Tuesday, November 18, 2014

Oh... Malaysiaku tercinta!

Banyaknya isu seminggu dua ini. Isu pencerobohan dan 'kelonggaran' di Cameron Highland satu hal. Isu rasuah dan penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan hal kedua. Bayangkan orang yang sudah meninggal pun masih mendapat wang pencen. Perubatan hospital pun disalahguna. Berjuta-juta kewangan terlibat alangkah memalukannya. Hal ketiga semakin banyak dan berleluasanya penyalahgunaan dadah di pusat-pusat pengajian tinggi negara. Remaja bakal mewarisi kepemimpinan masa depan sudah terhidang masalah ini. Ke empat isu MH17 yang masih belum berakhir. Negaraku ini terlalu kerdil bagaikan mahu diperkotak-katikkan.

Sebagai rakyat marhaen yang lemah, mempunyai anak remaja, keluarga dan saudara-mara aku jadi sesak memikirkan begitu hebatnya kelonggaran di sana-sini sistem pemerintahan di negaraku yang tercinta ini. Bagaimana masa depan anak-cucuku kelak? Takut? Entahlah sukar untuk diintepretasikan. Sedih? Kenapa mesti bersedih. Marah? Siapa yang mahu dimarahkan. Benci? Kepada siapa benci itu mahu diluahkan. Geram? Mahu dilepaskan kepada siapa geram itu.

~~ Tumbuk dinding tangan sendiri yang merasa sakit. Tumbuk bantal siapa pun tidak akan ambil pusing.~~

* Aku sedang berada di dewan terbuka sekolah adik pada masa ini.

40 comments:

BinMuhammad said...

Tapi tu lah...semua berita yang menyedihkan dan menyakitkan hati. Takde berita gembira ke... Harga minyak dipasaran dunia semakin turun, bilalah nak turunkan harga minyak ni...
Reda sajalah...insan marhain mcm kita ni bak sebutir pasir di padang pasir.

@na said...

MasyaAllah jika dikenangkan semua tu..sesak dada kita dibuatnya...
tambah pula zaman sekarang semua nya berada dihujung jari..main petik ja...membuka ruang fitnah yang begitu berleluasa...seolah tanpa penghujung!

SalbiahM said...

entahla...nak bersuara, kadang-kadang disalah sangka.menegur bukan bermakna benci. kerana sayangkan negara kita bantah, nanti dikata menabur fitnah ;)

babYpose said...

seorang Imam layak menjadi pemerintah. semuanya bermula dari rumah, lepas tu sekolah, masyarakat, pusingan ini akan disebut sebut..

lieyalatif said...

mcm2 berita ade skrang ni kak....yg pas ti ade kisah baling batu sembunyi tangan.... org berpangkat kan.... salah semua dituding ke org lain....ntah la...kang salah ckp jatuh fitnah...tapi mcm kelako bile tanah2 di cameron jadi mcm tu....ermmmmm ntah lah....permainan dunia!

Mar Mansor said...

betul tu kak zakie..semua berita yang tidak menggembirakan

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ada majlis penyampaian anugerah adik ke kakzakie didewan tu..

Memang sukar nak ditafsirkan kehidupan sekarang ni kan kak..

Falsya said...

Kakak..betul semua yg kakak mention tuh..bile duk bincang pasal semua yg jadik nie ngan husband, ngan skang nie mahkamah dh luluskan transgender lagik, ya Allah..makin takut makin marah makin benci makin byk persoalan..tp tuh la..mcm kakak ckp dekat siapa n mcm mana nak luahkan semua tuh..sedih..

Kamsiah yusoff said...

saya sangat2 hairan..kenapa setelah dibongkar SPRM baru terdedah semua masalah rasuah..yg berbelas2 th/ berpuluh2 tahun sblm ni dok buat apa..??dah nazak baru bertindak..

norhidana said...

sama2lah kita berdoa semoga negara kita sentiasa aman damai hendaknya kak...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Kak... pemimpin yg baik ibarat teh... kita akan merasa sebenar kelazatannya di dalam air yg panas... semua pemimpin hebat dan agung lahir dari masyarakat yg rosak... mereka yg membetulkannya

Ann Ishak said...

adakah disebabkan "Melayu Mudah Lupa"

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak semuanya berita yg kurang menyenangkn kita...x tahu apa akan jadi dimasa akan dtg nanti...

Fiza Rahman said...

Macam² isu kak. Rasa malas dah nak tengok berita. Sebab berita suma yang menyakitkan hati.

Fifi Nadhrah said...

Allah hu rabbi.. tu kite fikir hal malaysia.. hal kita? bebanan kita? tekanan kite? kite tersepit.. siapa peduli? sedihnya.. Malaysia oh malaysia..

saniahibrahim said...

itulah yang selalu terbuku dlm hati apatah lagi lepas tngk berita dgn isu2 yang tak sudah2...bagaimana nasib anak2 dimasa depan nanti

Blog Santai said...

That is realiti KZ, walaupun ramai yang nak menafikan...Just hope one day could be better..

Unknown said...

sama2 lah kita berdoa agar dapat terus hidup aman damai :)

Myra Jay said...

Kalau dipikirkan memang terlalu banyak masalah dan kepicangan sana sini.. Ini tak termasuk kes pondan lagi..

Mudah2an kita semua dijauhi laknat dari Allah

zila norazila said...

tumbuk dinding tgn sakit kak..moga sejhtera mlysia ..kkdg baca jd seram

Anonymous said...

masing-masing mempertahankan hak diri sendiri dan bukan hak semua. jadinya mcm ni la...

Unknown said...

Oh Malaysia Ku... serba salah dibuatnya kan kak... cakap salah tak cakap pun salah... tapi apa pun yang salah tetap salah... semoga pemimpin2 negara kita nie cepat la mendapat kesedaran itu... :(

paridah said...

moga segala yg longgar segera diperketatkan demi kebaikan negara tercinta...

faraherda.razalan said...

Salam kak,

Rakyat adalah cerminan pemimpin. Bagaimana sikap pemimpin, begitulah sikap rakyat dan sebaliknya.

Mummydearie said...

Hidup sekarang memang sungguh mencabar. Apalah nasib anak-anak pada masa akan datang. Harapnya negara masih kekal aman damai dan hiduplah anak-anak segembira mungkin. Kalau difiki-fikirkan semua, memang hati ni resah je. Takut sesuatu yang buruk berlaku. Moga sentiasa dilindungi Allah hendaknya kita ni semua.

lia said...

semoga anak cucu kita mampu bertahan wpon dalam apa keadaan juga... InsyaAllah...

Izwa Kamaruddin said...

bila dah terjadi sesuatu baru lah terbuka mata yang buta itu!

Nastyna said...

itu lah... saya pun kalau boleh tak nak mencurah minyak ke bara api... tapi dah lama sangat kita di takuk sama..corruptions everywhere, bila nak maju macam ni.

Unknown said...

lopong sana sini..yang jadi mangsa adalah rakyat..mereka kat atas tak terkesan sikit pun..

kakrose said...

Ibarat pepat di luar rencong di dalam..

Bunda_nora said...

Betul tu...yang mampu kita buat sebagai rakyat untuk negara yang tercinta hanya doa....doa untuk kebaikan semua...

Sya_Merpati Putih 88 said...

rasuah aka jenayah kolar putih nie dari dulu dah ade cuma sekarang namapak lebih ketara,...
kot ye pun kos sara hidup tinggi tak perlulah ambil benda yg haram sebagai rezeki, tak berkat hdiup kita...

ke sosial remaja memang makin hari makin membimbangkan, sy sendiri pun ngeri kalau nak fikir macam mana nasib generasi sy yg akan dtg...

Aisy Nasiha said...

Realiti hidup yang menakutkan.. bagi saya, yang ajar beratus2 murid setahun saya cubalah ajar dengan terap nilai2 yang patut dengan harapan akn dapat ubah kelakuan tak baik kepada lebih baik. Tapi kalau tak semua pihak main peranan payah benda ni nak berubah dan maknanya masyarakat kita akan makin teruk pada masa akan datang. Risaunya saya ..rasa diri ni tak banyak menyumbang kepada masyarakat.

FarahFerraDotCom said...

Betul tue akak.. tapi pd siapa kita nak mengeluh.. tak dak siapa nk dengar pun akak..Ermmmm

Yana Yani said...

kerisauan yang dirasai ramai
keadaan yang cukup menakutkan bila memikirkan masa depan keturunan kita di kemudian hari
disebabkan sikap segelintir manusia
habis berlaku kerosakkan dan siapa harus dipersalahkan?

Normala Saad said...

Walaupun tidak berapa seronok dengan berita-berita diluar sana tapi keadaan hidup saya disini biasa-biasa saja...sama seperti dulu cuma agak kurang berbelanja saja..tu pun masih rasa tidak rugi..
Kat cameron Highland tu bukan contoh yang pertama..kat lain2 negeri pun sudah lama pun berlaku pencerobohan fizikal...saja ja yang berkenaan tutup mata...

aizamia3 said...

Risau dengan keadaan semasa negara kita..
Moga dijauhkan anasir2 yang tidak baik dari mendekati anak2 kita semua.

Gee Lion said...

Takkan ada suara belia yg benar2 tegas dapat dijadikan pemimpin di masa depan jika pemimpin hari ini bertindak mendiamkan mereka semua. Orang tak sedar revolusi itu mulanya dari minda yg ingin berubah.

Jari Manis said...

Itu sebab hanya mampu berdiam diri ..ingin memberontak tiada siapa yg mahu mendengar

QasehnyaRania said...

betul tu kakak.
macam macam skrg ni.risau..