Sunday, October 9, 2011

Adik buat rakaman


Rakaman biasa dijalankan pada hari Sabtu. Jarang mama dapat menemani adik sejak dari Kak Nurienne membuat perkara yang sama. Semalam adik dikehendaki menghadirkan diri ke Johor FM lagi untuk membuat rakaman seperti biasa. Oleh kerana papa outstation ke Sarawak kenalah mama mengambil cuti menghantar adik. Biasanya rakaman dibuat untuk siaran sebulan. Rancangan akan disiarkan setiap hari Sabtu jam 6:30 petang selama setengah jam. Apabila habis semua tersiar, rakaman akan dibuat seminggu sebelum siaran. Lihatlah beberapa gambar yang sempat mama ambil dari mula adik tiba di Johor FM hingga adik balik ke rumah. Selama ini sebab adik pergi dengan papa tidak ada pun gambar yang diambil.


Johor FM - Adik merakam gambar di van Johor FM


Perkarangan - Di hadapan tempat parkir kereta


Tangga - Memanjat tangga ini untuk ke studio rakaman

Kad Pelawat- Kad ini berguna untuk membolehkan adik masuk dan keluar dari studio


Teman - Kakak Fakhriah (11 tahun) dan Abang Irfan (12 tahun) bersama adik di studio rakaman


Dalam studio - Mengambil tempat bersedia untuk rakaman

Papan tanda - Blok yang adik jejaki sebulan sekali


Selesai - Adik menuruni tangga sedia untuk balik



Balik- Perut adik sudah menjerit mohon untuk di isi, kelaparan kerana pagi adik hanya makan sedikit nasi goreng yang Mak Zah sediakan

Plaza Angsana - Singgah sebentar di sini. Bayar dulu parkir kereta mudah tidak berebut sebab kelihatannya tidak ramai lagi orang yang beratur


McDonnald - Adik makan burger dan ayam goreng

Dahaga - Lega bila tekak dapat dibasahi dengan air sejuk

Nikmat - Banyak hingga tidak terhabis. Baki adik bungkus untuk dibawa balik. Sebelum itu singgah sebentar di Badan Book Store mencari novel seperti selalu.



Novel - Beli sebuah sebab baru beberpa hari lepas sudah membeli tiga . Masih mencari buku keluaran PTS Publications kerana hendak memenuhkan borang yang ada. Boleh mendapat hadiah misteri seperti sebelum ini (novel, badge PTS dan buku nota).

Gambar bulan lepas - Rakaman bulan lepas adik ditemani oleh Kak Nurienne



~~ Dari maghrib hingga ke malam pula mama terpaksa menghadirkan diri ke Kem Ibadah Darjah 5 & 6 sekolah agama Kak Yasmien - solat hajat untuk SDEA, Ibadah Haji & Umrah dan Qurban. Penat terasa bila semua kena urus sendirian lantaran papa outstation. Hari ini dalam sejarah juga kerana mama update N3 pada Hari Ahad.~~

54 comments:

pena rozie said...

sedapnyer mekdi...

terpatrisinarabadi said...

wah..tahniah..pengalaman pertama yer...hebat anak akak...

Hamizah said...

sejuk perut ibu mengandung..
mana dia belajar tarannum..

Unknown said...

SALAM,
HEBAT ADIK NI ! TAHNIAH !

Anonymous said...

bagusnya adik

al-lavendari said...

mula-mula saya ingatkan boleh adik habiskan makanan itu .. rupanya lebihnya dibungkus bawa balik.

ckLah @xiiinam said...

Hebat dan berbakat....
(Rugi cklah tak dapat dengar Johor FM)

Acik Erna said...

memang ytak pernah update hari ahad ye..

norh said...

bagusnya akak mendidik anak..

Kakcik Seroja said...

Semoga Adik terus cemerlang di dunia dan berbahagia di akhirat. :)

Hudalatip said...

wah, adik ada ada rakaman mengaji yea? bagusnya..akak, terima kasih sudi datang ke blog dan bagi komen, bila akak tak datang dan tak komen, rasa lain sangat..harap akak berterusan bagi sokongan yea..thank you..

Zul fattah said...

pengalaman yg xleh lupa ni .. haha

insan marhaen said...

bagus la.. kecil-kecil dah berani berada di studio. bukan mudah juga tu...

Kakzakie Purvit said...

@ pena rozie: Adik jarang makan mc-D tau...

@ ikatankasihku: Bukan kali pertama D. Tapi selalu pergi dgn papa. Kali ini dgn mama


@ Hamizah: Anak-anak kakak mengaji di rumah sendiri Mizah...


@ Luahfikiran: Bukan adik sendiri tapi ada dua teman lain


@ redza: Kadang kan adik malas sebab kena Sabtu kan hari tak sekolah


@ al-lavendari: Hehehe... kakak makan kentang tu Tuan. Tapi tak habis juga...:)


@ ckLah: Alahai cikgu ini sekadar rancangan belajar mengaji saja. Utk anak-anak...


@ Acik Erna: Kakak hari sabtu & ahad tak pernah on pc. Hari ini hubby masih outstation, Yasmien di sekolah lagi, adik dgn novel dia. So... kakak buatlah N3


@ missbby: Sebenarnya kalau kakak tak komen cuba check ada tak masuk ke email sebab komen kakak tak dapat masuk kena reject kotak komen Huda...


@ zul fatah: Kakak rasa selagi Johor FM masih ada program ini dan adik masih tinggal di JB ia akan berterusan. Ini program mingguan tapi rakaman sebulan sekali


@ insan_marhaen: Adik bukan jenis budak takut. Dah biasa on stage walaupun taklah cemerlang...

Kakzakie Purvit said...

@ norh: Dah jadi tanggung-jawab norh...


@ kakcik: Insya-Allah moga makbul doa kakcik itu. Terima kasih:)

nadbaptist said...

salam kakzakie,

wow hebatnya adik..pasti sedap adik bertarranum..moga adik menjadi anak solehah..pasti kakzakie bangga punya anak seperti adik..cayalah adik!

Lydia Miza said...

alhamdulillah,doakan saya mampu didik anak sebaik akak ye kakzakie

missgee said...

Kak Zakie,
Alhamdulillah..
Sejuk ibu mengandung..
Mudah2an adik jadi anak
yang solehah..

eelobor said...

saya terlepas la entri2 sebelum ini. rakaman tu untuk apa yer? nampak cam baca ayat2 suci jer....

Anonymous said...

salam..

sejujurnya saya sangat berbangga..dengan anak kak..

tak semua yg dapat membuat rakaman di Radio Johor tu.

syabas kak.:)

Afida Anuar said...

Kalau dengar johor FM mungkin boleh dengar suara adik gamaknya... moga adik teruskan usaha berbuat kebaikan ya!..

~izan~ said...

bagusnya anak akak! sgt hebat. Kagum izan. semoga adik lebih cemerlang!

che mid said...

Memang nak sangat nak antar anak belajar taranum.. tapi tak tau tempat..

che mid said...

Memang nak sangat nak antar anak belajar taranum.. tapi tak tau tempat..

Unknown said...

alhamdulillah bijak adik ni..:)

Unknown said...

tahniah buat adik! Mesti sedap dia mengaji ni...

akak siaran hari apa biasa tu?

Saya jarang dgn Johor FM, biasa dgr sinar, nak juga dengar rakaman suara adik ni...

Unknown said...

as salam kak zakie....bila baca n3 ni lia rasa kagum dgn akak...cara akak mendidik anak2 seimbang dgn dunia n akhirat...alhamduilillah..sejuk hati setiap kali baca n3 kak zakie bercerita ttg pencapaian anak2 akak....

hujung tahun ni insya'allah lia kan b'pindah ke melaka....b'hajat sgt nak jumpa akak sblm pindah nnti...klu dah ddk kat melaka dah jauh nak dtg ke senai....

My Little Diary said...

wah bestnya...adik buat rakaman kat radio
:)
semoga kehidupan kakak bahagia dunia akhirat...amin

No Lan said...

alhamdulillah...tahniah kak ye,,semoga adik dapat teruskan usaha murni adik tu..

semoga akak sekeluarga bahagia dan terus dalam lindungan ALLAH SWT...amiiiin

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..beruntung akak dapat anak yg pandai mengaji dan bertajwid dengan cara yang betul...wajar akak diangkat menjadi ibu contoh...

aanie said...

kak, adik buat rakaman mengaji ke ni?? terer nya...

Kak Amy said...

Saya kagum dengan cara akak mendidik anak2...semoga satu hari nanti saya juga boleh berbuat begitu...

noor said...

hebat ank akak...turunkanlah petua cara akak mendidik anak heheheheh..

Unknown said...

hebatnya adik.. sehebat mamanya.. tentu kakak gembirakan? Sejuk perut akak mengandung 9 bulan dulu.. :) tahniah kak..

dhiera zainudin said...

bertaranum ke?

PCL said...

alhamdulillah, bagusnya adik ni...

PCL singgah dari blog Queen Teratai.

Prince Halilintar said...

bangganya dpt adik camni kan..sejuk perut ibu yg mengandung..

faraherda.razalan said...

Wow! Rakaman tarannum ke kak? Seronoknya. Cemerlang anak-anak akak. Akak, bglah petua mcm ne akak ajar mereka semua? Sejak kecil hingga skg...

Anonymous said...

seronok kan bila menghabiskan masa utk anak2..mcm saya, jrg sgt dpt peluang mcm ni..huhu..

semoga anak2 kak zaki akan sentiasa ingat pengorbanan maknye :)

Unknown said...

terdidik anak-anak gadis, wanita terdidik generasi...mcm nie la bru betul

MOKCIK AZWA said...

Bertuahnya akak ada anak2 seperti adik, bertuah anak2 ada ibu seperti akak...mesti sedap adik bertaranum ni..

WuMing said...

Tahniah...Kecik-kecik dah buat kerja besar dah..

Eye_nee said...

Ya-Allah sukanya saya tgk anak kakzakie...sekecil begini dah mengusai salah satu teknik pembacaan Al-Quran..

Chik Na said...

sejuknya hati tgk adik kecik-kecik lagi dah dijemput mengaji di Radio Johor FM

aamalinaazman said...

alhamdulillah
anak akak terlibat rakaman ape ni kak?
bace al-quran ye kak
wee
bagusnyelahhh
kecik2 lagi ha... =]

Unknown said...

masuk radio...terbaik la anak akak...

Temuk said...

Assalam KAKZAKIE
Waduuuh, bagusnya anak kakzakie ni, pandai membaca Quran! Tentulah ibunya juga. Nak cuba cari stesyen Johor FM tu & dengar dia membaca.

::NureeN:: said...

hebat anak akak.. tahniah..
mcd mmm baru mkn weekend lps.. sedapnyaerr

Zana Adieyza said...

Alhamdulillah sbb akk dikurniakan anak yg bijak.. semoga adik trs membesar dgn sihat & bijak..

matahati-aishahazhar said...

bagusnya adik.. sebulan sekali buat rakaman.. semoga akan lebih berjaya di masa akan datang.

Kakzakie Purvit said...

Maaf terlebih dahulu kerana membiar N3 ini sedari semalam. Semalam seharian anak aku di bilik peperiksaan PMR dan hari ini telah selesai jam 10:40 pagi tadi. Kepada teman yang memberi komen aku ucapkan jutaan terima kasih: -

anitaare, Lydia miza, missgee, eelobor, Sekamar Rindu, Afida Anuar, izan, che mid, Nieza, Yus, Mamamya, My Little Diary, Norhafiza, sahromnasrudin, aanie, Amy Syaquena, Noor, Queen Teratai, dhiera, PCL (kakak dah follow juga), Prince Halilintar, Fara, makdara TERdiva, Tentang Kita, Mokcik Azwa, Wuming, Eye_nee, Chik Na, aimie amalina, papa mifz, Temuk, Nureen, Zana Adieyza dan Ratu Kebaya.

Program ini sekadar utk mengajar tajwid buat anak-anak sebenarnya. Anak-anak kakak semua kakak ajar sendiri sebaik mereka sudah boleh bercakap. Terima kasih atas komen yang deiberikan dan maaf kerana lewat membacanya.

azian said...

kak zakie...
sory2...smlm busy...entry autopublish...heheheh

bagusnya adik.....sejuk rasa hati bila tau adik buat rakaman mengaji...
kl laaa anak2 sy mcm ni....terharunyaaaaa......syabas dan tahniah utk mama zakie dan adik...

Kakzakie Purvit said...

@ azian: Ala... rakaman biasa je Yan. Kakak selalu tak ikut pergi hantar sebab kerja. Rakaman sebulan sekali je...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamualikum kak zakie,

bagus , kecik lagi dah pandai baca al-quran.rakaman tu rancangan apa kak zakie. ada keluar kat radio, waktu bila.