Terasa benar krisis kewangan melanda negara apabila nilai matawang Malaysia terus merudum. Buat aku yang bekerja 100% melibatkan matawang asing terasa benar kecilnya Ringgit Malaysia. Melihat angka pada nilai pertukaran wang asing di atas borang kastam terasa alahai kecilnya pendapatan yang aku terima kalau ditukar kepada matawang mereka. Apa pun alasan dikatakan USA mengukuhkan nilai matawangnya apalah kemampuan rakyat kerdil seperti aku ini.
SGD - Ini duit GST customer aku. Mereka yang tidak ada account Giro kena bayar cash. Setiap hari aku mampu memegang SGD tapi tidak mampu memilikinya. |
Jika memasuki perkarangan parkir di mall atau pusat membeli belah di sini kita boleh melihat dengan jelas banyak kereta yang mempunyai pendaftaran negara jiran. Senyum lebar buat mereka untuk membeli-belah atau menikmati hidangan di sini. Murah-murah-murah itu yang terdetik di hati mereka. Keluarga aku sebelah bapak 100% warganegara seberang tambak. Sebab itulah buat mereka bila hujung minggu datang ke JB adalah suatu yang menguntungkan. Biar sesak di jambatan Tanjung Puteri semua itu di tolak ke tepi. Sebaik tiba di JB penjimatan berlipat kali ganda yang diperolehi dapat menghilangkan rasa letih di kesesakan jalanraya. Pergi rumah bapak, angkut bapak keluar makan di Kukup kemudian balik rumah bapak rehat-rehat. Lepas solat asar mereka balik semula ke Singapore.
Begitu juga yang melalui jalan Tuas - Gelang Patah. Menikmati hidangan sea-food yang 5-6 ratus pun masih murah buat mereka. Apa lagi untuk membeli ikan-udang-sotong yang baru naik ke pantai. Setakat sekilo RM20-30/- masih teramatlah murah buat mereka. Mahu service kereta seperti aircond atau tinted glass semua buat di JB. Murah! Kami warga JB hanya mampu melihat dan tunduk. Sekali hulur pada adik RM50/- tidak ada masalah sebab jika di tukar SGD sebenarnya tak sampai pun RM20/-.
~~ " Kalau adik dah besar, adik nak kerja di Bruneilah mama" itu kata adik bila aku katakan nilai matawang Brunei sama dengan Singapore.~~
47 comments:
Memang nampak sangat merundum matawang kita ni kan kakzakie..
Untuk menukar ke Riyal bagi jemaah haji pun dah jatuh..
Tukar RM100 baru dapat SAR89.. jauh sangat jatuhnya..
Memang untunglah org sebelah tambak ye kakzakie..
Membeli belah di JB..
Orang JB hanya mampu pandang je..
Kesian rakyat marhean macam kita ni..
Satu ketika dulu org2 kita meriah sungguh belibelah kat spore kan kak zakie,skg ni dh trbalik pulak mereka yg ke tpt kita...sebab tu lah org2 bangsa lain suka berkerja di sana wlpun skadar keja kilang atau cleaner je...gaji brganda2 mengalahkn yg punya degree di sini.
memang terasa sgt akibat kejatuhan RM kita kan kak.... sukala org luar negara dtg melancung dan menyopin ke negara kita....
ermmmmmmmmmmmmm.....tak tau nak ckp ape kak.... dgr menteri yg bijak pandai komen konon katenyer bagus situasi nie...aduh...ingat rakyat ni bodoh tak kesekolah ke tak tau ilmu ekonomi....ermm ntah laa...tak tau nak ckp ape....
yg pasti ape yg boelh dijimatkan kite jimat..... untung laa sape yg simpan emas byk2 tuh....emas jugak makin kukuh....
kita rakyat mmg terasa, tapi pak2 menteri masih angkuh mengatakan tiada kesan apa2....:-(
nasib kiter kak..kalo ikut hati nak jer berhijrah ke brunei tu..huhuhuu tapi tu ler bukan senang nak masuk sana..bukan cam negara kiter ni..warga asing senang jer masuk..
tak tahu la sampai biler keadaan camni..makin hari makin parah..harini jer dah 4.275 +- ratenya..
Huhuhu, tak tahu nak cakap apa pasal ekonomi kita sekarang
4.27 dah? Sampai bilalah ni
dah makin merudum ringgit kan kak..
selama ni.. kerap ingatkan diri untuk bersangka baik dengan
mereka2 yg diatas sana.. tapi diri ini semakin terbeban..
dah tak mampu nak bersangka baik lagi..
dengan GST yg kononnya ingat boleh membaik pulih ekonomi negara..
tapi malang... ekonomi negara kukuh yang dicanang oleh mereka hanya
omongan kosong.. yang kukuh poket mereka adalah.
ekonomi merudum era kini menguji kita dan kebijaksanaan mrk yg bertanggungjawab menguruskannya...orang kampung katanya xlayak n xtau nk ulas pasal ekonomi xboleh nk memandai-mandai.
Kalau tak menyokong..Bangsa kita akan menjadi bangsa yg "BANGSAT' katanya...Tuhan kah dia...sehabis mungkin dah berjimat ni kak..membeli hanya yg keperluan bukan keinginan...melihat dia dikaca TV terasa nak baling remote tu biar tepat kene kat muka dia...
rakyat semakin terhimpit...tapi si dia tak reti erti perit...
betul tuh kak..falsya teman somi gie money changer itu hari naik takut tgk currency kite..semua dh naik..pastu ade pulak "org2 atas" bg statement yg lg wat pedih hati rakyat..
turut simpati dengan warga JB..:(
simpati dengan kita semua..orang kat atas sebolehnya kata semua baik..itu elok ini elok..duit jatuh elok..diarang ingat kita ni otak letak lutut kot..sedih ada menteri2 camni..rakyat jugak yang menanggung..
Kita makin terhimpit,mrngaku jelah Msia dah bankrap dek ' pandainya ' mereka mengurus ekonomi......
Tulah kak, rakyat singapore memang seronok kak..duit diaorang besar, memang syiok la shopping dan beli barang kat malaysia
Mintak2 lepas ni jgn la susut lagi nilai ringgit kite...suami sy pernah cerita dulu2 ringgit kite lagi beso nilainye dgn duit s'pore
Ma sya Allah..semakin merisaukan kak..risau memikirkan generasi akan datang.,
kita pulak hanya mampu tgk je kan kak, pelancong asing punya lah senyum sampai ke telinga bila dtg sini...kita skrg nak g Indonesia pun rasanya lebih kurang je kot, dah xboleh nk mewah2 cm dulu...hhmmm
aduhhh memang terasa sgt perbezaan ye kak...hrp cepatlah ringgit kukuh semula
Jauh benar perbezaanny sekarang ni. Mereka guna serangan mata wang pula. Harap Allah SWT bantu dan akan ubah keadaan ini.
Adik ipar bru ni tukar mta wang aud ausiie 12k dpt 6k jer...adusss
pedih..
London kini rm100 jatuh 11.36sen...parah..
sedarlh...wahai pemimpin akhir zaman..
Kasihan kat orang kita. Sukalah mereka dari seberang. Datang sini boleh jimat banyak.
sesak nafas memikirkan krisis matawang kita ni...tidah mustahil negara ini akan menjejaki spt krisis di greece...
mintak dijauhkan...
Ya Allah, teruknya mata wang kita skang.. Kt bursa dah tk de nilai..
Salam singgah kakzakie... Cerita ttg wang ringgit jatuh, Allah sedih sungguh.. Nak nak lg kami yg pndptn 3k kbwh ni T_T
Salam singgah kakzakie... Cerita ttg wang ringgit jatuh, Allah sedih sungguh.. Nak nak lg kami yg pndptn 3k kbwh ni T_T
Salam singgah kakzakie... Cerita ttg wang ringgit jatuh, Allah sedih sungguh.. Nak nak lg kami yg pndptn 3k kbwh ni T_T
tu la kak, nak buat macam mana , dapat pemimpin tak berhati perut, nak tadah perut sendiri jer, perut rakyat mati kelaparan tak apa... dulu duk lah mencanang 1 Malaysia duk kata Anwar Ibrahim nak jual Negara (sebab tu dia nak perintah Negara), skrang sapa yang jual Negara??
btw kak, bukan ke rakyat JB kaya ke kak? sebab Sultannya kaya, and Sultan Johor banyak bantu rakyat Johor.. orang kata lah, saya tak tahu sebab saya tak duduk Johor, betul ke tidak kak?
assalamualaikum kakzakie...betul tu kak nilai duit kita dah x ada nilainya di luar negara...rakyat singapore mmg seronok la bila dtg malaysia tukar duit kita dpt berlipat kali ganda...
Ya Allah, krisis matawang malaysia memang memilukan, memang bertambah kerisauan rakyat....sampai bila kisah ni akan berlanjutan
Corrective actions harus diambil oleh Malaysia se..ka...rang! Sedikit terlewat, maka menanggunglah kita semua hingga ke anak cucu cicit nanti. Saya bukan pakar, tapi saya sangat berharap agar ada kumpulan cerdik pandai yang sudi ke depan dan berjuang.
tulah yang dikatakan "baik untuk perlancongan". Nasih rakyat sndiri tak fikir pulak..
baru sy dapat bayangkan bgimana perasaan warganegara Indonesia (yg susah) bila melihat ramai rakyat negara jiran yg bersukaria shopping kat sana... sedih sgt dgn situasi skrg dengan mmbayangkan kehidupan anak bangsa kita akan datang.... sedih3
Memang meriahlah warga seberang tambak ke JB, kak. Duit mereka melonjak nilai bila ringgit kita merundum. Baru pagi tadi dok berborak dengan Abang tentang beza SGD dan RM. Apa kita boleh beli dengan nilai yang sama.
Nampaknya kita nak masuk Singapura pun kena fikir berpuluh-puluh kalilah sekarang ni....
Kalau macam tulah perbezaannya nampak sangat mata wang kita ni semakin kecil dan merudum...
Padan lah orang seberang tambak suka masuk kesini...shopping2 dan JJCM...
Assalamualaikum,
sedih kan kan kan
tu pun masih ada jugak yg bakup kata kejatuhan nilai ringgit tu bagus huhuhuhuhu
Nak kena buat stok bawang esuk..sebab dah nak naik harga benda kabarnya...
Nasib badan kita kak..sabarlah..
Sedih kan kakak...
rasa mcm dah merempat ka negara sendiri :(
sedey, kan kakak
saya tahu pon masa ddk jb dlu.bila hri mggu menjelma makin bertambah la plat negara seberang.
mula mula dulu heran juga, sanggup dorng bersesak smata nk ke mari.
mmber sklh mnengah saya skrg ada di brunei
katanya kredit kad dan debit kadnya dh x blh dipakai..
betul tu kak,,mereka berbelanja sampai penuh bonet..saya belanja separuh bonet viva jek..sob2..
bak kawan saya kata,,"berjoget-joget diorang shopping kat JB ni...orang malaysia dok melopong je cuci mata.."
Brunei? Hehe tu yg kami bincang2 walau tak serius. Incek suami kata dia bak kerja brunei dan kami duduk di miri. Smgu dia blk la dua kali ke jenguk kami. Tp sy agak keberatan sbb terpaksa duduk dua rumah dua periuk. Huhu.. Ye la kos hidup kat miri jauh lbh murah berbanding brunei makanya jimat lebih tu pasti menguntungkan.
Betullah kanda, tengok nilai matawang kita kat Money Changer naik seram jadinya.
Dah nasib kita lh kak....malaysia di ambang kepurukan,tapi yang di atas selalu cakap ekonomi bangsa selalu kukuh,tapi rakyat kecil terhimpit dengan masalah GST
Tu la terasa juga.
tapi kita kena berusaha membesarkan income bagus cita cita adik.
Kita melabur beli duit diorang siap siap
2 Petua Mudah Hadapi Jerebu
Post a Comment