Monday, February 29, 2016

Bila gatal menyerang

Sedih, kasihan, bingung dan macam-macam yang kami fikirkan. Hampir tiga minggu bapak mengalami kegatalan melampau. Berjumpa doktor pakar pun sudah berkali-kali. Kami anak-cucu-cicit semuanya kebingungan. Bermula balik dari kebun belakang rumah yang kami sangkakan mungkin terkena ulat bulu di muka ianya berlarutan sehingga merebak ke seluruh badan hatta ke tapak kaki juga. Tidak sampai hati melihat keadaannya.

Bermacam usaha kami lakukan. Mandi daun sireh dan cengkih dibuat juga tetapi tidak serasi. Mandi serbuk yang bila dicampur ke dalam bekas menjadi biru pemberian dari doktor pakar juga tidak mempan. Cream bermacam jenis cream juga dibekalkan oleh cucunya yang ada di bidang kedoktoran juga tidak mampu mengubat. Kalau biasa orang berjumpa bapak minta air penawar kali ini kak Uda kami bawa berjumpa ustaz pula mencari penawar. Juga tidak berkesan. 

Entah mengapa aku teringat sewaktu adik dulu dalam usia 1-2 tahun (belum pandai berjalan waktu itu) pernah kena kegatalan yang kami sangkakan eczema tetapi baiknya selepas balik dari mandi dipantai. Langsung kami bawa bapak mandi pantai. Kelakar memang kelakar sebab rasa kami sudah berpuluh-puluh tahun bapak tidak mandi pantai, hari itu bapak mandi pantai. Balik mandi itu kegatalan bertambah teruk. Tetapi selepas sehari beransur baik. Melepuh yang ditapak kaki berkurangan dan luka-luka akibat digaru menjadi kering. Cream tetap kami sapu juga, air dari ustaz kami minumkan juga, oleh itu tidak tahu mana satu yang menjadi penawarnya.

Namun ada sedikit kegusaran kami kaki bapak bengkak dek kerana asyik keluar-masuk bilik air untuk mandi. Mengikut cucunya yang bekerja dibidang kedoktoran bimbang buah pinggang bapak affected. Bawalah ke hospital tempat dia bekerja buat x-ray, Alhamdulillah tidak ada masalah. Waktu siang bapak tidak ada masalah tetapi bila malam menjelang bermulalah kegatalan itu menyerang. Sehingga ada satu malam itu kakak aku tertidur dibelakang bapak sebab menjaga bapak bimbang dia menggaru dengan alat penggaru dia. 

Solat - Tidak mahu di bilik. Di ruang tetamu inilah bapak baring/tidur dan solat.  Sesiapa datang akan ke ruang tamu yang satu lagi. Waktu ini di rumah kakak di Kota Tinggi.  Mak Zah juga buat masa ini di sini sama.

Belengging - Kulit bapak kelihatan 'masak' dek bekas yang memenuhi seluruh badannya. Waktu ini anak-cucu dari Muar datang berkunjung. Siang boleh berborak tetapi bila malam bapak keletihan dek gatal yang menyerang
Rabu ini bapak ada appointment dengan doktor membuat pemeriksaan. Cucu dia ada mengambil darah untuk dilihat apa sebenarnya yang terjadi. Selepas itu bapak akan ke rumah aku. Hubby akan cuba bawa bapak berjumpa ustaz darul -syifa' kawannya pula. Doakan bapak kami diberi kekuatan dan kesembuhan segera.

~~  Ujian bila mahu datang tidak siapa mampu menjangkakannya. ~~


39 comments:

babYpose said...

Assalamualaikum KZ, Ya Allah sangat simpati yang dialami oleh bapa KZ, inshaAllah doa Nabi Ayub dapat menyembuhkan. Air laut atau air garam elok. Lama dulu saya ada google tentang susu, susu lembu fresh elok untuk melega sakit kulit seperti eczema atau berkenaan kulit, bila google tu terjumpa susu unta lagi banyak manfaanya, wallahualam. Moga bapa KZ sembuh segera. Ameen.

Fazleyatul Aini said...

semoga cepat sembuh bapak akak

zmarl (ibu) said...

teringat pulak 2tahon lepas zee pon kena gatal yang teruk kak..gi hopital,klinik, jumpa ustaz pon tak mahu..memang teruk gatal..akhirnya jumpa pakar kulit baru masalah selesai..cuba akak bawak bapak jumpa pakar..kot okey nanti..

pepon moga bapak cepat sembuh..gatal memang bisa kak..menggaru pon syok jer..sampai sekarang parut tak hilang..huhuu

FarahFerraDotCom said...

Semoga ayah akak cepat sembuh yer..

Izwa Kamaruddin said...

sebak pulak hati kiter ni kak..

semoga bapak diringankan beban kesakitan kegatalan lalu sembuh dari kegatalan itu kak..

Kakcik Seroja said...

Semoga kesihatan bapak segera pulih sepenuhnya...

Aamiin.

norhidana said...

sedih baca kak... terus teringat atuk dana kt kampung... nsb lah mak n makcik2 dana ada 3 org yg ddk dekat ngn atuk n nyai... mmg tiap hari mak berkunjung ke umah atuk yg selang serumah tu...

moga abah akak diberikan kesembuhan...

Eye_nee said...

Semoga pelbagai Ikhtiar membuah kan hasil dan bapak sembuh seperti sediakala...

Unknown said...

kesiannya kakzakie pada bapa kakzakie
semoga Allah permudahkan urusan pembaikan nya ya
memang sedih jika ahli keluarga kita ditimpa musibah
Insya Allah semoga Allah mendengar semua doa2 kita ameeennn

Malinda said...

insha Allah kak mudah mudahan cepat sembuh penyakit bapak akak tu...beruntung bapak akak di kelilingi anak menantu dan cucu2 yg amat prihatin dan sayang menyayangi...

Nieyla Nadia said...

Semoga bapak akak kembali diberikan kesihatan yang baik..
dan cepat sembuh...Amin...

adarnadzmie said...

insyaAllah kak... semoga ikhtiar yg di lakukan akan menyembuhkan penyakit bapak....

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, kak Zakie.... Saya turut rasa empati atas apa yang menimpa bapa akak. Pengalaman menerima rasa gatal yang sedikit dari kesan gigitan nyamuk sudah cukup membayangkan gatal yang teruk yang dihadapi oleh bapa akak. Memang nak menggaru sahaja kalau gatal itu datang. Saya doakan semoga Allah memberi kesembuhan buat bapa akak dan bersabar menghadapinya. Sakit itu satu ujian dari Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Salam takzim dari Sarikei, Sarawak.

Bunda_nora said...

Allah...kesiannya bapak KZ...sedeh pulak rasanya...terasa macam bapak sendiri.....
Kedoktor dah..ambil darah dah....cara lain pun udah ...eloklah tu pergi ke pakar perubatan islam pulak... Bapak KZ ada kencing manis tak?.. apa pun tengok keputusan cek darah nanyi...apa kata doktor...

Cer try rendam badan dalam air ais yang di bubuh garam secukupnya...garam kasar biasa tu pun boleh...atau kalau dapat garam bukit lagi elok... Air ais/air batu, ikut banyak mana yang bapak tahan.. kalau siang hari, cuaca panas cer berbaring atas daun pisang... tapi bersihkan betul2 dulu daun pisang tu... daun pisang kan sejuk...penyakit tu kan panas dan rimas..

Hanya sekadar berkongsi petua...kot2 serasi.... InsyaAllah...semoga bapak cepat sembuh...aamiin..

fifi said...

My mom penah kene gatal gatal teruk last year, time malam makin teruk gatal gatal tu, jumpa doktor semua memang xsembuh, even punca pun diorang tak tau.. in the end mom pegi berubat cara kampung, Alhamdulillah, lepas tu terus elok. It's all about keserasian badan dengan ubat, so harap yr bapak jumpa gak penawarnya nanti :)

paridah said...

BAPA KAKZAKIE RAJIN SGT ORNGNYA MUNGKIN DIJANGKITI KUMAN BAWAAN UDARA DI KWSN SEMAK TEMPATNYA BERKERJA HINGGA SEBABKAN KEGATALAN TUBUHNYA...SYUKUR ALHAMDULILLAH SUDAH BERANSUR SEMBUH..SEMOGA AKAN PULIH SPT SEDIAKALA..

Kayu Manis said...

Allah
Jgn putus asa in shaa Allah ada jln nya..

Ada binatang gigit ni..ingat adibah masa kecik digigit bintang tiba2 merah n gatal2..bawa pgi klinik doctor bgi ubat terus ok..bntang apa gigit pun tak tau..tapi ada racun sedikit bisa.gatal melepuh..

JunAina said...

Kalau akak ingat Aina pernah tulis berkenaan Hikram yang mengalami gatal-gatal yang doktor kata eczema tetapi yg peliknya dia kena bila dah besars edangkan eczema biasanya kena dari baby. Pakar kulit swasta pergi, pakar kulit kerajaan pergi dan akhir sekali Aina bawak juga ke Darul Syifa di Bandar Baru Bangi ustazah buatkan air dan beri sejenis bedak yang dibancuh dan dilumur ke badan.

`Rawatan yang dibuat adalah dengan berselawat Syifa, Selawat Kamilah dan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa. Lepas tu ustazah bagi air dan juga sejenis bedak. Kata ustazah dia sudah tawarkan bisa. 10 hari kalau macam tu juga bawak kembali jumpa dia. Sebelum melangkah keluar mulut ringan sahaja bertanya. Kata ustazah bukan sakit kulit biasa.'

nayfatimahrasyid said...

semoga cepat sembuh yer bapak nya

Zaitun said...

Kesianya bapak kakzakie. Memang kita tak sanggup nak tengok bapa sendiri mengalami penyakit yg tak tahu punca dan tidak dapat disembuhkan walau sudah berusaha bermacam2.Semoga bertemu dengan ubat yg serasi.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga bapak kakzakie segera sembuh ye..
Kesian pula saya baca entri akak ni..
Lepas tu kegatalannya datang masa nak maghrib ke malam ye kak..
Kena lah usaha dengan berbagai cara kan..
Cuba pula berendam dengan air garam bukit kak..

Elok juga abang akak cuba bawa ke ustaz as syifa tu..
Dulu saya ustaz kasi garam bukit tu untuk berendam antara selepas asar dan sebelum maghrib..
3 kali rendam alhamdulillah sihat kak..

saniahibrahim said...

Kenapa ya sebenarnya kakzakie...kesian kan bila kita tak dapat menolong kurangkan yang dideritai...apa pun semoga usaha kakzakie dan yang lain akan buah kan hasil.

aizamia3 said...

Moga pakcik cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik hendakNYA.

PeRdU cINta said...

hati anak akan luluh bila tengok ibu bapanya tidak selesa kerana masalah kesihatan kan kak..moga ayah akak segera pulih..dan penyakit itu segera pergi..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...kesian nyer...semoga pakcik cpt sembuh yer...:)

Nieyla Nadia said...

akk..nieyl ada tag akk tau :) http://seindahcerita.blogspot.my/2016/02/5-things-i-hate-most.html

amirah said...

Allah..siannya kak...dengar pun dah terasa dah..ni kan pulak yang menanggungnya...harap semuanya cepatla okay...

Aryan azra said...

semoga bapak kak zakie diberi kesembuhan

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga ayah akak cepat beroleh kesembuhan.

Hsna Rahman said...

Masyaallah kesian bapak....semoga bapak akak kembali sihat.. perbanyakkanlah doa & bacaan quran minta Allah angkat penyakit tu.. Dia yang Maha Memberi Kesembuhan..

che mid said...

Ya Allah kak, sama dengan menantu CM, isteri Farhan. Sepanjang mengandung ni sentiasa gatal badan terutama waktu malam. Siang mengantuk la pulak jadinya.. bermacam ubat dah diambil tapi tak berani nak makan sangat sebab takut jejaskan kandungan.. sabar je la..

iryantyismail said...

semoga bapak segera sembuh ..amin...

Nor Azimah Ali said...

Betul kata kzakie, ujian dtg tanpa mengira masa dan usia. In shaa Allah setiap penyakit ada ubatnya, cuma tggl nak usaha dan ikhtiar je. In shaa Allah berkat doa anak cucu dan para sahabat bapak akan segera sembuh.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Cerita kegatalan melampau ni, teringat perkara yang sama menimpa kami sekeluarga dahulu. Selepas musim banjir. Ya rabbi, habis kegatalan, sedapnya menggaru tidak sedar sampai luka-luka dan berkudis. Paling teruk saya dan sikecil Haikal. Hampir setahun masanya kami berdua mahu sembuh sepenuhnya.
#Semoga bapak sembuh daripada ujian penyakit ini...Rabbi yassir wa la tu`asir ya kareem..

Qhaifa Nur said...

Samalah dgn FIL nur kak zakie...tak tahu tanganya skrg gatal2..cian tgk..
injek jgn ckplah..bila x tahan itu ubatnya...
jumpa pakar dah..ttp sama

Moga bapak sembuh hendaknya...

Qhaifa Nur said...

Samalah dgn FIL nur kak zakie...tak tahu tanganya skrg gatal2..cian tgk..
injek jgn ckplah..bila x tahan itu ubatnya...
jumpa pakar dah..ttp sama

Moga bapak sembuh hendaknya...

Bunda_nora said...

KZ... cer dapat kan produk atau sabun dari daun bidara...katanya berkesan untuk penyakit kulit terutama gatal2 kulit...

SABUN/GEL DAUN BIDARA...boleh buat mandian.... ia juga salah satu produk shifa... InsyaAllah.... kita berusaha...yang mengizinksn hanya Dia...

OKje said...

Kesian bapak....
Sabarlah kanda, kita hambanya ni sedang diduga. Insyaallah kalau jumpa ubat yg jodoh sembuhlah tu nanti kanda..

QasehnyaRania said...

as-salam kakak
kesian bapak.
semoga cepat sembuh dan Allah permudahkannnya. aamiin