Kalau yang sudah dewasa pun mudah ikut-ikut apa lagi dengan anak-anak yang masih mentah. Adik pun sama. Bagaikan menjadi kebiasaan sedari tadika lagi bila hari ulangtahun pasti mahu membawa ole-ole buat teman sekelas. Melihat setiap kali ulangtahun kawan-kawan semua ada membawa sesuatu untuk diagih dengan kawan-kawan dia pun mahu. Tetapi oleh kerana dua tahun berturut-turut ulangtahunnya jatuh pada bulan ramadhan tidak dapatlah dia memberi ole-ole buat kawan sekelasnya.
Tahun ini ulangtahun adik jatuh pada bulan syawal oleh itu dari awal lagi mama sudah diingatkan apa yang dia mahu. Adik kurang suka kek jadi mencadangkan untuk membuat triffle. Aku buat 42 bekas kerana jumlah ini termasuk cikgu yang mengajarnya sekali.
36 sampul - Kak Reen yang tolong buatkan semua ini. Siap semua masukkan ke dalam beg untuk memudahkan adik mengagihkan di dalam kelasnya. |
Mungkin tahun ini peluang terakhir untuk adik berbuat seperti ini. Tahun depan adik sudah 13 tahun tidak tahu bersekolah di mana. Kalau ikut kakak-kakak bermula 13 tahun tidak ada lagi peluang untuk mama berbuat begini. Apa pun tetap mengharapkan segala yang baik-baik buat semua.
~~ Anak kian membesar, mama-papa kian dipanjat kesunyian.~~
33 comments:
Alhamdulillah...
setiap anak itu ada rezeki dia kan kak...
bila anak² kian membesar...sunyi rasa rumah =)
Hepy befday utk anak..")
semoga terus membesar dengan sihat..")
Alahai..sedihnya saya baca ayat terakhir Kak tu..sbb saya pun kini mengalami perkara yg sama...Hepi Birthday buat adik...
happy birthday adik semoga menjadi anak soleh kebanggaan keluarga...realiti kehidupan bgtulah pabila anak2 semakin dewasa kitapun kesunyian merindukan keindahan saat membesarkan mrk
Alhamdulillah. Dah makin besar adik. Tahun ni dapat sambut hari jadi di kelas bila jatuh pada bulan bukan puasa.. Selamat hari lahir adik.
Kegembiraan dan rezeki dikongsi bersama..alhamdulillah..
Happy birthday adik.. suka kawan adik2 ni dpt ole-ole birthday
selamat ulangtahun adik, semoga berjaya di dunia dan di akirat...
camni aunty pon nak jadi rakan sekelas la nampaknye....kikiki...rajinnye kak zakie saya sejak anak2 masuk darjah satu tak pernah lagi sambut di sekolah selalu buat kecil2 dirumah je....selamat hari lahir adik moga berjaya dunia akhirat
bestnya... byk makanan tu
mesti happy kawan sekelas adik tu kakzakie.... happy birthday, adik!
Happy birthday buat adik. Rajin mama dia menyediakan ole ole untuk kawan2.
Sedapnyaa triffle tu :D
selamat ulang tahun adik..moga jadi ank yang solehah..amin...
sedap triffle tu :-))
Sanah helwah adik, genap 12 tahun yea.
Anak saya lima org, sekarang tinggal tiga org anak je kt rumah.....
Selamat hari lahir utk anak.. semoga beliau diberkati Allah selalu..
nanti tinggal akak berdua semula dengan suami, honeymoon balik la ye hihihihi
bebudak mmg suka la ni kak.. tengok je dah hepi kan?
seronoknya tgk doorgift utk budak2 tu...
selamat ulangtahun utk adik :)
Betul tu kak zakie, bila anak anak membesar, masuk universiti....rumah jadi sunyi...
Eh, fiza pun ada buat puding triffle hari ni...:)
Betul tu, kak. Bila anak-anak semakin membesar, terasa sunyi kembali hidup kita. Saya ni anak-anak baru nak menginjak dewasa, belum matang lagi pun tapi dah terasa tak dapat lagi nak peluk cium busuk-busuk manja macam masa mereka masih lagi kecil dan baru pandai bertatih.
Tahun depan tentu akak merindui suasana begini. Takdalah lagi anak sibuk nak sambut birthday kat sekolah :(
Happy birthday buat adik...
Rasa cepatnya anak2 besar.... syahdu pula baca ayat last tu...
happy belated birthday buat si adik....
Selamat hari lahir buat adik..
Semoga usia diberkati Ilahi..
Begitulah putaran kehidupan kan kakzakie..
Dulu kita kecil,dewasa,berkeluarga, dan akhir kita kembali berdua..
Happy Birthday Adik, sedap betul triffle tu kan..
Beruntungnya si adik.. :)
Sy dulu tak pernah smbut apa2 bila hari lahir.. :)
trifle tu best2
selamat hari jadi Adik...eh, dah sekolah menengah pun boleh je buat sambutan.tak salah
happy belated birthday utk adik..sedap trifle..sejuk dan segar
Moga Adik gembira dan sihat disamping keluarga dan kawan2.. ;)
Happy belated birthday adik. Seronok lah kawan2 dapat ole².
Sedap plak tgk triffle tu ☺
happu belated besday adik
sedapnya triffle tu..
selamat hari jadii.. moga jd anak yg soleh dan solehah
Post a Comment