Friday, October 21, 2011

Lembu untuk Hari Raya Haji

Apabila tiba bulan Zulkaedah hubby akan mula sibuk menempah lembu untuk di jadikan qurban pada Hari Raya Haji dan hari-hari tasyrik. Minggu lepas hubby pergi dengan kawan dia ke ladang kepunyaan seorang Doktor bersara (bukan bersara tua tetapi meninggalkan kerjaya dan berkecimpung dalam dunia penternakan). Menurut kata hubby semakin besar ladang ternakannya.

Tanda... tahun ini hubby menempah 5 ekor untuk dikorbankan. Tapi seekor lagi untuk dikongsi 5 bahagiannya dengan kariah luar dari taman perumahan kami. Tempahan 2 ekor juga dibuat untuk CIQ Gelang Patah tempat hubby bertugas.

TD... huruf itu menandakan kepunyaan Taman Damai. Ini untuk taman perumahan kami. Untuk taman kami jumlah keseluruhan RM15K dan 2 ekor untuk CIQ masih belum dapat dipastikan kerana menanti kedatangan lembu baru. Minggu hadapan balik dari bercuti hubby akan pergi ke sana lagi.

Banyak.... hubby kata tahun ini doktor itu terpaksa mengimpot lembu dari Thailand kerana lembu di ladangnya tidak mencukupi. Bayangkan dalam kandang yang hubby jangkakan melebihi dari ratusan ekor (ribuan) masih tidak mencukupi (kerana belum cukup umur pun ada). Berapa banyak wang masuk dan modal diperlukan untuk perniagaan ini.




Dapat lagi award..... kali ini dari Liza Sebab ini kali kedua kakak menerimanya tidak perlulah kakak buat lagi sebagai N3. Terima kasih Liza.



~~ Terasa bangga juga bila melihat ada bangsa kita yang kuat pegangan agamanya menceburkan diri dalam bidang usahawan dan berjaya pula. Kami turut mendoakan moga perniagaan doktor itu bertambah maju.~~



71 comments:

Ibu Muda 30series said...

berniaga, kalau jujur mmg senang nak berjaya :)

Kakcik Seroja said...

Rasullullah SAW juga seorang peniaga yang berjaya. :)

Anonymous said...

mak & abah kat kg pun skrg sdg berjinak2 dengan penternakan kambing..seronok bila sesekali main2 dgn kambing2 tu semua :)

Hudalatip said...

seronoknya kak berniaga macam ni..mudah2an perniagaannya terus maju..

terpatrisinarabadi said...

mudah2an rezeki mereka melimpah ruah pabila sentiasa mengamalkan konsep berniaga sambil bersedekah..

*harga kambing & lembu semakin meningkat ikut harga pasaran..

Maya Mayana said...

99 rezeki tu dr berniaga kan kaK? tumpa bangga juga bila bangsa kita berjaya

tp ada juga bangsa kita yg tk jujur bila berniaga ni...

amirah said...

moga terus maju perniagaannya..

SuriHanna said...

berniaga pun bnyak cabarannya... Hanna pun ada bela kambing kt kg..kongsi dengan abg Hanna.. memula Hanna beli 12 ekor.. lps tu ada yang mati, ilang la..kena curik la.. sedih tau sobs sobs..

azi said...

Kakzakie..
Semoga perniagaannya terus maju...berniaga ni kalau pandai caranya..memang maju dan berjaya....

JunAina said...

zaman sekarang pertanian adalah perniagaan, bukan macam org dulu2 menjadi petani dan perternak setakat utk menyara diri sekaran boleh jadi jutawan...

Eye_nee said...

Seorg doktor ke penternak jaya..kagum saya...asal saja ada kemahuan kan kakzakie..pasti akan terbentang jalan yg luas....

Zana Adieyza said...

semoga terus berjaya & diberkati Allah dalam setiap apa yg dilakukan..

Unknown said...

hebat..cemburu tengok kejayaan org lain..semoga doktor tu terus berjaya..insya allah.

Kayu Manis said...

bangga sangat..jadi contoh ni..

aanie said...

bidang ternakan mmg menguntungkan kan kak....sy kalau ada modal, teringin juga buat...

Unknown said...

mmg besar modal utk perniagaan p'tenakan lembu ni kak sbb ayah lia mmg dah lama buat n alhamdulillah sekarang di tambah lagi dgn ternakan kambing boer n janapari..

munna said...

FIL munna pun banyak bela lembu ...dia kata musim raya haji dan kahwin banyak juga lembu dia dah org booking

nabilah_2908 said...

teringt pada pakcik sy...

elok2 kerja..nk ambil VSS..racangnya nak bela lembu..mcm ni..

sebelum nak berhenti..dia dah mulakan dulu business ni..and minta abng iparnya uruskan...

syng.....lembu terjual..tapi duit takde...nak buat modal pusingan pun xde..sebab dah disalah gunakan oleh abg ipar dia....

sudahnya dia tak jadi nak berhenti kerja... perniagaan tutup...

terokai seni said...

dulu ada gak lembu la ni dah jual, susoh nak cari orang jaga...

dhiera zainudin said...

untung jadi penternak macam ni~

halila Ibrahim said...

berniaga dengan jujur .. insyaallah akan berjaya..saya pun sedang berusaha ke arah tu .. semoga Allah membantu saya..

Unknown said...

jujur aje pokok pangkalnya... InsyaAllah murah rezeki...

Prince Halilintar said...

tauke lembu mmg sibuk raya aji ni..

faraherda.razalan said...

Alhamdulillah...murah rezeki akan sekeluarga!

Granny Hani said...

yer tak yer, raya haji dah dekat..lembu2 dah mula gelisah..

Anonymous said...

Dah dekat nak Raya Haji. Masa kecik2 dulu jarak antara Raya Puasa dan Raya Haji jauh sangat.

ieja amieja said...

adk ipar sy usahakan ladang kambing..dulu beribu ekor jgk..sekarang sebahagian kandang dah jual ..x cukup pekerja katanyer..

Rina Rahamat said...

mmg kagumlah..dari bidang kedoktoran jadi usahawan ternak pula..kat mana-mana pon boleh berjaya kalau rajin kan..

s a r said...

assalamualaikum akak.

tak silap saya kak, last year pun akak ada kesah pasal lembu qurban kan.

one of the sunah nabi kan :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Dah nak raya haji dh kita yea rasanya syawal baru je lepas....seronok tgk bangsa kita maju dgn bisnes ternakkan lembu tu teringat lak kat arwah pak mertua yg pernah bela berpuluh2 ekor lembu sewaktu hayatnya dulu...Al-fatihah buat arwah.

Qhaifa Nur said...

salam akak...

bila time raya qurban ni, murah rezeki penternak seperti kawan hubby tu...

zue said...

kakzakie..tiap tahun buat korban...syukran murah rezeki.

ladang lembu tu kat mana ek..

ct rahani said...

9/10 rezeki dtg dr berniagakan kak.. tp berniaga ni kena kuat mental n fizikal.. :)

che mid said...

Salam kakzakie, dah jadi trend sekarang, jemaah surau dah tak beraya sangat raya haji ni. Lepas balik solat raya, dah kena bersiap utk buat ibadah korban pulak. Ada yang sanggup tak balik kampung sebab mendahulukan program surau sendiri..ibadah juga kan, walaupun bukan diri sendiri yang tunaikan korban..

Anaasuria said...

salam kakzakie.. sib baik dia tanda TD, bukan KZ (kakzakie).. hehe..sori kak, gurau jer...

terima kasih kak sudi datang 'umah' saya.. :)

Unknown said...

berniaga ikut sunnah Rasulullah dgn jujur ikhlas pasti membuahkan pulangan lumayan..

seronok tenguk jumlah korban yg banyak..tentu ramai yg dapat merasa nikmat korban.

GREENJADE said...

bangga dgn ksungguhan bangsa sndiri..moga beliau terus bjaya dgn kerjaya barunya..

yelah kak..hari raya Qurban juz around a corner...

dwatyKNY said...

tengok lembu... tak sabar nak sambut raya haji...

ckLah @xiiinam said...

Selamat berkorban kepada yang berkorban tahun ini...

Anonymous said...

salam..

saya nak wat bisnes ni juga laa..:)

Unknown said...

assalamualaikum..
kak zakie.. ayu singgah malam2 nie..
tu dia... dah beberapa hari menyepi dan buat hal sendiri. kembali nak menyapa dan singgah berkirim berita..

syoknya bila taman kak buat sama2..
sure meriah raya haji nanti..

kak, doktor tu di g,patah eik, mmg berjaya ya ternakan doktor tu.. tahniah buat beliau..
gemuk2 hasil ternakan beliau.. kan

Acik Erna said...

kakzakie..alhamdulillah..kakzakie dapat tinggal ditaman perumahan yang sentiasa ada xtvt.
dikampung acik ada jugak sorang dr.yang pencen awal untuk membela ternakan begitu.tapi acik lupa dia buka dimana.

IMANSHAH said...

salam

sungguh saya terkenang pada arwah ayah..tukang sembelih yg sangat dihormati

Unknown said...

alhamdulillah suka dgr bangsa kita berjaya...semoga terus berjaya lagi:)

Cikli said...

doktor haiwan pun belum tentu berjaya jadi penternak. hebat doc ini

Afida Anuar said...

Kak Zakie, teringat pula fida kisah doktor yang berhenti menjadi doktor semata2 nak ternak ayam organik. ayam tak cucuk tu...

Kakzakie Purvit said...

@ Aku Ibu Muda: Setuju dgn kata Wani


@ Kakcik: Rasullulah contoh yg terbaik umat sejagat


@ makdara TERdiva: Kakak ingat bila kakak pencen pun nak buat jugalah MDT:)



@ missbby: Memang dah maju Huda. Dia buat dekat estet kelapa sawit dan hubby kata semakin banyak kandang dibuat


@ ikatankasihku: Harga memang semakin mahal. Ada yang dia ambil dari Kelantan agak murah sikit


@ Maya Mayana: Berniaga disamping pegangan agama yg kukuh insya-allah semakin murah rezekinya


@ amira: Doa utk saudara seagama


@ SuriHanna: Risiko memang tinggi Hanna. Sebab itu doktor ini employed ramai pekerja siap pakai shift lagi. Disediakan rumah di kawasan ladangnya. Pintu masuk ke ladang pun satu saja.


@ azi: Kakak nampak dia memang pandai macam azi berniaga chalet


@ JunAina: Kalau tengok cara doktor itu kakak rasa dah jutawan Aina cuma dia jenis yg low profile


@ Eye_nee: Ilmu dia pun tinggi juga eye_nee kalau tak mana boleh di injek sendiri dan buat a/c sendiri untuk ladang lembu dia.


@ Zana adieyza: Tahun depan boleh beli lagi dengan dia kan


@ Rai: Tumpang seronok rai.

Kakzakie Purvit said...

@ cinnamon.com: Suka kan


@ aanie: Berkat rajin dan punya kesungguhan aanie.


@ Mamamya: Macam itu Lia pun boleh buat sambung kerja abah Lia


@ munna: Baguskan munna. Belilah beberapa ekor tumpang FIL munna jadikan asset business sama


@ nabila_2908: Kalau tak jujur susah jadinya. Sayang betul


@ cemmomoi: Kalau tengaok doktor ini semua pekerjanya org Indonesia dan satu adiknya sebagai penyelia


@ dhiera: Suka kan


@ halila Ibrahim: Moga business halila berjaya. Suka bila ada org kita pandai business


@ Queen Teratai: Disamping anadi juga Queen.


@ Prince Halilintar: Ramai yg berkorban


@ Fara: Lembu ini hubby tukang cari saja Fara. Org lain punya kami hanya 2 bahagian saja


@ hani@debumelukut: Ramai yg pilih lembu. Kambing senyumlah sikit


@ Kunang-Kunang: Sebenarnya sama aje Kak Ani, tapi sebab peredaran masa sekarang terlalu cepat dirasa walau Syawal dgn Zulhijjah tetap cuma diapit dgn Zulkaedah


@ ieja amieja: Sayanglah ieja. Masalah kita betul mesti hal pekerja


@ Rina Avail: Mesti macam tak sangka kan. Kalau tak kerana ada pernah jadi patient dia mesti tak tahu dia tu doktor sebelum ini

eelobor said...

Insya Allah.... tahun nie berhajat juga nak ambil 1 bahagian....

Kakzakie Purvit said...

@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Betul sar dan ini adalah tempat yg sama juga tapi dah semakin luas ladangnya


@ CT Norarizah: Sayang kenapa tak ada yg nak teruskan arwah punya ternakan tu


@ Qhaifa Nur: Wa'alaikumsalam. Rezeki sebagai penternak di musim qurban


@ zue: Selagi diberi peluang zue. Ladang in kat Simpang Renggam


@ ct rahani: Kakak rasa pun begitulah


@ che mid: Keluarga kakak tahun ini kumpul di rumah kakak sebab ada sepupu kakak (sekarang dah jadi adik-beradik - sebab mak dia dah jadi isteri bapak) mereka buat qurban seekor di taman kakak.


@ Anaa: Tahun lepas ikut huh... tak boleh tahan bau dia Anaa. Kalau kakak ikut kakak nak tanda KZ hihi....


@ Nyanyisunyi: Bila banyak kena ada carta tanggung-jawab supaya semuanya selesai dalam masa yg ditetapkan


@ Greenjade: Sekejap dah nak raya haji kan GJ. Terima kasih sudi berkunjung sini:)


@ dwaty: Dwaty tak balik raya haji kan. Cuti rehat badan tunggu org dtg bagi dagaing:)


@ ckLah: Moga amal diterima Allah ye cikgu


@ Sekamar Rindu: Kakak sokong. Kakak pun dah fikir juga tapi nampak betul turn-over besarlah SR


@ Citarasa Rinduan: Yg hubby kakak pergi tempah ini di Simpang Renggam Ayu


@ Acik erna: Berani bila ilmu dah cukup Acik kalau calang-calang susah juga


@ IMANSHAH: Hubby kakak pun tukang sembelih cikgu


@ Nieza: Sukakan sebab dia dah tunaikan satu fardhu tuk memudahkan umat Islam mendapatkan yg halal


@ Cikli: Memang doktor ini hebat. Lagi org suka sebab dia tak sombong


@ Afida Anuar: Kalau ramai yg berjaya kita suka Fida. Fardhu dia buat kita menikmati sama.

Kakzakie Purvit said...

@ eelobor: Baguslah ee. Moga ibadah diterima Allah

LYAfrina said...

alhamdulillah...

lya pon ambik bhagian korban setiap tahun.. sbb kat ofis lya dah sediakan setiap sorang pekerja dapat satu bhagian utk korban/aqiqah... thn ni thn ke-3 korban.. thn pertama dulu aqiqah utk asya..

alhamdullilah.. ofis prihatin dlm hal2 macam ni utk pkerja2..

Mia Liana said...

wow... banyaknya lembu....

IntaNBerliaN said...

snangla bila dah tandakan lembu gitu.. sy sblm ni xpnh pulak nampak lembu tanda gitu kt kulit dia.. hihii

ariana said...

Berniaga dengan ikhlas dan jujur,Insyaallah mendapat berkah dan semakin maju.Sy berhajat nk tumpang akikah kat negara jiran, Kemboja thn ni, melalui kwn adik sy yg menguruskan..kat mana pun x kisah, asal dpt membantu setakat yg boleh kan.lg pun kat sana ramai yg susah..sian tgk..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,

betul apa yang kak zakie kata, cik ina pun kekadang nak menitiskan air mata kalau baca kisah bangsa kita berjaya dalam bidang yang diceburi. tumpang bangga. sekejapnya dah dekat raya haji,rasa baru je syawal berlalu.

fuad ansari said...

orang yg bisnes lembu, jualan utk raya korban rasanya sudah mampu menampung kehidupan sepanjang satu tahun sehinggalah raya korban yg berikutnya.. tak gitu?? insyaAllah.. (",)

Unknown said...

meniagakan 9 dari 10 punca rezeki...

ajumohit said...

alhamdulillah aju pon tahun ni join korban 2 bahagian dgn hubby, sebenarnya ramai org melayu berjaya dlm perniagaan hari ini kak, kaya raya semuanya, saya hari2 jumpe mereka ini, dan saya bangga dgn kaum seagama saya...alhamdulillah

NER said...

bagus2. berniaga mmg sgt digalakkan dan best.

aamalinaazman said...

waaaaa
dari seorang dr jadi usahawan dlm penternakan
sgt bagusss la kak!
sebab x ramai nk ceburi bidg ni kan..
emm3
dah berjaya pon...
bagusnyeelaaa..

aby said...

salam k zakie ..
semoga kemurahan dalam membuat ibadat korban mendapat ganjaran pahala dari allah swt ..
aby njekok sebahagian wae ..

Cik Pulau said...

perhhh...siap tanda bagai.. hebatt~~~~~~~~

pena rozie said...

Banyak untung kalau kite berniaga dengan ikhlas....

insan marhaen said...

sekali lagi kita akan di hidangkan dengan sirah nabi ibrahim dan ismail..

uncle gedek said...

kalau saya ada kat situ....

dah sah-sah saya bergambar degan lembu yg kena conteng tu....

norhidana said...

rezeki di bulan zulhijjah...
mmg untung yg ada bela lmbu kan... mmg tak ckup tgn

My Little Diary said...

semoga ibadah korban tahun ini mendapat keberkatan utk akak sekeluarga...insyaAllah

Kakzakie Purvit said...

@ Lyafrina: Bagusnya sykt tempat Lya kerja


@ Mia Liana: Lembu org punya hihi...


@ intanberlian: Kakak rasa banyak yg bertanda. Memang masa order ada tag kat telinga (ada no. siri) tapi tanda macam tu lagi jelas


@ ariana: Kalau dapat berkorban di sana kakak rasa amat beruntung kerana memang daging diagih pada yg amat memerlukan


@ Ci Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Kita doakan utknya CIk Ina. Masa cepat berlalu kan


@ fuad ansari: Tapi turn-over tinggi juga. Makanan dan keperluan harian lagi.


@ Santri TPINI: Betul tu


@ ajumohit: Sykurlah aju, dapat sama membuat korban ye


@ Ekmi Rabat: Terima kasih sudi berkunjung.


@ aimie amalina: Susah nak cari org berjaya macam ini kan mimi


@ aby: Wa'alaikumsalam aby. Begitulah hendaknya aby. Kakak pulak njekok rong bagian wahe... kongsi karo wong lain


@ cik pulau: Tanda itu pekerja mereka yg buat


@ pena rozie: kalau lihat dari kemajuan nampak amat di mata kita


@ insan_marhaen: Itulah sebahagian dari ibadah tahunan kita IM


@ gedek: Kakak masuk pun dah sanggup. Bau busuk!!


@ norhidana: Nampaknya begitulah Dana. Kita nak membela tak mampu - belilah sahaja


@ My Little Diary: Insya-Allah...

aizamia3 said...

bila kejujuran tu ada pasti hasilnya berlipat kali ganda.. ;)

akuzle ayu said...

ihi, ado cop mohor. tengkiu lagik, kak coz sudi lawat2 kiter lagik...eheheheh