Friday, September 11, 2015

Debaran lain pula kini menanti

Debaran dan riang-ria yang dilalui selama tiga hari oleh anak-anak sekolah tahun 6, ibu-bapa dan guru yang terlibat dengan UPSR  kini sudah berlalu. Lihatlah detik-detik yang mereka lalui.

Adik dan teman-teman - Kelas adik sebelah kanan (Ibnu-Khladun). Aku perhati kelas adik juga boleh dikatakan 90% adalah pengawas dan pustakawan. 

Khusyuk - Hari pertama yang sangat mendebarkan bagaikan mahu ke medah peperangan
Taklimat - Cikgu memberikan taklimat terakhir sebelum mereka disusun mengikut tempat duduk angka giliran. Aku pasti pihak sekolah sudah membuat rehearsal untuk ini sebab semua tersusun rapi. 
Melangkah ke dewan peperiksaan - Hampir penghujung barisan baru tiba giliran adik. Adik kata kalau adik ada anak tidak mahu letak nama pangkal S sepertinya. Mama berkata atuk bagi mama nama pangkal Z pun mama tidak kisah.

Selesai kertas pertama - Setiap kali habis satu-satu subjek mereka akan begini aku perhatikan. Sebaik turun dewan selepas peluk-cium mama akan berkumpul pula dengan kawan-kawan mereka begini.  Wanita berbaju punjabi inilah guru kelas adik. Madam Agila mengajar subjek English. Sentiasa berlegar di barisan mana muridnya berada setiap kali sebelum peperiksaan  dan selepas peperiksaan tamat.
Hoorey satu! - Selesai peperikasaan susun mengikut kelas masaing-masing. Laungan hoorey bagaikan menyambut satu kemerdekaan buat semua anak-anak.
Hoorey 2! - Bersama guru-guru luar yang menjadi guru pengawas sewaktu peperiksaan dijalankan. Laungan "Terima Kasih Cikgu!" dari semua murid atas arahan cikgu sekolah mereka buat semua guru pengawas ini terharu. Ada cenderahati diberikan pihak sekolah buat semua guru luar yg terlibat.
Setelah adik bersalaman dengan cikgu-cikgunya lebih kurang jam 4:30 petang semalam barulah aku tiba di rumah. Ada sedikit tersentuh bila anak-anak bersalam dengan cikgu non-muslim tapi dicium tangan termasuklah adik. Cikgu tersebut adalah guru kelas adik dan adik sayang guru kelasnya apa lagi ketika bersalam aku nampak dari jauh cikgu itu memeluk adik bagaikan anaknya juga. Terharu. Letih dan bagaikan demam mahu menyerang mengalahkan guru-guru yang keletihan melayan kerenah anak-anak murid beratus-ratus orang. Aku yang sekadar duduk di surau sekolah pun terasa letih sehingga makan malam pun kami membeli saja. 

~~ Perjuangan belum selesai, Doa dipanjatkan untuk redha dan pasrah apa pun juga hasil kesudahannya. ~~

34 comments:

Aziela said...

Alhamdulillah...dah selesai. Betul kak...itulah pemandangannya. Berebut2 berkumpul2 berbincang tentang soalan. Kita pun ikut sama terasa macam berperang.

Adik pasti cemerlang.. Aminn.

PeRdU cINta said...

Syukur peperiksaan dah selesai..walaupun begitu masih perlu sentiasa berhati hati..berjaga jaga...selagi keputusan tidak diumumkan lagi..

saniahibrahim said...

Alhamdulillah,selesai sudah...kini sya pula menanti giliran mndebarkn utk ank yg bakal PT3.
Dah lama sya tak tengok suasana spt ini bila anak2 cuma Iman sorang di sek rendah .
InsyaAllah...result Adek pasti terbaik

saniahibrahim said...

Alhamdulillah,selesai sudah...kini sya pula menanti giliran mndebarkn utk ank yg bakal PT3.
Dah lama sya tak tengok suasana spt ini bila anak2 cuma Iman sorang di sek rendah .
InsyaAllah...result Adek pasti terbaik

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah .. dah selesai peperiksaan UPSR..
Semoga adik beroleh kejayaan..
Di Selangor pula pada 28 sept hingga 2 okt. 2015 Ujian Penilaian Sekolah Agama akan dihadapi...
Selepas itu baru boleh horeeeyyy panjang :)

monalea said...

Alhamdulillah.Selesai dah. tunggu keputusan pulak.

Saya hari tu bila bagi nama Adli saya cakap saya nak mula dengan A jugak biar dlm apa2 hal kat sekolah dia dulu kena panggil. hahaha. saya dah rasa.nama mulai dengan MO masa exam saya sorang pompuan di kalangan mohammad2

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah selesai satu bab kan, tunggu bab lain, debaran menunggu result pula, in shaa Allah cemerlang tu

sitirohaida said...

alhamdulillah...moga keptusannya yang terbaik untuk anak2 syurga ni

Suria Amanda said...

Alhamdulillah..semua dah selesai semoga semua kejayaan milik ank-anak ini...amin

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..boleh tarik nafas lega seketika kan kak..

iryantyismail said...

Alhamdulilah..adik yan..balik2 laung MERDEKA katanya dah lega dan bebas..huhu

paridah said...

selesai sudah peperiksaan besar pertama adik...menunggu resultnya pula...didoakan cemerlang dgn jayanya insyaAllah.

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah dah selesai.. hehehe saya pn ada 2 org anak saudara tahun ni yg duduki exam upsr nih..moga adik n semua yg terlibat berjaya.. amin

Mummydearie said...

Selesai sudah satu cabaran. Cuak menunggu keputusan ajelah lepas ni. Tapi insyaAllah, anak Kakzakie ni cemerlang ^_^ Kita sebagai emak ni satu anak ambil exam dah rasa letih sangatkan, kak. Macamanalah rasa cikgu kelas mereka yang kena menjaga satu kelas. Ramai tu anak muridnya.

Lepas ni kakak saya pun sibuklah sebab my kakak guru penanda kertas UPSR juga!

Kak Wawa said...

Ahamdulillah, semoga adik berjaya..")

Normala Saad said...

Zaman kak dulu waktu periksa rasa mcam nak pergi perang...takut semua ada. Tidak ada acara doa atau kata perangsang, cuma guru besar just buat pengumuman...dewan nak guna untuk peperiksaan...hahaa..

JunAina said...

Alhamdulillah... Bila kita berada di sekolah baru kita nampak betapa kesungguhan cikgu2 untuk melihat anak2 kita berjaya.

AMIIZAA@Mieja said...

alhadmullilah moga adik memperoleh keputusan yg cemerlang

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok semuanya lepas periksa. Insyallah semuanya akan berjaya.

adarnadzmie said...

alhamdullillah kak...selesai sudah anak2 UPSR... kita sbg mak doakan yg baik2 untuk semua...:)

Qhaifa Nur said...

lega dah habis upsr...lepas ni berdebar tunggu keputusan pula
moga berjaya hendaknya...
anak nur thn depan pulak...

norhidana said...

alhamdulillah berakhir 1 perkara... moga yg terbaik keputusan nya bt adik ye kak

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah....debaran pertama dah selesai. Tunggu debaran keluar result plak. Smoga adik lulus dgn cemerlang.

Mar Mansor said...

Alhamdulillah..dah selesai ye...mesti cemerlang, dah buat sebaik mungkin

Kayu Manis said...

Alhamdulillah dah hbis horeyyy..boleh bca novel,jln2,mkn angin..kita enjoyyyy.

A sederet gengaman mu wahai anak.

Turn azhn plk kak..
Nebess ni...doakan ye kak..azhan sihat mudah nti.

Unknown said...

Alhamdulillah... selesai sudah medan peperangan anak tahun 6.
ummi singgah malam.. baca kisah anak tahun 6 menghadapi upsr

Zaitun said...

Alhamdulillah semoga adik dan rakan2 beroleh kejayaan cemerlang.

Jari Manis said...

kalau anak2 menduduki exam as a parent paling berdebar kan..semua dh selesai..good luck utk adik

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah dah selesai.
Hope for all the best.

@na said...

Syukur. semua selesai dengan baik...Moga semua mendapat keputusan terbaik sebagai langkah awal menuju perjuangan yang lebih besar...

aiman mania said...

dah tamat pon UPSR ....may Allah bless them with Straight A's in UPSR!

aiman mania said...

dah tamat pon UPSR ....may Allah bless them with Straight A's in UPSR!

Qaseh Abadi said...

perjuangan kecil mereka sudah selesai...

OKje said...

Ohhh kanda tunggu kat surau sekolah ke....patutlah boleh ambik gambar ni...
Besarnya tanggungjawab gurukan kanda....bukan saja menabur ilmu tapi mendidik anak muridnya menjadi insan yg berakhlak