Masa: Selepas sarapan pagi
Hari: Selasa (cuti terakhir CNY)
Hari Rabu mama/papa sudah perlu ke pejabat. Oleh itu sebelum naik kerja bawalah anak-anak ke JPO. Tidak jauh mana pun dari rumah kami. Lebih kurang 15 minit kalau memandu kereta santai-santai pun boleh sampai. Pergi pun selepas perut masing-masing sudah diisi sebab mama sudah siap masak. Nangka muda yang dibawa dari kampung mama gulaikan. Goreng puyuh, kemudian gorengkan kacang buncis, carrot dan cauliflower, tuang di atas puyuh goreng tersebut. Makan cecah sos. Kemudian buat sambal tumis ikan bilis. Itu saja yang disediakan di atas meja.
Hari: Selasa (cuti terakhir CNY)
Hari Rabu mama/papa sudah perlu ke pejabat. Oleh itu sebelum naik kerja bawalah anak-anak ke JPO. Tidak jauh mana pun dari rumah kami. Lebih kurang 15 minit kalau memandu kereta santai-santai pun boleh sampai. Pergi pun selepas perut masing-masing sudah diisi sebab mama sudah siap masak. Nangka muda yang dibawa dari kampung mama gulaikan. Goreng puyuh, kemudian gorengkan kacang buncis, carrot dan cauliflower, tuang di atas puyuh goreng tersebut. Makan cecah sos. Kemudian buat sambal tumis ikan bilis. Itu saja yang disediakan di atas meja.
JPO - Tiba di kawasan parkir kereta saja kami sudah tahu rata-rata yang mengunjungi sini datang dari KL, Singapore dan Indonesia. Tidak kurang bas-bas pelancung juga memenuhi ruang parkir. |
Letih - Sekadar memenuhi kehendak anak-anak. Satu membeli semua mestilah mahu. Walaupun ada diskaun tetap beratus-ratus juga untuk setiap satu-satunya. Cuma brand saja tidak sama. |
Melihat orang seberang tambak membeli bagaikan satu yang menguntungkan apabila nilai duit mereka berganda-ganda besarnya berbanding RM. Bayangkan kalau kita perlukan seribu mereka hanya perlu membayar lebih kurang SGD 300/- saja. Kita membayar dengan credit card mereka boleh guna cash saja sebab tidak sampai ribu-ribu pun duit mereka. Entah sampai bila nilai matawang kita akan merudum begini.
Letih - Singgah membasahkan tekak. Khusyuk adik dgn handsetnya. Sampai aiskrim meleleh pun papa yg tolong jilatkan. |
Kak Meen boleh berkata pada papa " Hari ini papa dapat banyak pahala." Papa menjawab "Yelah kalau dah banyak yang melayang pahala yang disebut". Coklat pun mereka beli untuk stok. Walhal kalau mahu pergi lagi bukanlah jauh mana pun. Tetapi dek kerana bila berkumpul ketiga-tiganya begitulah anak-anak.
~~ Datuk Zetti, gabenor negara dikatakan mungkin tidak akan menyambung contractnya. Agak-agak siapa yang layak menjadi penggantinya? ~~
44 comments:
adik...oh adik..sedap nyer ais krim di tangan ;)
kak..kalaulah satu hari nanti saya ke johor kepingin benar saya nak jumpa akak.
asyik baca/dengar pasal JPO sampainya tak lagi..
kalo datuk zeti tak mahu dah tentulah 'kroni-kroninya' yang diambil kak..senang sumer ikut cakap dier..tengok ajerlah sekarang ni camaner..taknak jer buang..tak perlu lagi suara rakyat.. apela nasib kita nanti..
JPO...15 min je dari umah kak zakie...leh tak nanti kalau ju pi johor ju singgah jumpa akak hehehehe...sebab suka gaya akak komen membina, tu yang jatuh hati nak jumpa tu....best yer luangkan masa.
shopping heaven ye kak semuanya. nak pegi JPO lahhhh...
sebab tu tak jadi je nak ke Singapore. duit teruk sangat.
Kakcik belum pernah singgah ke JPO lagi. Nak tunggu nilai RM kembali sama dengan nilai SD mungkin sesuatu yang sangat mustahil rasanya...
Seronok anak-anak dapat berbelanja sakan. :)
sy pun blm sampai lg kat JPO
Saya tak smpi lagi ke Johor Baharu.. tentu JPO ni pun jauh sekali kan..
Insha Allah satu hari jika ada rezeki ke sana nak juga jumpa kakzakie..
Dah lama tak gulai nangka muda.. bila akak tulis tu.. mcm nak cari utk buka puasa ptg ni..
Skrg ni pun Zeti Akhtar sukar juga nak bersara..
Apa tah lagi dilantik dikalangan org2 nya juga..
Bertambah parah lah Malaysia..
Wah anak beranak berboria ye kak zakie, bestkan shopping dengan anak remaja, memberi aura ceria tu, ice cream la, pandai bodek la hehe :) saya belum ke JPO, johor pegi jugak. Betul kena bawa duit banyakkan ke situ sebab barang berbrand, mahal moga tahan lama jangan owner jemu je :)
Bila la boleh jejak kaki ke JPO ni...
Sedih kan kak dgn nilai matawang skrang ni...
Nasib baik dah balik M'sia, kalau tak susah juga nak survive kat UK bila duit kita sgt murah... huhuhu
Hahaha, pandai anak2 beri kredit kat si papa...
Tapi itu lah kan, janji anak2 happy...
Byk mana yg melayang terpaksa pejam mata.... kekeke
Happynya anak2 mama & mama dapat shopping ya. Ya kak.. org seberang tambak makin suka shopping kat sini sebab perbezaan mata wang dia dengan kita sangat berbeza jauh. Jeles sangat :(
Lamanya tak gi JPO.. ternampak bag Bath & Body Work.. zaman Zaza pergi brand tu tak wujud lagi di JPO hihi
win betul kata-kata kak meen tu...belum pernah jejak JPO walau taklah jauh mana tu kak..hehe
nieyl tak sampai lagi JPO ni..
Insya'Allah 1 day nanti laaa...
kena bawak duit lebih sikit..
sbb takut nnt rambang mata...:P
sy kalau ke JPO ni memang jalan-jalan jer. yg kuat membeli hsbnd sy.. hehehhe
tak sampai lagi ke sini kak. Bila turun jb tak berkesempatan je nak pergi
X pernah lagi singgah JPO. kat sini ada Mitsui kot, yang orang kata macam JPO tapi tak pernah sampai jugak.
Untung anak2 dara dapat beli macam-macam... betul la banyak pahala abahnya..
Anak2 pompuan makchaq macam mak depa.. x pakai handbag, tak minat perfume, nafisah yg dulu suka handbag pun la ni dah tak mau bawak.. mengikut jugak..
akak yg dekat ngn JPO pun jarang2 dpt ke sana ye kak... msti akak sekeluarga tak heran nk supink kt sana,... almaklum dekat hehehe...
seronok lah 3 beradik tu dpt kumpul sama2... supink sama2...
lg meriah jd nya...
*kak... dana rasa calon sesuai ganti gabenor negara, datin rosmah hehehhehe
saya pun selalu ulangalik kat Kulai ni pernah sekali je masuk JPO itupun adik dari KL yang nak sangat tengok.
Ayat kak meen tu mmg terbaek...
Lucu sejuk ati dgr ...
Hi hi hi
Mitsui tak best... tak yah pergi.
hi hi hi
APA SEBENARNYA YANG MENJADIKAN BILA DUIT KITA BEGITU RENDAH NILAINYA YA...APAKAH SISTEM KEWANGAN YG KTA GUNAKAN MENEPATI SYARIAT ISLAM...ADILKAH BEGITU ...XFAHAM JUGA.
Shopping sakan hehe..begitulah anak2 klau jumpa yg berkenan tak sampai hati tak beli.Kak zai lebih suka JPO dari Mitsui.
Shopping sakan hehe..begitulah anak2 klau jumpa yg berkenan tak sampai hati tak beli.Kak zai lebih suka JPO dari Mitsui.
Senyum lebar le anak2 kesygan tu...hihi..
Klu ikut skrg tak ada sapa pun yg layak kak....pilih jer nor ni hah jadi gabenor tu....boleh gitu kakkk...kui..kuii
Walaupun A famosa outlet dekat dgn saya, entah kenapa saya lebih suka ke.JPO. Adakah yg layak akan terpilih?
Tak pernah sampai lagi JPO ni. Sedapnya adik makan eskrem. Hehe
haip! sapa tutup muka ngan bunga tu...tak aci ni..
hai kak zakie, main tutup2 jugak ya? hehe..
semalam tengk berita, Zeti tak sambung kontrak. Saya dok fikir, tak nak sambung atau ada yang tak benarkan sambung? Sbb nak letak org dia. Dalam hal penting gini, tak salah kot saya buruk sangka.
Suami saya ajak pergi JPO sebab dah lama jugalah kami tak ke sana. Saya tak tahu nak cari apa ^_^ Suka masuk kat VS aje. Lain-lain tu takdalah pulak yang nampak berkenan masa last visit.
Zeti dah nak pencen ke? Alah, tak bestlah. Suka Zeti ni.
amboi kakzakie, best shopping ya
haha..pandai kak meen amek hati papa dia...ekekek...
siap cakap papa dapat banyak pahala...
wah seronok tu shopping kat JPO ye, saya tak pernah ke sana lagi..
amboi kusyuk sangat adik tu, sampai lupa aiskrim hehehe
lama x ke JPO... dulu pernah pergi ..tengok harga fuhhh
Ada beberapa kali nak ke sini. Tapi tak ke sampaian lagi bila sampai JB. Insyallah lain kali nak ke sana juga.
Even orang johor tapi tak pernah sampai JPO lagi..sob sob
lagi best kalau ada orang belanja kak...ngeeee..
part aiskrim meleleh,ayah tolong jilatkan..buat saya gelak pulak...muka adik takde perasaan
Hihi...sesekali full sefamily kan kak...selalunya tak cukup korum...papa senyum kelat tak kak..hihi...nasib adik leka sikit ada chance papa jilat baskin robin..
belum sampai lg ke JPO...
mesti banyak sopin kt JPO ye kak....
teringin nak ke JPO jugak... insyaAllah klu ada rezeki sampai...hehee
ehehh...mama pun baju dah sedondon anak2 ye...hehee
Lawanya semua sedondon berbaju putih
Saya tak pernah smpi lg sana. Masa g singapore terburu2, balik tu jammed nk singgah dh mlm pulak. Untung ank2 dara dpt shoppinh kat sana. Bestnyaaaaaa
Seronok lah anak2 dapat shopping yerp. Bila lah rezeki nak sampai JPO ni.
Barulah puas hati bila memasing dah dapat jajan yg diidamkan hihi....balik pun dengan hati yang tenang gitu...
Lama tak pergi sini kanda....
bestnya jenjalan ke jpo. dlu masa ddk joho blm dibuka lg jpo. skrg nk ke sana , bercinta aje.. entah bila nk jadinya..
lawa kan JPO? barang2 semua lawa...harga pun lawa hehe...proud to be Johorean ;)
Post a Comment