Thursday, August 16, 2012

Kad Raya dari teman blogger lagi

Seharian semalam aku berada di luar. Tidak berkerja tidak juga di rumah. Masa habis di perjalanan kerana mengambil kedua-dua anak yang mula bercuti sekolah. Tiba di rumah hati mula berbunga-bunga bila terlihat tiga sampul surat yang aku pasti ianya adalah kad raya. Naluri juga kuat mengatakan ini pasti dari teman maya.

Zafira Nabila nama pemberinya
terharu terasa di dalam hati
ucapan selamat Hari Raya
moga ukuhwah kekal di sanubari

Cetakan emas di atas kad
manis dan cantik warna pilihan
moga hidup mendapat  berkat
bahagia dalam menjalani kehidupan

Bukan satu tetapi tiga
ini dari Henrietta Jose nama pengirimnya
itu yang membuat aku bahagia
tiga sekali mendapat kad Raya
Kreatif hasil buatan sendiri
cantik dan berseni pengirimnya
tidak terkira gembira hati
 selamat hari raya dari kakak juga

Ini pula dari Amy Syaquena
manis warna pilihan kad diberi
ucapan Selamat Hari Raya darinya
 buat ku senyum sepanjang hari
Sibuk business lama menyepi
pasti meriah beraya kali ini
doa dipohon moga terus diberkati
limpahan rahmat dan juga rezeki


Buat semua teman-teman ini
syukran jazilan seikhlas hati

~~ Sejujurnya aku tidak mendapat kad Raya selain dari teman blogger. Ada rasa terharu bersarang kerana kesemuanya belum pernah bersua muka. Besyukur aku punya teman blogger.~~


57 comments:

Yaya Azura said...

banyaknya kak dapat kad raya..
saya satu pun tak de..
kad walimatulurus banyak la...hihi

Hidayah said...

seronoknya dapat kad raya dari bloggers..
selamat hari raya dari dayah sekeluarga kak..
:)

JunAina said...

Jun dah lama tak pernah dapat kad raya... Kadang2 dapat kad ni best jugakkan kak. Mesti dah senyum2 sepanjang hari tu...

BERT said...

syoknye dapat kad raya dari blogger... banyak plak tu... huhu,,

bujal X said...

saya tak dapat apapun~~selamat hari raya makcik dan keluarga~~

Dkna Abza said...

banyaknya kad raya :)

cheqna said...

wah...
sukanya...
cheqna x dapat pun..dah lama x dapat kad raya semenjak dunia makin canggih ni =(

Ujie Othman said...

wahaa..meriah! saya ada dpt satu je. thn depan insyaallah nak bagi kat kwn2 pulak lah.

*walau tak pernah bersua, tapi rasa persahabatan ni buat kita happy kan..

Temuk said...

KAKZAKIE dan Famili

Selamat menyambut hari raya.
Semoga sihat sejahtera semuanya.

Mareng kakzakie sak keluargane
Njaluk maaf salah silape
Royo yo royo, jogo mangane
Wedhi mengko sakit wetenge.

aanie said...

sy x dpt pun....

sy igt nak bg kad raya jgk kat kwn2 blogger, kad dah ada....tp dh x sempat....

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer dpt kak raya :)

HeNRieTTa JoSe said...

Slmt hr raya buat akk sekeluarga...walau pown hanya berjumpa di alam maya, moga persahabatan ini kekal abadi....ampun dan maaf di pinta, andai ada salah dan silap selama ini....

Kakcik Seroja said...

Cantik2 kad yang dikirim oleh mereka. :)

Selamat Hari Raya dari kakcik lewat kotak komen ini sahaja. :)

Anonymous said...

seronoklah dpt banyak kad raya

sekadar satu coretan said...

banyak tuu dpt kad raya...

kakzakie selamat menyambut hari raya dari saya dan keluarga..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah sepanjang perkenalan kita dialam maya ini...

wahida said...

saya pun dapat kad raya dari bloggers jugak...tapi baru dapat dua kad....ekekek...

jujur saya rasa, budaya hantar kad raya ni saya nampak bloggers yg hidupkan kembali, kalau tak mmg pupuslah ditelan zaman...huhu...

Cikgu Ma said...

jelesnya...xdapat kad raya pun...hehe..selamat hari raya untuk kakak sekeluarga =)

Mummy Sher said...

bestnya dapat kad raya!

kakzakie selamat hari raya!

intanrh said...

selamat hari raya, kak. sy tak dpt pun kad raya huhu

eMMe said...

Salam Aidilfitri Kak Zakie, wow...byknye dpt kad raya, dari bloggers yea.. rajin dowang ni anta, Me cam nak hantar, tapi anta tempek kat blog me je, tu je yg me terdaya..

Maaf Zahir Batin ye Kak Zakie
selama perkenalan kite..
moga sentiasa erat selamanya...

Lebiu Sis..

haryati said...

beshye...dpt kad raya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah akak dpt kad raya..

saya pun nak ucap

"SELAMAT HARI RAYA UTK AKAK & KELUARGA, MAAF JIKA ADA SALAH & SILAP DI DUNIA BLOGGER NI"

esok dah mula cuti ;-)

Rosmawani♥ said...

Dulu raya bestkan, dpt byk kad..tahun ni ros dpt satu jer.. HihIHI.. selamat hari raya dan maaf zahir batin :)

Rozie said...

banyak tu kak... huhu best, selamat hari raya yer kak, maaf zahir batin

zue said...

bestnya kakzakie dapat kad raya..zue 1 pun x ada huhuhu.

kakzakie..slmt hari raya maaf zahir dan batin..smoga brjumpa lagi.

amirah said...

byk nya kad raya akak..thun ni memang x meriah dgn kad raya

nazayiena said...

Byk kakzakie dah dpt kad raya,
Slmt hari raya aidilfitri maaf zahir & batin buat akak dan family.

Anonymous said...

wah rajinnya berbalas kad raya. slmt hri raya

are_lin@yu said...

banyaknya kad raya akak..hehe

p/s:dear,salam aidilfitri,ampun maaf dipinta ya..hehe

dwatyKNY said...

Seronok kan kak ada yg sudi bagi...

Unknown said...

byknya kakak dpt kad raya... best je Queen tgk.. Queen dpt 1 je kak.. itupun kira Alhamdulillah.. :)

kakak Queen pun nak mohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan kita di alam maya ini. Queen harap kita akan terus bersahabat di sini.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri..

-Sara- said...

akak, bestnya dpt lagi kad raya..sara dh lame xdpt..opismate ade bg 1 semlm..adeela jugak yg bagi kan..yg lain sume fb, sms jee..hihi

*selamat hri raya maaf zahir batin kak :)

Dr K said...

zaman sekarang ni, kalau dapat kad raya fizikal, mmg unik..sebab majoriti wish thru SMS/e-card sahaja :)

musang said...

slmt hari raya buat akak sekeluarga..maaf zahir batin

Nini D.. said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Zakie
Maaf Zahir Batin :)

Qhaifa Nur said...

dh lama x dpt kad raya...
seronoknya kalau dapat......

salam aidilfitri buat Kakzakie sekeluarga......

Munn Jaafar said...

sy ada sorg kwn yg tak pernah lupa kirim kad raya kat sy setiap tahun wpun dia dkt je ngn sy, tp jarang jmp.tahun ni tak pasti ada ke tak..tak blk kmpng lagi..kali ni beraya dgn family fendy

*seronok, rmai ingat akak... :)

Unknown said...

Very Sweet :) aku berdoa aku juga punya teman blogger sebanyak iteww!! hehe:)

syiela said...

ramai yang ingat akak..

** thanks ye kak atas nasihat yg amat berguna buat saya

nabilah_2908 said...

alhamdulillah...selamat juga kad tu sampai kat rumah akak.. sy kira2 kad tu akan sampai lepas raya... :)

Selamat Hari Raya tuk akak & family.. :)

Saleha said...

selamat hari raya kak :)

Cho Zila said...

selamat hari raya ... bestnyer dapat banyak kad raya.. ramai peminatni,....

Rinna said...

Bestnyaa dpt kad raya lagi.. leh gantung2..tuh..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. buat akak sekeluarga..

Maaf Zahir dan Batin..

emarieys said...

Selamat hari raya untuk kak zakie sekeluarga..mohon kemaafan jika terkasar bahasa

Fiza Rahman said...

Bestnya dapat kad raya. Saya dah lama tak dapat.

Selamat hari raya aidilfitri buat akak & family ☺☺

MulutPayau said...

wahhh..bestnya dapat kad raya....dah lama saya tak dapat...
Selamat Hari Raya utk akak ngan fmly..maaf zahir dan batin...

eelobor said...

dapat gak 2 keping kad raya dari sahabat blogger

vendoline said...

bestnye dpt byk kad..hehe
kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Kakzakie sekeluarga,

Pohon maaf andai ada tersilap salah semasa berblog.

aizamia3 said...

sejak dah pindah ni, dah lama tak pos kad raya untuk kengkawan.. dulu memang rajin.. sekarang.. eeemm.. dah takde masa..

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakZakie.

Selamat Menyambut Hari 'Idul Fitri.. maafkan segala kesilapan jika ada.. semoga Allah terima amalan kita semua.. amiin

Masya said...

selamat hari raya maaf zahir & bain..

banyaknya dapat kad raya.. boleh gantung..

Kakzakie Purvit said...

Sungguh berblog juga dapat membantu kita menimba banyak ilmu dan teman taulan tanpa kita sedari.

Kepada yg sudi memberikan komen terima kasih kakak ucapkan:-

Yaya azura, Hidayah bacah, Bert, JunAina, Bujal X, Dkna Abza, cheqna, Ujie, Temuk, aanie, Mrs Eady, Henrietta Jose, Kakcik, Kesuma ANgsana, ainnoraini, wahida, cikgu ma, Sherwieyna Muzzawer, sis intan, Emme, Haryati Faizal, Pokok Manggis DR, Ros, Zue, Zie, amirah, Nazayiena, Repunzeel Cikilolo, are_linayu, dwaty, queen teratai, Sara, Daddy Ziyyad, redza, Nini D, Qhaifa Nur, Munnafendy, Nurul Aula, Syiela, nabila_2908, Saleha, cho zila, Rinna, MamaEma, fiza, Mulut Payau, eelobor, Edy Fee, Kunang-Kunang, aizamia3 dan werdah.

Buat semua terima kasih dan selamat hari raya dari kakak maaf zahir dan batin:)

Myra Jay said...

Kad Raya penuh dengan nilai sentimental kan..

Myra baru dapat 5 kad :)

Nur-nba said...

Salam. Beruntung akak ramai yg beri kad. Nur sekeping pun takde.

Tq atas kiriman sms dari Kak Zakie.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin :)

izz iizza said...

banyak dpt kad raya ni..bestnya terasa sungguh kita diingati kan..:)

IntaNBerliaN said...

samalah kak, saya pun dapat kad raya dari blogger je...