Syawal sudah berlalu tetapi biasalah penduduk di JB ini menjadikan bulan Zulkaedah bagaikan bulan Syawal juga. Jemputan untuk makan-makan masih berpanjangan. Bila siang sudah ke majlis makan-makan disangkakan boleh bertahan hingga ke malam. Tetapi perut pula bagaikan tidak faham masih menagih untuk diisi juga.
Namun ada kalanya bila sudah lewat keluar dengan berbelanja barangan keperluan harian lagi hajat mahu mengisi perut di restoran yang dihajati tidak kesampaian. Masuk Chicken Rice Shop dikatakan ayam tinggal seekor. Masuk Kenny Rogers ada set tidak lengkap sehinggakan dua anak dara ke Chattime katanya sudah berkemas tidak jual lagi. Keluar shopping kompleks terdengar dari corong pemberitahuan dia pun sudah mahu tutup. "Semoga berjumpa lagi esok hari" katanya. Aduhai...
Menuju ke tempat parkir, masuk kereta terus ke restoran belakang rumah kami akhirnya. Restoran ini dibuka malam sehingga dinihari. Untuk bersahur pun boleh. Siapa dapat dulu dia makan dulu sebab masing-masing sudah lapar dan letih.
Sedap - Nasi goreng tomyam buat mama |
Adik kacau papa punya - Mee Hongkong, sup daging dan air cikong |
Pedas tapi sedap - Kwee-teow tomyam favourite Kak Reen. Mama menjamah tak tahan. Pedas jiddan! |
Lambat - Adik punya nasi goreng kampung belum siap. Sambil suap sesudu-dua mama dan papa punya boleh baca dulu buku lawak kampusnya. |
Biarpun di sana tidak mendapat dan di tempat yang dituju tidak ada namun banyak lagi pilihan untuk menjadi tempat mengisi perut yang lapar selagi negara masih aman. Jauhkanlah bom-bom yang tidak disangka-sangka. Moga keamanan ini mampu bertahan. Susah hati juga melihat harimau dan gajah yang bertelagah bimbang banyak rusa-pelanduk pula (walau sebenarnya cerdik) yang menjadi mangsa.
~~ Bila kepercayaan ramai sudah tercalar untuk memulihkannya bukan suatu perkara mudah.~~
52 comments:
nampak sedapnya nasi goreng tu
nasib terbaca sini....dah lama saya tak makan kuey teow tomyam. boleh jadi menu untuk malam karang nie.... teringin la pulak. kena yang pedas2 sket & mewah ngan udang yang besar2. perghhhhh..... hahahaha layan perasaan dulu pagi2 nie
Rezeki kurniaan Allah tu luas ye kakzakie..
Terasa pulak nak makan mee hoon tomyam bila tengok menu kak reen..
Dah lama tak masak..
kalau dah lewat memang banyak la menu yg habis
makan kat kedai goreng2 pon sedap. panas2 lagi hidangan dia
assalamualaikum kakzakie...sedapnya menjamu selera sekeluarga yer kak...:)
kak.. sup daging tu nampak tempting sangattt :))
assalam..:) singgah d sini..ternampak nasi goreng yang sedap..alhamdulillah..rezeki d pagi jumaat..
salam perkenalan tuan punya blog..:)
agaknya dh mlm sngt sebab tu semua jualan dh nk abis dn nk tutup...kesiannya tentu dh lapar kn.
Skg ni x jadi mslh ada je yg buka kedai mkn hingga ke pagi...
agaknya dh mlm sngt sebab tu semua jualan dh nk abis dn nk tutup...kesiannya tentu dh lapar kn.
Skg ni x jadi mslh ada je yg buka kedai mkn hingga ke pagi...
Meriahnya Raya di Johor. Kat Penang dah kembali kepada realiti hidup mengharungi cabaran hari hari...
Meriahnya Raya di Johor. Kat Penang dah kembali kepada realiti hidup mengharungi cabaran hari hari...
Kat Malaysia ni tiada masalah kalau nak menjamu selera walaupun dilewat malam. Tapi makan lewat ni tidak bagus untuk kesihatan, kena kurangkan...hehe.
p/s: Nampak sangat muka adik tu sedang menahan kelaparan...
suka sgt ayat terakhir akk tu..
akk nasi goreng tomyam...kak reen Kteow tomyam...dah tekak ni terasa-rasa nak mkn tomyam campur..pedas2..masam2...sedapnya...
berselera saya tengok air cikong kakzakie,, rindu rasanya pada cikong hihi,, betul tu kakzakie kepercayaan jika di calar tidak akan dapat lagi penghargaan itu,, Alhamdulillah Malaysia ni masih aman,,,
Bermula dari perselisihan kecil itulah mesti dibendung..hadik dan kikislah jiwa dan rasa2 memberontak itu..kerana ia menjadi parasit bangsa..racun agama..nauzubillah..
Alhamdulillah kita masih lagi mampu ke sana ke sini tanpa sebarang masalah.. ;)
Baru balik mkn kak...knyang alhamdulillah..
boleh lepak2, smbil mkn,..indah hidup..
dh beli beras kak....ingatkn nk relex lh hri ni...hihi
ulat buku sungguh anak dara sorang tu..
alhamdullilah rezki ada dimana2:)
sedapnya tgk nasi goreng akak...
aduhhaiii..lapau terus falsya..hihihi
Takde rezeki makan dlm mall kat luar pon tetap dpt makan sedap2 ye kak....nasik goreng tomyam akak dan sup daging tu nampak menyelerakan....saya pon suka makan pedas2....lagi pedasblagi terangkat sedapnye....kikiki....bole geng dgn kak reen la camni :)
REZEKI ALLAH DI MANA SAJA...SEMOGA ALLAH MSH MENGIZINKN KITA MENGUTIP REZEKI PEMBERIAN-NYA.
BERSYUKUR BANYAK2...
KEPERCAYAAN YG HILANG DI HATI SUKAR PULIHKANYA KECUALI DGN IZIN-NYA.
adik kita leh geng..cik yan pun minat komik lawak kampus.. :-))
Kita masih diberi peluang hidup aman dan rezeki yang melimpah ruah, jarang yg mahu bersyukur, jika suatu hari semua nikmat itu ditarik kembali, bagaimana....?
ok.. hari ni sy akan makan nasi goreng tomyam... slurppp
lewatnya makan.. kalau wawa tak tahan dah.. malas2, shake2 esp minum.. kenyang sampai pagi... hehe
Sedapnya makan-makan dengan keluarga kakak. Macam-macam ada juadahnya.
Akhirnya restoran belakang rumah juga yang sedap makanannya. Saya memang lemah semangat kalau keluar berbelanja lewat petang. Banyak yang dicari tak jumpa lepas tu terpaksalah cari alasan untuk ke tempat berbelanja lagi. Akhirnya bertambah kos belanja ~_^ Sebab itu saya lebih suka pergi berbelanja sebaik kedai buka!
Bab makan ni, asal keluar aje mesti perut minta diisi tapi sekarang ni kena minta green light HD. Kalau dulu, ajak aje terus pergi!
Nasi goreng tomyam kegemaran kak zai tu. Kadang2 makanan yang diwarong2 lagi sedap rasanya.
Nasi goreng tomyam kegemaran kak zai tu. Kadang2 makanan yang diwarong2 lagi sedap rasanya.
Sesekali supper.. T'kasih Kak Zie sudi jenguk blog saya
uiii sup daging papa tu..nampak sedap, mengancam!
Liza pun suka nasi goreng tomyam tapi nak yg pedas ciliapi..baru kawww
selera kita sama kak..sura pun suka nasi goreng Tomyam..
pedas memang sedap..tp kalau pedas sangat tu yg tak tahan..:)
udah tertulis..... rezeki kt kedai mkn itu kan kak... kebetulan sedap pulak... pasni blh kunjung situ lg
Syukur kita semua masih dikurniakan rezeki... ; )
alhamdulillah kak...rezeki sentiasa ada kak...
nasi goreng tomyam belum pernah saya cuba di mana2 kedai... mesti sedap rasanya... insyaallah nnt saya nak cuba la....
moga kita dijauhkan dengan insiden bom2 semua tu kak...ngeri bila dgr berita mengenai bom2 di luar negara huhuhu
Sedapnya makan-makan. Lapar pula petang-petang macam ni tengok nasi goreng.
makan kat luar pun jadi. Asalkan kenyang. tapi tu lah xdpt nak menjamu selera d restoran yang dihajati..cuba lagi ya kak..:)
Nasi goreng Tom Yam..mmm, kesian dekat kak belum pernah makan lagi. Rasanya belum pernah tengok ada orang jual kat sini..atau kak yang ketinggalan kut..sebab ni 1st time dengar pun...jangan gelak tau!
Assalamualaikum kak,
Alhamdulillah, selamat mencicip rezeki malam hari...
Masya-Allah haarun jiddan, walakin lazizun jiddan aidhan. Mushkidah?? hehe...
ummi singgah kejap,
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Nasi goreng tom yam....sama lah selera kita KZ... Salam hujunng minggu...
Idea yang bagus untuk malam ni...nasi goreng tomyam. first time dengar!
yg sronok dpt mkn satu fmly..hihi..
Salam kak zakie...
Dah lama tak singgah sini.
Syukur malaysia masih aman. Siapa rusa dan pelanduk kak?
Hehe
Salam Kak Zakie
semogah malaysia senantiasa aman selalu...
bila nak melancong ke medan atau tempat lain di indonesia boleh tengok2 neh Paket Tour Medan Danau Toba harga dijamin murahlah
biasa perut sudah lapar memang dugaan kalau banyak kedai sudah tutup jualannnya.. bersabar la..
betul tu kakak.sama samalah kita mendoakan utk kesejahteraan bersama.
selera pulak nenngok mee hong kong dgn sup daging
alahai..
dah macma peribahasa lak . tpt mkn yg depan mata juga yg sedia ada ...
Post a Comment