Monday, August 27, 2012

Menjelang Hari Raya 1433H

Selamat Hari Raya semuannya. Aku mulakan N3 hari ini bermula pada 28 Ramadhan 1433 tempohari kami sekeluarga berpeluang berpuasa di Pontian (rumah bapak). Pagi 29 Ramdahan setelah membelanjakan segala keperluan bapak kami sekeluarga mula bertolak ke Batu Pahat pula.

Azhar Foods - Kami singgah di sini untuk membeli biskut-biskut dan kerepek untuk rumah sendiri dan juga untuk diagihkan pada keluarga dan saudara-mara.

Sarung ketupat  - Biasalah tengahari itu kami mula membuat sarung ketupat. Anak-anak saban tahun belajar tapi bila tiba Hari Raya tahun berikutnya lupa lagi.

Rebus ketupat - Sebenarnya ada dua periuk seperti ini. Satu merebus ketupat dan satu lagi merebus daging/tulang untuk dibuat sup.

Di dapur - segala perencah dibuat di dapur. Aku dibantu anak-anak sendiri dan satu-satunya bujang kakak ipar aku.

Bujang kakak ipar - Boleh diharap. Balik pun membawa banyak kek lapis sarawak untuk diagihkan kerana dia bertugas di sana. Engineer di pejabat tapi bila berada di kampung sama seperti anak aku juga membantu di dapur.

Semua persiapan - Giliran aku menggayakan untuk diolah. Tidak ramai ahli keluarga hubby kalau mahu dibandingkan dengan keluarga aku. Keluarga hubby masih boleh lagi makan di atas meja tapi kalau keluarga aku kena bentang tikar duduk di atas lantai.
Berbuka hari terakhir itu kami menikmati juadah yang kami masak bersama-sama. Sup tulang dilawankan dengan ketupat. Ada juga lepat, rendang, ayam masak merah, lodeh, sambal goreng, sate dan tidak kurang pemberian jiran-jiran yang memberi. Selesai solat maghrib kami bertahlil, tahmid dan takbir bersama-sama.


~~ Entah mengapa malam itu hati aku dipagut rasa rindu pada kedua emak. Emak sendiri dan mak mertua yang aku rasa bagaikan baru lagi dia pergi walau telah bertahun lamanya mereka meninggalkan kami.~~


67 comments:

inazamri said...

hari raya menggamit pelbagai memori utk dikenang sepanjang zaman.salam aidilfitri kak.

Hudalatip said...

Alfatihah pada kedua mak akak..Meriah ye kak beraya ramai-ramai..Tu borong kerepek kat azhar eh..

Acik Erna said...

assalam kakzakie.alfatihah buat keduanya dan semua yang telah pergi.kalau acik pun bujang2 jugak yang menolong didapur kak zakie..dah anak daranya tak ada..

mummY daniSha said...

sy sampai skang x tau nganyam ketupat hehehee =p

azi said...

Selamat Hari Raya kakak...

seronok saya tengok persiapan raya kakak...rasa teringin nak makan masakan air tangan kakak...:)

Bila tiba hariraya, kita pasti mengenangkan orang yg.telah pegi terutamanya orang tua kita..kakak mengenangkan ibu dan ibu mentua, saya pulak walid dan kedua-kedua mentua...memang sedihkan kakak..

Kayu Manis said...

assalamualaikum kak.

meriahnya raya kakak.selamat hari raya utk kak dan semua keluarga kak.

Kakcik Seroja said...

Meriahnya hari terakhir berpuasa...

Izwa Kamaruddin said...

meriah nyer :)


al-fatihah utk kedua-dua mak..~

Dkna Abza said...

dkna tak pandai mengayam ketupat heheee...akak..selamat hari raya maaf zahir batin :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Al-Fatihah untuk yang sudah pergi..

Begitulah Aidilfitri.. dalam seronok hati tercuit juga bila mengenang orang yang tiada..

ckLah @xiiinam said...

Lama blog kakak cuti raya ya! :-)

Jahirah said...

slmt hari raya kak....salh silap terkasar bahasa terkecil ati, saya minta maaf...

sampai sekarang saya xreti2 anyam ketupat..hehee mls sebenarnya...;p

Kazman / Sue said...

wahhh....
suasana macam kat rumah keluarga belah suami di simpang 5 batu pahat jugak laa..

time raya kami balik batu pahat rasa macam duduk KL je jalannya.... batu pahat jem.... heee3x...

Cikli said...

Selamat hari raya akak. Maaf belake-lake.

amirah said...

hari raya memang mengundang kenangan kak...terutama pada orang2 yg kita rindu..dan yg dah takde lagi..selamat hari raya kak sekeluarga

maya amir said...

wahh boleh diharap anak bujang kakak ipar k.zakie tu..kemain semangat buang kulit bawang..hehehe..

aahlah kak..bile parent dah tadek, lain macam kan perasaannye.. maya baru 1st time hilang abah mertua, memang sedih lain macam sket ye kak..rasa kosong..:( Al fatihah..

Anonymous said...

seronok nyer bila sama2 wat keja macam ni !

Unknown said...

al fatihah dan selamat hari raya kak

syiela said...

Al-fatihah buat mak akak.. rindu pada arwah akak saya juga :(

Tak kekok si bujang menolong di dapur

Qhaifa Nur said...

bila menjelang raya perasaan rindu kian ketara...al-fatihah buat kedua arwah...

seronok rasa semua bekerjasama ...selamat hari raya Kakzakie

BERT said...

hari raya mak2 la paling bz.. bila dah takde mesti rase sunyi.. alfatihah buat kedua mak akak ye

Cikgu Ma said...

seronok kan beraya di kg..masing2 sebuk buat persiapn...

Rosmawani♥ said...

Seronok raya kat kg, byk keje nak buat.. Ros xlepas lagi nk buat ketupat nih... Hehheeh...

JunAina said...

Selamat Hari Raya Kak Zakie...:)

Rindu itu akan terpahat sampai bila2 buat mereka yang kita sayangi. bagi Jun alhamdulillah mak masih sihat & emak mertua walaupun kekadang sudah mula banyak lupa dari ingat tetapi masih juga sihat selayaknya org tua...

Eye_nee said...

Meriahnya kan kakzakie..bila sesekali berkumpul dan dapat besama-sama berbuka puasa..rindu saat mak mertua saya masih hidup...sekurang-kurangnya 5 atau 6 keluarga akan berkumpul bersama tuk bebuka..Al-Fatihah buat kedua ibu kakzakie..semoga ALlah menempatkan mereka dlm golongan insan2 yg diredhai...

mama ju said...

Masih belum terlewat ucap selamat hari raya dan maaf zahir batin.
Tahun ni saya tak ke Azhar pun.

Samalah kita sibuk2 di dapur di kg, emak masih bertenaga bekerja di dapur, nampak macam dia yg lebih bekerja drp kami. Kami yg ada ni lepas masak sikit2 dah kepenatan, ptg smua tidur! emak ada2 je kat dapur.

Dah bekerja?

Rinna said...

Rajinnyaa anak bujang sama2 membantu didapur..

aanie said...

seronok kan kak suasana cmni....

sama mcm sy....aritu berbuka kat kg kena bentang tikar jugak sb x muat meja....padahal family kami x besar pun...hehe...

Munn Jaafar said...

buat persiapan raya mmg penat...buat rmai2 pun terasa jgk penatnya..tp sonok la mkn beramai2 :)

selamat hari raya kak zakie :)

nabilah_2908 said...

walaupun penat buat persiapan petang raya tu...tapi seronok kan buat ramai2.. :)

lebih kurang sama juadah berbuka tuk hari terakhir tu..makan ketupat dan rendang... :)

Rozie said...

berbuka dengan juadah terakhir ramadhan memang meriah penuh meja/lantai rumah..

HeNRieTTa JoSe said...

meriahnye....thn nie kitorg xbuat ketupat....bonda bilang xde mood nak raya....jadinya rietta cuma bli lemang....tp rendang tetap rendang terbaik bonda....

Puan Kutu said...

yg pergi mmg sentiasa diigt apalagi bila tibanya lebaran.sy pun begitu,terkenang aruah mak n pak,mujur masih ada mak abah (mertua) buat menumpang kasih..

byk betul menu,kedengaran sgt meriah.hehe

selamat hari raya, maaf zahir batin kak zakie sekeluarga

QA's ~ mamapapa said...

alfatihah buat kedua2 ibu,...semoga lebaran kluarga kak zakie tetap meriah :) jmput follow kmbali :))

Cho Zila said...

rindu nak makan beramai adik beradik.. rindu nak masak sama2... rindu zaman dulu2 kalau ada opah.. semua sepupu datang masak lemang dan rendang tok.. alangkah seronoknya kalau masa itu boleh berulang lagi..

izz iizza said...

raya pastinya akan terkenang mereka kan..iza lebih pada abah..rindu sangat pada arwah abah..

dapat berkumpul kt dapur camni memang terasa sungguh meriahnya raya kan..:)

Myra Jay said...

Meriah jugak tengok persiapan raya akak :D

Unknown said...

mesti busy masak memasak kan

bersama kak Es said...

mesti tak habis raya lagi ni. dok tunggu entry raya kakzakie mesti meriah.

jemput la datang pasir gudang :)

wahida said...

saya berharap sgt agar kedua2 anak bujang saya bila besar nnt ringan membantu mama dia ni kat dapur...amin...

PCL said...

bertuahnya dpt ank bujang mcm tu...susah nk dapat kelaku yg ringan tulang di dapur.

Salam Syawal utk akak sekeluarga dan alfatihah buat mereka yg sudah tiada.

Unknown said...

Salam Lebaran Kak Zakie....
Seronok dalam suasana ramai2 sediakan juadah... takziah untuk kedua arwah mak akak

-Sara- said...

meriahnya persiapan raya akak :)

emarieys said...

seronok berbuka puasa ramai-ramai..di saat hujung bulan ramadhan kan

kurus said...

seronoknyaa gtg ryg di hari raya
... bila ramai2 lagi meriah
kalau macam ieda adik beradik x ramai .. soo penat sendiri2 aje huhu

cikceriacorner said...

bestnye akak..

selamat hari raya..maaf zahir dan batin..:)

haryati said...

salam aidilfitri kakzakie...

Tie HT said...

seronok tengok gambo persiapan raya akak..selamat hari raya al, maaf zahir batin :)

Tie HT said...

seronok tengok gambo persiapan raya akak..selamat hari raya al, maaf zahir batin :)

Nur-nba said...

Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Zakie sekeluarga.. Seronok memasak beramai2 dengan ahli keluarga..

Memang bila tiba hari raya kita akan terkenang insan tersayang yang telah tiada.. Al-Fatihah untuk arwah bonda dan bonda mertua akak..

KakNi said...

Hari raya hari bergembira. Bila bergermbira mesti kita ingatkan orang yang pernah bergembira bersama kita kan? Al fatehah untuk arwah.

mama aini said...

salam syawal ke9..ehem meriahnya kalau dpt berkumpul bersama org2 tersayang kita.. hu2x..al-fatihah buat mak & MIL..

Ruse Sulaiman said...

Banyak juga juadah yg di masak. Untung siapa dpt bujang akak ipar kak zakie tu ;) saya mmg tak lulus2 lg anyam ketupat. Ketupat palas tu bolehlah ;)

Kalau saya pun tentu sedih bila kedua mak tiada d hari raya. Masa takbir mmg org yg tiada paling kita ingat.

Anonymous said...

Selamat hari raya kak zakie dan keluarga.

Seronoknya dapat berkumpul ramai2 macam tu di hari mulia ni. Kak ani beraya di shah alam jer dgn anak cucu dan keluarga adik2.

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya tahun ini agak kurang meriah beraya pihak hubby sebab mereka kehilangan sepupu terdekat yg mesra. Namun demi anak-anak kami buat juga apa-apa yg patut.

Terima kasih buat semua yg memberikan komen:-

inazamri, Huda, Acik Erna, Mummy Danisha, azi (kakak bukan pandai memasak azi tapi sebab tak ada org lain buat je apa yg kakak boleh buat), Knor, Kakcik (walau tak ramai tapi sesekali kumpul seronok juga kakcik), Mrs Eady, Dkna Abza, Sari Yusa Ibrahim, ckLah, Aishah Jahirah, Kazman/Sue, Cikli, amirah, maya amir (betul rasa kehilangan tu sebak di dada terasanya), Kesuma Angsana, Riri Yoorin, Syeila, Qhaifa Nur, Bert, Cikgu Ma, Ros, JunAina, Eye_nee, Mama Ju (kakak beli banyak juga Kak Ju ka sini), Rinna, aanie, Munnafendy, nabila_2908, Zie, Henrietta Jose, Puan Kutu, QA's mamapapa, Cho Zila, izz izza, Myra Jay, Tentang Kita, bersama Kak Es (kakak ada abang di PG tau tapi belum sempat kerumahnya kami jumpa di rumah bapak je), wahida (insya-allah wahida kalau dah biasa dari kecik dia boleh buat punyalah), PCL, MyStoryPic, Sara, MamaEma, ieda, cikceriacorner, Haryati Faizal, Tihara, Nur_nba, KakNi(ChikNi), mama aini, Ummi Iman (itulah tradisi tiap tahun sebenarnya Ros tak ada bezanya) dan Kunang-Kunang (Kak Ani dah rehat sebab anak-anak dah buat semuanya - best).

Buat semua terima kasih sekali lagi dan maaf zahir dan batin dari kakak juga sebab kakak agak sibuk sebaik naik kerja semalam.

zila norazila said...

salam kak zakie
banyak hidangan yg tersedia..rajin pulak bujang tu nolong kak:)

IntaNBerliaN said...

seronokkan kak dapat kumpul ramai2 camni.. buat kerja sama2.. meriah je..

ROZILA said...

Salam kak zakie,

selamat hari raya,maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.
Seronok,kalau kerja masak-masak ni buat gotong royong.

Darling Pya said...

keluarga acu pun sama kak
kalau semua balik, tak muat nak makan kat dapur..kena bentang tikar makan kat ruang tamu tapi best meriah!

Selamat Hari Raya kak
ampun maaf zahir & batin ye :)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

bila menjelang rayer ni memang saya pun teringat pada mereka yang dah tiada...terutama ayah saya...alfatihah..

Unknown said...

selamat hari raya kak zakie... alfatihah untuk kedua2 bonda (T___T)

duniaanita74.blogspot.com said...

al-fatihat buat ke 2mak akak..meriah juga tu kak..nak memasak..penat memang penat...

kasihibu said...

al fatihah

selamat hari raya kak
meriah sungguh berkumpul ramai ramai tu
sya rindu ketupat macma tu lah...

Unknown said...

meriah nak sambut raya kan...kami tak pernah buat ketupat anyam tu...

Suraya Baharun said...

seronok dapat berkumpul, masak sama2..makan pun ramai2..tu yang makan bertambah2..

aizamia3 said...

terasa kemeriahannya kak.. ;)

norhidana said...

meriahnyer persiapan raya akak, dana jarang pg ke azhar food, lbh suke cari kilang kepek di simpang renggam lebih baru...

menu berbuka akak mmg best, meriah