Wednesday, August 8, 2012

Biskut-kerepek-orang ramai berasak-asak

Pagi hari Ahad yang baru lepas aku dan hubby pergi ke Plaza Angsana untuk mencari pencuci muka anak dara yang hendak balik dan baju budak-budak yang mahu aku agihkan. Tiba di lampu isyarat masuk ke Angsana sudah jelas kelihatan lautan kereta bagaikan semut mencari tempat parking walaupun aku kira waktu itu masih pagi lagi. Tempat parking di Angsana sendiri telah ditutup - penuh. Kenalah parking bersebelahan LHDN.
Kuih-kuih - Berpuluh-puluh booth menjual keperluan Hari Raya. Sesak dengan umat manusia hingga ke bahagian dalam shopping kompleks.

Bahagian hujung - Aku snap mana yang agak tidak ramai orang tapi susah hendak dapat melihat situasi itu.

Bermacam-macam kerepek - Ini pun jadi tumpuan.
Aku tidak membeli walau satu pun biskut dan kerepek yang banyak itu. Tujuan asal pun bukan mahu membeli. Oleh itu sebaik dapat apa yang dihajati terus keluar segera kerana pening dengan situasi yang padat-sesak itu.


~~ Bagi rakyat Johor merasa agak mahal tetapi sakit telinga bila ada rakyat negara jiran kata "oh.. so cheap". Biasalah bila tukaran duit kini semakin tinggi pastilah murah buat warga di sana untuk membeli di Johor. Esok lagi National Day mereka pasti sesaklah Johor Bahru dengan warga Singapura.~~


76 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

sana sini jugak jem kak....sini pun sama setiap hari...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

biasa la dorg..
tak apa.. rezeki masing2..
rezeki berkat lagi penting akak kan :-) meriah betul org jual kuih..

bujal X said...

saya shoping kuih raya kat kawan ofis je~tak payah sesak2~keh keh~

inazamri said...

meriahnye jualan kuih muih kerepek tu.turut rasa telinga berdesing gak hihihi

faraherda. razalan said...

kakzakie, sy pnh tgk2 kuih rayakat plaza angsana dulu. mak aihhh! mmg mhl la....tak de la sy!

norhidana said...

dh dkt 5thn dana tak jejak angsana kak... kalu nk pg jb pun kadang sesat jln heheheh... kalu dulu time pose mmg sesak betul angsana tuh...

kt johor tu mana2 supink complex or hypermarket mmg warga sana je yg ramai kak, kt danga bay pun penuh ngn diaorang time2 weekend

Lelaki Ini said...

waaa...
best nya!

Lya Colours said...

tuh diaaa mau tak rambang mata nak pilih

QueeN TerataI said...

salam kak.. QUeen pun x beli kerepek kat booth2 mcm ni.. order dgn kwn opis je senang.. x perlu bersesak-sesak.. hehehe

ros_reeza said...

Salam kak.. kat JB, memang mahal kan.. Ros pun kadang2 terkejut tgok harganya... ada benda yg lagi mahal dari kat KL ni.. huhuhu...

Zie said...

oo ramai lah yer org singa datang johor?.. kita rakyat tempatan jadi mangsa ke Mahalan tu kan kak... emm tak, beli kat tempat lain yg jauh lebih murah

Acik Erna said...

salam kakzakie..acik memang malas nak membeli kalau dah ramai2..biasanya acik beli ngan kawan dia kawan hantarkan kerumah

pena rozie said...

semua jalan jem akak.... Kat trg pulak ade yg tengah baiki jalan lagi la jem....

aanie said...

sy dah setel beli kerepek....nasib member ofis jual..xyah bersesak ngn org ramai...

byk la dia punya cheap...kalo kita g tmpt dia, cekik darah kemain...

Yaya Azura aka Naz Azra said...

bermula esok akan bertambah tambah sesak..dah dapat bonus bershopping sakan la nampaknya..yaya tempat sesak mmg elak..boleh pening kepala...

Masya said...

banyaknya .... xde mood nak beli kuih raya lagi .. tp dah terbeli jugak dan tertempah hahaha.. untuk bwk blk kg, mmg mood kelaut nak buat kuih...

nur anis said...

tempat saya sungai besar ni pun sesak dah..huhu

Dylla Abas said...

tak pernah sampai Johor lg...sedihnya..huhu >_<

Daddy Ziyyad said...

selalunya, bila tiba malam raya...harga biskut/kerepek/kuih raya yg dijual di angsana tu mmg akan di turunkan gila gila punya....jual nak kasik habis! :)

Kesuma Angsana said...

kat mana2 pown sama je kak, harga mmg mahal lah skang ni kena tunggu hari2 terakhir nnti kalau nk harga yg murah sikit !

Huda said...

mesti jam esok kan kak..saya pun tak sampai lagi angsana puasa ni, selalu time puasa mesti saya g sana...

Salmiza said...

betul tu kak...'dia' mmg la kata murah..
tp tpt kite lagi syurga krepek kak..pt raja.. akak pun tau kan..:)

♥ ROS ♥ said...

mak aihh.. kalau dekat dgn ros memang dh borong..hhahaa.. sedap nmpak.. tp selalunya kalau kuih raya sedap lg wat sendiri kan? ;0

hajar said...

waaa... mcm2 kerepek & biskut ade... psssttttt... kakzakie da byk buat kuih raye ker?

azi said...

kakak..
kat SP ni pun sesak...tu tak raya lagi tu...:0

p/s salah satu keistemewaan Johor ialah kerana kerepeknya yang sedappp...saya cukup suka kerepek ubi pedas..

azi said...

kakak..
kat SP ni pun sesak...tu tak raya lagi tu...:0

p/s salah satu keistemewaan Johor ialah kerana kerepeknya yang sedappp...saya cukup suka kerepek ubi pedas..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Mmg dimana-mana pun skrg ni shopping kompleks mmg meriah ngan jualan, yg x laratnye bila terpaksa bersesak2 n berasak2 utk mmbeli kan..

eija biskut raya xde masalah sgt nk membeli, sbb mak mertua tokey biskut raya. Selalu kami beli kerepek jerk buat buah tgn kepada family..

thn ni mood eija nak buat biskut raya sndiri..hopefully menjadi la..

Saya Disini said...

bnyknye

CikPuanHaLia said...

Akak..nak kerepek.. ;)

Sherwieyna Muzzawer said...

wah banyaknya kerepek. akak saya pun nak juga..hehehe

sis intan said...

sbb tu org singapore suka shopping kat JB kan, kak....

Suraya Baharun said...

skang suma org kuar shopping...su hujung minggu ni baru nak g jalan TAR..tak tahu la cam ne nak hadapi lautan manusia...nampak nye zahraa kene tinggal ngan nenek la...

Rinna said...

Memang laa utk org seberang tambak sana kata sini cheap.. dah duit dorang tuh beso.. sabo je laa.. seronok ler dorang sopping kat sini kan.. kita gak ler nak kena pk 2/3 kali sebelum membeli..

cikceriacorner said...

ehehhe..saya pon sama mcm bujal..soping kuih raya kat opis...

a'ah kan kak..jb brg mahal...coz singapore dekat..diaorg memang kata murah..tp kesian kat org kitala kan...

gadisBunga™ said...

haritu saya nampak biskut teddy bear jual kat situ. kiut! rasa cam nak beli, tapi rasa belum tau..huhu~

redza said...

kemeriahan raya da terasa...sana sini org jual biskut raya

Dkna Abza said...

rindunya kat negeri johor.. :)

wahida said...

saya pun sama mcm bujal...beli kuih/kerepek semua ngan kawan2 ofis, tak yah sesak2 dah kat luar tu, lagi pun, support kwn2 bisnes...hehe...

~ yus ~ said...

Ramadhan tahun lepas yus ada ke Angsana pusing2 cari barang keperluan raya, mmg mahal kuih raya kat sana.

Yus biasa suka beli di Sallleh Food Parit Kemang, dekat je dgn rumah ni, banyak pilihan dan lebih murah.

Eye_nee said...

Sama jer kat mana2 sekarang ni kak.asal ada org jual biskut dan kerepek raya ni..pasti jad tumpuan...

Rai said...

banyaknya kerepek kak..tapi harga barang kat jb tu memang agak mahal.. walau pun nak banding dgn kl..maybe sbb dekat dengan singapore kan..

eira eixora said...

orang kata kerepek kat johor murah. betul ke kakak?

Qhaifa Nur said...

banyak kerepek Kakzakie...
kalau Nur tak tahu nak pilih semua sedap2 belaka.......

sesaklah johor nanti......

Munnafendy said...

kak zakie, sy baru order tempeyek dr johor... sekilo rm16. mahal ke murah sy pun tak tau...support bisnes kawan... :)

syiela said...

rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana ye..

** tu la kan bila dorang cakap murah tersenyum la para peniaga tapi bagi kita....

Hidayah Bach said...

ermm..akak warga johor eh..?

smlm dayah ada singgah membeli baju melayu anak dayah tu..
pun ada byk jual kerepek kuih bagai..ingat nak beli juga sikit
tapi suami dayah kata tgu aje lah
malam raya..mesti lelong abis2..
:)

Riri Yoorin said...

kepek kuih raya makan kepekk

JunAina said...

Kat KL paling glamour Jalan TARlah tapi tak daya rasenya nak berjalan dalam ramainya org tu. Tahun lepas sempat pergi 2 kali tahun ni belum lagi dan rasanya macam tak nak pergi je. Penat.

teratak hati said...

Kwn pun pergi angsana ckp sesak ramai org..pening smpai tk jd nk shopping bj raya..lgipun dia ckp dh mhal2 bj kat angsana tu..

YATZAKIE said...

dah start bz kak skang..dekat nak raya ni kan..

SuriHanna said...

hanna taun ni x kemana kak.. kalu tak mmg suka bersesak2 kat jalan TAR tu,, bukan nak membeli sgt.. suka window window jer....

ckLah @xiiinam said...

Kat Teluk Intan ni pun susah bukan main cari tempat parkir. Pusat kuih rayanya di Dataran Menara Condong....

Haryati Faizal said...

betul tu kalau takmo beli lagi jan singgah...nanti jd citer lain pulak...hihihihi

Papa Mifz said...

kalau nak shopping time ramai-ramai orang mmg poning kapala jadi nyer...

eMMe said...

Salam kak Zakie, saya ni pantang tgk kerepek la kak... suke sgt... kalo tgk depan mata mesti nak beli... hehehe... takpe la kak cuci mata pun jadilah.. Org S'pore action ek, murah kata ko, sebab kat tempat dia mahal kan, hahaha... makan la kepek tu byk2, biar kembong perot tu, hahahha!

nur said...

Masa raya nanti biasanya kerepek kerepek ni la yang lagi cepat habis dari biskut / kuih raya kan kak.

pesona said...

Assalamualaikum Hjh.

Lama rasanya tidak mengikuti blog Hjh......di Danga City Mall pada hari Ahad 5/8 nak keluar drpd parking di bhg bawah mengambil masa 25-30 min baru boleh lepas gara-gara bawa anak ke UO .....

izla said...

sini pon dah start penuh ngan lautan manusia. termasuklah saya :)

ct rahani said...

betul la kak.. kuih2 n kerepek kt angsana tuh mmg mahal2.. klu singaporean murah sgt la bg diorg.. sy pun x penah beli kuih2 kt situ.. last weekend sy ke angsana jugak cari baju anak sket2.. memang ramai betul org.. naik pening dibuatnya.. huhu..

Teratak Hami said...

Bulan puasa tengok kuih2 tu mesti terasa nak membeli kan. Tahniah kak, akak tak tergoda utk membeli.

Irfa said...

bagus ni wat stok raya

Knor said...

sejak berpuasa ni,saya belum tgok dunia luar lagi..

ummiarissa said...

kerepek je tak beli tahun ni....kalau saya kat sana sempat ni rembat setu kerepek...he he he

Ummi Iman said...

Penuh dg org seberang ke k.zakie.. Mmg murah lah kalau mrk yg membeli ;) kalau dah ramai2 mmg tuju apa yg nk dibeli je.. Byk sgt tak boleh nk fokus ;)

mama ju, said...

Salam sejahtera KZ
Wah hebatnya tgk byk2 tu tak membeli!

Marya Yusof said...

As salam Kak Zakie,

Kalau Marya pun xsuka sesak2...sakit kepala... biarlah pergi tmpt lain yg kurang org & mahal sikit tak pun order dgn kwn2 je... tup2 dah smp depan mata :))

Kakzakie said...

Oleh kerana tujuan kakak bukan untuk membeli kuih-muih oleh itu kakak tidak membeli pun walau lambakan tidak terkira banyaknya. Bimbang pening kepala itulah kakak keluar segera ditambah mahu menghantar anak balik asrama dan bapak balik kampung.

Terima kasih segala komen teman-teman atas N3 kakak ini:-

Mrs Eady, Pokok Manggis DR, Bujal x (tempat kerja kakak tak ada org Islam selain kakak), inazamri, faraheda.razalan, norhidana, Lelaki ini, Lya Colours, Queen Teratai, Ros_reeza, Zie, Acik Erna, pena rozie, aanie, Yaya Azura, Maysa, nur anis, Dylla Abas, Daddy Ziyyad (betul doc. last day puasa tu dia jual murah bahkan ada yg seringgt satu bekas tapi masa tu kebanyakan dah balik kampung), Kesuma Angsana, Huda, Salmiza, Ros, Hajar, azi (yg itu kakak tak pastilah azi), Sweetmama@Eija (untunglah kalau beli dgn mak sendiri), saya disini, Cik PuanHalia, Sherweiyna Muzzawer, sis intan, Suraya Baharun, Rinna, cikceriacorner, gadsBunga (kakak tak berhenti pun sekadara lalu je BG), redza, Dkna Abza, wahida, Yus (kakak kalau balik BP kelak mungkin singgah di Azhar Food yg di Rengit ke Benut tu ye), Eye_nee, Rai, eira eixora, Qhaifa Nur, Munnafendy, Syeila, Hidayah Bach (A'ah kakak org Johor dan duduk pun di negeri Johor), Riri Yoorin, JunAina, Yatzakie, Teratak Hati, Irfa, Knor, Ummiarissa, Ummi Iman, Mama Ju (sebab kakak dah niat nak beli yg dekat kampung Kak Ju tu) dah Marya Yusuf (itulah lagipun mungkin sebab kakak pun kejar masa waktu itu Marya).

Terima kasih sekali lagi buat semua yang memberikan komen:)

Myra Jay said...

Myra pun nanti akan bersesak2 juga untuk membeli kerepek dan kekacang buat juadah Hari Raya ;)

anitadiana said...

ita pun malas nak buat kueh tahun ne...beli aje kot..kerepek dan kopok-kopok,lagi suka makan mcm ne...

Fai CeritaCinta said...

salam perkenalan kak.. jujur la bg fai, kuih dan kerepek kat Angsana tu semua memang mahal... mampu tengok cuci mata jer la. hehe :D

izz iizza said...

macam-macam ada ni..:)

Aine Ainun said...

saya boleh bayangkan situasi kat angsana tu kak chik, walopun dah lama x jejakkan kaki kat situ....

saya pun x lalu nak jalan sesak2 macamtu...

Zefa NorAsmara said...

Sekarang di mana2 sesak kak zaki.. membuatkan sy semakin malas nak keluar rumah.. :D

zila norazila said...

zila x sempat lg skodeng angsana kak:)..tu yg malas bersesak2:)

IntaNBerliaN said...

a'aa kan kak.. bg dorg mmg murahlah.. dh duit dorg mahai..

bersama kak Es said...

betul la kak..kadang rasa macam peniaga ni nak jual kt org kota singa tu je. nak2 pula duit diorg sekrang makin naik.
smpai kan ada kawan saya , balik keje , trus turun joho nak dinner. pastu balik semula ke sana.
Tapi kita?? huhuhu