Mengemas rumah dengan keletihan saling berkaitan. Bila keletihan pula ada berkaitan dengan dapur yang pastinya akan sunyi seketika. Maka berehatlan dapur apabila seisi rumah semuanya melangkah kaki ke tempat terdekat dengan untuk mengalas perut yang menagih untuk diisi. Selepas membuat pilihan halatuju, masuk kereta terus saja ke tempat tersebut. Tidak ada menoleh ke tempat lain. Selepas makan angkat kaki balik rumah.
Pertama - Pizza pepperoni |
Kedua - Pizza apakah ini? Mama pastinya lupa sebab yang membuat tempahan anak-anak. Super Supreme ke?. |
Ketiga - Deli-wings chicken |
Ke empat - Side-dish ada tiga ketul dan salad. Sedap juga |
Mushroom soup - Dalam set yang kami pesan ada 4 mangkuk |
Garlic bread - Padanan lengkap kalau dengan mushroom soup |
Teh lemon - Anak-anak minum coke, mama minum lemon tea. Papa biasalah kopi dari dulu hingga kini. |
Biar penat mana pun selagi Allah masih memberi nikmat kesihatan baik, maka peluang untuk tekak menikmati juadah dengan berselera masih ada. Salah satu nikmat inilah dia sihat sebelum sakit. Oleh sebab itulah selalu kita diingatkan supaya beringat sebelum datang ujian yang lima sebaiknya lakukan lima nikmat yang diberikan olehNya.
~~ Denggi masih belum reda, ada pula virus Zika. Bukan Zakie:)~~
40 comments:
sedapnya
Betul tu kak zakie, nikmatilah nikmat makan selagi masih ada selera, sedap nampak semua pilihan makanan tu..
Hehehe...mujur virus zika ye, bukan zakie
mmg musim tak sihat agaknya ... nak jamah makanan pun tak lalu... risau je mcm² vairus skrg.
Sedapnya..tk pernah try lg baked rice with cheese..
gebu betul gambar pizza yg mula2 tu...
eyh.. entry sy pun ala2 ni jugak.. tak sempat nak post lagi.. hihi
wahhh kak..tapi memang betulkan biler dah penat rase nak order dan terus makan je dari bersilat kat dapur..kikikiii...tetibe lapar pizza kak :)
Sedap tu kakzakie...
Kalau penat mmg kena rest. Rehat cukup2 agar x jatuh sakit.
Best kot nasik tu sbb tu adik suka order.
Betul tu kakzakie..
Nikmat sihat sebelum sakit..
Hargai lah masa sihat ni kan..
Macam saya ni , bila doktor kata Tiroid saya dah Normal..
Saya masih berhati-hati..
Kalau penat saya berehat secukupnya..
Kekadang pun saya makan diluar kakzakie..
Tak nak paksa badan untuk masak dikala kepenatan..
sedapnya makan pizza...tetiba macam nak gi ni...
sedapnya sekali sekala menikmati kesedapan pizza... hehe
Sedapnyaaa kak !
Sedapnya makan pizza kak, lama tak makan. Saya ni pun tak sihat sangat sebenarnya, satu keluarga semua sekarang demam, batuk dan selsema kak..
kalau ke pizza, saya makan mushroom soup atleast 3 mangkuk dan tak tinggal thousand island punya salad.
lately dah jarang makan pizza. mungkin takde berteman nak makan.
huhu.
sedap tu kakzakie. betul tu nikmat sihat perlu dinikmati. cegahlah penyakit
Adoi kak...lawak statement last tu..bkn Zakie :D
Assalamualaikum,
Meriahnya makan reramai
waaaa...bestnyaa...sedap2 belaka..
Pilihan terbaik klau kepenatan atau tetamu dtg tanpa diberitahu lebih awal.
telan air liur tengok deli chicken wing...sedap ja
Kakzakie.. bila perut lapar sebab belum lunch.. yang ditunjuk sume nampak sedap.. hehe..
samala kita kak zakie..hari sabtu non stop mengemas umah..hari ahad terus tak larat..dapo terus tak berasap..makan kt luar la jawabnya..
Teringin pulak nak rasa mushroom sup tu.. ;)
Tahan gelora hingga ptgni kak..sabaq sabaq
BESTNYE kakak..")
Lapar balik perut tgk pizza ni.
Alhamdulila..sedapnye kak..moga kita sihat selalu disamping org tersayang..amin
Betul kak setuju...sementara nikmat sihat ada manfaatkan sebaiknya..
sungguh silap langkah ke sini malam ni, makin lapar pula rasanya. hehehe. bulan lepas adalah sekali ke pizza hut selepas berkurun tak pergi. tiba-tiba dah tak reti nak order macam mana. nilah akibatnya asyik online dominos je.
Assalamualaikum KZ, adik pandai pilih. Betul bila letih idea mencari lebih cepat dari idea nak buat :) belum breakfast ni, lapar tengok hidangan tu :)
sedpanya kak mushroom soup dan garlic bread.saya baru minggu lepas baru makan rasanya
Tulah kan sib baik zika kan...;)
Syukur Alhamdulillah awal tahun ini banyak juga cuti long weekend. Boleh bersama-sama kumpul sekeluarga :).
betul..jika nikmat di tarik nak makan pun sudah..huhu
ati paling suka dpt makan di luar n cuti memasak..hehe
Nikmat sihat yg jarang di syukuri...mudah2an kita sentiasa beringat...
Takut dengan kemunculan pelbagai penyakit pelik skrg ni.. Zika ni mcm pelik ..moga di jauhkan..
Sedapnya. Semoga sis dan keluarga terus sihat dan bahagia. :-)
Allhamdulillah... kak zakie perut pun perlu di isi, jangan di tunggau hingga lapar... sedapnya... dh lama sy x makan pizza hut...
Telan ailio tgk gambar2 mknan ni.. nmpk menyelerakan betul...
betul tu kakak
semuanya membuka selera
Kak... try pizza baru tu kak
Kak, Zika aje, kak! Virus 'Zakie' belum muncul lagi ^_^
Selagi boleh makan, kita makanlah janji makan berpada-pada. Jangan pulak dok makan macam tiada esok lagi. Saya sekarang ni pun dah mula terasa apa yang kita suka makan dulu-dulu, dah kurang nikmat kesedapannya sekarang. Mungkin juga usia dah tua kot ...
Post a Comment