nya dihargai kan kak

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie

Lama betul kak werdah tak beri komen walaupun ada jenguk sesekali..

Belum baca lagi buku ni sekadar membaca sinopsis.. Alhamdulillah, hidayah Allah adalah untuk yang berusaha mendapatkannya..

PESONA said...

Assalamualaikum Hjh,

Satu sokongan moral kepada anak-anak agar agar apa yang dilakukan dihargai oleh orang lain terutama kedua ibubapa......

ainhany said...

salam kak,

wah2 semangat kakak menambah ilmu di ramadan ye..selamat mentelaah..:)
cemgini, ucu pun booking satu lah penanda buku..boleh ke??? cantik hasil tangan anak mama tu..teruskan berkreatif ye..

selamat berpuasa.

Unknown said...

bangga dgn Bob ni tpi kesian sbb kwn artis semua kutuk dia...

pasni mesti ank akak lagi berseamngat buat karftangan sbb mak dia hargai kan :)

dwatyKNY said...

sebentar tadi gumbira... kini berduka... baca entri akk.. especially yang last tu... hati saya kembali tenang sedikit... ingat kembali kepada ALLAH... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... dan mudah2han yang terbaik...

suri solehah said...

mesti menarik buku tu kak..kat tempat suri susah nak cari bahan bacaan ilmiah..
hehe..macam kitalah kan kak..kalau buat apa2 anak2 n suami suka..cam bangga je....

Abd Razak said...

Assalamualaikum kakzakie..

Moga kakak sihat hendaknya..

Amat beruntung mereka yang mendapat hidayah. Cantik penanda buku tu kak!

Afida Anuar said...

MasyaAllah kak..saya tak pernah pun kasi hasil kraftangan saya kepada mak saya waktu dulu2... Rasanya banyak jugak buat penanda buku ni;)

fuad ansari said...

sebab tu sgt perlu bersangka baik kerana hidup adalah satu perjalanan.. terkadang2 seseorang itu tidak baik pada awalnya, tapi baik pada akhirnya..

Hairun Azmi said...

Menarik.. .

Anonymous said...

salam, teringat citer teksi tunai..

Granny Hani said...

kita merancang tapi Allah yg menentukan nya..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie


bulan puasa ni memang mengantuklah , terutama bila duk kat air cond. tak tahu cik ni dah berapa kali gi toilet, sebab ngantuk nak basuh muka.

~izan~ said...

semakin ramai artis yg berhijrah.Alhamdulillah..

comel la kak penanda buku tu..mesti anak akak hepi sbb berbaloi dia buatkan =)

Acik Erna said...

kakzakie.mesti seronokmsangat dia bila ibu menghargai apa yang dia dah buat kan..

Unknown said...

Salam sejahtera sahabat yang dikasihi

Begitulah kehidupan ini. Mudah2an kita berakhir dengan akhir yang baik.Amin.

Cute girl dan baik hatinya.Kiss her for me ya.

Umi

Unknown said...

assalamualaikum kakakku..

semakin bangga sbb ramai artis dah ada peluang berhijrah..
kak..
kalau ayu dapat sesuatu dr Umai, ayu pun turut happy,,
tggu umai besar, mana tau.. dia boleh buat penanda buku mcm anak kakak jua

mama ju said...

Salam

Bestkan buku tu...
Moga hidup kita berakhir dgn kebaikkan.

al-lavendari said...

bila ilmu sudah ada di dada, ibarat sudah pandai mendayung perahu. apabila tiba masanya selepas lama hanyut bermain ombak, pasti dia akan berkayuh ke pantai. insyaallah.

Cik Pulau said...

sape2 pn bangga kalau barang yg dia kasi tu dihargai..

belum baca lagi buku ni,.^^,

leeya abdul said...

Kakzakie mmg hebat. Mata dh mengantuk pun boleh lagi baca buku tuh. Kalau leeya la terus lelap dibuatnya. Bayangkan 9jam menghadap komputer nih lebih2 lg bln puasa. Maintain jam 4pg sdh siapdiri. Leeya ON tanzil alquran sat.

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih atas segala komen yang diberikan oleh teman-teman berikut:-

missbby, kakcik, Afika Aziz,gadisBunga, cemomoi, Maya Mayana, Ayuraza, Amira, eelobor, Sharifah Nadzarah, chegna, Yan, Efa Nur, Wahida, Al, ikatankasihku, azi, ahamd humairi, L, zue, ajumohit, Aida Ali, Uncle, Santri TPNI, MamaEma, Werdah, pesona ainhany (dtg sinilah adik buat utk ucu hehehe), MamaNoriz, dwaty, suri solehah, Abd. Razak, Afida Anuar (sekarang kena bagi mama yg lain Fida), Fuad Ansari, miecyber, hanez, hani@debumelukut, Cik Ina DDC (cucilah muka tetap mengantuklah cik ina), izan, Acik erna, Umihoney (always kiss her hehehe), citarasa rinduan, mama ju, al-lavendari dan cik pulau.

Memandangkan buku ini tidak mahal dan mengadungi 157 mukasurat saja pasti boleh dimiliki andainya kita suka...

Terima kasih semuanya...:)

Eye_nee said...

As-Salam Kak..
Betul ckp akk..merancang hak kita namun tercapainya perlaksanaan rancangan itu milik Yg Esa....

sahromnasrudin said...

kalau kita sudah meninggalkan bidang itu, janganlah kita hina bidang tersebut hanya kerana kita sudah berhijrah..
suka cara wardina..sangat merendah diri

WuMing said...

Tak sangka kan... Bob nii..

Hari tu nampak ada banner dekat Tepi jalan.. Ada ceramah dia..

Orang, tak kira laa siapa jika di hargai, mereka akan rasa gembira..

Lebih-lebih lagi dari orang tersayang..

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie...

kita pun kalau mengantuk... berhenti untuk baca buku kejap... baru segar sikit biji mata... pastu baru sambung balik kerja... ~

Admin P@P said...

Assalamualaikum Kakzakie.
Keativiti kanak-kanak. Perlu dihargai untuk memotivasikannya.
Tahniah.

TQ

Unknown said...

comelnya kerjatgn anak akak... Kalau sya yg dpt tu tentu gembira bukn kepalang... InsyaAllah bila anak dah besar nnt.. skrg ni kecil lg... tau nyanyi lagu ibu.. ibu.. engkaulah permata hatiku.. heeheh itu pun dah rasa terharu.. :)

setiap org pasti akan berubah... dr x baik berubah jadi baik...

faraherda.razalan said...

Wow! Saya nak cari buku tu!

Dan penanda buku tu...itu petanda awal kreativiti menjelma dlm diri tu kak.

Jgn terkejut andai suatu hari nanti, penanda buku itu akan improve hingga menjadi mahakarya hebat!

=D

ucubakery said...

semua tu tanda keikhlasan ank kita bila memberi...
buat kan satu boleh...

Anonymous said...

boleh pinjam tak??
hehehe

Liyana Zahim said...

Da bace sket bku ni.. Tak sgke ek die ni cucu cicit tok kenali.. Heheheh~

NM02 said...

perenggan terakhir paling saya suker. perjalanan hidup kita kalu dirancang pun dtgnya dari kuasa Allah jua.. kannn

Mutiara Bernilai said...

salam kakak syg,
hu, teringin gak nak bace buku tu,,hu,jeles,,

hm?mest anak akak bahagia sbb mak dia hargai sgt2 pemberian dia :)

ILA HonEyBuNNy said...

salam kak....

penanda buku tu terbesar sikit kan..hehe..tapi cantik...

teringat dulu..masa sekolah buat dekat mama jugak...sampai sekarang masih tersimpan..hehe

uncle gedek said...

Allah maha mengetahui...

kurus said...

aah lah kak .. anak2 kalau di puji memang suke .. x suke depan kita .. kita nampak dia senyum dlm hati kan .. cumei apa .. :))

ermm lelaki nie artis kan .. syukur dia dah di beri petunjuk .. :)

Zaitun said...

Walaupun tak secantik yang ada dijual tapi kakzai rasa nilainya lebih berharga.Hasil kerja tangan anak dan dia memberikan dengan hati yang ikhlas.

Prince Halilintar said...

betul tu, perancangan Allah lebih jitu..

ORLANDO AHMAD said...

saye kalo layan buku mula ngantuk, on9 tak ngantuk plak

PinKy MoMMa said...

suka baca kisah penghijrahan kawan kawan seagama ke arah kebaikan..moga moga kita akan mengikut jejak mereka :)

satu lagi kisah wardina pun menarik juga kak..

rezeki said...

salam kak

saya sekarang tgk baca buku "akhirnya ke temui cinta-mu"

berkaitan individu2 bukan islam yang akhirnya menerima taufik dan hidayah hingga memeluk islam

kasihibu said...

anak anak memang suka kalau kita hargai apa yg diorang bagi kan?
anak dara sya pun macam tu kak.

Cikli said...

tanda buku yang cukup bermakna.

Kakzakie Purvit said...

Selamat menjalankan ibadah puasa yg ke 19 hari ini. Terima kasih kakak ucapkan atas segala komen teman-teman: -

Leeya abdul, Eye_nne, sahromnasrudin, Wuming, manje, AdminP@P, Queen Teratai, Mommy Farra, Ucu Faridah, Lelaki ini (boleh kalau dekat apa salahnya), Lyana Zahim, NM02, Mutiara Bernilai, Ila HoneyBunny, gedek, ieda, Zaitun, Prince Halilintar, Orlando Ahmad, Pinky Momma, rezeki, sayang-sayangibu dan Cikli.

Terima kasih sekali lagi dari kakak atas komen-komen yg diberikan....:)

Unknown said...

salam kakzakie....

best ya kak buku tu?

Perjalanan orang yang menjadi cover muka buku tu ke jalan Allah ya kak..

Saya pernah sekali saja terserempak dengan dia walau rumah ibu mertua dia berhadapan saja dengan rumah ibu mertua saya...:)

Seronok anak akak mamanya guna hasil kerjatangannya. Tak kiralah walau besar, tak begitu cantik, dia rasa di hargai bila mamanya sudi guna, tak gitu kak...

Rina Rahamat said...

best eh kak buku tu?

akak guna hasil kerja anak satu cara meningkatkan self-esteem dia juga..:)

Anonymous said...

saya pun suka simpan hasil kreativiti anak2 samada kad hari ibu @ kad raya..walaupun hasilnya tak seberapa, tapi mereka gembira bila hasil tangan mereka dihargai oleh ibu sendiri.. :)

aanie said...

sy dulu masa skolah pun suka buat penanda buku...tp memang selalu terbuat besar sikit...hehe...

Mak Su said...

seriously true. dan kita akan gembira bila hasil kerjatangan kita or pembelian kita digunakan oleh insan tersayang tanda dihargai

Pia said...

"syukur alhamdulillah,sorang demi sorang insan seni mendapat hidayahNya...semoga kita semua pun tidak terkecuali,dan semoga hati ini tidak dibolak balik..Amin,Ya Allah.."

Unknown said...

My dear do pop over to my blog coz I have a surprise for you

Umi

fairus said...

MEMBACA JAMBATAN ILMU... SERONOK SEBENARNYA MEMBACA NI.. DARI TAK TAHU KITA AKAN TAHU, TAKLAH KITA BOLEH DITIPU...

Hantu Kak Limah said...

byk artis dah menemui jalan yg dicari...x tau same ade ikhlas ke tak...:)
budak2 punye hasil kerje memang kretip.....huhuhuuhuuuhu.........

matahati-aishahazhar said...

ingat jugak dia kat mama dia kak.. tu yg dibuat satu walaupun besar...

teringat kat anak saya.. tetiba malam tadi dia cakap.. "Mama.. nanti uzrei besar, uzrei masakkan untuk mama ye.."

missgee said...

Kak Zakie,
Belum berkesempatan beli buku
Tapi seperti berminat..
Review seperti best

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

walaupun tak cantik mana pun tapi kita kena ler hargai apa yg anak2 kita berikan?

Kakzakie Purvit said...

Walau N3 telah lama masih juga dibaca. Terima kakak ucapkan atas komen yg diberikan: -

Yus, Rina AVAIL, aanie, mak su, piasara, umihoney (thaks a lot for the award given),Fairus, Hantu Kak Limah, Ratu Kebaya, missgee dan Be Simple Beb.

Entah mengapa mood untk berblog kian merudum....

insan marhaen said...

lebih baik lagu isabella dari lagu mas mona, yer..

Idah said...

wah...bangga laa kakzakie..yg pengomen betul.....ceria3 selalu..

azieazah said...

Baca buku ilmiah, memang mudah iblis goda suruh tidor.

Anonymous said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Semoga hatinya tidak berubah. Semoga Allah kekalkan hatinya dijalan yang lurus.

aby said...

salam k zakie ..

kt ujung2 reply aby ni ..

aku pun sukak nyimpen penanda buku ..
angger konco2 mareng oversea aku njalok kukokne penanda buku ..

quran seng aku mboco penanda ne seko turkey, kitab senga aku enggo belajar penandan seko jepun ..

ono la jugak seng lain2 ...

ckLah @xiiinam said...

Semoga kita sentiasa terpilih dalam senarai penerima hidayah Allah...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

semoga kita semua beroleh hidayah dan hijrah yang berkekalan.
masih belum berkesempatan mencari buku tersebut walaupun turut berminat.

ada free penanda buku tu sekali kan? he3

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih buat teman-teman berikut atas komen yg diberikan:-

insan_marhaen, idah, azieazah, Kunang-kunang, aby (kakak orak ono koleksi tapi seng iki pasal adik seng ngawe melas pulak angger orak di jikuk/simpen), ckLah dan aku HIC positif.

Sekali lagi terima kasih. Kakak semakin kurang mood untuk ber blog. Tak tahulah mengapa...