Sejak Jumaat anak-anak Johor sudah mula bercuti sekolah. Kepada yang tidak terlibat dengan peperiksaan bagaikan satu kemerdekaan. Tetapi kepada yang masih ada peperiksaan menanti, cuti sekolah sekadar satu kerehatan seketika. Makan angin jauh sekali.
|
Adik punya - Walaupun UPSR sudah selesai tetapi SDEA masih lagi menanti sebulan lagi. Cuti sekolah minggu ini adik kena ke kelas tuisyen yang diadakan di sekolah oleh pihak sekolah. Bawa bekal mengalahkan sekolah sehari suntuk. Nasi goreng ulam timun, roti peperoni+cheese dan air sebotol hanya untuk tuisyen 3 jam. |
|
Malam - Inilah anak-anak mengaji yang belum balik selepas mengaji, mahu menikmati mee soto mama. Sambal kicap cili padi itu berkali-kali mama pesan pedas jiddan kena rasa sedikit dulu kalau tahan baru tambah. Ada juga yang berlagak mahu mengalahkan kawan akhirnya kena marah dengan si kakak kerana kepedasan. Tukar mangkuk. |
|
Tanggal songkok - Makan sama-sama walau mama masak apa pun sedap saja pada mereka. Anak lelaki boleh bertambah-tambah lagi apa lagi sambil makan sambil menonton televisyen. Meja di belakang pun tidak berguna sebab makan di sini mudah untuk menonton tv. |
Peluang begini dapat mereka nikmati apabila cuti sekolah sebab selepas mengaji masih boleh bermain dan makan-makan. Hari persekolahan biasa mereka perlu balik segera ke rumah kerana ada kerja sekolah masing-masing yang menanti untuk disiapkan.
~~ Biarlah anak bermain di kawasan rumah daripada jauh dari pandangan mata. Kes anak hilang semakin kerap terjadi dan amat membimbangkan.~~
40 comments:
beruntungnya mereka mengaji dgn Kakzakie.. ilmu dapat makan pun dapat.. Kakzakie lagilah berganda2 pahala dapat..
air tangan mama mmg terbaik
betul kak. kes budak2 hilang semakin menjadi kebelakangan ni. ..Risau dibuatnya
alahaii sedap pulak walaupun saya sekadar membaca nyer..hehehe..
seronok tengok mereka mengaji bersama sama..makan berama sama..alhamdulillah.moga Allah permudahkan setiap urusan akak dan anak anak ini semua.amin.
Salam pagi..
Alhamdulillah....
semoga akakn sekeluarga dimurahkan rezeki..Amin...
mama zakie memang terbaik..
ada jer hidangan yang buat anak berselera..
Adik ade exam lg ke? Masakan mama is no 1!😊😊
kan sis, takut sangat kan sis! hish, sy pon pegang anak kuat2, tmbh2 dorg siap bagi list senarai organ anak anak.
Adek tu nak mkn dengan kawan2 agaknya tu sebab bwk bnyak bekal kakzakie.
Kakzakie ni memang pemurah sungguh rajin menjamu anak2 mengaji.Budak2 ni kalau mk ramai2 memang berselera.
penat juga menjaga anak2 semasa cuti sek ni.
adik ada tuisyen lagi?..sedapnya soto..
sedap ja makan dengan tangan...ukuhuwa fillah ..seronoknya tengok
semoga adik berjaya cemerlang UPSR ya
lepas ngaji ada hidangan yg menanti wah murah rezki anak2 begitu juga kakzakie.
amboih bekal adik... kalah org keje nyer bekal... msti seronok mkn ramai2...
cuti sekolah mmg kanak2 lah paling seronok... bebas utk main2 buat apa je... seronok kalu tgk anak2 ramai2 gini kak, pastu mkn lak makanan yg kita msk...
Kesian adik ya... Terpaksa melupakan cuti demi untuk kejayaan mendatang. Tak pe... susah2 dulu, senang2 kemudian.
Kadang kala kesian tengok nak2 masa kini yang sibuk siang dan malam belajar. Tak seperti zaman dulu2...
seronoknya dapat menjamu anak-anak mengaji makan:)
good luck utk adik utk peperiksaan sekolah agama pula:)
Sedap tu mama masak, itu yang ambil peluang cuti sekolah ni balik mengaji lambat sikit. Mama Zakie pun memang tau macamana nak menambat hati budak-budak ni :)
Saya suka dengan aktiviti macam ni.. ;)
Anak2 dekat dengan kita..
pemurah sungguh akak ni patut la rezeki akak tak pernah putus...rezeki bukan dalam bentuk wang je kan kak anak2 yg soleh dan solehah pon rezeki Allah jugak...beruntung la anak jiran2 akak selain dapat belajar mengaji dapat gak makan masakan akak yg dah tentu sedap tu
Alhamdulillah sedapnya soto kak..
Sekarang memang banyak kes anak2 hilang
Beringat selalu
murah rezeki & bertambah2 pahala k.zakie.. ajar mengaji & jamu makan lagi :) Allhamdulillah..
tengokkan soto tu tetiba rasa nak buat soto lah..:D
macam teringin nak ngaji dengan kak zakie....tentunya budak2 tu tak penah kena rotan kan? dapat makan lagi ada...hehehe
seronoknya anak2 ngaji akak ni...ada aje rezeki nk dikongsi...best best
klau dekat nak jugak tumpang ngaji..dapat makan pree
Kat taman kak selalu keluar info penculikkan tapi last2 dapat tahu tipu saja..walau bagaimanapun ibu bapa harus peka tentang keselamatan anak-anak ni...
Sedapnya mi soto mama, nak sikit boleh? Cuti sekolah ni takde balik ke BP ke kakak?
teringat masa zaman kanak2 ngaji dekat kem..selalu dapatmakan
Lepas ngaji dapat makan meet soto sedapnya.
Semoga calon UPSR beroleh kejayaan cemerlang.
Wah adik...bwk bekal mcm seharian sekolah tu..hehee
aktiviti yang bermanfaat ketika cuti sekolah.. btw kak zakie, tq tau sebab sudi cub resipi saya weekend baru2 ni.. hehehe.. pasti lagi sedap kalau tambah meatball tu kan
selamatmalam kakzakie
semoga ALLAH murahkan rezeki kakzakie menjamu anak2 yg ngaji tu
best kan mengajar anak2 ni
Tengok gmbr kak..teringat zaman kanak2
Untunglah anak2 mengaji..boleh makan makanan sedap air tangan mama..ye la cuti sekolab ni aiman pun tido lewat..klu hakri sekolah emmang awal2 dah kena halau masuk bilik tidur.hehe
Alhamdulillah murah rezeki menjamu ahli syurga ni,
Saya pun tk berani nk bagi ank2 main kt luar rmh, kesian gak kt diorg, tk mcm zaman kita kecik2 kt kg dulu bebas je nk kemana2, mk ayah tk risau pun, skrg ni aduhaiii...kes culik kanak2 dan jual organ menjadi2, ngeri sangat.
Sejuk hati tengok anak anak
Follow kak zie ya
bestnye cuti sekolah...mesti rumah mak sy kt kpg riuh rendah coz cucu dia blik time cuti ni....
Sedap pulak mkn sama2 lepas ngaji...
Kes kanak2 hilang ni memang menakutkan... saya memang tak boleh kalau anak2 jauh dr mata saya...
wah,bestnya makan mee soto air tangan mama...
nampak budak-budak ni,teringat masa zaman kecik-kceik dulu pegi mengaji.kumpul ramai-ramai.best..
Post a Comment