Tuesday, August 18, 2015

Bertingkat-tingkat mangkuk baru kenyang

Sudah beberapa kali sejak syawal minggu ke dua lagi merancangnya untuk ke sini tetapi tidak terlaksana. Setiap kali mahu keluar sebaik anak-anak habis mengaji ada tetamu bertandang mahu beraya. Ada juga bila melihat kita sudah siap berpakaian ada anak mengaji yang mahu ikut sama. Kalau makan di sini dengan budak-budak yang lebih kecil dari adik rasanya kurang sesuai kerana majoriti hidangannya pedas.  Jumaat kami bawa anak-anak yang mahu ikut kami makan ke Restoran Singgah Selalu dan hari Sabtu baru kami sekeluarga saja ke Restoran Boat Noodle ini.

Kerabu mangga - Sudah tinggal separuh baru teringat mahu difotokan. Pedas menyengat tapi sedap.
Lobster - Melihat dari buku menunya besar tetapi sekali datang biasa saja. Sebab itu kami sangkakan lobster di sini murah iaitu RM 89.90/- tapi baru tahu murah dari biasa sebab sizenya tidaklah sebesar mana. 
Habis - Ini mangkuk mama, Kak Meen dan papa. Kami makan mee sup dan mee tomyam.
Ada lagi - Ini mangkuk adik, Kak Reen dan papa. Setiap mangkuk kalau tidak ada meatball mesti ada udang. 
Anak mama - Sebenarnya mereka bertiga inilah yang merancang tempat makan. Mama-papa biasa ikut saja. Apa yang penting bila mereka puas dan kenyang.

Balik - Alhamdulillah... tertunai sudah apa yang dimahukan. Sebelum ini makan tanpa Kak Reen kini sementara Kak Reen cuti sem lagi gunakan masa bersama dengan sebaik-baiknya.
Semalam sekali lagi kami dikejutkan berita menyedihkan. Anakanda Amani binti Jamil, jiran sederet rumah aku meninggal dunia di usia baru 10 tahun. Seorang anak yang bijak, lemah-lembut dan pandai menghormati orang. Pengawas sekolah sessi sekolah agama dan kebangsaan. Sakitnya sekadar batuk yang bermula pada hari Jumaat, semalam di bawa ke hospital oleh cikgunya apabila kelihatan sesak nafas, tetapi petang lebihkurang jam 3:30 petang sudah menghembuskan nafas terakhir. Tidak ada yang menziarahi tidak mengalirkan airmata termasuk semua guru-gurunya. Salam takziah buat Mariani dan Jamil dari kami semua. Allahyarhamah menantimu di pintu syurga. Al-fatihah.

~~ Sesungguhnya mati itu benar, tidak ada yang hidup tidak menemui mati. Innalillahi wainnailaihi roji'uun. ~~

53 comments:

saniah ibrahim said...

Bnyaknya mangkuk2 ...brtingkat2.
Al fatehah utk ank jiran kakzakie,takziah utk mkayah arwah...disyurga dia mnanti .

idzwa kamaruddin said...

Allah...sedih nyer..anak sekecil itu diambil dari ibu bapanya..walaupun redha tapi hati tetap kepiluan kan kak :(

saniah ibrahim said...

Bnyaknya mangkuk2 ...brtingkat2.
Al fatehah utk ank jiran kakzakie,takziah utk mkayah arwah...disyurga dia mnanti .

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat ilahi..amin..
Meriahnya kak..baru seronok bila makan cukup ahli keluarga..nanti bila anak anak dah ada keluarga sendiri..moment ni jadi kenangan manis..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Memang kena makan banyak mangkuk baru kenyang ye kak? Mi nya letak sikit sangat ke? Takziah untuk keluarga arwah adik tu..Moga syurga miliknya..Al-fatihah ~

redza said...

innalillahiwainnailaihirojiun...

Inani Hazwani said...

Sedap kan makan dekat sini. Nanti nak try lah kerabu mangga tu :D

paridah said...

MAKAN BERSAMA KELUARGA DITEMPAT YG DIYAKINI MENYELERAKAN...SEDAPNYALAH..
SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA AMANI JAMIL..
HARI INI KITA BERSUA NTAH ESOK SUDAH TIADA..

ziana eunos said...

alfatihah ..

*singgah sini zianaeunos.blogspot.com

Bbwana adienia said...

Amboi, kalo dah mangkuk bertingkat tu Mesti mknannya Sedap kan kak..hi hi..

Apapun, takziah bt kluarga Adik Amani..al-fatihah

♥ ROS ♥ said...

Wah bermangkuk2 mkn... bestnyer bila dpt nkmerasa boat noodle ni.. hihi
Takziah utk adik tu...
Alfatihah...

Nor Marshaliza Shaidan said...

Boat noddle ni portion di kevil kecil kan kak?
Sy ingin nak cuba nt...insyaAllah
Sedihnya seawal 10 tahun Allah dah ambil balik.
Tapi positifnya anak itu pasti akan ke syurga.
Sy doakan anak jiran akak tenang disana..Amin.

Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

lia ummiirfan said...

mak aihh.. bertingkek-tingkek kak.. sedap bebenor tu.. hihi..

Sura Mohd said...

senyum jer bila baca dan tengok gambar2 tu..
tapi bila baca perenggan akhir..sedihnya rasa..
semoga ibubapa arwah tabah menghadapi ujian ini..al Fatihah.

Nieyl said...

Salam...
Singgah pagi =)
selalu jugak dgr restoran ni..
InsyaÁllah one day sampai jugak =)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah..sedapnya makan-makan. Sampai bertingkat mangkuknya.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Mengapa banyak menggunakan mangkuk tu kakzakie..
Bertingkat-tingkat banyak.. seumpama byk benar makanan yg di oder..
Seronok bila dapat makan sekeluarga dgn semua anak2 ada ye kak..

Al fatihah.. mudah sungguh kematiannya.. telah sampai ajalnya.. Takziah buat keluarga jiran akak tu.. semoga tabah dgn ujian ini..

Malinda Ismail said...

Terkejut jugak memula dulu tengok bila ada yg up gambo mangkuk bertingkat2 camni...banyaknye diorng makan fikir saya...rupenye secoet je mee dlm setiap mangkuk....tak pernah makan lagi mee camni kak....tahziah pada seluruh keluarga arwah....masih terlalu muda sudah di jemput ilahi...yg pasti dia yg akan menanti mak ayahnye di pintu syurga kelak

ujie othman said...

seronok tu kak..mknn sedap..dgn family lagi..

semoga ibubapanya tabah..kita yg tak kenal pun sedih. Pemergian yg tiba2 gini mmg kesannya lebih.

Saniah Ahmad said...

bertingkek tingkek sampai,, mesti sedapp tu kak zakie,,interpreme lah sikit alamat restoran tu hihi,,manalah tahu suatu hari nanti saya sampai gak sana hihi

Eye_nee said...

Inna lillahi waiinailaihi roji'uun...sedih pulak saya kak..lebih kurang sebaya Yana lah tu....mudah sgt cara Allah mengambilnya semula kan kak...

barulah seronok mkn bila anak2 semua ada bersama...tu yg sampai bertingkek-tingkek mangkuk makn..sedap sgt lah tu...

dorsett pink said...

kat restoren AROI Thai pun macam ni jugak, makan bertingkat2 mangkuk baru kenyang. 1 mangkuk harge dalam RM 1.90

suka suka said...

Sedihnya... takziah pd keluarga anakanda Amani.. semoga parents arwah bersabar menghadapi musibah yg melanda..

Hmm.. kecur air liur dgn kerabu mangga tu.. alhamdulillah sekeluarga dapat berkumpul untuk santapan hidangan istimewa..

Zaitun said...

Salam takziah buat keluarga jiran kakzakie.
Tentu sedap makanan kat restoren tu sebab mangkuknya bertingkat2.

Alfatihah..

Cik Puan Eka said...

banyak makan tp sedap kan hehehehehe

kerabu mangga tu paling terliur.

Al fatihah. Moga syurga untuknya

amirah said...

innalillahiwainnailaihirajiun..mesti sedih ibu ayahnya..tp pasti ada hikmahnya kan...

best nampak boat noodle ni kak..aishh..bilala agaknya dpt merasa

Kayu Manis said...

Mesti sendawa juga bertengkek tengkek..
alhamdulillah
gmbira hati anak2..

Kayu Manis said...

innalillahiwainnailaihirajiun

Kembali kpd Pencipta


azi said...

Salam rindu kakak...
Cukup seronok bila baca cerita kakak kalau makan kat restoran Singgah selalu...nampak sedap sangat makanannya....bila le saya boleh sampai kat situ ...heee...

p/s.. Semoga kakak sekeluarga sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.

Liza said...

kerabu mangga tu yg buat Liza terliur,perghhh

Nastyna said...

SEdapnya.. pedas2 pulak terus terpercik liur hahaha.
Innalillah untuk arwah jiran, ya Allah muda sangat lagi, Jannah for her.

Uncle said...

Kat mana ni? Ka...saya terlepas?

aizamia3 said...

suka tengok lobster tu..
Salam takziah buat keluarga arwah..
Al-Fatihah..

ummi aqilah (LM) said...

Nampak ceria ank2 akk dpt berkumpul mkn2 di luar bersama2. Bkn selalu dpt luang masa bersama kan kak.. Mencari masa berkualiti tu amat payah.

Al fatihah. Mudahnya ank kecil tu pergi mengadap Illahi. Sakit biasa tiba2 sesak nafas.. Maisarah yg ada asma dan kerap batuk pun saya risai jugak kak. Dia tu asma menyerang selalu je diam2 x bg tau saya

Nor Azimah said...

Anak itu in shaa Allah jadi jadi jambatan ibubapanya ke syurga..mati itu pasti..
Nengokkan mangkuk tu, mcm sakan betul makannya, hihi

Nor Azimah said...

Anak itu in shaa Allah jadi jadi jambatan ibubapanya ke syurga..mati itu pasti..
Nengokkan mangkuk tu, mcm sakan betul makannya, hihi

Deanna Morni said...

waahhh....kalau sy pun mseti bertingkat2 magkuk nyer kak.....lobster tu sedap x kak??? coz ada org masak xsedap....rasa mcm rugi lak rasanya coz hrga mahal kan....tp kalau sedap dia masak mmg berbaloi la dgn harga nya hihihih

eelobor said...

mngu lepas, kawan yang empunya tokey kedai makan ada jemput untuk makan percuma sempena menu baru dia "boat noodle" tapi kebetulan ada program lain. tak pernah lagi saya rasa....

Mummydearie said...

Saya pun belum sampai lagi seru nak makan di Boat Noodle ni. Banyak dah katanya di KL.

Innalillahi wainnailaihi roji'uun... mudanya dah pergi menyahut panggilan Ilahi. Betul ke kak sekadar batuk aje? Mungkin ada penyakit lain yang tak diketahui sebelum ni?

Ema Johari said...

salam kak, lamanya ema tak bertandang ke sini... mak aih, bertingkat-tingkat tinggal mangkuk kosong tak berisi.

ohpanduan panduan said...

Salam Takziah buat keluarga jiran kakak.
Seronok makan ramai-ramai macam ni.

Rinna said...

Memang bertingkek makannyaa kalau gi boat noodle tuh.. iye layankan aje anak2 nak makan kan.. :)

Al-Fatihah.. utk keluarga jiran.. Moga roh anaknya ditempatkan org2 yang beriman.. budak lagi..syurga tempatnya.. Aammiinn

eija_sweetmama said...

sedapnya kak tgk menu lobster tu..
dekat bangi pun ada boat noodle ni tp eija x berkesempatan lg nak try makan disana..tp mmg ada niat nak kesana jgk nanti..

Alfatihah..buat anak jiran k.zakie..

che mid said...

Wah..dah besar dah anak-anak dara kak Zakie. Tentu lagi tinggi dari mama kan. Seronok makan bila cukop korum, kalau tak akan rasa bersalah pulak bila ada anak yang tak ikut sekali.

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...best kn boat noodle ni...akak x test boat noodle yg kat tepi sutera mall tu yer...kat situ pun sedap2...

al-fatihah buat penghuni syurga...:(

nOe suhaimi said...

banyaknya mangkuk tingkat tu...meriah sungguh...

sedih plak baca kisah Adik Amani...penghuni syurga..

QasehnyaRania said...

innalillah wainnailaihi roji'uun
al fatihah

belum pnh lg singgah ke boat noddle.
kalau ada rezeki ke sana, boleh lah merasa..

Falsya said...

nie yg kene repeat boat noddle lg nieh..hhehe

al-fatihah buat adik amani..

nohas said...

Al-fatihah utk adik Amani..

belum pernah ke Boat Noodles, sedap2 makanannya..

TukangKebun said...

Terliur-liur tengok mangga tu.

Al-Fatihah untuk si kecil Amani.

Teringat pula masa Diana kena radang paru-paru hari tu memang mulanya batuk tapi rasa macam biasa, kemudian beberapa hari baru rasa sukar bernafas.

iryanty ahamad said...

allahuakhbar...semoga arwah damai disana..alfatihah

Athirah Diyana said...

comel dan manis anak2 dara tu :)

hainom OKje said...

Tak pernah try Boat Noodle lagi ....mahal ke murah kanda? Bukan apa takut dinda order 3x ganda dpd mangkuk kanda hihi....
Adik dah sama tinggi ngan kakak....

Memang syurgalah tempatnya tu....mati itu pasti huhu