Tuesday, August 14, 2012

Mirror-mirror on the wall

Kecantikan satu perkara yang sangat subjektif. Ada yang meilhat kecantikan dari raut wajah. Ada juga yang melihat dari susuk tubuh. Tidak kurang juga yang melihat dari pertuturan yang dilontarkan. Bahkan ada juga yang menilai kecantikan dari sifat dan peribadi diri. Penampilan diri juga dilihat satu dari cara melihat kecantikan. Terpulangkan pada penilaian masing-masing.

Namun buat anak-anak mama cermin ini disediakan ketika berhias. Berhias apa yang sepatutnya cukuplah. Biar mama dan papa yang menilai kecantikan anak-anak mama.

Cermin tua - Telah berusia lebih 15 tahun dan tersimpan lama di stor. Ahad itu hubby varnish semula bingkainya. Gantung di bilik anak bagi kegunaan mereka.

~~ Aku suka frasa ini - Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi, 
Yang indah itu bahasa, yang elok itu budi.~~



67 comments:

Irfa said...

betul ke kalau tgk cermin lepas jam 12malam nanti nampak hantu?hehe

ada ketika malu pada cermin

BERT said...

antiknye cermin ni... suke tengok.. dah kilat balik nampaknye huhu

noor said...

barang lama diberi nafas baru .... cantik semulakan cam baru gitu kak

Hanis Azla said...

cermin biasan sebenar siapa diri kita.. kan kak.. cantik cermin tu..

azi said...

Kakak....
masih cantik lagi cermin tu kakak...saya suka bentuknya.....kalau kakak nak tahu, cik abang saya suka sangat dengan cermin...kat rumah tu, setiap ruang rumah digantung dengan cermin....:)

Kakcik Seroja said...

Dua cermin besar diruang tamu rumah akkcik pu sudah belasan tahun usianya. Selalu jadi tempat anak2 buah yang masih kecil menginggalkan kesan tapak tangan!

Lia said...

besar cermin tu, brg walaupun dah lama tp klu jaga2 betoi2 cantik jugak kan nmpk mcm baru aja tu. Lia pun suka dgn frasa tu.. :)

Fazleyatul Aini said...

nampak baru cermin tu bila dah varnish. barang lama, asal elok dan kita pulihkan balik, mesti boleh guna

Suraya Baharun said...

lama nye usia cermin tu..mesti banyak jasa untuk tuan nye sentiasa kelihatan cantik & menawan..hehehee...

Izwa Kamaruddin said...

antik..awesome!

are_lin@yu said...

lama cermin ni kan..masih elok ;-)

JunAina said...

Jun pun ada letak satu cermin kat ruang tamu, kalut2 nak keluar pakai tudung kat cermin tu je touch-up.

Cermin tu masih cantik lah akak...

Anonymous said...

ui , besaqnyer cermin tu kakzakie, jangan lupa bila bercermin dan menghias wajah, baca selawat tiga kali hehehe insyaALlah berseri wajah di pagi aidilfitri!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cermin antik ni...lama noh tahan n elok lagi

amirah said...

betul kak, cantik tu sgtla subjektif. kdg2 kita tak terbuka menerima kecantikan daripada mata orang lain...

berguna juga cermin ni ye kak....nmpk mcm baru

Afasz said...

dah 15 thn dah cermin tu? nampak cam baru je :D

Acik Erna said...

Assalam kakzakie.anak2 kazakie tetap nampak cantik dimata mama dan papa nya

Norzie hany said...

Cantik cermin ni kak,walaupun usianya dah 15 tahun.

bujal X said...

saya suka senyum depan cermin~keh keh~

ahmad humairi said...

Betul tu! Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.

....Saya melihat kesenian dan kecantikan pada selonggok tahi lembu fresh....maafkan saya.

Selamat hari raya, maaf zahir dan bati, maaf atas segala-galanya.

Mummy Sher said...

comel je cermin tu..hehe

Rozie said...

lagi lama lg bernilai tu sis

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

antik ni Kak Zakie..

cantik berkilat...

syiela said...

cantik walau dah berusia...

bila lama merenung kat cermin mula la nampak celanya jadi elok tengok kejap2 je

Tie HT said...

saya rasa kecantikan ni lebih kepada budi bahasa la kak...kalo org tu cantik tp kasar budu bahasa..takde makna dah..nauzubillah :)

Rinna said...

Cermin yg lama bila dah divarnish nampak baru..plak..

Budi bahasa budaya kita..

haryati said...

lama tu... dah di varnish tambah lagi cantik pulak, cam baru beli je...

Eye_nee said...

Cermin diri hiasi peribadi....15 thn dah usianya..dijaga elok di touch up sikit dah nampak baru semula...

Qhaifa Nur said...

lama betul Kakzakie...
nampak macam baru....

biar orang kata anak kita tak cantik tapi dimata kita mereka ibarat sebutir belian.....

Rosmawani♥ said...

Namapak mcm baru je walau dh 15thn... Xsangka kan brg lama leh jd hiasan baru :)

L said...

hehe... dan kecantikan adab yg terbaik.. waa. barang2 kat rumah L semua sama umur dgn L 21 .. hihi..

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/08/6-nikmat.html

norhidana said...

heheeh dana nih penakut kak, kadang2 time tgh2 mlm nk pg toilet tkt nk tgk cermin hehehe....

Mulan said...

takut tengok cermin lama2 sbb takut nampak benda lain.. hehee... tapi cermin tu cantik...

suri solehah said...

kalau kurang cantik,,tapi budi bahasa tiggi..tetap nampak ayunya...
-teringat2 kelembutan suara kakzakie di telefon...

Unknown said...

cantik bila di varnish semula.. orang lelaki agak suka simpan barang kan kak.. kalau yang elok boleh diguna semula macam cermin ni bagus juga..tak membazir..

mama ju said...

Salam sejahtera,

Cermin byk guna. Mama suka cermin, sana sini cermin!
Pertama raya kat mana?

IntaNBerliaN said...

dah lps varnish.. terus nampak baru :-)

*oo akak sama tarikh lahir dgn alisha ek.. kalu ada ikut ciri2 akak kira oklah sbb akak baik.. lemah lembut... sy sk.. :-)

nur said...

who is the fairest amongst them all?

Dkna Abza said...

dkna pilih cantik dari segi budi bahasa .. itu mampu melawan kesemua kecantikan rupa paras mahupon susuk tubuh :)

Nini D.. said...

btol kak..btol..saya jugak sukakan frasa tu :)

Jahirah said...

masih cantik kak cerminnya....nampak macam baru je.perempuan (tak semua) mana boleh dipisahkan dengan cermin.dalam handbag ada cermin,atas meja cermin.kalau tertengok cermin pun nak tgk lagi....hehee

mummY daniSha said...

15 taun?lama tu hehee..pandai akak jaga barang

Zaitun said...

Dah boleh jadi antik...

Selain boleh digunakan untuk membelek muka cermin juga boleh membesarkan ruang.

matahati-aishahazhar said...

dari terbiar saja.. eloklah di cantikkan semula cermin tu kan kak.. ada jugak kegunaannya..

eira eixora said...

barang dulu2 memang tahan lama

nabilah_2908 said...

dah seperti baru.... :)

perempuan dan cermin...tak dapat dipisahkan... (^_^)

nur anis said...

dulu kitorang adik beradik selalu berebut cermin. lepas tu abah terus belikan cermin besar supaya muat semua nak tengok cermin serentak..huhu

Cik Rose said...

lama dah tu, 15 tahun ye :)

Ros balik umah suami kat JB kak,.. Dia keja kat sana. kitorang PJJ lagi ni. kat area majidee, jalan tebrau tu... dekat tak dengan akak?.. ke akak kat skudai?....

Munn Jaafar said...

15 tahun, lg tua dr adik la kan...lamanya..klasik nih :)


nazayiena said...

Cantik lg cermin nie kakZakie wlpn dah 15 thn.

maya amir said...

kak zakie, sori lama tak jenguk sini.. maya nak ucapkan slmt hari raya & maaf zahir batin ye kak.. takut tak sempat nak bw before raya ni, so maya wish siap2:) *hugs*

PESONA said...

Assalammualaikum Hjh,

Gara-gara bulan Shawal yang bakal menjelma "Cermin Tua" yang lama tersimpan lama didalam stor pun kini keluar menghiasi di bilik anak......

Tidak berkesempatan untuk update blog saya sepertimana di Blog Hjh yang sentiasa ada cerita yg terbaru...

duniaanita74.blogspot.com said...

cantik lagi kak..ita minat kayu-kayu ne kak...

eija_sweetmama said...

w/pun berusia lebih 15 thn tp nampak kukuh dan cantik lagi.. :)

Rosidah Binti Muhamad said...

salam perkenalan kak zakie..
suker letak cermin di setiap ruang dan cermin tu mesti yg besar2 punya..

Nur-nba said...

Cantik.. make over sempena raya.. Lamanya usia cermin tu..

HeNRieTTa JoSe said...

Bsarnye cermin tu....tingin gak nk pkai cermin besar camtu...tp ada plak yg ngusik...tkut plak rietta...nkal btl dorg....

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakak...

"sesungguhnya yang cantik itu Budi"

Barang lama .. Makin lama makin tinggi Nilai kenangannya.


Salam aidilfitri Dari kakya sekeluarga
Maaf zahir batin

Kasih Salina said...

salam akak..cantiknya cermin tu..bingkai yang unik..saya tak suka cermin besar sebab membuatkan kita tak puas2 nak tengok cermin. terasa macam sentiasa untuk tengok diri di cermin..

Temuk said...

As-salam Kakzakie
Bocah-bocah.... mula mengenali, menjaga, dan menghargai kecantikan. Mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah jua hendaknya.

Uncle said...

Amboi Kak, mana nak pi cari lagi cermin yang macam ni...kat Perabot Cempaka pon tak dak ni...hahahahaha...

zila norazila said...

brg lama klu kita olah balik mmg cantik kak..dah mcm baru..:)

bersama kak Es said...

nampak kukuh cermin ni.
kak, ada sticker doa tgk cermin . Saya baru dapat petua awet muda byk doa tu .. ;)

bersama kak Es said...

nampak kukuh cermin ni.
kak, ada sticker doa tgk cermin . Saya baru dapat petua awet muda byk doa tu .. ;)

emarieys said...

tahan lama cermin ni..

KakNi said...

Cantik nyer bingkai tu, sekali pandangn ingat kan bahagian tepi dinding sebab rupa nya macam bata merah, rupa2 bingkai! betul antik!

Kakzakie Purvit said...

Maaf kerana kakak agak kesibukan. Cuti kian hampir tugasan kena agih betul-betul.

Terima kasih buat semua yg memberi komen:-

Irfa, Bert, Noor, Hanis Azla, Azi, Kakcik, Lia, Lya Colour, Suraya Baharun, Mrs. Eady, are-linayu, Kesuma Angsana, JunAina, Wanieys, amirah, Afasz, Acik Ernba, Norzie Hany, Bujal x, Ahamd Humairi, Shyerwiyna Muzzawer, Zie, Sari Yusa Ibrahim, Syeila, Tihara, Rinna, Haryati Faizal, Eye_nee, Qhaifa Nur, Ros, L, norhidana, mulan, suri solehah, Rai, mama ju, IntaNBerlian, nur, Dkna Abza, Nini D, Aishah Jahirah, Mummy Danisha, Zaitun, Ratu Kebaya, eira eixora, nabila_2908, nur anis, ros_reeza, munnafendy, Nazayiena, maya amir, Pesona, anitadiana, Sweetmama@eija, Rosidah binti Muhamad, Nur-nba, Henrietta Jose, Deru Ombak, Kasih Salina, Temuk, Uncle, zila norazila, bersama KakEs, Mama Ema dan KakNi (ChikNi)

Maaf dari kakak dan terima kasih semuanya..