Thursday, August 20, 2015

Penjara seumur hidup atau sampai mati

Sejak sehari-dua ini berita media tidak dapat lari dari isu di Thailand. Terbaru pengeboman di Kuil Irawan, Bangkok. Sebelum ini paparan berkaitan tiga tahun penjara yang dikenakan ke atas Andre Xavier Justo oleh mahkamah jenayah Thailand. Kedua kejadian ini secara tidak langsung memberi tempias kepada negara kita sebagai jiran.  Kematian warganegara luar termasuk negara kita sedikit mencalar imej Thailand. Begitu juga isu menjatuhkan hukuman tiga tahun ke atas Justo. Pada pendapat aku bagai tidak setimpal dengan ugutan yang dibuat olehnya. Bayangkan dia boleh memeras ugut bekas majikannya Petro Saudi International Ltd sebanyak 2.5 juta Swiss yang rentetan kisah ini jugalah timbul isu 1MDB di negara kita.

Bagaimanapun menurut Kak Reen "Seumur hidup pun mama kalau panjang umur sampai masa dia keluar dapat happy-happy lagi.  Bukan penjara sampai mati pun". Bila diterangkan oleh Kak Reen maksud seumur hidup bermakna jumlah penjaranya mengikut berapa usia dia sewaktu jatuh hukum. Jika berumur 30 tahun bermakna 30 tahun saja dia dipenjara. Berbeza kalau jatuh hukum sampai mati. 

Menurut Kak Reen juga, apa lagi seperti hukuman ke atas Justo ini tolak itu-ini mungkin akan kurang dari tiga tahun hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atasnya. Sekali lagi aku baru memahaminya. Namun itulah hakikat hukuman rekaan manusia pasti ada lompongnya yang boleh dipertikaikan.

~~ Perundangan hukum yang digariskan dalam Al-Quran jugalah yang terbaik.~~

40 comments:

Aisy Nasiha said...

Hukuman manusia tak seadil yang sepatutnya. Itu di negara orang, tapi bila reflek ke diri sendiri banyak yang kita boleh ambil pengajaran berdasarkan situasi di negara kita hari ni. Mitak dijauhkan daripada benda yang tak elok..

nur anis said...

saya baru tahu macam tu rupanya kak..

paridah said...

hkum penjara seumur hidup peluang bebas cepat sentiasa ada itu hukuman manusia...Allah maha tahu hukuman yg seadil-adilnya.

Sura Mohd said...

hukuman..undang2 buatan manusia memang byk lompongnya kak..belum masuk yg 'kebal' lagi...
Indahnya hidup jika semua faham dan mahu hukum Allah ditegakkan..agaknya bila ya boleh terlaksana hukum yg digariskan Al Quran tu..sabar menanti..hukhuk..

nurbijen said...

owh mcm tu... saya pun bru tahu :)
Tapi itu lah hukuman ciptaan manusia...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hukuman ciptaan manuasia memang macam tu lah kakzakie..
Tetap ada lompong disana sini..
Kekadang hukuman itu tidak menakutkan mereka pun..

Nieyla Nadia said...

Selamat pagi...
singgah sini...
lah...baru tahu....
Ingatkan penjara seumur hidup tu..
sampai mati..bukan uper nyer...
skrg dah faham..=)

PeRdU cINta said...

Kalau berkelakuan baik akan dipendekkan lagi tempoh penjara tu..ermmm...begitulah kak hukum ciptaan manusia..

Eye_nee said...

Hidup didunia hukuman pun ikut hukuman dunia...Jgn dilupa..didunia kene akhirat nnt tetap kena juga kan...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ooo.. selama ni sy ingat penjara seumur hidup.. sehingga dia dpt pengampunan dr YDPA baru dibebaskan.. rupanya tempoh dipenjara bergantung kepada umurnya dah hidup brp tahun masa dijatuhkan hukuman tu.. thx Kak Reen & Kakzakie :)))))

Kak Vit said...

hukuman donia...

lieyalatif said...

eh ye ke kak...baru tau...mati2 selama ni ingat penjara sampai pesalah tu mati laaa...tapi yek jugakkan ...takkan penjara tu nak simpan lame2 ....ooo dapat ilmu baru ari ni kak huhuhuhu

Angah said...

owh...ramai yang baru tahu ye
baguslah kak Reen, ilmu pengetahuan yang ada boleh dikongsi dengan orang ramai...

Mummydearie said...

Hukuman ciptaan manusia memang tak adil selalunya. Saya pun baru tahu maksud hukum penjara seumur hidup. Saya ingat dihukum seumur hidup tu sama juga macam sampai mati cumanya kalau berkelakuan baik, ada kemungkinan untuk keluar semula!

Unknown said...

Oh macam tu ye kak...ingatkan bila penjara seumur hidup tu sampai ke mati duk dlm penjara....baru sy tau hari ni...tq kak reen

Zaitun said...

Selagi hukum Allah tidak ditegakkan pasti banyak yang lompong.

norhidana said...

hukum undang2 manusia, msti ada cacat celanya kan kak...

Kayu Manis said...

Klu jatuh hukum tk salah, sabit salah...
kna jwblh perundangan tu nti kt sana...

dorsett pink said...

macam tu rupanya... memnag betul pun, hudud lah yang terbaik

diary_ciknaa said...

betul tu kak..saya nak sangat kalau hudud diwujudkan..

ASTraveller said...

entah2 kisah bom ni ada kaitan dgn justo x huhu

salam singgah !

aizamia3 said...

Hukuman yang dicipta oleh manusia pasti ada lompongnya yang boleh dipertikaikan.

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

Hukuman ALLAH yang paling adil.. klu terlepas di dunia, di akhirat belum pasti.. saya pun baru beberapa tahun ni tahu maksud sebenar hukum penjara seumur hidup tu kak..

ohpanduan said...

Betul tu kakak. Perundangan Islam lagi sempurna.

Falsya said...

betul tuh kakak..undang2 yg digariskan dlm al-Quran adalah yg sebaik2 undang2...yg ade skang nie adalah undang2 manusia..kadang x setimpal dgn ape yg die buat..cth, curik 2 ringgit kene penjara 2tahun tp bunuh baby kene penjara 1tahun..

@na said...

Asssalam kakzakie...
betul tu...hukuman dunia ciptaan manusia tidak akan pernah setimpal dengan kejelekan yang dilakukan!

Unknown said...

nasib baik kakzakie letak cerita masihg2 ramai baru tau termasuk kaknoor ni jugak, tpi itu semua donya lah kan, "disana" wallahuaklam hanya ALLAH yg tau

Inani Hazwani said...

Betul tu kak. Apa yang ada dalam Quran tu yang terbaik

wahida said...

hudud yang terbaik..

eMMe said...

Assalam kak zakie,rasa cam dah lame tak singgah blog kak zakie...

Hukuman yg dibuat oleh manusia tak semua nya adil....

Unknown said...

Itulah...manusia tak adil..adil itu kan hak allah..kita manusia ni sedaya upaya cuba pun tak boleh adil..abeh tu ada lak si suami nak kawin 2,3...eh!!! Ni dah melalut dah ni..ehehe..bye.

Salam ukhuwah dear

Unknown said...

Itulah...manusia tak adil..adil itu kan hak allah..kita manusia ni sedaya upaya cuba pun tak boleh adil..abeh tu ada lak si suami nak kawin 2,3...eh!!! Ni dah melalut dah ni..ehehe..bye.

Salam ukhuwah dear

Unknown said...

Itulah...manusia tak adil..adil itu kan hak allah..kita manusia ni sedaya upaya cuba pun tak boleh adil..abeh tu ada lak si suami nak kawin 2,3...eh!!! Ni dah melalut dah ni..ehehe..bye.

Salam ukhuwah dear

OKje said...

Assalam kanda.....lama dah tak baca paper, kisah luar negara pun dinda tak tau. Tau on surface jee hihi....

Ohhh gituuuu.... dinda pun baru tau pasal hukuman seumur hidup tu....

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Manusia sendiri banyak lemahnya, sudah pasti semua kerja buatnya juga banyak kelemahan. Termasuk juga dalam penguatkuasaan undang-undang. Rindunya hidup di bawah naungan syariat Islam, entahlah bila...

TukangKebun said...

Kalau tak silap jika seseorang dah ditahan dalam penjara sebelum hukuman sebenar dijatuhkan, boleh tolak yang masa telah ditahan dalam penjara sebelum ini memang jadi lebih kurang.

nohas said...

sokong hudud..tapi ada org Islam yg menentang..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..itulah hukuman ciptaan manusia...:)

SalbiahM said...

baru hari ni saya faham maksud 'seumur hidup'..saya ingat seumur hidup tu sampai bila-bila..thanks share Kak! Thanks Reen..hehe

QasehnyaRania said...

betul tu apa kata kakk reen.
saya pon paham begitu juga