Hari Jumaat hubby mengagihkan sedikit bahagian yang bukan hak kami kepada beberapa orang yang telah kami senaraikan. Biasanya selain duit kami juga bagi beras, tepung, gula, susu, mee-hoon, sardin, air kordial, biskut dan jajan-jajan buat si anak. Oleh itu terlanjur melalui kampung singgahlah rumah bapak kerana selepas itu mahu mengambil anak-anak yang duduk di asrama untuk dibawa pulang. Aku bekerja. Balik baru dapat tahu bila hubby kata bapak tidak begitu sihat. Telefon bapak pun rasa sayu. Pagi Sabtu hubby dengan anak-anak balik kampung lagi mengambil bapak tanpa aku kerana aku bekerja. Tengahari bapak dan *bibik sudah tiba dirumah. Selain tidak perlu menelefon setiap kali selepas bersahur lega bila keduanya ada di depan mata. Tidak sihat kerana batuk.
Tetapi hari Ahad itu baru teringat setiap 7 haribulan adalah hari untuk bapak menggajikan pekerja kebunnya. Selepas membaca doa untuk ulangtahun kelahiran adik terpaksa hantar balik. Aku minta tangguh hingga Sabtu ini pun dia tidak mahu. Bimbang pekerjanya mahu menggunakan duit untuk membeli keperluan Hari Raya katanya. Petang selepas Zuhor itulah aku dan Mak Zah membungkus apa yang kami masak. Sebaik mahu membuat dua bekas jadilah tiga sebab satunya untuk bapak. Angkut sekali anak-anak, selepas hantar bapak balik kemudian berkejar menghantar mereka balik ke sekolah masing-masing.
Tetapi hari Ahad itu baru teringat setiap 7 haribulan adalah hari untuk bapak menggajikan pekerja kebunnya. Selepas membaca doa untuk ulangtahun kelahiran adik terpaksa hantar balik. Aku minta tangguh hingga Sabtu ini pun dia tidak mahu. Bimbang pekerjanya mahu menggunakan duit untuk membeli keperluan Hari Raya katanya. Petang selepas Zuhor itulah aku dan Mak Zah membungkus apa yang kami masak. Sebaik mahu membuat dua bekas jadilah tiga sebab satunya untuk bapak. Angkut sekali anak-anak, selepas hantar bapak balik kemudian berkejar menghantar mereka balik ke sekolah masing-masing.
Kenangan - Bapak dan bibik di majlis pertunangan anak saudaraku tahun lepas. |
~~ Walau kami terkejar-kejar di bulan ramadhan ini seboleh-bolehnya apa juga yang bapak mahu kami tunaikan juga. Mungkin bila aku tua akan mengikut perangainya itu yang aku beritahu pada anak-anak.~~
* Bibik adalah isteri baru bapak yang dinikahi pada tahun 2010 setelah emak meninggal lebih 19 tahun. Bibik ini adalah adik arwah emak Bereti dia adalah ibu saudara kami adik-beradik. Sebaik suami bibik meninggal kami adik-beradik dan sepupu (anak bibik) sepakat menikahkan mereka.Walau kami panggil bibik tetapi kasih-sayang kami seperti emak sendiri.
74 comments:
alhamdulillah mak mahu tinggal dengan saya. kalau tak tinggal la dia sensorang kat kpg. kesian. tapi kat sini haru biru dengan anak anak saya yg seramai 3 orang tu. harap harap dia sihat sentiasa dan panjang umonya. memang saya tak pernah berlekang dengan mak. kecuali masa belajar dulu dan masa mula2 kawin. bila dah dapat anak mak duduk sini and volunteer nak jaga anak anak saya. syukur sangat.
Alhamdulillah.. bapak masih ada isteri untuk berbicara.. semoga sihat di Ramadhan yang berkat ini.
kalau dah duduk sekali senang la sikit kan.tp mereka mmg ingat umah..ada tu ada je buat alasan nk bg makan ayam dan itik..padahal ayam itik dah lama tak de..hihi
Susah ibubapa nak tinggal sekali dgn anak2 selagi mereka mampu berdikari. Memang ramai yg mcm tu kan. Lebih selesa di rumah sendiri. Semoga ayah k.zakie cepat sembuh.
Tiba2 rasa sedih mengingatkan bapa kakcik yang tiada lagi. Al Fatihah.
setiap kali bulan ramadhan tiba perkara ni la yg merisaukan saya.. abah tggl sorg2 kt kampung.. rase nak menangis stiap kali call dia.. sntiasa doakn kesihatan dia. sy phm perasaan akak mcm mana.. :-(
Alhamdulillah bapak itu ada isteri untuk menjaga dan jadi peneman. Bapa kakpah tinggal bersama kakpah. Kalau ada apa-apa, senang di depan mata.
itulah bila kita dapat bersama2 orang tua kita seronok..
Salam, Kak Zakie. ALhamdulillah.. ada orang yg menjaga bapak Kak Zakie & beliau pastinya majikan yg bertanggungjawab.. tumpahnya pasti pada Kak Zakie, betul tak?
assalamualaikum kak.
memang seronok bila mak ayah depan mata.
tapi baisanya mak ayah yang dah berumur ni, jarang nak tinggal dengan anak2. sehari dua tinggalkan rumah, dia mula gelisah. lagi suka duduk di rumah sendiri dari rumah anak-anak kan. tapi kalau anak2 balik rumah dia, sampai tak kasi balik dah. suruh tinggal lama2.
Salam.
Kedua arwah orang tua saya juga mahu tinggal di rumah sendiri walaupun kami tahu mereka tak mampu lagi....our time will come...only then we'll understand!
alhamdullilah kak....
Semoga bapa & bibik akan sentiasa sihat...
Jun tak sempat merasa kasih bapa...
tiba2 berghenang plak air mata saya... sy mmg xlehla bila baca cite pasal parent ni.. lbh2 lg yg dah tua... sedih sgt... mulalah nak tingat kat mak n abah n terpikir ntah camanalah kita dah tua2 nanti...
moga dipanjangkan umo ayah akak n bibik...
Salam Kakak...
seronoknya kakak masih punya bapak, macam saya ni, arwah walid dah 6 tahun meninggalkan kami...semalam hari kematiannya...memang rindu sangat dengan arwah walid....
Setiap kali kakak ceritakan perihal bapak dan bibik, saya cukup seronok membacanya...terasa macam ada satu perasaan halus dalam hati ini...tak tahu mengapa...
alhamdulilah kak ~
sy paham perasaan kakak....sy ni lagi la...duk jauh....abah lak tak berapa sihat skrg ni...cuma mampu berdoa dari jauh....
Assalamualaikum wbth....
sekurang2nya ada yang nak temani bapak.....sakit pening ...jatuh bangun.......ada yang teman....
salam akak..
a'ah akak..emm betul tu..sekurang2nye ayah akak ada peneman..akak org johor ye..jawa ek?heheh..mak kita org johor..kita jawa gak...belah abah n mak..abah jawa melaka..
biasa lah tu kak, org tua selalu sntiasa ingat kebajikan pekerjanyer... takpelah kite berkorban ke sana sini demi dia kan
misti akak akan ikut perangai bapak juga bila tua nnt :))
semoga dh baik batuk bapak..sakit-sakit pon masih beliau ingat tentang pekerjanya
Alhamdulillah... akak jgn sedih2 ye :)
ada jugak peneman ayah kan...
alhamdulillah kak
semahunya kita menurut keherndak dia kan
saya ingatkan bibik tuu bibik ape lah tadi .. sbb sinonem ngan panggilan org gaji
huhuh sowii yer kak
semoga bapak akak terus diberikan kesihatan...begitu juga buat bibik...
menjaga org tua ni satu pengorbanan kan...dan besar ganjarannya
semoga bapak akak cepat sembuh.. alhamdulillah ada jugak peneman.. takde la dia sunyi.. sakit pening pun ada orang boleh tengok kan..
salam kakzakie..semoga bapak kakzakie sihat.
alhamdulillah ada isteri dan tidak la bapak keseorangan
semoga ayah akak sihat
kakzakie, betul kan kalau orang tua di depan mata rasa tenang sikit hati. Kasihan mereka ...
Moga segala kebaikan kita pada mereka menjadi contoh teladan untuk anak2 kita melayan kita ketika tua
salam akak.... semoga bapak & juga akak sekeluarga sentiasa sihat
Seronok tgk orang tua kita masih sehat :)
syukur alhamdullilah.. ayah kak zakie mempunyai anak anak yang soleh dan solehah yang mengambil berat tentang ayah dan bibik.. MD suka tengok family macam ni.. :)
lega sikit hati Kakzakie sebab ada bibik yg jaga ayah Kakzakie......
moga dipanjangkan umurnya......
org tua ni jarang nak duduk ngan anak2 kan kak...diaorg lagi suka dok sendiri tak mau nyusahkan anak2 barangkali..tak pe la..yang penting mereka bahagia...
semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat bapak kakzakie =)
Beruntungnya kakzakie masih ada ayah..Ayah saya dah tiada....semoga Rohnya dicucuri rahmat....
Baca entry kakzakie ni buat saya rindu sangat kat family di kampung. semoga kakzakie sekeluarga terus berbahagia..
betul tu sis kita kena ikut ja apa yg depa nak, begitu juga waktu kita kecil, mereka turuti apa permintaan kita...
SEmoga bapak cpat baik... =)..
apa daya kita sebagai anak kalau tak penuhi permintaan mereka. saya pun sedaya upaya akan cuba dapatkan apa yang mak ayah mintak.. =)
baca n3 kakzakie ni buat KA sebak .. teringatkan arwah abah tercinta ! ...
kakak saaaaaaaaangat baik.
doa diam2, moga Allah merahmati akak sekeluarga..
kbiasaanya susah nak pujuk parent berpindah duduk dengan kita..lagi2 kalau ke bandar..
mereka lebih ske duk kat kg..
Sayu baca entry ni...teringatkan arwah abah
syukur Alhamdulillah kak
rindu ayah..
selagi mereka ada marilah berbakti seadanya..
owh "salin tikar" ye kak??
acu pun seboleh2 nya usaha kan apa yang mak mau...seronok bila tengok mak gembira dengan apa yang dia dapat :)
baru nk tny siapa bibik.rupanya mak sedara akak yg juga mak baru akak rupanya. sian abah akak...tp kita dah tua nnt pun mungkin lbh selesa begitu kot, anak2 akan risaukan kita pula nnt agaknya.
Salam sejahtera KZ
Alhamdulilah moga kesihatan babak baik. Bersyukur ada pendamping bapak,dah 19 th dia sunyikan?
teringat pulak kat arwah ayah...tahun ni buat pertama kalinya beraya tanpanya
sekurang2nya kak, ada teman ayah kakak.buat kawan orang cakap...org berumur ni sebolehnya dia nk dok rumah sendiri selagi larat...
sekurang2nya kak, ada teman ayah kakak.buat kawan orang cakap...org berumur ni sebolehnya dia nk dok rumah sendiri selagi larat...
sekurang-kurangnya bapak ada peneman di rumah..boleh berkongsi cerita sambil minum kopi...takde terasa sangat kesunyian.
COMEL AJE BAPAKNYA..
salam kak zakie :)
sebelum2 ni sy ingat ayah kak zakie duduk sorg2...rupanya ada peneman, ada yg jaga kn :)
berbakti pada ibubapa... :)
moga ayah akak kembali sihat sepenuhnya.. :) :)
Kak..mmg best kalau mak bapak tinggal ngan kita...sakit dorang kita boleh tgk...
Smg sihat selalu
Mungkin sebab bapak kakzakie ada isteri sebab tu dia tak mau tinggal dengan anak2. Berbeza dengan ayah kak Zai dia tinggal dengan anak2 bergilir2.
apa2pon, doakan moga bapak dan bibik sihat2 selalu
saya pon dah tua... tapi belagak muda...!
Abah dah tak ada. Skrg saya menumpang duduk dgn mak..
Semoga ayah Kakak diberikan kesihatan yang baik.
akak....nak alamat boleh..? (^_^)
email kat sini eh..
zafiranabilah2908@gmail.com
semoga sihat dan ceria selalu bapa di bulan ramadhan ini...
Salam kakak.. bulan2 ramadhan mcm ni.. hanna teringat kat arwah bapak hanna.. kalau arwah masih ada mungkin kurang lebih dengan bapak kak zakie..
Rindu ngn mak ngan ayah jugak....
Psss....akk emel nama dan alamat surat menyurat kat rietta....
henrietta3321@gmail.com
semoga bapak n mak or lebih sedap lagi, atok dan nenek sy sentiasa sihat.. amin.. rindu kan caq n opah..=(
smoga bapak akk diberi kesihatn yg baik yer..ayah zila dh lama pergi kak..rasa sedih jgk bila teringat kt dia..smoga rohnya dicucuri rahmat:)
alhamdulillah beruntung masih punya ayah...dr ana yg dh kehilangan ayh 2 tahun yg lepas...tapi itulah kn,susah ayh dan mak klu nk duduk ngan ank2 sekali..sebab mereka lebih suka dduk sdiri dkg..apapun hargailah ayah @ mak selagi mereka masih ada...:-)
Sayu rasa hati bila baca entri akak ni.. Mujurlah ada yang nak tengok2kan ayah Kak Zakie tu.. Semoga ayah akak dan mak baru akak dikurniakan kesihatan dan kebahagaiaan berpanjangan.. Memang bila dengan orang tua kita kena banyak bersabar..
Berpakat mengasihi bapak setelah ibu tiada memang teramat mulia kak.
Saya ni kalau balik rumah mesti kena Kajol ada. Jarang org lelaki boleh duduk sorang-sorang.
alangkah seronoknya bila mak dengan ayah nak tinggal dengan kita tapi apakan daya mereka masih ada kehidupan mereka sendiri.. ai dari kejauhan mendoakan kesihatan mereka.. ;)
Kakak rasa kalau boleh kita semua mahu ibu-bapa kita tinggal bersama tapi itulah mereka lebih selesa di rumah mereka sendiri juga yg mana telah dihuni sejak kita belum lahir lagi.
Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg memberikan komen: -
Ibu lala (lega kalau dia ada depan mata kita kan), Pokok Manggis DR, Yaya Azura, Ummi Iman, Kakcik (moga rohnya tenang di sana kakcik), Muzel Zay, Ibundo (kalau dah gitu senang kakpah), Riri Roorin, Sari Yusa Ibrahim (itulah bapak kakak Yus - sebab itu pekerja dia pun tak lari-lari), sar, Uncle, JuneAina, pena Rozie, IntaNBerlian, azi, Mrs Eady, aanie, TiranaAduka, cikceriacorner, norhidana, Rina Avail, ros_reeza, ieda, Daddy Ziyyad (tapi itulah mereka yg tak nak duduk dgn kita doc.), Rai (sebab itulah kami sepakat adik-beradik dan sepupu nikahkan mereka Rai), Acik Erna, saya disini, Bersama Kak Es, eelobor, Ros, Adza Irdawati, Qhaifa Nur, Suraya Baharun, Lya Colours, Eye_nee, Sherwieyna Muzzawer, Zie, Semut Senum, Kesuma Angsana, Mutiara Bernilai, Rozita, MamaEma, Nur, Acu Sayang, Lydia Miza, Mama ju (menikah sebab bibik selepas paman meninggal setahun baru kami pakat satukan mereka Kak Ju), redza, Aishah Jahirah, Nini D, Knor, Munnafendy, nabila_2908, Alin Marlini, Zaitun (kalau nak macam tu kami pun tak kisah kak zai tapi mereka tak mahu), izla, gedek, Sufia Mahzan, Kazman/Sue, SuriHanna, Henrietta Jose (already mail to you and hope you receive it), L, zila norazila, are_na, Nur_nba dan Cikli (mula tu bapak dan bibik pun tak mahu disatukan tapi kami anak-anak kata kalau nak duduk dgn kami ok kalau tak lebih baik menikah - semua pun lega).
Bila hari raya rumah kakak pun meriah. Tapi biasanya bibik akan balik di rumah belakang (rumah asal dia sebab anak-anak dia yg juga sepupu kakak ramai - mereka tidur di situ). Anak-anak-cucu bapak di rumah bapak. Bila makan baru masuk rumah bapak. Seronok kan:)
Terima kasih sekali lagi buat semua.
suwitnyeee...
sayunya baca citer bapak ni
@ aizamia3: Itulah kita selalu rasa mahu mereka tinggal dgn kita namun hampa
@ Haryati Faizal: Bapak kakak comel kan hihi..
@ Happy Irfa: Kemampuan anak selain berdoa selalu jenguk mereka..
ayah ita dah tak ada dah..ada pun mak aje 1 org..tapi kalu datang k.l ne panas aje ...kejap aje nak balik..ita duk flat...tak selesa,duk kg boleh buat mcm-macam..nasib baik ada adik duk dengan mak..tak ada lah risau sangat...
abah sy dh xde..kalau ada pasti sy pun mahu dia dekat dengan sy..
Post a Comment